Thursday, June 9, 2011

TENAGA GELOMBANG MENURUT SAINTIS


Gelombang


Gelombang atau wave boleh dibahagikan kepada dua iaitu gelombang elektromagnetik seperti yang digunakan pada radio, sinar X, sinar UV, gamma dan cahaya boleh nampak dan satu lagi ialah gelombang makenik.

Penyakit adalah satu bentuk gelombang makenik yang terganggu oleh gelombang elektromagnetik sehingga mengubat keadaan keharmoniannya. Memanfaatkan gelombang elektromagnetik dalam cahaya boleh nampak kemudian menukarkannya kepada gelombang mekanik akan menjadikannya penawar sebenar kepada penyakit.

Gelombang mekanik sebenarnya dalah gelombang penawar atau gelombang bunyi yang berfrekuensi rendah. Ia dapat mengubah tenaga melalui pemindahan tenaga (energy transfer) daripada satu titik kepada satu titik pada zarah bahantara itu. Proses yang dilakukan secara berulang-ulang sehingga mencapai amplitud akan menghasilkan kesan yang maksima.

Gelombang mekanik adalah satu tenaga untuk merawat penyakit dan merangsang sistem kederiaan. Ia juga mampu mengubah keadaan. Contohnya apabila kita mendengar sesuatu perakra yang menyentuh peribadi, timbul perasaan seperti marah, dukacita dan sebagainya. Oleh yang demikian kita memerlukan gelombang mekanik dengan frekuensi rendah dan laju sebagai pengawalan keseimbangan. Salah satu pembawa (carrier) yang mewujudkan gelombang mekanik ialah garam.

Contoh lain, apabila diri seseorang disertai dengan kepercayaan (keimanan) maka gelombang akan berlaku pada tubuh. Gelombang elektromagnetik sebagai tenaga menyebabkan perenggangan dan gelombang mekanik sebagai proses pemampatan. Gerakan-gerakan anggota tubuh seperti solat adalah salah satu gerakan perenggangan dan “khusyuk” ialah gelombang atau gerakan pemampatan. Maka solat yang khusyuk adalah satu kombinasi gerakan penawar.

Gelombang bunyi yang digunakan dalam rawatan Colour Vibration Theapy adalah gelombang yang mempunyai tenaga yang amat kecil, halus dan tidak dapat diukur dengan mana-mana alat pengukur gelombang.

Arus yang kecil sentiasa mengalir berterusan melalui saraf secara tetap. Ini ialah tenaga semulajadi yang mempunyai persamaan dengan tenaga hayat semulajadi manusia.


Mengapa Colour Vibration Therapy menolak Elektromagnetik dalam perawatan?


1. Gelombang elektromangetik menyebabkan kehangantan / haba yang mampu membakar
sel-sel tubuh.

2. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sesetengah gelombang elektromagenetik
tidak menghasilkan haba, namun jika ia termodulat oleh frekuensi yang sama
dengan frekuensi sesetengah sel, ia tetap akan mengakibatkan kesan yang
buruk pada tubuh (resonan yang buruk berlaku).

3. Medan gelombang elektromagnetik yang mempunyai kekuatan rendah pada jarak
frekuensi fisiologi mampu mengubah proses-proses fisiologi tubuh, sifat-
sifat dan ritma-ritma biologi.

4. Tenaga gelombang elektromagnetik yang di luar keamatan dan frekuensi
fisiologi akan menguja tindakbalas penyesuaian homeostatik tubuh.

5. Hubungan antara gelombang magnetik dan elektrik akan mengubah fisiologi sel
dan organisma.

6. Contoh terbaik bagi kesan gelombang elektromagnetik terhadap kesihatan ialah
kekurangan pengeluaran carcadian melatonin oleh kelenjar pineal. Ini akan
mengakibatkan penyakit seperti kanser, depresi dan gangguan tidur.

7. Pengubahan fungsi-fungsi saraf dan sistem opioid endegenous yang mana ini
akan mengganggu kelakuan-kelakuan dan fungsi-fungsi homeostatik.

8. Arus elektrik ulang-alik 60Hz didapati mengganggu sistem enzim yang normal.

9. Gelombang elektromagnetik mengubah kadar reaksi kimia dengan mempercepatkan
proses penggiatan dan peralihan.

10. Medan magnetik menyukarkan pengambilan ion kalsium oleh sel melalui
penghidratan molekul air di sekeliling ion.

11. Selagal haiwan yang tidak bertulang belakang mampu mengesan dan
bertindakbalas terhadap medan elektrik dan magnetik.

12. Pendedahan terhadap gelombang elektromagnetik menyebabkan penyakit kanser,
depresi dan keguguran kandungan disebabkan oleh kurangnya sintesis hormon
melatonin oleh kelenjar pineal yang sangat penting sebagai fungsi immune
sistem.

13. Walaupun gelombang elektrok dan magnetik boleh menyebabkan penambahan dalam
aktiviti-aktiviti haiwan, tetapi haiwan tidak menunjukkan reaksi bahawa ia
menyukai atau menentang gelombang tersebut.

14. Semua haiwan dan manusia boleh mengesan gelombang elektrik tetapi sangat
sedikir yang dapat mengesan gelombang mangetik yang juga berbahaya terhadap
kesihatan.

15. Radiasi gelombang mikro menjejaskan proses autoimmune dan menghalang
immuniti sel-sel perantara.


Oleh : Prof. Dr. Hj. Ariffaizal Ariffin
(Colour Vibration Therapy)