Wednesday, July 19, 2017

5/6/2017 - PESAKIT SIHIR DARI KOTA KINABALU


Hari di janji semlm iaitu ahad tetapi pesakit naik flight jam 9 mlm maka ditangguh pada mlm ini.
Pesakit punya rumah di Putrajaya kerana pernah bekerja di sini dahulu. Pesakit datang bersama suami dan anak perempuannya. Kelihatan tenang seperti tiada apa2 gangguan dalam badannya namun bila di terapi zikir......
Pesakit berbaring dan berselimut. Dlm seminit sudah bangkit jin2 dalam badannya. Ambo tak sempat nak baca apa2 hanya selawat sahaja.
Meroyan jin2 tu sakit dan kepanasan. Merayu2 minta dilepaskan. Mohon ampun dan taubat tidak mahu mengganggu lagi. Jin tu bercerita dia dari kg.Semporna di hantar orang yg dengki padanya.
Katanya dari Filipina, dia buat patung dan seksa patung tu....cucuk2 dan bakar. Pesakit kesakitan dalam perut. Ke Prince Court sudah ke KPJ sudah...MRI sudah Citiscan sudah, tiada penyakit di kesan oleh Doktor2 Pakar seantaro dunia.
Jin2 itu ketakutan....
" Ya Allah, lindungi aku dari dia. Aku takut dengan tuan haji ini."
" Aku mohon ampun Ya Allah. Aku taubat. Aku mahu pulang. Tolong aku Ya Allah"
Jin ini pun minta tolong sama Allah SWT kerana di seksa oleh ambo yg juga meminta pertolonganNya juga. Jin Islam ni dari Sulu barangkali....namun buat kerja jahat kerana di upah orang, mahu pesakit mati.
Bertaubat dia mahu pulang tetapi tak keluar2. Ambo terlupa ambo tutup jalan keluar. Oooooo....kalu tak pecahrekod tak sampai 5 minit je tadi. Menyiksa cukup2 jin tu sampai mungkin dlm 10 minit shj.
Ambo pun buka pintu tarik dia supaya mudah keluar. Baharu pesakit tenang, hilang menggigil perlahan2. Ambo buat air penawar bagi tenaga sikit, dah keletihan dan kepanasan pesakit di bawah kipas di tengah2 mlm ni.
Kalu dah berdepan dan dapat siksa jin2 tu memang solosai tang ni juga la. Terus sumbat dlm penjara Sunan tetapi yg ni ambo lepas la bg dia balik kampungnya.
Awal2 lagi menggigil ketakutan dan bertaubat. Merayu2 dalam.ketakutan jin2 penyihir ni. Jin2 Sabah ni kalau sihirnya bukan2 di buatnya.
Ada satu kes dlm proses rawatan jarak jauh, badan pesakit keluar ulat2 bila di gosok. Ni kisah suami orang Sabah menyihir isteri sendiri.
Lagi satu kes bekas suami menyihir bekas isteri di ari2 dan kemaluannya. Kes ini dgn suami, anak2 dan kakaknya tolong pegang. Meronta dan menjerit kesakitan dgn kuat. Berulang tiap 2 bulan, jin lain2 dihantar orang yg sama dan ditempat yg sama. Nak bg rosak alat kelamin.
Takde hal dengan ambo. Ambo belasah jela tanpa belas kasihan. Dgn jin2 ambo belasah, dgn manusia yg cari pasal dgn ambo pun tunggu jelah masa korang....ya. Harimau tido korang kejut memang cari nahas la.
Lega dapat buat catatan dgn segera. Kang lupo