Tuesday, October 30, 2018

KESALAHAN DALAM MERUQYAH


Dalam melakukan ruqyah, cukuplah dengan membaca ayat suci Alqur’an dan doa yang diajarkan Nabi –shollallohu alaihi wasallam-. Itu sudah cukup dan tidak perlu banyak berdialog dengan jin yang kemungkinan besar banyak dustanya.

Rasulullah –shallallahu alaihi wasallam– telah bersabda tentang setan yang mendatangi Abu Hurairah: “Dia telah jujur kepadamu, padahal dia itu BANYAK BERDUSTA, itulah setan“. (HR. Bukhori 3275).
Syaikh Muhammad Nashiruddin Albani –rohimahulloh– mengatakan:

Sekarang ini, sebagian Kaum Muslimin malah terjatuh dalam kesesatan “meminta bantuan jin” dengan kedok agama, karena memang Rosul -alaihissalam- terbukti pernah membacakan beberapa ayat kepada sebagian orang yang kerasukan jin, maka Allah menyembuhkan mereka; ini benar.

Namun mereka memulai dari titik ini, kemudian membesarkan lingkarannya hingga sampai pada pembicaraan: “Apakah kamu muslim? Apa agamamu? Nasrani, Yahudi, Budha?”.

Dan setelah itu mereka mengatakan kepadanya: “Masuklah Islam agar kamu selamat!”.

Kemudian dia mengatakan: “asyhadu Alla ilaaha Illallah, wa asyhadu anna muhammadan rosululloh”, orang tersebut yakin dengan perkataan jinnya, padahal mereka tidak melihatnya dan tidak merasakannya sama sekali.

Kita sekarang ini hidup bertahun-tahun lamanya, dan kita berinteraksi dengan orang yang sejenis dengan kita, manusia dengan manusia, itu pun setelah bertahun-tahun bisa jadi kamu melihat orang yang dulunya kau ajak berinteraksi ternyata menipumu! Lalu bagaimana kamu ingin berinteraksi dengan salah seorang dari jin yang tidak kamu ketahui hakekatnya (sama sekali)?!

Lalu dia mengatakan kepadamu: “Aku sudah masuk islam”…

“Aku seorang mukmin”, “Aku siap melayanimu”, “Apa yang kau mau dariku”, “Saya hadir”, dan ini kita banyak mendengarnya, subhanalloh!

Dari sinilah masuknya kesesatan kepada Kaum Muslimin, sebagaimana dikatakan: “tidaklah api yang besar, melainkan dari percikan yang kecil”…

Dan nasehatku… seorang muslim tidak boleh menambah lebih dari ruqyah dalam mengobati orang yang dirasuki jin, (yaitu dengan) dia membacakan kepadanya ayat-ayat dari Kitabullah yang dia kehendaki dan doa-doanya Rasulullah –shallallahu alaihi wasallam– yang shahih, dan itu sudah cukup.

Adapun menambah lebih dari ruqyah, (seperti): ada sebagian dari mereka yang menggunakan kemenyan, ada juga dari mereka yang menggunakan minyak… dan hal-hal lain yang sangat banyak dan aneh. Ini semuanya adalah pengelabuhan terhadap manusia dan usaha agar terlihat berbeda dengan yang lain dalam profesinya itu, karena kalau masalahnya hanya sebatas membaca ayat-ayat, maka semua orang bisa membaca sebagian ayat-ayat dan ternyata jinnya juga akan keluar.

Mereka mengatakan: Jangan, kita ingin mengemasnya dengan sedikit tipuan dan kerahasiaan, sehingga dia menjadi special hanya untuk kalangan tertentu saja.

Aku ingatkan (mereka) kepada firman Allah ta’ala (yang artinya) :

“Bahwasanya ada beberapa orang dari manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang dari jin, maka jin-jin itu menambahkan ketakutan kepada mereka“. (QS. Al Jin: 6).
Kita memohon kepada Allah –azza wajall– semoga Dia menjaga kita, sehingga kita tidak meminta bantuan kepada jin.
—
Penulis: Ustadz Musyafa Ad Darini, Lc., MA.

