Tuesday, August 28, 2018

KESAN PENGAMBILAN UBAT



KESAN SAMPINGAN UBAT-UBATAN YANG MENGANDUNGI DADAH DAN BAHAN KIMIA

 Foto Sayyid Pendita Adi Putra.
Pesakit-pesakit yang berjumpa doktor mengharapkan doktor akan memberi mereka ubat-ubatan untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi. Tetapi ramai diantara mereka tidak memahami atau sedar bahawa ubat-ubatan boleh memberi kesan sampingan yang tidak diingini. Terdapat ubat-ubatan yang jarang-jarang sekali memberi kesan sampingan yang tidak diingini tetapi ada juga ubat-ubatan yang sering membawa kesan ini dan tiada biasa digunakan oleh para doktor kecuali jika difikirkan amat perlu untuk menyelamatkan nyawa pesakit itu.
 Foto Sayyid Pendita Adi Putra.

Kesan sampingan sesuatu ubat-ubatan yang digunakan itu mungkin sukar dikenali kerana ia boleh menyerupai berbagai-bagai jenis penyakit seperti penyakit yang disebabkan oleh kuman virus, penyakit alahan dan sebagainya.

Umpamanya seorang pesakit yang dapat penyakit demam selesema dirawat dengan ubat seperti panadol, antihistamine seperti phenergen atau kadangkala dengan sejenis antibiotik. Selepas satu hari memakan ubat-ubatan itu timbul lah merah-merahan di kulit badan pesakit. Sama ada disebabkan oleh penyakit yang dirawat atau disebabkan oleh satu daripada ubat-ubatan yang digunakan akan menjadi tanda tanya yang mungkin sukar dijawab. Aspirin merupakan ubat yang sungguh berkesan untuk menurunkan demam seseorang pesakit. Tetapi ia boleh menyebabkan sakit perut akibat gastritis sehingga boleh membawa kepada pendarahan di dalam perut. Jika ini berlaku najis pesakit itu kelihatan hitam akibat darah yang telah bercampur dengan asid di dalam perut dan pesakit boleh memuntahkan kandungan perutnya yang kelihatan seperti kopi. Ada terdapat juga orang yang alah kepada aspirin. Ubat-ubat yang mengandungi aminophylin seperti Neulin boleh menyebabkan berbagai-bagai gejala seperti ketar, perasaan huyung-hayang, sakit kepala dan sakit perut.

Hampir semua ubat-ubatan mempunyai potensi memberi kesan sampingan kepada seseorang pesakit. Kadangkala kesan sampingan itu tidak disedari kerana tanda tandanya hampir sama seperti penyakit-penyakit seperti jangkitan-jangkitan, penyakit alahan, penyakit metabolik dan sebagainya. Ada ubat-ubatan yang membawa kepada penyakit kulit, penyakit mata, penyakit hati (liver), buah pinggang, penyakit sistem digestif dan membawa kesan urat-saraf. Kesan sampingan ini boleh disebabkan oleh terlalu banyak makan ubat, kurang ketahanan kepadanya (intolerance), Idiosinkrasi atau alahan.




Foto Sayyid Pendita Adi Putra.

 Foto Sayyid Pendita Adi Putra.


KESAN DAN BAHAYA PENGAMBILAN PONSTAN

Menurut Dr. Zubaidi Hj. Ahmad, antara ubat tahan sakit yang paling glamour adalah Ponstan. Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang (inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-tanda awal.
Pesakit warga tua paling mudah mendapat kesan sampingan ini. Mereka yang mengambil aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit sendi, dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya, akan mendapat masalah ini. Risiko adalah lebih tinggi jika dia juga perokok serta mempunyai sejarah mengidap penyakit Peptic Ulser Disease.

KESAN PADA KULIT

PONSTAN juga boleh menyebabkan reaksi yang serius pada kulit, iaitu exfoliative dermatitis, toxic epidermal necrolysis (TEN) dan Steven-Johnson syndrome. Tanda-tanda awalnya ialah ruam kulit, dan bengkakan pada sekeliling mata. Pesakit harus terus berjumpa doktor kerana ianya tanda alergik pada Ponstan yang amat teruk, dan boleh melibatkan nyawa.

