Wednesday, May 30, 2018

27/4/2018 - Jin abu mayat dari Bangkok tumbang jua


Seorang suami mengadu isterinya terkena sihir pemisah, dari komunikasi dgn jin didlm badan isterinya tiap kali kesurupan selepas maghrib dan jin itu menceritakannya. Pelik juga ya mcm jin ni tak rela akan perbuatannya, macam merasuk secara paksa je😎.
Si suami pun bertanya kat uncle google setelah memohon petunjuk Ilahi akan perawat yg haq. Setelah membaca beberapa artikel ambo, dia tunjukkan gambor ambo berpakaian seperti Sunan Kalijaga di bawah blog bersebelahan gambar Mbah Sunan.
Meraung jin tu minta maaf. Ketakutan dia setelah tahu dengan siapa dia bakal berhadapan. Namun ambo tunda pulak rawatan malam tadi sebab keracunan makanan.
Malam ni seperti di janjikan , sisuami datang bersama isteri, kedua ibubapanya, seorang adik ipar dan 2 anaknya. Pesakit dah kegelisahan dalam kereta. Namun tak upaya dia nak menolak untuk masuk dalam rumah.
Kesemua masuk ke dalam bilik rawatan ambo utk menyaksikan rawatan ini. Ambo pandang je pesakit yg kegelisahan ini. Jin memang ada dalam badannya. Mudah kerja ambo. Ambo suruh baring, dia tak mau. Mulutnya membebel...tangannya di angkat sembah "ampun"..."ampun"...
Dalam bahasa thai. Ambo tak faham mende. Yg disebut selain dalam bahasa thai....
"Nama penyihir"
Abu mayat...ditiup
Beli kat Bangkok.
Ambo cegil mata, suruh dua keluar, balik pada tuanmu.
Dia kata, " tak boleh..."
Ambo kata, " tak keluar mu sakit.."
Dia membebel dalam bahasa thainya....
Ambo suruh suaminya dok belakang isterinya, ambo tekan belakang telinganya dgn ibu jari. Meraung lolo la kata orghe kelate.
Tak sampai seminit, si isteri bersuara. " Ni mah ni bang....." Nampak seperti normal dah, ambo pun suruh syahadah dan baca ayatul Kursi.
Memang jin tu dah kenal ambo. Kalau dah jin Siam paling tua dan ketua segala jin2 sihir ni pun dah pernah kena belasah dgn ambo, anak2 buah nya tak berani melawan, nak aksyen lebih2 pun tak berani.
Ambo minta dtg mlm esoknya utk tgk jin2 ni berani dtg lagi tak! Selagi ada talian hayat dgn ambo, pesakit tak perlu risau. Tunjuk gambar pun dah takut dan ada yg menalifon pun jin2 tu dah lari pecut 1000 km sesaat😃.
Ada yg semudah ini. Ada yg takes time sikit( biasanya jin2 Islam) . Tetapi ada juga yg enggak apa2....ambo bukan nak sombong riak, bukan semua kes pun settle( tapi sikit sangat, jarang-jarang). Yg ni kena muhasabah diri lah. Ambo tak minta kebolehan utk scan kerana byk Scanner rosak aqidah dan terpedaya dgn permainan tipudaya jin2 ni.
Buang saka pun secara jarak jauh mampu ambo rawat dgn izinNya tetapi ia mengambil masa 3 bulan dan 3x fidyah yg sama. Hanya keyakinan yg meminta, maka DIA kabulkan juga walau ambo tak pernah bertemu si sakit.
Ambo taknak kata orang lain....budak2 ambo sendiri byk tersesat akibat terbuka hijab dan melihat sesuatu yg ia yakin benar sedang ianya dusta. Dtg kpd ambo dgn petunjuk Allah SWT, berpaling dari ambo dgn tipudaya syaitan jin dan syaitan manusia yg hasad.
Hati kalau di kotori begitu lah akibat nya baik secara langsung atau tidak. Once berpaling dari highway, memasuki jalan kampung mengundang bala bencana.