15/9/2015 – Jam 9 pm, temujanji dengan pesakit dari Batu Kurau, Perak. Menurut anaknya, ibu mereka (60an) kemungkinan di sihir. Sudah 3 hari lembik dan tidak sedarkan diri serta tidak makan.
Setelah pesakit dibaringkan dan terapi zikir di mulakan, sepertimana biasa pesakit mula keresahan. Tangannya mula menggapai tanganku yang di letakkan di kepalanya untuk mengalirkan arus gelombang pembakar Jin. Lama kelamaan ia meronta untuk melepaskan diri dari genggaman dan cengkaman tanganku. Anak-anaknya mula datang memegang tangan dan kaki ibunya, walaupun sudah berusia dan tidak makan beberapa hari tetapi kekuatannya seperti biasa sahaja kerana bukan lagi dirinya yang sedang bertindak tetapi Jin-Jin di dalam badannya yang sudah mula ketakutan dan gelisah kerana tidak sanggup menghadapi arus gelombang pemusnah yang ternyata memberi impak yg dasyat kepada mereka.
Mulut pesakit seperti membaca mentera……dalam bahasa Siam. Memang benar kerana Batu Kurau berhampiran sempadan Siam dan ini menunjukkan punca utama gangguan pesakit adalah sihir yang dihantar. Mulutnya tersebut minyak tetapi bahasa lain adalah mentera Siam yang kedengaran. Anak-anaknya sendiri pun tak faham bahasa Siam itu.
Pesakit meronta dan terus dengan bacaan menteranya, namun aku mencabar jin-jin ini, “bacalah mentera apa pun, tidak akan ada kesannya padaku” Bunyinya riak tetapi ia bertujuan menyakiti hati jin-jin ini yang makin tersiksa dengan gelombang dari tapak tanganku ini. Aku cuma menyombong dengan orang atau jin yang berlagak pandai dan hebat namun orang atau jin yang merendah diri, aku akan muliakan”.
Pesakit meronta dan terus dengan bacaan menteranya, namun aku mencabar jin-jin ini, “bacalah mentera apa pun, tidak akan ada kesannya padaku” Bunyinya riak tetapi ia bertujuan menyakiti hati jin-jin ini yang makin tersiksa dengan gelombang dari tapak tanganku ini. Aku cuma menyombong dengan orang atau jin yang berlagak pandai dan hebat namun orang atau jin yang merendah diri, aku akan muliakan”.
Aku tekan tempat tertentu untuk menyiksa dan mereka (jin-jin) meraung kesakitan, tidak berdaya melawan dan bertindak balas tidak sepertimana pesakit yg di terapi ruqyah syariiyyah yang bangkit melawan perawat dan tiada langsung tanda ketakutan. Aku tekan dan lepas bagi memberi ruang untuk pesakit bernafas, rupa-rupanya pada masa itulah mereka melarikan diri keluar dari tubuh pesakit. Terdengar perkataan “Jom” dari mulut pesakit, rupanya mereka dah berpakat melarikan diri.
Pesakit mula reda dan melihat kiri kanan pada anaknya dan mula berborak, selepas 3 hari tidak sedarkan diri mungkin ada hilang sedikit ingatan menyebabkan anak-anaknya bertanya “kenal ni sapa”. Bila di angkat, pesakit sudah boleh berdiri dengan di bantu anak-anaknya, dan mereka pulang dengan hati yang puas, tidak sia-sia datang dari jauh untuk merawat ibu yang di kasihi.
16/9/2015 – Selepas Solat Subuh, dihubungi seseorang yang berdialek Trengganu meminta bantuan merawat anaknya. Temujanji di buat dan pesakit dan keluarga datang pada pukul 10 pagi, kehadiran pesakit bersama suami dan di temani bapa pesakit dan jirannya.
Pesakit seorang wanita baharu berkahwin selama 2 minggu dan di hari berikutnya wataknya terus berubah , membenci suaminya dan pernah bertindak melarikan diri. Tetapi oleh kerana dirinya di rasuki jin-jin, maka akalnya normalnya tidak berfungsi seperti biasa kerana seolah tersesat di kawasan elit rumahnya sendiri.
Ini yang menyebabkan ibu bapanya terpaksa datang dari Trengganu untuk membantu menantunya menangani gangguan terhadap anak mereka. Bapa pesakit diberi info tentang saya oleh kenalannya dari Trengganu juga, aliran sama orang kerohanian.
Pesakit ini seorang wanita cantik, namun suaranya garau dan keras serta biji mata yang tajam dan tidak diam . Tidak banyak soal bila di suruh berbaring dengan di temani suaminya. Terapi di mulakan, pesakit kelihatan tenang semasa saya membaca Al Mulk. Bila saya mula menekan tempat tertentu, laungan jeritannya kuat kedengaran sehingga jiran yang selang 2 buah rumah pun datang menjenguk. Tanpa memberi peluang tekanan demi tekanan diteruskan dan jeritan pesakit tidak redha, nampak jelas kelihatan jin-jin di dalam badannya amat tersiksa , menjerit-jerit “sakit….sakit…abang…ayah…sakit”.
