Tuesday, September 7, 2010

UBAT-UBATAN MENGHAPUSKAN ZAT-ZAT MAKANAN

BAGAIMANA PENGAMBILAN UBAT-UBATAN MENGHAPUSKAN ZAT-ZAT MAKANAN

1. Mengurangkan selera makan atau menaikkan selera makan terhadap makanan yang tidak berkhasiat yang boleh menyebabkan kegemukan. Banyak ubat-ubatan seperti Ritalin (methylphenidate) mengurangkan selera dan secara langsung merendahkan tahap nutrisi yang boleh didapati dari makanan terutamanya dikalangan kanak-kanak. Ubatan anti kemurungan juga mengurangkan pengambilan makanan.

Di sebaliknya ubatan juga boleh meninggikan selera makan terhadap makanan yang kurang berkhasiat dan seterusnya menyebabkan penambahan berat badan. Sebagai contoh, ubatan anti kemurungan dan anti psikotik, steroid seperti prednisone dan steroid yang disedut untuk merawat asma.

2. Merendahkan kemampuan tubuh untuk penyerapan nutrisi. Dalam banyak keadaan ubat-ubatan diambil melalui mulut. Ia melalui sistem penghadaman dan ia bergabung dengan nutrisi yang terhasil sebelum diserap kedalam sistem darah.

Sebagai contoh, antibiotik, ubat-ubatan untuk mengurangkan berat badan dan untuk merendahkan paras kolestrol menghalang lemak dari diserap kedalam sistem tubuh. Ubatan untuk merawat pedih hati (heartburn) boleh menukar persekitaran sistem pencernaan di mana ia akan mengurangkan keupayaan sistem penghadaman untuk menyerap vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.

3. Meningkatkan kadar penggunaan nutrisi. Nutrisi adalah penting dalam proses metabolisma yang berlaku di peringkat sel. Nutrisi yang digunapakai akan diganti dengan nutrisi yang baru dari diet yang diambil atau dari pemakanan tambahan yang diambil. Ubatan yang diambil oleh pesakit meningkatkan kadar penggunaan nutrisi; sebagai contoh, antibiotik penisilin dan gentamisin dan ubatan steroid seperti prednisone dan colchicine yang digunakan dalam merawat gout.
4. Menghalang kesan nutrisi di peringkat sel. Apabila anda mengambil ubat-ubatan dengan cara menelan, ia akan diproses sebagaimana makanan diproses. Ia akan diserap oleh salur darah kapilari dan dibawa ke organ hati. Di hati ianya diurai oleh enzim kepada bahan-bahan yang tidak membahayakan. Bahan-bahan ubatan yang telah diubah ini akan dibawa melalui salur darah keluar dari hati dan disebarkan keseluruh bahagian badan.

Oleh kerana kesan peneutralan oleh hati maka dos yang lebih besar diperlukan sekiranya ianya diambil dengan cara menelan jika dibandingkan dengan dengan cara lain. Sebagai contoh, kuantiti ubatan yang perlu diambil dengan cara menelan adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan cara suntikan.

Kebanyakan ubat-ubatan akan bertindakbalas dengan bahan enzim yang mengawal perjalanan aktiviti sel. Bahan-bahan kimia dari ubat-ubatan akan bertindakbalas dengan enzim ini dan secara langsung menghalang enzim dari memproses nutrisi yang diperlukan oleh sel. Sebagai contoh, ubatan statin seperti Crestor dan Lipitor, menghalang aktiviti enzim yang bertanggungjawab menghasilkan kolestrol di dalam tubuh – pada masa yang sama ia juga menyusutkan tahap coenzyme Q10 yang sangat penting dalam menjaga kesihatan jantung.

5. Meningkatkan kehilangan nutrisi melalui sistem air kencing. Sebarang ubatan yang meningkatkan pembuangan air kecil akan menghapuskan nutrisi yang larut air termasuk vitamin B dan mineral seperti magnesium dan potassium. Ubatan untuk mengawal hipertensi seperti diuretik menyebabkan banyak air kencing dikumuhkan daripada badan.