Wednesday, July 19, 2017

8/6/2017 - SAKA NENEK DATANG


Wanita ini yang di rawat sebelumnya di datangi jin suruhan saka neneknya untuk menjaganya dan menurunkan ilmu. Namun akibat dari perdampingan jin ini di dalam tubuh dan keengganan wanita ini untuk menerimanya maka di sakiti tubuh anak cucu ini dengan menutup matanya semasa memandu dengan mengantuk yang teramat sehingga tidak boleh di buka matanya.
Malam sebelumnya, jin ini telah menyerah dan kembali kepada tuannya dengan membawa amaran dariku.Petang esoknya wanita ini memberitakan matanya kembali mahu tertutup semasa memandu dan bertanya adakah perlu mengulangi rawatan.
Sudah tentu lah perlu ulangan selagi kes belum selesai dan di tutup kerana sunnah Nabi kita pun berulang 3 hari berturut kias kepada kaedah rawatan demam panas, sakit perut dan sebagainya.
Malam (8/6/17) wanita ini datang bersama suami dan anaknya yang menjadi saksi rawatan. Pesakit berbaring dan relax. Ambo macam biasa duduk di kepala dan berdoa lalu berzikir berterusan. Tangan ambo di kepala nya mengalirkan arus tenaga zikir yang menyelusup masuk ke dalam badan melalui ubun-ubun ke seluruh urat saraf.
Ambo biasa memejam mata seperti orang buta dalam proses merawat kerana sementalahan kaedahnya pun kaedah "Mati sebelum mati", penyerahan 7 Sifat Maani kepada Empunya Sifat dan menyeru Nya dengan Nama-nama Nya Yg Agung, layak seorang hamba yang benar-benar menyerahkan urusan PENYEMBUHAN kepada Yg Maha Penyembuh.
Dalam 2 minit rasanya, ambo tak merasa getaran pada tubuh pesakit lalu membuka mata dan terpandang wajah pesakit memandang ambo dengan mata merah .Rupa-rupanya jin sudah memasuki dan berada di dalam tubuh wanita ini dan nampaknya lebih aula dari jin semalam.
Terus ambo menekan titik tuju dan jin itu mengerang sakit .
"Ooooo datang lagi ye kamu, siapa kamu ni?" Ambo pasti jin semalam takkan datang lagi .
"Aku lah Senah, nenek dia ni" katanya. Bukan nama sebenar tu heheh.
"Kamu ni jin atau manusia?"
"Aku jin.....dia ni keturunan aku. Aku nak baginya ilmu. Dalam keluarga aku, hanya dia yang layak. Engkau pun tahu kan dan kenal dia."
"Aku tak kenal , dia baru datang sini. Siapa pun datang sini minta bantuan ku untuk lari dari dampingan jin2 akan ku bantu" "Engkau harus keluar dari tubuhnya dan jangan datang lagi. Empunya badan tidak menginginimu dan kiranya kamu ni sudah menceroboh dan melakukan satu kesalahan besar padanya."
"Kemana harus ku pergi. mana lagi aku nak cari keturunanku. Dia ni paling layak. Kenapa dia nak bergantung pada Allah SWT, sedang aku ada, seru aja aku" Kali ini rintihannya sambil mengalir air mata. Dia benar2 menangis bila ku paksa dia keluar dan dia pun tak mampu bertahan.
"Aku tahu kau siapa.....keturunanmu. Aku takut denganmu" katanya. Bila dia menyatakan keturunanku, teringin nak tanya apa yang dia tahu dan lihat siapa bersamaku.
"Engkau Hj.Wan Zul Al Qubra"
"Engkau dari SONGO" Hmmm...pastinya dia nampak dan kelihatannya ada bersamaku ketika ini.
"Siapa wali SONGO yang kau nampak dan bersamaku sekarang?"
Dia menunjukkan jari telunjuknya di dada kanan ku dan di jantung. "Di sini dan sini, di belakang sana pun ramai"
"Begitu engkau masih berdegil dan mahu bertahan?"
"Apa engkau mahu aku menyiksa engkau berterusan? Aku pun bukan suka nak menyiksa engkau....aku cuma mahu engkau keluar dan jaaangan datang2 lagi."
Dia mengucap syahadah tanpa di suruh. Mungkin dia berkomunikasi dengan para Wali-wali Songo pula. Selepas itu nampak mudah keluarnya dengan mulut sedikit terbuka. Lembiknya badannya selepas keluarnya jin saka ni macam pengsan . Masih belum membuka matanya lalu ku raup wajahnya 3 kali.
Bila sedar..."Ustaz, sakit tubuh ni...lenguh2 habis ni. Tangan kebas ni"
Rawatan sekitar 15 minit melayan saka tu sekejab mendengar rintihannya , tersentuh juga hati ini bila melihat dia mengalirkan airmata kesedihan bila cucunya menghalaunya. Pokoknya makhluk jin ini ingin membawa cucunya kearah kesesatan dan kesyirikan. . Ini yang buat ku tiada kompromi.
Siapa sahaja yang membawa ilmu dampingan jin, akan membawa masalah di masa hadapan terutama bila nak mati. Masa muda memang gah, hebat. Boleh demo tunjuk hebat sana sini, kebal lah , jurus lah. Nak mati esok kau tahu lah....hidup menyesatkan orang , mati kau mati gentayangan.