 Foto Sayyid Pendita Adi Putra.
KESAN PADA GINJAL

Ponstan juga dilaporkan boleh menyebabkan masalah ginjal jika diambil tanpa peraturan. Antaranya penyakit ginjal seperti acute interstitial nephritis dan pendarahan dalam air kencing (haematuria), proteinuria, glomerulitis, papillary necrosis dan Nephrotic Syndrome. Pemeriksaan darah untuk ginjal harus diperiksa secara berkala. Secara amnya, NSAIDs boleh menyebabkan pengurangan aliran darah ke kawasan buah pinggang akibat pengecutan saluran darah. Mekanisme ini berlaku disebabkan oleh kekurangan prostaglandin yang fungsinya untuk mengembangkan salur darah ke buah pinggang. Kepada pesakit buah pinggang kronik di mana buah pinggang masih lagi ada sikit fungsinya, atau yang mempunyai hanya satu buah pinggang sahaja, anda tidak boleh memakan ubat tahan sakit jenis ini.

KESAN PADA HATI (LIVER)

PONSTAN harus diberikan secara berhati-hati pada pesakit yang mempunyai masalah dengan penghadaman dan fungsi dalam organ hati. Ini bermakna setiap bacaan SGOT dan SGPT dalam ujian darah bagi ujian fungsi hati sebanyak 2 kali lebih tinggi dari bacaan normal haruslah berhati-hati ketika menggunakan ponstan.

KESAN PADA SEL-SEL DARAH

PONSTAN 500 mg boleh menyebabkan prothrombin, iaitu komponen dalam darah yang bertindak dalam fungsi pembekuan darah menjadi rendah. Ponstan tidak boleh diberikan kepada pesakit yang mengambil ubat warfarin atau pesakit yang mempunyai kandungan kepekatan prothrombin yang berada dalam tahap 10-20% dari normal.

KESAN-KESAN LAIN

PONSTAN juga harus diberikan berhati-hati kepada pesakit asthma. Bagi mereka yang mengamalkan ubat perancang, ada juga kajian menunjukkan kadang-kala ianya mengurangkan keberkesanan pencegahan kehamilan ini terutama bagi mereka yang mengamalkan IUCD.

KESAN PADA WANITA MENGANDUNG

NSAIDs mesti dielakkan untuk ibu mengandung selepas 6 bulan ke atas. Ia tidak dikelaskan di dalam ubat yang boleh menyebabkan kecacatan tetapi terdapat risiko untuk menyebabkan masalah jantung dan buah pinggang kepada kandungan di kemudian hari.

NSAIDs menghalangkan pembentukan prostaglandin yang penting di akhir kehamilan, menyebabkan bayi dalam kandungan bermasalah. Antaranya penutupan saluran darah di jantung (closure of the foetal ductus arteriosus), masalah ginjal, menyebabkan darah cair pada bayi, dan proses bersalin yang lama. Ponstan tidak diberikan terutama beberapa hari sebelum proses kelahiran.

PENGGUNAAN PADA IBU MENYUSUKAN ANAK

Sedikit kuantiti PONSTAN yang terdapat pada susu ibu yang memakan Ponstan, boleh tersebar pada bayi yang menyusu itu. Tidak digalakkan ibu mengandung yang menyusukan anak memakan PONSTAN sebagai ubat tahan sakit.

PENGGUNAAN PADA KANAK-KANAK

Penggunaannya tidak digalakkan pada kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah.

KESAN KEPADA PERUT

Kesan kepada perut disebabkan oleh dua perkara, iaitu iritasi kepada sel lapisan perut secara langsung atau secara tidak langsung.
– bermula dengan rasa perut kurang selesa, kembung dan keluar angin
– perut menjadi luka (gastritis)
– perut menjadi ulcer (gastric ulcer)
– perut mula berdarah (gastrointestinal bleeding)
– perut berlubang (gastro perforation)


http://www.kekuba.com.my/kesanubat.html