30/8/2018 - PESAKIT SIHIR PEMISAH DITEMANI BEKAS SUAMI


Entah tiba2 katanya bekas suami datang pada siangnya dan begitu baik sekali sikapnya dtg menyantuni bekas isteri dan anak2nya.

Wanita ini meminta izin saya utk membawa bekas suaminya bersama. Semasa berhubung dan mengirim gambar beliau, anak2 dan bekas suaminya, saya melihat kegembiraan yg terjalin namun ada pihak ke 3 yg mahu merampas bekas suaminya dan menyihirnya.

Beliau bukan sahaja di ceraikan malah turut di halau mertuanya. Beliau pelik dgn perubahan sikap mereka yg berlaku tiba2. Dan perubahan ini mendatangkan syak kerana bekas suaminya pula bersama wanita lain dan ingin mengahwininya.

Malam mereka datang, keluarga saya sedang sibuk menyiapkan persediaan utk memasak esoknya sempena aqiqah cucu kedua. Jadi ramai menyaksikan proses rawatan kerana ruang begitu luas diluar dan terbahagi dua.

Selepas 5 minit terapi di ubun2...pedakit mula gelisah dan mengeluh. Tanda2 jin mula bangkit. Saya terus menekan point penting di kepalanya.

Pesakit meraung kesakitan....menangis menanggung sakit. Tidak ganas tapi ibarat pesalah di ikat di kerusi dan di alirkan tenaga elektrik. Menggelupur menanggung sakit.

Berbeza dgn ruqyah massal, beberapa pesakit kesurupan dan semakin ganas dan kuat. Perlu beberapa orang utk memegang jika tidak peruqyah jadi punching bag kerana jin2 marah menyerunya datang😆😉.
Perawat ruqyah perlu gang utk pegang dan belasah jin2 yg di pegang ramai2. Dengan saya seorang diri , pesakit tak perlu di pegang malah nak melarikan diri pun tak mampu kerana lemah tubuh badan nya terkena karan "Rohku" yg berjuta voltan kuasanya.

Pesakit tak tertahan sehingga ingin memuntahkan isi perutnya. Ya....jin2 nak keluar lah tu. Bekas suaminya memegang plastik bag dan saya bangunkan pesakit agar senang untuk muntah.

Ibunya melihat dgn sayu. Bekas suaminya merenung penuh kekesalan. Mereka menyaksikan bahawa di dalam wanita ini ada jin yg mengganggu hidupnya dan memporakperandakan rumahtangganya.

Pesakit terlalu lembik utk duduk dgn menyandarkan badannya kpd saya. Saya tak sampai hati utk meneruskan penyiksaan terhadap jin2 ini kerana lemahnya fizikal wanita ini dan ramai juga yg menyaksikan.
Saya doakan air penawar utknya minum utk memberi tenaga. Wanita ini bila sedar marahkan bekas suaminya kerana gara2 nafsunya pada wanita lain , hidupnya merana.

Saya membelakangi bekas suaminya agar tidak terlihat olehnya dan menasihatinya agar kawal emosi.
Emosi lah yg di ganggu jin sehingga menggerakkan jasad berlalu zalim dan menzalimi.

Bekas suaminya juga minta di terapi jika ada juga jin2 dlm badannya. Wanita ini bertanya kenapa hanya dia yg di ganggu sehingga mertua pun turut membencinya.

Saya minta mereka dtg lagi utk rawatan ulangan kerana jin2 belum habis dikeluarkan.

Hari kedua pesakit minta tangguh

Hari ketiga pesakit menyatakan loya2 bila teringat nak datang berubat. Saya tersenyum sendirian kerana jin2 berkenaan ketakutan dan keluar sendiri kerana tak sanggup menanggung kesakitan terkena karen berjuta voltan ini.

