Cahaya Atas Cahaya
﴿ ٱللهُ نُورُ السَّماواتِ وَ الْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكاةٍ فيها مِصْباحٌ الْمِصْباحُ في زُجاجَةٍ الزُّجاجَةُ كَأَنَّها كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لا شَرْقِيَّةٍ وَلا غَرْبِيَّةٍ يَكادُ زَيْتُها يُضيءُ وَلَوْلَمْ تَمْسَسْهُ نارٌ نُورٌ عَلى نُورٍ يَهْدِي اللهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشاءُ وَ يَضْرِبُ اللهُ الْأَمْثالَ لِلنَّاسِ وَ اللهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَليمٌ ﴾
Allah SWT berfirman:
“ Allah adalah cahaya seluruh langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah tempat pelita yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu berada dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang penuh berkah, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api (lantaran minyak itu sangat bening berkilau). Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis). Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. (An Nur: 35)
"Allah adalah cahaya seluruh langit dan bumi" Allah SWT menguasai segala yg dilangit dan dibumi dengan cahayaNya. Setiap sesuatu yg diciptakanNya bermula dari cahaya yg satu. Kemudiannya cahaya itu berpecah menjadi 2 dalam bentuk unsur hitam dan putih. Cahaya Hitam adalah unsur dunia manakala Cahaya Putih pula berunsur akhirat.Dari cahaya yg berunsur hitam ianya berpecah menjadi 4 keperluan asas utk dunia iaitu tanah,air,api dan angin. Daripada 4 perkara asas itu maka terjadinya Alam dan Manusia. Dari cahaya yg berunsur putih pula ianya berpecah menjadi 4 jenis keperluan asas utk akhirat iaitu Syariat,Tarekat,Hakikat dan Makrifat. Semua ilmu berasal dalam bentuk cahaya sebelum ilmu itu dizahirkan melalui manusia. Daripada 4 perkara ini terbentuknya Islam dan masa. Mungkin anda bertanya bagaimana daripada Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat boleh wujudnya Masa.
Allah SWT mempunyai kaedah dan tertib didalam penciptaanNya. Allah SWT tidak mencipta manusia lebih dulu dan kemudiannya baru mencipta dunia. Dunia dijadikan lebih dulu sebelum Nabi Adam as engkar pada perintah Allah SWT. Manusia akan melakukan yg sebaliknya. Ini membuktikan Allah SWT itu Maha Mengetahui sedangkan manusia diciptakan tanpa berilmu. Islam lebih dulu diciptakan sebelum diciptakan alam dan manusia. Kerana adanya Islam lah masa diciptakan dan bukan sebaliknya.
Islam perlu dimulakan didalam keadaan bermasa dan berakhir didalam keadaan yg tidak bermasa. Islam perlu dimulakan didalam keadaan berdunia dan berakhir didalam keadaan tidak berdunia. Pertamanya Islam diciptakan dalam bentuk Nur Ilahi, yg keduanya manusia dlm bentuk Nur Muhamad, yg ketiganya Masa dalam bentuk Nur Ain dan yg keempatnya dunia dalam bentuk Nur Alam. Apabila penciptaan itu dizahirkan daripada bentuk cahaya kepada bentuk nyata maka ia bermula dari yg keempat iaitu Dunia dan kemudiannya Masa,Manusia dan akhirnya Islam. Allah SWT menggunakan konsep dimana ianya berakhir, maka disitulah ianya bermula kembali.
Apabila Islam diciptakan lebih dulu daripada yg lain maka ini membuktikan Allah SWT telah menyediakan ubat lebih dulu daripada penyakit. Allah SWT tidak akan mengizinkan sesuatu masalah itu terjadi sekiranya jalan penyelesaiannya tidak disediakan didalam Al Quran. Kenapakah umat Islam tidak berjumpa dengan jalan penyelesaian kepada masalah yg dihadapi sekarang melalui Al Quran?
*** Disini tidak dijelaskan tentang penciptaan Malaikat dan Jin kerana ia memerlukan ilmu Makrifat utk memahami konsep penciptaan Nur dan Api.
"Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah tempat pelita yang di dalamnya ada pelita besar". Nur Ilahi diumpamakan seperti sebuah tempat yg didalamnya ada pelita iaitu Al Quran. Al Quran adalah seumpama sebuah pelita besar yg memancarkan cahaya utk menerangi hati manusia dengan Nur Ilahi.
"Pelita itu berada dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang penuh berkah, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api (lantaran minyak itu sangat bening berkilau)". Al Quran yg bercahaya itu pula berada didalam Nur Muhamad dan Nur Muhamad pula berada didalam diri Rasulullah saw. Nur Muhamad diumpamakan seperti kaca yg seakan-akan bintang yg bercahaya. Kaca yg bersih itu boleh membiaskan cahaya manakala bintang membawa maksud petunjuk arah yg tepat. Nur Muhamad berfungsi seumpama cermin yg akan membiaskan cahaya Allah SWT ke hati manusia utk memberi petunjuk ke jalan yg benar. Nur Muhamad boleh diumpama seperti kilauan yg ada didalam sebuah lampu suluh atau lampu kereta. Cahaya yg terpancar dari mentol itu akan dibiaskan oleh kilauan yg ada didalam lampu tersebut supaya cahaya akan menyuluh ke hadapan utk menerangi jalan. Begitulah juga caranya Nur Muhamad membiaskan Nur Allah ke hati manusia. Jika hati manusia itu berkilau dengan Nur Muhamad, maka dia pula akan membiaskan cahaya itu kepada manusia yg seterusnya.
"yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang penuh berkah, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api (lantaran minyak itu sangat bening berkilau)". Perumpamaan minyak pada ayat ini membawa maksud kalimah. Dengan wujudnya kalimah didalam diri manusia maka terpancarlah cahaya Nur Muhamad didalam hatinya. Perumpamaan pokok zaitun yg tidak tumbuh di timur atau dibarat bermaksud agama iaitu Islam. Hanya melalui Islam saja manusia boleh menghidupkan kalimah didalam hatinya. Islam mesti berkembang ke seluruh dunia tanpa ada persempadanan timur atau barat.
Cahaya di atas cahaya bermaksud Para-para Nabi adalah cahaya yg membawa cahaya. Rasulullah saw adalah penghulu para-para Nabi dan Nur Muhamad bersumber daripada Rasulullah saw. Nabi Muhamad yg pertama dijadikan dan yg terakhir diutuskan. Nur Muhamad wujud didalam diri para-para Nabi sebagai pembawa Nur Allah kepada manusia.
Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki. Para-para Nabi hanya sebagai pembawa petunjuk sahaja tetapi akhirnya Allah SWT jualah yg akan menentukan kesudahannya. Kalau orang itu diterima maka Allah SWT yg akan membawa manusia itu kepada cahayaNya.
Kesimpulannya:
1. Ada 4 lapisan cahaya yg terkumpul didalam satu pusat cahaya.
2. Cahaya itu terbahagi pula kepada 2 pasangan iaitu Nur Ilahi dan Nur Muhamad.
3. Nur Ilahi adalah cahaya dilangit dan Nur Muhamad pula adalah cahaya dibumi.
4. Cahaya Al Quran dan Nur Muhamad bersatu didalam diri Rasulullah saw. utk
membentuk perhubungan diantara Allah SWT dan RasulNya.
5. Nur Muhamad berfungsi sebagai pembias cahaya daripada Al Quran kepada manusia
melalui saluran utamanya iaitu Rasulullah saw.
6. Hati yg dihidupkan dengan kalimah akan menghidupkan pula Nur Muhamad didalam
hatinya.
7. Hati yg hidup dengan Nur Muhamad pula akan tertangkap kepada cahaya Al Quran yg
dibiaskan dari Rasulullah saw.
