Wednesday, January 17, 2018

1/10/2017 – PESAKIT DI SIHIR GURU AGAMA (BAPA TIRI) – RAWATAN SUSULAN


Rawatan bermula jam 10 am dan berlangsung selama 3 jam. Si kakak yang di rawat terlebih dahulu, jin2 di dalam nya mengalah setelah arus gelombang pemusnah mengalir berterusan membakar kewujudan mereka di dalam tubuh pesakit perlahan-lahan.

” Tuan Haji Wan Zul Al Qubra………saya mengaku kalah” raungnya.

“Tolong tarik aku keluar…….” Katanya.

Pesakit sendiri menunjukkan tempat di mana duduknya jin2 itu dan saya tekan satu2 untuk mengeluarkannya. Namun kesakitan yang di tanggung pesakit buat saya rasa serba salah juga untuk meneruskan. Isteri saya pula datang membantu, lagi lah bertambah sakitnya bila 2 orang serentak menekan tempat2 tertentu, biarpun tidak kuat namun kesakitan yang di rasai pesakit membuat airmatanya mengalir.

Isteri saya menyarankan berhenti dahulu dan sambung pada malamnya, bagi pesakit masa untuk berehat .
Hajjah Ibu Guru (isteri den la) menyuruh saya memanggil pelajar2 GFSK untuk sama-sama membantu sambil dapat belajar dan menyaksikan sendiri Kebesaran Allah SWT yang hendak kami tunjukkan melalui jalan ini.

Sambil2 tu, Hajjah Ibu Guru bertanya soalan tentang mereka dan pelbagai rahsia dan cerita keluar dari mulut suami pesakit. Tiba-tiba pesakit (si kakak) menjerit….”Ani” di belakang Hajjah…..”Ani” datang dan marah sungguh dengan Hajjah Ibu Guru kerana rahsianya di bongkar. Hajjah menyarankan malam nanti, focus rawat si adik pula, kerana automatic ia akan memberi kesan kepada jin2 di dalam tubuh si kakak.

MALAM SELEPAS ISYAK

Sejurus kami selesai menunaikan Solat Isyak berjemaah (beberapa pelajar sudah sampai awal2 lagi), pesakit pun sampai juga bersama pelajar2 lain. Rawatan bermula dalam jam 9 lebih kurang dan berakhir dalam jam 11 lebih.

Saya mulakan rawat si adik, jin2 dalam tubuh kakak mula meroyan manakala si adik masih berdiam diri. Dalam 15 minit si adik masih diam, saya serahkan rawatan kepada si adik kepada Tabib kanan dan saya beralih kepada si kakaknya pula.

Pesakit (si kakak) bertanya, “ Siapa ramai2 ni Tuan Haji Wan Zul?”

“Mereka semua pelajarku” jin tu tak berkata apa-apa. Aku mula menekan tempat tertentu , mula lah jeritan dan raungan yang bergema silih berganti kakak dan adiknya. Masing2 mengalir airmata dan di sapu dengan towel kecik oleh suami (sikakak) dan adik (adik lelaki pesakit). Masing2 juga muntah silih berganti.

Setelah menyerah jin2 itu, ku serahkan kepada Tabib kanan untuk menguruskan mereka dan terjadi lah tazkirah di antara pesakit (jin2) dan Tabib Kanan GFSK. Jin2 itu menyaksikan Kebesaran Allah SWT dan Cahaya Rasulullah, Islam Jin itu dank u beri nama Hindun.

Setelah pesakit sedar dan di beri minum dan rehat seketika, Tabib Kanan GFSK di beri ilham untuk tazkirah suami pesakit. Rupa-rupanya pesakit dan suami serta adiknya adalah Guru Quran. Hmmm…yang menyihirnya adalah bapa tiri yang mendakwa setelah mengahwini isteri orang “ilmunya” tambah power.

Bercerai ibu mereka untuk mengahwini guru agama ini juga bekas Askar yang ada lesen membawa pistol kemana2. Polis yang menahan Guru Agama ini pun melepaskannya semula dan menyerahkan kembali pistolnya dan angkat tangan juga. Perawat2 Islam di sana pun bila melihat dan bertemunya apatah lagi bila cuba merawat, surrender juga.

Boleh tahan ilmunya sehingga tiada yang sanggup berhadapan dengannya. Polis yang mulanya keras pun jadi kelu bila berdepan dengannya. Entah la bagaimana kalau berdepan dengan ambo yg kerdil ni pula namun beliau sudah meninggal dunia. Yg ada hanya jin2 saka peninggalannya yang menguasai persada.

Hmmmm…bila dapat menundukkan jin2 nya, sudah tentu manusia penyembah Jin tu pun akan tersungkur kerana kekuatan dan kehabatan mereka bersandar kepada kekuatan jin2. Alhamdulillah, selesai sudah kesengsaraan mereka selama 12 tahun, mudah2an.

Drama selama 5 jam ni tak dapat ambo nak detailkan penceritaannya, mungkin tiada kebenaran olehNya jua kerana malam tadi semasa mengarang, elektrik terpadam sebanyak 3 kali. Jin2 ini memang dapat menjejak dan mengintai melalui FB , internet dan saluran2nya.

Jadi sapa-sapa yang mengaku manusia2 hebat akhir zaman, kalau benar adanya, memang takkan dapat hidup lama. Mereka kuncu-kuncu Dajjal ada di mana-mana dan merata-rata hanya dengan menggunakan saluran internet, FB dan Instagram terutamanya. Dulu dah ada Jin Siam yang mengaku, mereka meredah satu Malaysia melalui internet mencari di mana Imaml Mahdi. Bermaksud………..IMAMUL MAHDI memang berada di Malaysia. Wallahu a’lam.