Suami dan ayah pesakit memahami situasi kerana pesakit dirasuk sudah 2 minggu. Wataknya berubah 200% dan tidak dapat di kawal. 2 orang Perawat dari Darul Syifa pun di permain dan di ketawakannya. “Bodoh..bahlol” kata Jin, “Ingat ayat-ayat Ruqyah tu boleh bakar aku, apa yang mereka baca, aku pun baca malah lebih banyak hafalan dari perawat baghal ni” . Semasa di rawat “Ostaz” Darul Syifa, mereka meramal dan mereka cerita bebukan. Pesakit (yang dirasuki) makin gah kerana dapat mempermainkan perawat bodoh tu,ini di ceritakan pesakit dalam bebelannya selepas 2 perawat ni pulang tanpa kesudahan, temberang dengan lagak aje lebih, penampilan hebat dengan Jubah serban tetapi ………………
Saya sakit hati bila melihat parut luka di pipi pesakit wanita yang comel berkulit putih akibat cengkaman tangan perawat Darul Syifa ini kerana nak paksa pesakit minum airjampi bodohnya. Memang kerja bodoh, bukan sekali saya melihat perawat ruqyah dari pelbagai perguruan , memaksa pesakit meminum air sakti mereka yang tiada effect apa-apa pun.
Oleh kerana kasihan kan pesakit yg menjerit dengan nada yang tinggi, kelemasan dan kesakitan, saya redakan tekanan dan beri peluang pesakit berehat. Bapa dan suaminya tahu, jin-jin itu belum keluar kerana suara dan mata pesakit serta riak muka tidak menunjukkan perubahan ketara. Rawatan di teruskan kadang baring, kadang duduk dan semasa di beri rehat, pesakit berdiri…semasa berdiri pun bila saya tekan, tiada mampu dia melawan, hanya mampu menjerit dan saya turunkan kembali di perbaringan. Saya beri pesakit peluang berehat dengan membaca Al Mulk dan Surah Yaasin dan didapati pesakit turut sama membacanya dengan mulutnya bergerak mengikuti apa yang saya baca. Memang benarlah, kata ayahnya bahawa Jin-jin itu berkata dari mulut pesakit bahawa mereka memang mermainkan dan memperdaya Perawat Darul Syifa yang akhirnya meninggalkan keluarga ini dengan pesakit yang masih di rasuk. Itu yang menyebabkan bapa pesakit bertanya kawan-kawannya dan di rekomen saya yang kebetulan berada di daerah yang sama.
Rupanya bapanya adalah orang kerohanian juga dari Perguruan Sunan Bonang menurut pesakit yang telah sedar kemudiannya. Setelah pesakit kelihatan tenang, dapat tersenyum dan berbual mesra dengan saya, suami dan ayahnya, rawatan dihentikan dan saya dan ayahnya berbual mengenai hal-hal kerohanian. Beliau nyatanya amat menentang Rawatan Ruqyah yang sememang nya menyeleweng dari aqidah kerana mempercayai ayat-ayat AL Quran berkuasa membakar Jin, malah katanya juga beberapa mursyid di sana juga menentang dan turut berpendapat dengan saya bahawa seorang mursyid yang telah meninggal dunia satu ketika dulu adalah syaitan bertopeng manusia tetapi katanya orang-orang jahil dan berkepentingan terutama yang ada kepentingan duniawi, politik, nama dan sebagainya menolak dan menentang dengan pelbagai alasan yg menidakkan kebenaran. Mereka pulang pada hampir jam 1 tengahari.
Pada jam 5 selepas saya dan keluarga menikmati minum petang, mereka datang kembali…..bila anaknya nampak saya kembali, dia bertindak melarikan diri dan cepat-cepat dipegang ayahnya yang kebetulan bahru keluar kereta…………BERSAMBUNG…...
Sambungan kes sihir pemisah
16/9/2015 - Oleh kerana kasihan utk menyiksa jasad wanita cantik dan baharu bergelar isteri selama 2 minggu, hafaz quran dan akan menyambung pengajian di UK dlm beberapa minggu lagi, saya berpesan kpd ayahnya bhw kes sihir ini bukan semudah sekali rawat terus 100% pulih, dan boleh dtg bila2 masa sekiranya gangguan berulang.
Saya tau jin-jin itu belum keluar sepenuhnya dan pasti menyerang kembali, tetapi memandangkan rumahnya juga di kajang, saya pesan datang je.