Pecahan Cahaya'
1. Nur Ilahi berpecah menjadi 99 asma (asma ul husna)
2. Nur Al Quran berpecah menjadi 7 (Al Fatihah)
3. Nur Muhamad berpecah menjadi 5 (Adam,Nuh,Ibrahim,Musa,Muhamad)
4. Nur Islam berpecah menjadi 3 (Khalifah,Imam,Ulama)
5. Nur Syahadah hanya menjadi 1 (Kalimah)
Rasulullah bersabda:
"Aku telah diutuskan dalam keadaan yang terbaik pada semua keturunan anak Adam, sejak kejadian mereka" (Sahih Bukhari, Jild 4, Buku 56, No. 757)
Nur Muhamad yg hidup dihati adalah tempat utk Nur Ilahi bertapak. Nur Muhamad berfungsi seperti sebuah cermin yg akan menangkap Nur Ilahi dari Al Quran dan membiaskan pula Nur Ilahi itu ke hati manusia utk mendapat petunjuk. Apabila kalimah hidup dalam hati manusia maka bersinarlah Nur Muhamad yg ada didalam hatinya. Dengan bersinarnya Nur Muhamad maka tertangkaplah Nur ilahi kedalam hatinya seperti lensa kamera video yg menangkap cahaya. Nur Muhamad kemudiannya membiaskan Nur Ilahi ke hati manusia yg seterusnya. Dengan cara ini maka Nur Ilahi akan terpancar dari satu manusia ke satu manusia yg lain dan begitulah seterusnya cahaya itu berjalan. Nur Muhamad bersumber daripada Rasulullah saw dan Nur Muhamad itu diwariskan pula kepada ahlul bait Baginda setelah kewafatan Baginda saw. Sebab itu Baginda saw berpesan supaya manusia mesti berpegang dua perkara iaitu Kitabullah Azza Wa Jal dan Ahlul Bait Baginda. Tanpa kedua-duanya maka manusia akan sesat kerana tidak akan mendapat petunjuk daripada Allah SWT. Maka perhatikanlah bagaimana kita memperlakukan kepada keduanya setelah kewafatan Rasulullah saw. Inilah perkara yg patut ulama perhatikan.
"Sesungguhnya aku meninggalkan bagi kamu dua buah benda peninggalan yang berat kadarnya, pada lain riwayat, sesungguhnya aku meninggalkan bagi kamu dua peninggalan yang jika kamu berpegang padanya tidak akan kamu sesat sepeninggalanku. Salah satunya lebih besar dari yang kedua, yaitu kitab Allah azza wajalla seumpama tali penghubung yang kokoh terentang dari langit sampai kebumi dan keluargaku ahlil baitku, keduanya tidak akan terpisah satu dengan yang lain hingga bertemu denganku diakhirat ditelaga Haudh/kautsar maka perhatikanlah kamu bagaimana kamu sepeninggalku memperlakukan keduanya".
Diriwayatkan oleh Muslim dan tirmidzi
Umat Islam sepatutnya dibimbing oleh Ulama-Ulama yg berbai'at dengan wakil Rasulullah saw. Dengan cara ini barulah ulama tersebut diberi petunjuk melalui Al Quran bagaimana utk menyelesaikan masalah yg dihadapi oleh umat Islam sekarang. Keadaan umat Islam sekarang seperti layang-layang terputus tali. Perhubungan ulama dengan Rasulullah saw tidak wujud lagi. Maka Ulama hanya boleh bergantung kepada ilmunya sahaja. Masalah pasti tidak selesai. Perhubungan ulama sekarang dengan Rasulullah saw terputus angkara perbuatan Yahudi yg sememangnya memahami bagaimana utk melemahkan Islam. Mereka sudah menjalankan kerja jahat ini beratus-ratus tahun dahulu semasa era penjajahan. Janganlah kita saling menuding jari. Umat Islam terdahulu pun jangan disalahkan malah kita harus berterima kasih kepada mereka kerana diatas usaha dakwah mereka juga kita hari ini beragama Islam. Binalah semula Islam dalam semangat berkasih sayang kerana Allah SWT. Insafi lah betapa kasihnya Rasulullah saw kepada kita. Mudah-mudahan melalui ayat dan hadis diatas Allah SWT memberi petunjuk kepada kita tentang apakah punca masalah umat Islam pada hari ini.