Hari ke 4 pesakit datang hanya di temani bekas suaminya dan nyata....jin2 sudah tiada bila di terapi.
Semoga kesaksian ini menyatukan mereka semula dan merujuk kembali sebagai pasangan yg sah.
Tumpang gembira melihat mereka bersama mesra semula.

ALLAHU AKBAR.
LA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAH.

Semakin hari semakin mudah dan cepat menangani kes2 sihir dan saka....hanya beberapa minit...tanpa ruqyah berjela dan mengeringkan tekak. Diam dgn zikir, berdoa dan bermunajat dgnNya.
Tuhanku adalah Allah Azzawajalla Yg Maha Agung. Bukan pada ayat ruqyah atau ranting nona atau daun bidara atau apa2 benda maujud yg tiada kuasa apa2.....

Tuesday, August 28, 2018

26/8/2018 - PESAKIT YG BERJAYA PULIH TETAPI HATINYA TIDAK TETAP


Pesakit ini terkena gangguan saka ibunya dan di tambah gangguan2 dari perawat2 yg di kunjunginya yg berniat memegangnya agar berulang2 dtg berubat.

Setelah di rawat pertama kali, beliau mengakui ada perubahan ketara dan hilang sakit2nya tetapi katanya hati2 nya meronta2 kembali kepada perawat yg menyihirnya dan enggan kembali kpd saya malah pergi kpd 3 perawat lain lagi dan bertambah2 bala menimpa.

Setelah sakitnya bertambah dan berulang, ia menelepon saya dan nyatakan ingin kembali berubat. Dia mengakui hanya dgn saya sakitnya hilang dan pulih tetapi hatinya dipegang perawat dari Melaka ni agar tidak berubat dgn saya dan kembali padanya.

Saya tegaskan syarat saya agar ulang 3x dan fidyahnya sekian. Dia akur dan dtg bersama suaminya.
Namun pada hari seterusnya.....🙃. Malas saya nak follow up. Lebih baik layan pada yg yakin dan percaya 100% dgn saya.

28/8/2018 - PESAKIT SIHIR AKIBAT MERTUA YG KHIANAT


Pesakit ini sudah berusia, punya anak lelaki yg sudah bekerja dari suami pertama dan anak perempuan dari suami kedua yg di nikahi 10 tahun yg lalu.

Bekas seorang Akauntan yg bekerja di USA dan telah pun berhenti . Suaminya seorang engineer di Construction firm.

Aduannya, setelah mengahwini suaminya, gangguan ini mula menghantui iaitu dari 10 tahun yg lepas. Telah mencuba di beberapa tempat tetapi tiada berhasil malah melalui kaedah yg tak masuk akal.

Akhirnya di rekomen jirannya yg pernah dtg berubat dahulu bersama rakan2nya. Kawannya ini punya haid tak teratur dan tak mahu keluar. Setelah rawatan, keluar keluar dgn byk sekali yg terkumpul sekian lama.

Seorang rakannya slip disk, jalan pun keras kerana terlampau sakit. Hari ketiga rawatan, hilang segala sakit. Suntikan pain killer pun tiada kesan, saya hanya tarik sakit dan penyakitnya shj..Allah SWT belaka.

Dan seorang lagi berubat dgn penipu di Hulu Langat, baharu hilang gangguan dan sakit2.

Dan yg membawa mereka bertiga adalah rakan seperniagaan yg pernah membawa ibu yg sakit kanser, pulih selepas 3x rawat. Tetapi kakaknya yg memilih rawatan kimoterapi meninggal beberapa bulan selepas tu.
Wajah pesakit ini asalnya putih berseri dan cantik, di tunjukkan gambar lamanya 10 tahun yg lalu yg menjadi igauan suaminya kini. Rawatan pada hari kedua mlm ni, terlihat wajahnya yg berubah kelihatan sedikit cerah berbanding semalam yg gelap dan suram. Malah pesakit sendiri perasan perubahan itu selepas melihat wajahnya di cermin pagi tadi.

