Friday, June 10, 2011

WANGI-WANGIAN DAN OTAK SERTA MENAFAAT PERUBATAN

Wangi-wangian adalah makanan kepada otak. Otak menguasai semua tenaga vibration dalam tubuh. Tenaga dalam yang dikawal oleh otak sebenarnya begitu personal dan tersendiri pada setiap orang. Mengumpul tahap getaran yang tinggi di dalam otak sebenarnya menunjukkan tubuh telah melalui proses perawatan yang paling asli dan sangat berkesan. Oleh itu, otak memerlukan tenaga sebagai “zat” dalam bentuk wangi-wangian.

Wangi-wangian itu sebenarnya pemakanan kepada otak anda. Pendapat Sains Fizik terhadap wangi-wangian ke atas kulit atau dekat pada diri anda secara menyeluruh sebenarnya akan menyerlahkan atau menghampirkan diri anda kepada unsur-unsur tenaga yang positif dan menguntungkan. Wangi-wangian yang ditambah dengan tenaga amat memberi kesan yang sangat sempurna. Wangi-wangian yang menyegarkan otak anda akan membenarkan otak bekerja secara optimum untuk memperbaiki berbagai keadaan negatif kepada positif.

Wangi-wangian dengan pengimbang getaran warna menyeimbangkan tahap lapisan tenaga atau lingkaran elektromagnetik tubuh yang selalu mengalami perubahan yang halus tanpa disedari. Maklum balas yang negatif seperti ini jika dibiarkan berterusan akan mempercepatkan kejadian penyakit genetik yang memang ada pada diri seseorang. Pada masa ini sesuatu yang sebenarnya sangat rasional dan telah diterima pakai bahawa banyak masalah gangguan mental yang dicerminkan seperti di atas sebenarnya akan menular ke mana-mana bahagian fisiologi tubuh dan menimbulkan bebanan toksik untuk penjadi penyakit.

Inilah dikatakan perawatan secara gerak hati, penambahan ilmu dan peningkatan naluri yang positif. Merawat otak dengan oksigen yang menyegarkan atau memberi tenaga kepada otak akan menaikkan tahap tenaga getaran di dalam otak. Sel-sel akan terbina semula, pertahanan semaik kebal kepada serangan virus.

Oleh : Prof. Dr. Hj. Ariffaizal Ariffin

************************************************************************************



WANGI-wangian Untuk Berubat

Kelebihan Kasturi



KITA mengetahui dan mengenali bau-bau wangi menerusi anggota hidung yang berfungi untuk menghidu. Dan hidung itu jugalah yang menentukan darjah-darjah kewangian sesuatu bauan setiap kali kita menghidunya.

Sumber kewangian itu mungkin berpunca daripada bahan-bahan yang telah diproses menjadikan ia wangi, khususnya minyak wangi, dan mungkin juga bersumber daripada bahan semula jadi, seperti bunga-bungi yang harum baunya, seumpama bunga ros, bunga cempaka, bunga kenanga, bunga melur dan sebagainya.

Baginda Rasulullah S.A.W. amat senang dengan bau-bau yang wangi, dan merupakan salah satu daripada beberapa perkara yang menjadi kesukaan baginda.


Keutamaan Bau Wangi

Bau wangi itu ada mempunyai keutamaannya yang tersendiri.

Para Malaikat cintakan bau yang wangi.

Ada ahli-ahli sufi biasanya meninggalkan bau-bauan yang wangi di pusara yang mereka kunjungi.

Sebaliknya syaitan tidak suka dan bencikan bau-bau yang wangi. Justeru itu dipercayai syaitan akan melarikan diri bila berbau wangi. Sebaliknya syaitan mencintai bau-bau yang basi dan busuk.

Malah roh yang baik sukakan bau-bau yang semerbak wangi, sementara roh-roh yang jahat menyukai bau-bau yang busuk.

Justeru itu di majli-majlis pemujaan jin dan hantu dibakarkan kemenyan yang keras baunya untuk memangil dan menggalakkan hantu dan syaitan datang dan berkumpul di situ.