Islam Dan Kepimpinan
Setelah penjajahan melanda wilayah2 Islam, kepimpinan Islam telah diserang dengan hebat. Dengan tertegaknya sistem kufar sekali gus ini mematikan kuasa Raja dan Ulama utk berkuasa semula didalam kerajaan. Penjajah sudah pastikan hanya kepimpinan Melayu yg sudah disebatikan dengan pendidikan barat sahaja boleh diberikan kuasa utk membentuk kerajaan. Sejak itu umat Islam berada pada satu tahap kekeliruan fahaman yg kritikal. Pelajar-pelajar yg memegang diploma, ijazah, masters dan Phd dalam bidang syariat mula diberi tempat didalam pentadbiran Islam. Pentadbiran Islam pula telah diletakkan dibawah kuasa politik. Apakah dengan menguasai ilmu dibidang syariat sahaja sudah melayakkan seseorang itu utk berfatwa bagi pihak Allah SWT. Benarkah begitu caranya Islam ditadbir bagi pihak Allah SWT?
Islam terbentuk daripada 4 komponen iaitu Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat. Setiap satu komponen itu mempunyai fungsinya tersendiri. Syariat hanyalah salah satu daripada komponen yg diperlukan untuk menghidupkan Islam di sepanjang zaman. Sistem pendidikan Islam sekarang tidak merangkumi pengajian Tarekat, ini tidak menepati keperluan pendidikan Islam yg sempurna. Tarekat tidak berfungsi maka Hakikat dan Makrifat akan mati. Apabila makrifat mati maka fungsi Al Quran juga akan turut mati. Apa ertinya Islam tanpa cahaya Al Quran?
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".
Di riwayatkan oleh al Baihaqi.
Cuba kita renungkan hadis diatas. Perkataan ‘ulama mereka’ ditujukan kepada ulama pada zaman Islam sudah tinggal nama, Al Quran hanya tinggal tulisan dan mesjid tersergam indah tapi kosong daripada hidayah. Perkataan ‘fitnah’ di dalam hadis diatas pastinya dikaitankan dengan fahaman yg disampaikan oleh ulama tersebut pada umat Islam dizaman itu sehingga berlakunya tiga masalah seperti yg disebut didalam hadis diatas. “Ulama mereka” dan Ulama Pewaris Nabi adalah dua kategori ulama yg berbeza.
Apabila Tarekat pupus, maka Hakikat dan Makrifat turut sama pupus. Ini bermakna tiada lagi golongan Hakikat dan Makrifat di dalam masyarakat Islam. Jika Makrifat sudah pupus maka muncul ulama-ulama seperti yg dimaksudkan di dalam hadis tersebut. Manusia yg belum mencapai taraf Makrifat adalah manusia yg belum sempurna Islamnya. Oleh kerana pada masa itu sudah tidak ada lagi manusia yg sampai ke peringkat Makrifat, maka umat Islam melantik orang-orang yg mempunyai ilmu agama tetapi belum sempurna Islamnya untuk menjadi ‘ulama mereka’.
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." Di riwayatkan oleh Muslim.
Di dalam hadis diatas menerangkan Allah SWT akan mencabut atau menghilangkan ilmu agama daripada umat Islam dengan mematikan ulama. Bagaimana istilah ulama ini nak ditakrifkan pada zaman ini? Ada 2 kategori ulama dimana yg satunya berkhidmat didalam kerajaan dan yg satu lagi tidak berkhidmat didalam kerajaan. Setelah Sistem Khulafa dihapuskan oleh Yahudi, British dan Freemason, maka Khalifah Islam pun tenggelam sama. Apabila Khalifah tiada maka tiadalah wakil Rasulullah saw didunia ini. Dengan siapa ulama nak berbai'at? Ulama sepatutnya mewakili Rasulullah saw utk menyambung tugas Rasulullah saw didunia ini. Itu sebab ianya di panggil Ulamak Pewaris Nabi. Bagaimana pula Ulama Pewaris Nabi boleh terhubung dengan Raulullah saw setelah kewafatan Baginda?