Tiba2 menjengok kembali suami pesakit dipagar rumah, "Ustaz, kena lagi..." Saya keluar dan melihat pesakit bersama ibu dan mertuanya, terpandangnya aje wajah saya, dia ketakutan dan berpusing, " nak balik" katanya melarikan diri. Ayahnya yg baru keluar dari kereta terus pegang tangan anaknya, bersama menantunya membawa pesakit masuk dan terus baringkan.
Kali ini saya tak bagi peluang dah. Dengan 2 kalimah syahadah, terus tekan....meraung pesakit dgn suara garaunya. Tekanan diberi sehingga pesakit diam....melihat raut wajahnya yg lembut dan tenang, saya berhenti rehat dan berbual dgn ayahnya. Pesakit pula mulai mesra dgn suaminya.
Suaminya berkata, " ustaz ada lagi ni, tgk matanya" Saya mendekati dan tekan dlm keadaan pesakit duduk. Yg bagusnya bila jin dah lemah dan berkurang, pesakit tidak ketakutan malah menyerah diri utk dirawat. " Sayang lawan" kata suaminya, begitu juga kata ayahnya. Ditekan memang menjerit la.....sampai hilang suaranya saya berhenti.
Nampak la ok tapi lakonan, dia cuba lari masuk rumah, saya tanya," nak kemana tu" dia tersenyum dan berdiri dibucu dinding. Dengan berdiri saya tekan lagi, terus lembik sambil meraung dgn kuatnya. Saya duduk dan baringkan pesakit. Dia ada cakap, " aku nok keluor tapi tok napok jalan. Mung tarik aku keluor" katanya.
Saya buka jalan dan tarik keluar jin2 itu dan pindahkan ke penjara ghaib. Kali ini ada perubahan ketara, dia ceria dan mula bermesra dgn keluarganya...ibunya, mertua dan adik2 nya sementara saya berborak dgn ayahnya.
Kami solat maghrib berjemaah sebelum mereka minta diri utk pulang . Saya pula terus kedapur menikmati makan mlm bersama keluarga.
Dlm 10 minit selepas makan, duduk berehat di luar rumah tempat merawat, terdengar salam........" Ustaz kena lagi..."
Bersambung episod 3
Episod 3 – Sihir Pemisah
“Ustaz …kena lagi” kata suami pesakit.
“Jom kita kesana (rumah pesakit)”, kataku.
“Rawat dulu isteri saya ustaz” kata beliau
Rupa-rupanya semuanya datang kembali selepas keluar dari rumah saya selepas Maghrib tadi. Mereka pergi makan malam dahulu dan baharu pulang kerumah tetapi di pintu masuk kawasan perumahan elitnya, pesakit di rasuki semula.
“Betul kata ustaz, ini jin kawasan tempat tinggalnya, jin sihir dah takde” kata ayah si pesakit. “Baru masuk kawasan pagar ni, belum sampai rumah lagi”
Rawatan di teruskan macam sebelumnya, pesakit memang dapat mengawal dirinya, menyerah untuk di rawat dan bila di “tekan”, jin-jin itu meraung, memang suara garau dan kuat , tak padan dengan tubuh pesakit yg kecil molek. Jin-jin yg baru masuk ini adalah jin-jin dari kawasan rumahnya yg melihat di dalam tubuh pesakit ini sudah kosong dan suka-suka masuk dalam badan pesakit. Ruang kosong yang di tinggalkan jin terdahulu jika tidak di isi dengan Zikrullah, akan mengundang jin-jin lain memasukinya.
Jin-jin ini tidak melihat jin-jin terdahulu di belasah, kalau tidak masakan mereka berani masuk. Rawatan hanya sekejap sahaja, selepas pulih sepenuhnya, ayahnya bertanya macamana nak balik rumah camni….
Saya mencadangkan isi Kuasa Ilmu Pendinding, mereka setuju. Selepas pesakit di mandikan isteri saya, proses memasukkan Kuasa Ilmu Pendinding di lakukan. Saya mengajak mereka pulang dengan menemani mereka bersama menantu saya yang membantu merawat dari mula lagi.
Perjalanan kesana melalui kubur cina dan seterusnya di permulaan kawasan masuk kawasan rumahnya adalah kawasan quari, menyeramkan di malam hari. Sampai di pintu pagar kawasan perumahan elit ni , yg mungkin nilainya RM 700,000, terdapat pokok buloh sepanjang jalan masuk, di kawasan ini pesakit mula di rasuki semula.
Menurut ayah pesakit, di dalam rumahnya juga terdapat penunggu yang mendiami terlebih dahulu rumah ini sebelum di beli. Ayahnya juga bukan sembarangan, Cuma ilmu perangnya takde, hanya boleh melihat sahaja kewujudan makhluk2 halus ini.