Mlm ini saya minta bawakan limau dan bungaan untuk tujuan mandi bersihkan aura utk 3 hari.
Menurut pesakit setelah di nikahi suaminya, ibu mertuanya mencium ubun2nya dan mulutnya dan selepas itu perubahan berlaku. Menurutnya mertuanya tidak menyukainya mungkin kerana status jandanya dan di suruh bercerai. Namun suaminya enggan kerana amat menggilainya waktu itu dan akhlaknya pun baik.

Menurut suaminya ibunya punya saka dan seorang bidan. Namun kepatuhan kpd ibunya tidak merenggangkan kasihnya pada si isteri. Semoga jodoh mereka berkekalan dan wajahnya kembali cantik seperti dahulu.Dan kembali terbuka pintu rezeki yg tertutup sekian lama.

LA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAH

28/8/2018 - PESAKIT AIN PULIH SELEPAS 3 X RAWATAN


Seorang anak dara ayu telah terkena penyakit ain menurut firasat saya dan mungkin juga sihir dari seseorang yg sakit hati dengannya.

Begitu mengadu gatal2 seluruh badan dengan bintik2 seperti jerawat diseluruh badan termasuk muka.
Rawatan pada hari pertama di temani tunangnya. Saya menarik seluruh bisa2 pada badan dan mukanya melalui ubun2, tangan dan kakinya.

Rawatan pada hari kedua, beliau menyatakan kegatalan hanya pada bahagian muka dan belakang badan shj, kali ini di temani kenalan yg merekomen agar berubat dgn saya.

Harini hari ketiga, menurutnya gatal2 hanya di muka shj dan mlm ini di temani kedua orang tuanya dan kakaknya.

Firasat saya setelah melihat potretnya di fb menjelaskan kenapa ia di khianati. Bukan shj kaum wanita yg boleh cemburu dgn kecantikannya malah lelaki yg sakit hati padanya juga.

Menurut kakaknya, mereka syak seorang lelaki yg di tolak pinangannya punya angkara. Seorang ustaz yg panas baran suka memukul2 , belum jadi isteri lagi sudah naik tangan😠😈.

Rawatan selanjutnya , pesakit berminat untuk membersihkan aura diri dan menaikkan aura seri☺. Anak2 dara yg bermasalah jodoh elok sangat buat rawatan ini.

Mudah2an segalanya berlangsung dengan baik2 aje.

LA HAULAWATA QUWWATA ILLA BILLAH ALIYIL AZIM.

KESAN PENGAMBILAN UBAT



KESAN SAMPINGAN UBAT-UBATAN YANG MENGANDUNGI DADAH DAN BAHAN KIMIA

 Foto Sayyid Pendita Adi Putra.
Pesakit-pesakit yang berjumpa doktor mengharapkan doktor akan memberi mereka ubat-ubatan untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi. Tetapi ramai diantara mereka tidak memahami atau sedar bahawa ubat-ubatan boleh memberi kesan sampingan yang tidak diingini. Terdapat ubat-ubatan yang jarang-jarang sekali memberi kesan sampingan yang tidak diingini tetapi ada juga ubat-ubatan yang sering membawa kesan ini dan tiada biasa digunakan oleh para doktor kecuali jika difikirkan amat perlu untuk menyelamatkan nyawa pesakit itu.
 Foto Sayyid Pendita Adi Putra.

Kesan sampingan sesuatu ubat-ubatan yang digunakan itu mungkin sukar dikenali kerana ia boleh menyerupai berbagai-bagai jenis penyakit seperti penyakit yang disebabkan oleh kuman virus, penyakit alahan dan sebagainya.

