Wednesday, May 30, 2018

10/5/2018 - PESAKIT KEBAS-KEBAS KAKI CALL TGH MALAM PILIHANRAYA


Pada jam 1.30 am, seseorang menalifon . Kebetulan masih belum tido kerana menantikan susulan2 peristiwa keputusan PRU 2018.
Beliau menceritakan tak dapat tido setiap malam kerana setiap kali nak tido, kakinya kebas-kebas dan ini menyukarkannya untuk tidor. Biasanya saya tak jawab dah panggilan telefon pada malam-malam buta ni tetapi mata masih segar utk ditutup kerana fikiran melayang malah bukan saya sahaja tetapi seluruh rakyat Malaysia Masakini.
Dia menceritakan pergi berubat dgn seseorang di Hulu Langat kononnya Pakar Tulang dan perawat itu menaikkan rasa kebas di kakinya dengan sengaja kerana dia di tanya, " kebas tak rasa kaki? " dan sejak itu setiap malam kakinya naik kebas bila nak tido. Dia telefon dan merayu perawat itu menarik sakit kebas2 tu tetapi perawat itu menyatakan "biasa macam tu" kalau berubat dengannya.
Saya meminta gambar dan namanya dan di hantar gambar perawat itu juga. Terus saya rawat beliau secara jauh dan berbaring semula selepas itu dan tido.
Lebihkurang jam 7 am, beliau menalifon lagi dan mengatakan kebas kakinya berkurangan. Beliau menceritakan pernah berubat merata tempat bermula dengan puncanya anaknya enggan bersekolah sehingga tingkatan 5.
Perawat pertama adalah nenek tua yg memberinya air penawar. Bila diminum ibunya pula jatuh sakit. Beliau mulanya tinggal bersama ibunya tetapi asyik sakit2 beliau sekeluarga dan selalu di buruk2 kan oleh ibunya sendiri kepada tetangga. Kata nenek itu , ibunya yg menyihir ia dan keluarganya.
Beliau berpindah dan tinggal sendiri dan pergi pula berubat di Pahang dgn orang asli. Di sini dia mendapat sakit belikat pula. Sakit ini juga tak hilang2 sehingga beliau mengambil vss dan berhenti kerja.
Beliau kemudian pergi pula ke suatu tempat di Selangor untuk mengubati sakit belikatnya dgn kononnya Pakar Tulang tetapi kebas2 kaki ni lah yg ia dapat. Ia telefon dan merayu agar ditarik kebas itu tetapi tidak dilayan malah kata perawat itu, "ini adalah angkara ibunya sendiri yg menyihir dia dan anaknya".
Dia bertanya saya angkara siapakah yg menyebabkan dia selalu sakit yg bermacam2?
Selepas tidak di layan rayuannya, dia ke Melaka pula berubat dgn Ustaz yg katanya belajar ilmunya kat Indonesia. Namun apa yg terjadi?
Si perawat tersebut marah2 nya kerana tidak meneruskan rawatan dengannya dan mengugut , katanya " akan merobohkan Kota Melaka" dengan sinisnya. Di Melaka pula, perawat menjurus ibunya sehingga di serang sakit jantung dan terpaksa tinggal bersamanya selepas discharge dari Hospital. Bila di tanya kenapa buat begitu, jawap perawat " mak engkau tak boleh di biarkan tegak nanti dia akan sihir engkau semula" katanya
"Saya tak suruh pun mereka membuat ibu saya sakit ustaz" katanya. Dia kemudian mencuba pula dengan ustaz di kajang. Ustaz ini juga menyerang ibunya katanya. Kata perawat ibunya lah punca segala masalah ini.
Kemudian dengan seorang ustazah pula di Bangi dan Cheras. Perawat ini juga mengatakan ibunya punca segala masalah tetapi sakit kebas kakinya dan belikatnya tak juga hilang dan anaknya tetap tak mau bersekolah.
Dia bertanya syarat berubat dan mahu datang setelah kebas2 kakinya byk berkurang. Jam 2.00 ptg mereka sampai.
Baik dalam telefon mahupun berdepan, pesakit tak habis2 menceritakan masalahnya dengan ibunya dan katanya punca masalah hubungan ia dengan ibunya panas dan dingin bermula selepas berubat dengan seorang nenek tu dan berlarutan lah.
Pesakit mana2 pun suka minta scan bila berlaku gangguan mcm ni. Scan tu menengok atau tilik seterusnya meramal. Tilik dan ramal kerja pak dukun kataku. Saya bukan dukun atau bomoh yg mengamalkan kerja syirik ni. Al Quran menyatakan barangsiapa mendatangi dukun/kihin dan mempercayai setiap tilikannya, tidak di terima Solat selama 40 hari.
Kalau dulu sebelum kelahiran Baginda Rasulullah, jin2 ifrit masih boleh menembusi pintu langit dan mencuri rahsia serta membisikkannya pada tuannya iaitu para dukun/kihin tak kiralah apa panggilannya, pak ustaz ke pak kiyai ke....
Saya menegurnya dan nasihat, teliti dahulu dengan siapa kamu berubat. Sakit apabila bertemu ubatnya, sembuh la ia. Dan jangan cerita apa2 selain sakit dan penyakit shj agar dapat di nilai perawat itu aqidahnya dan akhlaknya.
Ini kamu cerita macam2 pasal ibumu dan bgtau setiap tempat rawatan yg kamu kunjungi, ibunya tau dan bertanya di mana ? Kalau perawat tak scan pun, sudah di syakki siapa punya angkara dan mcm2 boleh terjadi...
Pesan saya , sakit, penyakit dan musibah adalah dari tangan2 sendiri, akibat dosa2 yg lalu dan ia kifarah dariNya utk menghapus dosa hamba2Nya. Duduk lah dalam taubat dan perbanyakkan solat malam di waktu mustajab berdoa....dan berdoa lah. Katanya dalam.menghadapi masalah ini, ia membaca mathurat/manzil dan sakit2 hilang seketika sahaja.
Pesan saya lagi bersihkan hati dan jangan mensyirikkannya. Jgn buat perkara khurafat agar Allah SWT redha dan angkat doamu.