Thursday, January 18, 2018

28/12/2017 - Pesakit gangguan sihir pemisah


Pesakit wanita ni dari Pahang. Rupawan dan baik orangnya dan juga punya suami yg baik dan berharta.
Ini menyebabkan ia di cemburui oleh seseorang yg menggilai suaminya. Di hantarnya jin2 sihir bagi membuat ia benci dgn suaminya dan suaminya pula membencinya kerana wajahnya yg kelihatan hodoh akibat sihir pandangan pada wajahnya.

Setakat ini dgn izin Allah SWT , tiada jin2 yg mampu bertahan bila berhadapan dgnku apatah lagi terkena sentuhan tapak tanganku .

PENYEMBUHAN TAPAK TANGAN DGN ILMU SYAHADAH ( TOKKU PALOH).

Merengek jin2 itu mcm biasa lah bila ku alirkan energi zikir dari jantungku masuk ke tubuh pesakit. Dan merintih kesakitan bila ku tekan dgn jari tempat di mana duduknya jin2 itu.

"Bakpo mu buak ko aku lagu ni...sakit wei"

"Sakit mu jah hok mu tau , sakit hok mu buak ko empunya tubuh ni mu tok kiro?" Kataku kecek ikut slang dia jugok la.

Bercerita la dia si jin kenapa dia perbuat lagu tu kat pesakit ni. Dia benci sebab pompuan ni baik hatinya. Walau dia sakit dan di fitnah namun setiap mlm sebelum tido, dia memaafkan setiap perbuatan jahat orang terhadapnya. Nak solat terganggu, lidahnya terbelit2 bila cuba membaca Al Quran. Mulutnya dikunci sehingga tak mampu tersenyum apatah lagi pada suaminya. Duduknya jin tu dipipi membuatkan rupa paras wanita ni kelihatan hodoh katanya.

Suaminya pula jenis penyabar dan amat baik dengan semua orang, membuatkan penyihir bertambah sakit hati dan makin menggilainya.

Kakak pesakit yg ada bersama turut menyoal si jin tu tetntang dirinya namun katanya dia tak boleh bagitau siapa yg suruh kerana tugas dia hanya utk memisahkan pasangan ini.

Si kakak ni pula di ejek si jin kerana kebolehannya bersilat bila dia mengganggu kakaknya pula. Silat 2 beradik ini warisan keturunan dan si jin ni mengejek kerana katanya si kakak suka bercakap besar tidak seperti si sakit yg suka merendah diri.

Terapi zikir berlangsung dalam setengah jam agaknya namun selepas 15 minit saya berhenti menekan tempat2 duduknya jin2 itu kerana pesakit pun dah berhenti batuk dan muntah2.

Walau jin2 tu menunjukkan tempat2 duduk nya tanda surrender namun saya ignore.

"Suka hati mu lah nak dok mana pong, selagi mu dok dale tubuh ni mu sakit".

Tak nak buang tenaga dan saya pun taknak pesakit keletihan menanggung sakit seperti kes yg lepas2, saya hanya transfer energi zikir melalui kepalanya memasuki setiap urat saraf dan darahnya. Ibarat kita nak paksa seseorang keluar dari biliknya, baling masuk bom asap agar penghuninya kelemasan dan keluar.

Akhirnya pesakit tenang dan saya suruh ia mengucap syahadah. Giliran kakaknya pula dan tiada apa2 kesan kerana punca dan dikenalpasti dan telah di musnahkan.

Mudah2an Allah SWT memberi kesembuhan kpd pesakit ini tanpa ada gangguan ulangan dan terus melahirkan ketakutan kpd jin2 ini utk mengganggu bila mengingati setiap pesakit yg berhubung dgn saya dan ingat akan kesengsaraan yg akan mereka tanggung nanti bila berdepan dgn anak cucu Tok Jebat Laksamana Melaka ini😎.