Tuesday, September 7, 2010

GELATIN KAPSUL UBAT

Name: Prof. Madya Dr Ishak Suliaman
Jabatan Al-Quran & Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Saturday, September 6, 2008


NAMA: KAMISAH BINTI CHE HA
NO. MATRIK: PEK060014

Sekarang kita sering disajikan dengan berita yang memaparkan tentang penggunaan gelatin. Penggunaan gelatin semakin meluas bukan sahaja dalam makanan tetapi turut merangkumi bidang perubatan. Malah penggunaan gelatin juga melebihi 50% dalam makanan, yang mana 41% ialah gelatin daripada kulit babi, 29.5% daripada tulang haiwan dan 28.5% pula daripada kulit haiwan bovine. Sebagai pengguna muslim kita seharusnya mengambil alternatif dan inisiatif supaya kita tidak terus ditipu oleh mereka yang mahu menjatuhkan umat Islam. Tanpa kita sedari, semakin banyak produk makanan mahupun perubatan, kecantikan dan sebagainya menggunakan gelatin. Umat Islam sama ada secara sedar ataupun tidak sering tertipu dengan produk yang menggunakan gelatin. Hal ini demikian kerana, pihak pengeluar tidak menyatakan dengan jelas mengenai kandugan yang terdapat dalam gelatin.

Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut lagi mengenai isu penggunaan gelatin dalam perubatan dan makanan, adalah lebih elok jika kita mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan gelatin. Menurut takrifan yang diberikan oleh Professor Muhammad Abdul Salam, gelatin ialah merupakan hasil pengasingan protein yang dihasilkan dengan cara menceraikan rangkaian kimia yang terdapat dalam protein haiwan yang dikenali dengan nama collagen. Malah ianya diasingkan dengan cara pengoksidaan ataupun dengan menggunakan perantaraan enzim yang akhirnya akan menukarkan struktur kimianya.

Sebenarnya, sumber gelatin diperolehi daripada kulit, tulang sisi tulang dada dan tendon babi. Namun begitu terdapat juga gelatin yang berasaskan ikan tetapi masih dalam peringkat kajian lagi. Malah gelatin juga turut terdapat daripada tumbuh-tumbuhan contohnya ialah bijirin. Di dalam Ensikloedia Malaysiana pula, penggunaan gelatin daripada sayur-sayuran adalah sama dengan gelatin daripada haiwan dari segi fungsinya dan boleh didapati daripada gluten gandum atau bijirin lain.

Sesungguhnya penggunaan gelatin sangat meluas bukan sahaja dalam pemakanan dan farmaseutikal tatapi turut ada dalam kosmetik, pembuatan filem-filem fotografi, filem sinar-X, kertas cetak foto, membuat kotak-kotak, gel dakwat pen. Manakala dalam makanan pula ialah dalam kapsul penyalut ubat,kapsul lembut seperti kapsul minyak ikan, konveksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain), gummy jelly, penstabil berperisa, yogurt, keju, mentega, aiskrim, pencuci mulut segera (terutamanya agar-agar dan pudding), gula-gula getah, produk-produk daging yang diproses. Gelatin yang digunakan dalam produk-produk diatas adalah sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, egen pelakat atau agen pengikat.

Penggunaan gelatin turut meluas terutamanya dalam pembuatan makanan dan penghasilan ubat-ubatan samada ubatan moden mahupuntradisional. Antara penggunaannya dari sudut perubatan ialah kapsul ubat, penyalut kepada ubat untuk melambatkan larut semasa berada dalam sistem penghadaman, ubat krim, ubat yang dimasukkan melalui dubur atau saluran peranakan, penghalang pengeluaran darah dalam pembedahan, pengganti atau penambah plasma darah. Malah menurut kajian Dr. Troum dan Dalton gelatin khinzir boleh digunakan untuk menyembuhkan tulang yang patah. Gelatin yang disteril dengan radiasi uktraviolet boleh merangsangkan pembentukan tulang yang baru (masih dalam kajian). Dalam satu kes seorang yang berumur 72 tahun mengmbil ¼ oz gelatin sehari dalam jus oren selama 6 bulan sebagai rawatan kepada arthtitis pada sendi tangannya. Kesannya telah menambahkanflexibility jarinya dan kesakitan dapat dikurangkan. Oleh hal yang demikian juga, masyarakat Islam mestilah berhati-hati dalam memilih dan membeli makanan kerana dikhuatiri mengandungi gelatin yang tidak halal. Penggunaan gelatin daripada babi kerana kos pengeluarannya hanya mengambil masa sebulan sahaja. Manakala, bovine pula mengambil masa selama tiga bulan. Oleh sebab itu jugalah ramai pengeluar menggunakan gelatin daripada babi kerana kosnya jauh lebih murah.