Umpamanya seorang pesakit yang dapat penyakit demam selesema dirawat dengan ubat seperti panadol, antihistamine seperti phenergen atau kadangkala dengan sejenis antibiotik. Selepas satu hari memakan ubat-ubatan itu timbul lah merah-merahan di kulit badan pesakit. Sama ada disebabkan oleh penyakit yang dirawat atau disebabkan oleh satu daripada ubat-ubatan yang digunakan akan menjadi tanda tanya yang mungkin sukar dijawab. Aspirin merupakan ubat yang sungguh berkesan untuk menurunkan demam seseorang pesakit. Tetapi ia boleh menyebabkan sakit perut akibat gastritis sehingga boleh membawa kepada pendarahan di dalam perut. Jika ini berlaku najis pesakit itu kelihatan hitam akibat darah yang telah bercampur dengan asid di dalam perut dan pesakit boleh memuntahkan kandungan perutnya yang kelihatan seperti kopi. Ada terdapat juga orang yang alah kepada aspirin. Ubat-ubat yang mengandungi aminophylin seperti Neulin boleh menyebabkan berbagai-bagai gejala seperti ketar, perasaan huyung-hayang, sakit kepala dan sakit perut.

Hampir semua ubat-ubatan mempunyai potensi memberi kesan sampingan kepada seseorang pesakit. Kadangkala kesan sampingan itu tidak disedari kerana tanda tandanya hampir sama seperti penyakit-penyakit seperti jangkitan-jangkitan, penyakit alahan, penyakit metabolik dan sebagainya. Ada ubat-ubatan yang membawa kepada penyakit kulit, penyakit mata, penyakit hati (liver), buah pinggang, penyakit sistem digestif dan membawa kesan urat-saraf. Kesan sampingan ini boleh disebabkan oleh terlalu banyak makan ubat, kurang ketahanan kepadanya (intolerance), Idiosinkrasi atau alahan.




Foto Sayyid Pendita Adi Putra.

 Foto Sayyid Pendita Adi Putra.


KESAN DAN BAHAYA PENGAMBILAN PONSTAN

Menurut Dr. Zubaidi Hj. Ahmad, antara ubat tahan sakit yang paling glamour adalah Ponstan. Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang (inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-tanda awal.
Pesakit warga tua paling mudah mendapat kesan sampingan ini. Mereka yang mengambil aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit sendi, dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya, akan mendapat masalah ini. Risiko adalah lebih tinggi jika dia juga perokok serta mempunyai sejarah mengidap penyakit Peptic Ulser Disease.

KESAN PADA KULIT

PONSTAN juga boleh menyebabkan reaksi yang serius pada kulit, iaitu exfoliative dermatitis, toxic epidermal necrolysis (TEN) dan Steven-Johnson syndrome. Tanda-tanda awalnya ialah ruam kulit, dan bengkakan pada sekeliling mata. Pesakit harus terus berjumpa doktor kerana ianya tanda alergik pada Ponstan yang amat teruk, dan boleh melibatkan nyawa.

 Foto Sayyid Pendita Adi Putra.
KESAN PADA GINJAL

Ponstan juga dilaporkan boleh menyebabkan masalah ginjal jika diambil tanpa peraturan. Antaranya penyakit ginjal seperti acute interstitial nephritis dan pendarahan dalam air kencing (haematuria), proteinuria, glomerulitis, papillary necrosis dan Nephrotic Syndrome. Pemeriksaan darah untuk ginjal harus diperiksa secara berkala. Secara amnya, NSAIDs boleh menyebabkan pengurangan aliran darah ke kawasan buah pinggang akibat pengecutan saluran darah. Mekanisme ini berlaku disebabkan oleh kekurangan prostaglandin yang fungsinya untuk mengembangkan salur darah ke buah pinggang. Kepada pesakit buah pinggang kronik di mana buah pinggang masih lagi ada sikit fungsinya, atau yang mempunyai hanya satu buah pinggang sahaja, anda tidak boleh memakan ubat tahan sakit jenis ini.

KESAN PADA HATI (LIVER)

PONSTAN harus diberikan secara berhati-hati pada pesakit yang mempunyai masalah dengan penghadaman dan fungsi dalam organ hati. Ini bermakna setiap bacaan SGOT dan SGPT dalam ujian darah bagi ujian fungsi hati sebanyak 2 kali lebih tinggi dari bacaan normal haruslah berhati-hati ketika menggunakan ponstan.