Minyak wangi boleh memberi manfaat kepada orang yang sakit dan juga orang-orang yang sihat.

Menurut Imam Asy-Syaafi’ii mencium bau-bau harum mmerupakan salah satu perkara yang dapat menguatkan jasmani seseorang.

Kepada orang-orang yang sakit, terutama yang terlibat dengan karenah jin dan syaitan, minyak wangi berguna kepada mereka dalam usaha penyembuhan.

Kepada orang-orang yang sihat pula, ia berguna untuk mengekalkan kesihatan, dan juga mencegah daripada diserang penyakit, terutama penyakit yang melibatkan makhluk halus.

Ada sebuah masjid, dalam jajahan Pasir Mas Kelantan, menyediakan minyak wangi percuma kepada para jemaah yang datang ke masjid itu. Minyak-minyak wangi itu diletak pada tempat yang khas berupa “papan gantung” yang ditampal pada dinding sebelah dalam masjid. Sesiapa yang memerlukannya boleh menggunakannya tanpa perlu meminta kebenaran sesiapa lagi. Ia diwakafkan.

Minyak Wangi Untuk Wanita

Sebagai seorang Islam anda mesti mengetahui peaturan memakai minyak wangi, khsususnya kepada kaum wanita, kerana ada batasan-batasan tertentu ke atas anda dalam memakai minyak wangi.

Kaum Muslimah dibenarkan memakai minyak wangi, tapi yang kurang kuat bau wanginya, warnanya terang; sementara minyak wangi untuk kaum lelaki pula kuat baunya tapi tidak berwarna.

Seorang wanita yang keluar rumah dilarang memakai bau-bauan yang keras yang serbak baunya, kerana andainya dia berbuat demikian maka selama itulah dia seolah-olah berada dalam keadaan zina.

Wanita juga dilarang memakai inai dan wangi-wangian dalam idah suaminya.


Jenis-jenis Minyak Wangi

Minyak wangi ada berbagai-bagai jenis, antaranya minyak wangi atar dan minyak wangi kasturi, dan warnanya juga ada bermacam-macam.

Di antara minyak wangi yang paling disukai oleh orang Islam ialah minyak wangi kasturi, dan ia juga biasa digunakan sebagai perisai untuk mempertahankan diri daripada gangguan makhluk-makhluk halus selain daripada untuk menikmati kewangiannya.

Allah menyebut wangian kasturi ini dalam kitab suci al-Quran. Dalam Surah Al-Mutaffifin Allah berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang berbakti [dengan taat dan amal kebajikan], tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat. Mereka berihat di atas pelamin-pelamin [yang berhias], sambil melihat [segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ]. Engkau dapat melihat pada muka mereka:cahaya nikmat yang mereka perolehi. Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya. Meterainya kasturi;- dan untuk [nikmat kesenangan] itulah hendaknya berlumba-lumba mereka yang merebut kelebihan dan kesenangan”. Al-Mtaffifin:22-26.

Baginda Rasulullah S.A.W. juga menggemari minyak wangi kasturi.

Sabda Rasulullah S.A.W. “Sebagus-bagus wangian ialah minyak kasturi”. HR:Muslim.

Biasanya wangian kasturi ini diperolehi daripada sejenis musang jebat yang dipanggil musang kasturi [rase].

Selain itu ada sejenis pokok yang batangnya berbau wangi, iaitu kuay kasturi.


Minyak Kasturi


Minyak kasturi memang mempunyai banyak guna. Ini adalah hasil kajian yang dijalankan oleh ilmuan-ilmuan Islam, terutama Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyya r.a. Antara khasiatnya mengikut MUTIARA HIJRAH ialah:

1.Memberi kekuatan kepada roh.

2.Menenagkan jiwa [hati].

3.Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak.

4.Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan.

5.Menghilangkan debaran jantung.

6.Menghilangkan sesak nafas.

7.Melegakan lelah [asma].

8.Menyedarkan orang yang pengsan.

9.Memperkuatkan organ [anggota] luaran.