Sebenarnya gelatin terbahagi kepada dua iaitu gelatin type A iaitu berasaskan daripada kulit babi dan gelatin type B yang berasaskan daripada tulang-tulang dan kulit haiwan bovine seperti lembu, kambing dan kerbau.

Bagi umat Islam, mereka tidak boleh mengambil makanan yang diharamkan seperti babi, binatang bukan sembelihan orang Islam dan makanan yang kotor. Manakala bagi penganut Hindu pula, lembu merupakan makanan yang sensitive untuk mereka. Yahudi pula tidak mengambil babi sama ada sebagai makanan ataupun dalam perubatan. Tetapi, kadangkala makanan haram itu manjadi asas dalam pembuatan sesuatu makanan ataupun ubat-ubatan. Islam mementingkan aspek khasiat dan kebersihan supaya yang dimakan benar-benar membawa manfaat, bukannya kemudaratan. Dalam hadis diceritakan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya:

“Wahai orang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu,”

Sudah menjadi tanggungjawab orang Islam memastikan makanan yang dimakan setiap hari berkhasiat dan tidak tercemar untuk kesihatan dan tumbesaran tubuh badan. Pengguna Islam berada dalam keresahan kerana kelongsong kapsul yang digunakan sekarang diragui kehalalannya. Kelongsong kapsul yang digunapakai sekarang diperbuat daripada gelatin dan tulang haiwan yang diimport daripada India, Pakistan, China, Brazil dan Argentina. Gelatin ini diproses juga diproses tanpa mengikut hokum syarak. Kelongsong kapsul diimport daripada Amerika Selatan, China dan Asia Selatan dikatan diproses menggunakan gelatin dan organ haiwan yang tidak dapat dipastikan sama ada disembelih mengikut syarak ataupun sebaliknya.

Pengusaha ubat juga menggunakan kelongsong kapsul yang murah dan senang diperolehi dipasaran. Pengguna juga turut meragui penggunaan kelongsong kapsul kerana menggunakan sumber yang tidak jelas. Pihak yang berkenaan juga tidak meletakkan label pada kelongsong kapsul mengenai bahan yang digunakan untuk membuat kelongsong tersebut sebagai panduan kepada pengguna. Kebanyakan pengusaha kelongsong kapsul tidak memikirkan sensitiviti masyarakat terutamanya masyarakat Islam mengenai penggunaan gelatin dan tulang haiwan yang secara terang-terangan haram bagi masyarakat Islam. Bagi pengusaha kelongsong kapsul penggunaan gelatin dan tulang haiwan lebih murah berbanding dengan gelatin berasaskan sayur-sayuran yang mana kosnya tiga kali ganda lebih mahal daripada gelatin dan tulang haiwan. Pengguna juga berasa bimbang dan tidak yakin terhadap kapsul yang dibekalkan di hospital atau dibeli daripada farmasi kerana bahannya belum tentu halal.

Sebagai pengguna muslim kita boleh mencari alternative lain dalam memastikan apa yang kita makan itu bersumberkan daripada yang halal. Antara syarikat menggusahakan ubat-ubatan yang menggunakan kapsul daripada tumbuh-tumbuhan ialah Syarikat Abbott Laboratories (M) Sdn Bhd. Syarikat ini merupaka sebuah syarikat farmaseutikal yang terkenal di Negara ini yang memperkenalkan produk vitamin E jenama Nathoperol. Kapsul Nathoperol ini bebas daripada kandungan binatang atau lebih dikenali “Vegicaps Soft”. Kapsul ini adalah kerjasama antara Abbott dengan syarikat pembuat produk kesihatan, RP Scherrer Holdings (juga dikenali sebagai Cardinal Health). Kapsul ubat selama ini biasanya diperbuat daripada gelatin berasaskan binatang tetapi kini, ia telah digantikan dengan karageena yang dihasilkan daripada rumpai laut atau alga merah. Karageena biasanya digunakan sebagai agen dalam pembuatan makanan seperti ais krim dan yogurt. Penyelidikan yang dijalankan oleh RP Scherer membolehkan karageena menggantikan gelatin binatang dalam pembuatan kapsul ubat. Bagi produk RP Scherer untuk pasaran Asia Pasifik, ia dikeluarkan di kilang pengeluarannya di Melbourne, Australia dan proses pembuatannya melalui standard kualiti yang tinggi sama ada daripada pihak berkuasa kesihatan Australia sendiri ataupun standard yang ditetapkan oleh Abbott.