KESAN PADA SEL-SEL DARAH

PONSTAN 500 mg boleh menyebabkan prothrombin, iaitu komponen dalam darah yang bertindak dalam fungsi pembekuan darah menjadi rendah. Ponstan tidak boleh diberikan kepada pesakit yang mengambil ubat warfarin atau pesakit yang mempunyai kandungan kepekatan prothrombin yang berada dalam tahap 10-20% dari normal.

KESAN-KESAN LAIN

PONSTAN juga harus diberikan berhati-hati kepada pesakit asthma. Bagi mereka yang mengamalkan ubat perancang, ada juga kajian menunjukkan kadang-kala ianya mengurangkan keberkesanan pencegahan kehamilan ini terutama bagi mereka yang mengamalkan IUCD.

KESAN PADA WANITA MENGANDUNG

NSAIDs mesti dielakkan untuk ibu mengandung selepas 6 bulan ke atas. Ia tidak dikelaskan di dalam ubat yang boleh menyebabkan kecacatan tetapi terdapat risiko untuk menyebabkan masalah jantung dan buah pinggang kepada kandungan di kemudian hari.

NSAIDs menghalangkan pembentukan prostaglandin yang penting di akhir kehamilan, menyebabkan bayi dalam kandungan bermasalah. Antaranya penutupan saluran darah di jantung (closure of the foetal ductus arteriosus), masalah ginjal, menyebabkan darah cair pada bayi, dan proses bersalin yang lama. Ponstan tidak diberikan terutama beberapa hari sebelum proses kelahiran.

PENGGUNAAN PADA IBU MENYUSUKAN ANAK

Sedikit kuantiti PONSTAN yang terdapat pada susu ibu yang memakan Ponstan, boleh tersebar pada bayi yang menyusu itu. Tidak digalakkan ibu mengandung yang menyusukan anak memakan PONSTAN sebagai ubat tahan sakit.

PENGGUNAAN PADA KANAK-KANAK

Penggunaannya tidak digalakkan pada kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah.

KESAN KEPADA PERUT

Kesan kepada perut disebabkan oleh dua perkara, iaitu iritasi kepada sel lapisan perut secara langsung atau secara tidak langsung.
– bermula dengan rasa perut kurang selesa, kembung dan keluar angin
– perut menjadi luka (gastritis)
– perut menjadi ulcer (gastric ulcer)
– perut mula berdarah (gastrointestinal bleeding)
– perut berlubang (gastro perforation)


http://www.kekuba.com.my/kesanubat.html

21/8/2017 - Pesakit sihir dari Kedah pulih pada hari kedua.


Pesakit ini pernah datang sejurus sebelum puasa, di rawat 3 hari berturut-turut dan menampakkan perubahan pd sakitnya akibat sihir dari perawat terdahulu yg ingin memegangnya agar terus dirawat olehnya.

Di rekomen oleh seorang ustazah, sudah tentu hatinya tidak curiga nsmun kerana pesakit ini berharta, mungkin ini sebab perawat mahu mengikisnya.

Dah byk kes dah pesakit kena tipu mcm ni termasuk di tempat berlabel islamik dgn lelakinya berjubah serban dan wanita berniqab.

Cara saya hanya 3x berturut dan bila ada perubahan, terpulang pada pesakit utk meneruskan sehingga 5, 7 atau 9 kali bg mempercepatkan proses penyucian.

Alhamdulillah, pada kali kedua ni tiada lagi getaran seperti kejutan elektrik bila saya memegangnya. Dan sakit menyucuk di perut dan duburnya hilang begitu shj.

Isteri dan anak bongsunya turut di serang perawat tersebut dan ini membuatkan ia dtg lagi utk sambung rawatan. Anaknya serangan yg sama seperti bapanya dan isterinya pula serangan di dada seperti ada bonjolan hidup dan di ari2 yg buat ia sakit dan pedih.

Rawatan pertama kali, si isteri merasakan pengecutan pada bonjolannya dan rawatan pada hari kedua insyaaAllah memusnahkan segala sihir2 tersebut.

Semoga Raya ini mereka dapat meraikannya dengan tubuh badan yg sihat walafiat.