10.Memperkuatkan organ dalam tubuh.

11.Menghilangkan kegementaran tubuh.

12.Menghilangkan sejuk tubuh.

13.Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh.

14.Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang.

15.Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing.

16.Menjernihkan mata putih pada mata.

17.Berfungsi memelihara kesihatan secara menyeluruh.

18.Menghindarkan wabak penyakit.

19.Dapat melanjutkan usia.

20.Meredhakan Allah, disukai para malaikat dan orang-orang soleh, sebaliknya dapat mengusir syaitan dan kuncu-kuncunya.

Bau Wangi Rasulullah S.A.W.



Anas berkata, “Aku tidak pernah menghidu bau amber, musk atau apa-apa sahaja yang baunya lebih wangi daripada bau Pesuruh Allah S.A.W.”.

Jabir bin Samura memberitahu Pesuruh Allah telah menjamah pipinya. Katanya, “Aku merasa dingin yang menyenangkan dan tangan baginda berbau wangi. Bau wangi itu seolah-olah baru dikeluarkannya dari sebuah kantung wangi-wangian”.

Ada seseorang mengatakan, “Samada baginda meletakkan bau-bauan di atas tangannya atau tidak, jika baginda bersalam dengan seorang lelaki, bau-bau wangi itu akan berkekalan sepanjang hari. Jika baginda meletakkan tangannya di atas kepala seseorang kanak-kanak, maka kanak-kanak itu boleh dikenali daripada kanak-kanak yang lain kerana bau-baunya yang semerbak wangi”.

Al-Bukhari melaporkan dari Jabir“Andainya Rasulullah melalui sesuatu jalan, dan sesiapa yang mengikuti baginda di belakang akan mengetahui bahawa baginda telah melaluinya daripada bau-baunya”.

Ishaq bin Rahawayh berkata baginda Rasulullah S.A.W. tetap berbau wangi walaupun tanpa memakai bau-bauan.

Di samping sukakan wangi-wangian, Baginda S.A.W. juga seorang yang suci dan bersih.Baginda diriwayatkan pernah bersabda, “Agama itu berasaskan kebersihan”.

Sejak akhir-akhir ini berbagai-bagai jenis minyak wangi kasturi telah dipasarkan secara terbuka untuk tujuan perwatan gangguan makhluk-makhlk halus. Minyak kasturi itu dikatakan istimewa kerana telah dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa khsusus yang dijamin berkesan untuk tujuan tersebut.

Berbagai-bagai iklan telah dikeluarkan mengenai berbagai-bagai jenis minyak kasturi untuk tujuan perawatan. Kita menaruh bimbang, dalam keriuhan memaparkan iklan-iklan minyak wangi kasturi itu takut-takut ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan untuk memasarkan bahan-bahan tiruan yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaannya.

Pengguna-pengguna pula patutlah ingat, minyak kasturi atau apa sahaja tidak akan berkesan, kiranya tidak mendapat keizinan dari Allah, kerana manusia hanya berusaha, dan Allah yang menentukan segala hasilnya. Jangan ada pula mereka yang mendakwa minyak wangi kasturi itu seperti tangkal azimat yang dipakai oleh sesetengah orang boleh memperlindungi mereka dari segala petaka yang tidak diingini.

Peminat-peminat minyak wangi juga hendaklah berhati-hati dalam memilih minyak yang ingin mereka pakai. Janganlah dipilih minyak wangi asalkan berbau sahaja, dan sebaik-baiknya janganlah dipakai minyak-minyak wangi yang terlalu keras baunya hingga boleh menganggu orang lain yang berada di sebelah, menyebabkan mereka serta merta sakit kepala, pening, sakit tengkok dan sebagainya kerana terhidu minyak wangi yang kita pakai. Carilah minyak wangi yang menyenangkan diri kita dan menggembirakan orang lain, terutama keluarga dan sahabat-sahabat kita. Berbuat demi kesenangan diri sendiri semata, tanpa memikir keselesaan orang lain bererti kita tidak cukup mahabah, malah seorang yang rakus.