Seterusnya ialah syarikat Halagel (M) Sdn Bhd yang merupakan pengedar dan pengimport terbesar untuk pasaran di Malaysia dan Asia Tenggara. Selain itu, ia juga turut memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah umat Islam khususnya negara kita.syarikat Halagel juga turut menjalankan kerjasama dengan sebuah kilang besar di Lahore, Pakistan. Syarikat di Lahore itu mempunyai 400 orang pekerja, 2 orang sahaja kristian manakala yang lainya beragama Islam. Syarikat di Lahore menggunakan gelatin daripada tulang-tulang daripada haiwan yang halal dimakan seperti lembu, kambing dan kerbau yang disembelih mengikut syariat. Usaha sama ini dijalankan untuk mendapatkan galetin halal untuk dikilangkan semula di Malaysia.Kilang Halagel terletak di Taman Pekan Baru, Sungai Petani Kedah. Selain daripada itu, kilang HOVID dan HAGECAPS (M) SDN BHD juga turut menggusahakan kapsul.

Dalam penggunaan gelatin, terdapat hadis-hadis berkaitan dengan penggunaan gelatin dalam makanan. Didatangkan beberapa hadis mengenai penggunaan benda yang kotor dalam perubatan. Antaranya ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ad-Darda’ bahawa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “ Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat, dan dijadikan bagi setiap penyait itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan jangan kamu berubat dengan yang diharamkan.” Manakala (hadis riwayat Abu Daud) Imam Bukhari pula ada menyebutkan dalam shahihnya daripada Ibnu Mas’ud katanya:

Maksudnya: “ Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penawar (kesembuhan) kamu pada benda-benda yang diharamkan ke atas kamu.” (Dikeluarkan oleh Bukhari). Secara umumnya gelatin akan menjadi najis apabila diambil daripada khinzir begitu juga daripada binatang yang halal dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam. Jika sekiranya dicampur dengan ubatan maka ubat yang asalnya bersih akan bertukar menjadi najis.

Sebagai pengguna muslin kita seharusnya bertanya kepada pihak berautoriti semasa mendapatkan rawatan untuk memastikan semua ubatan yang digunakan bebas daripada najis dan unsur binatang yang haram bagi kita. Menggunakan gelatin yang bersumberkan daripada tumbuhan yang sudah tentu sama sekali tidak dipertikaikan kahalalannya. Selain itu, pengguna muslim juga mesti mencari alternate lain selain ubat yang menggunakan kapsul contohnya seperti ubat tablet, ubat-ubat tradisional yang berasaskan daripada akar kayu dan sebagainya.

RUJUKAN

1) Sumber ini diperolehi daripada laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item110.

2) Sumber ini dipetik daripada Edisi Nasional: Kapsul was-was, oleh Mohd Amin Jalil yang disiarkan pada Monday 06 February 2006.

3) Dipetik daripada Utusan Malaysia Online 12 ogos 2008, 10 Syaaban 1429

4) Dipetik dari Utusan Malaysia, 8 September 2003 oleh Nizam Abdul Hamid: membebaskan ubat daripada kandungan haiwan.

5) Dipetik daripada
http://www.scribd.com/doc/86297/muhaimin?query2=alkohol+dalam+bidang+perubatan

6) Diambil daripada http://www.hovidpure.com/bm/aboutHeritage.html

7) Dipetik dari laman web http://www.halagel.com/Distributor/newsinfo.php

8) HAGECAPS (M) SDN BHD

Alamat :

PLOT 5365, LORONG JELAWAT 2,
SEBERANG JAYA INDUSTRIAL PARK
13700 PERAI
MALAYSIA Email:hcg@streamyx.com URL: http://hagecaps.tripod.com Tel: 604-
3990259

Hubungi: Ms Kaur, En Fauzie http://www.melur.com/Cdetail.asp?company=8