Sampai di hadapan rumahnya, pesakit tenang sahaja. “Ok je” kataku. “Mungkin dah pakai ilmu kuasa pendinding tadi” kata suami pesakit. Pesakit masih di dalam kereta saya, yang di pandu menantu saya dan pesakit dan suaminya di belakang. Tetiba suaminya berkata, “Ustaz…tu”. Saya melihat pesakit dan menghampiri……tetiba dia meraung dengan kuat seperti kena tekan macam tadi. Saya terus tekan dan sentap keluar jin-jin itu.
“Jom masuk rumah” kataku, “Saya nak keluarkan yang ada kat dalam rumah dahulu”. Satu rumah saya tembak dengan aura pemusnah mengikut Gerak yang Di Gerakkan Dia. Menantu saya buat di luar, datang jiran memberitahu bahawa tadi siang semasa mereka tiada, dia lihat pesakit duduk di beranda sorang diri, diam aje. Jiran itu pun tahu bukan dia (pesakit) sebab nampak mereka keluar dan belum pulang.
Tetiba…ibu pesakit nampak semacam dan mula muntah-muntah……Pesakit juga mula nampak rimas dan mata melilau…..jeng jeng jeng….serangan bermula dari dalam rumah pula.
Episod 4 - Sihir Pemisah
Ibu pesakit muntah tiba2.... kuat menarik keluar muntah dan angin dari badan. Ini semua jin2 dlm rumah yg berkumpul dlm badannya dari mula dtg menengok anaknya yg sakit ni. Ayahnya mula merawat siibu, menarik keluar dgn gerak ....boleh merawat juga....
Ini sama mcm kes bakal mertua anak sedara saya yg dtg ziarah satu ketika dulu. Menyewa dikawasan elit juga dikajang. Dirasuki semasa dirumah, berdepan dgn saya, memggigil2 dan menangis tiba2. Dan tiba2 juga baik sendiri. Tak mampu jin2 yg merasuki pesakit yg berdepan dgnku duduk lama2... keluar sendiri sebelum aku buat apa2 pun. Bila menziarahi mereka ditrengganu sempena kenduri kahwin, saya diminta kerumah abangnya yg sulong, seorang tua guru disitu. Tuan Guru itu bertanya, " apa rahsia kamu sehingga ditakuti para jin?" Aku menjawab, " 2 kalimah syahadah" shj.
Pucat muka tuanguru itu," ini Syahadah Tokku Paloh" dia ngesahkan. Ilmu Gerak Faqir Sunan Kalijaga juga disahkan oleh Sunan Kalijaga sendiri melalui mimpi seorang wanita dari trengganu. Beliau telefon dan berkata, " semlm saya mimpi Sunan Kalijaga, dia berkata aku yg ijazahkan Gerak Faqir kpd Hj. Wan Zul Al Qubra". Dia search google dan jumpa blogku.
Pesakit pula mula tunjuk reaksi semacam, jin dari tubuh ibunya memasukinya pula. Bila ditekan, meraungla....sekejapan shj. Pesakit minta saya buang yg ada kat mulutnya. Bila saya tekup dagunya dan biar mulutnya terbuka, badannya menggigil kencang, meraung lagi...jin2 itu keluar dari mulut. Saya buat berkali2 sehingga pesakit dah rasa mukanya ringan.
Saya melihat ibunya yg mengadap saya, " menyampah aku tengok ustaz ni" katanya. "Hah...tak puashati ke?" Kataku kpd jin- jin yg ketakutan tu. Dia mula muntah lagi. Mereka keluar sendiri, tak perlu ku sentuh pun.
Ku biarkan siayahnya merawat siibu, baru ku tahu dia juga boleh merawat. Baru ku nampak kenapa dia amat menghormatiku dan menyarankan anak menantunya menjadi muridku......ibarat " hanya jauhari mengenal manikam". Duduk depan mata lihat sendiri. Tiada bacaan ruqyah, tiada guna herba bukan2, tiada air sakti, ku hanya berzikir dihati dan menekan jari ke tempat duduk jin.
Sambil2 baca surah Al Mulk. Yaasin dgn hafalan bukan baca kitab@buku, buek malu yo.....kalau beramal belum istiqomah, sambungla beramal sampai diterima amalam itu dan Allah redha dgn kamu.
Sambil2 baca surah Al Mulk. Yaasin dgn hafalan bukan baca kitab@buku, buek malu yo.....kalau beramal belum istiqomah, sambungla beramal sampai diterima amalam itu dan Allah redha dgn kamu.
Ku minta diri bila melihat siibu dan sianak sudah ok. Jam sudah pukul 1....esok mahu kerja ma. Apa2 kalau ada lagi, beritahu je.
Sampai saat ini, tiada apa2 berita. Mlm ni ku sedang menunggu kes kedua sihir pemisah yg dah 15 tahun .
TAMMAT