Rasulallah saw bersabda:
"Sesungguhnya aku meninggalkan bagi kamu dua buah benda peninggalan yang berat kadarnya, pada lain riwayat, sesungguhnya aku meninggalkan bagi kamu dua peninggalan yang jika kamu berpegang padanya tidak akan kamu sesat sepeninggalanku. Salah satunya lebih besar dari yang kedua, yaitu kitab Allah azza wajalla seumpama tali penghubung yang kokoh terentang dari langit sampai kebumi dan keluargaku ahlil baitku, keduanya tidak akan terpisah satu dengan yang lain hingga bertemu denganku diakhirat ditelaga Haudh/kautsar maka perhatikanlah kamu bagaimana kamu sepeninggalku memperlakukan keduanya". (Diriwayatkan oleh Muslim danTarmidzi)
Daripada hadis diatas kita lihat Rasulullah saw mengaitkan Ahlul Bait Baginda dengan Al Quran dan ditegaskan lagi bahawa keduanya tidak akan terpisah hingga ke akhirat kelak. Islam yg kita amalkan hari ini adalah Islam tanpa ahlul bait dan cahaya Al Quran. Kedua-duanya adalah satu pakej yg tidak boleh dipisahkan. Malah Baginda menegaskan selagi mana manusia berpegang kepada keduanya selepas kewafatan Baginda maka umat Islam tidak akan sesat. Persoalannya apakah ulama dan umat Islam sekarang berpegang kepada kedua-duanya atau hanya memegang kepada ayat-ayat Al Quran sahaja? Apakah dengan berkata “kami menghormati dan menyayangi ahlul bait” tanpa perlu berbai’at sudah dikira mencapai maksud “berpegang” seperti yg ditegaskan oleh Rasulullah saw didalam hadis diatas. Bukankah berbai’at adalah cara dan tertib yg sepatutnya menjadi amalan didalam soal menzahirkan perhubungan yg sebegini. Kita masih mempunyai Al Quran ditangan kita. Tetapi adakah Al Quran yg ada ditangan kita itu masih mengandungi cahaya atau sekadar tinggal tulisan sahaja? Sepatutnya dengan meneliti kedua-dua hadis diatas kita sudah boleh keluar dari kekeliruan. Ini juga sudah cukup utk menjawab kenapa umat Islam lemah dan berpecah belah sekarang. Yg sepuak berpegang kepada ahlul bait dengan caranya, yg sepuak lagi berpegang kepada Al Quran dan Sunnah dengan caranya, yg sepuak berpegang kepada ulama-ulamanya, yg sepuak pula menolak Tarekat, Tasawuf dan Sufi dll. Tidak ada satu pun yg berpegang dengan sebenar-benar pegang kepada yg sepatutnya dipegang secara menyeluruh dan mengikut tertib yg sebenar. Semuanya membuat kesimpulan yg membuat mereka tersimpul dengan ilmu-ilmu dan fahaman-fahaman mereka sendiri. Ulama sekarang hanya berpegang kepada ayat-ayat Al Quran, Sunnah dan ilmu-ilmu dari kitab2 ulama terdahulu. Itu semua hanya kulitnya sahaja. Yg menjadi isinya adalah cahaya Al Quran. Berpandukan semua yg diatas tanpa Nur Ilahi apa jadinya?
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. Diriwayatkan oleh Ibnu Majah.
Disaat ini umat Islam sangat2 memerlukan kepimpinan agama utk menyelesaikan segala masalah yg dihadapi oleh umat Islam. Ulama tidak berfungsi mengikut keperluan semasa. Ulama sepatutnya tertumpu kepada masalah2 yg besar seperti Riba, Daulah Islam dll. Kerja yg sepatutnya boleh diselesaikan oleh juruteknik tetapi jurutera yg sibuk menanganinya. Padahal kerja jurutera ditinggalkan. Sudah jelas didalam hadis Rasulullah saw bahawa masalah yg paling besar diakhir zaman ini ialah Riba dan Kepimpinan. Ini bermakna ekonomi dan politik adalah masalah yg perlu ditangani oleh kepimpinan agama. Jika dia benar2 ulama maka pasti Allah SWT beri petunjuk dan jalan utk menyelesaikan masalah ini. Seandainya dia tidak diberi petunjuk dan jalan penyelesaiannya maka dia sepatutnya sedar siapa dirinya dan siapa yg diwakilinya.
Jalan penyelesaian ada ditangan siapa? Itu harus dicari dan bukannya mengalih tumpuan kepada hal2 yg furu. Apakah soal doa qunut, kenduri arwah dll itu belum selesai? Oleh kerana ulama2 sebegini maka orang2 yg sepatutnya lebih layak tidak mendapat tempat sebagai pemimpin. Maka selamanyalah umat Islam dimundurkan dengan ilmu-ilmu mereka dan kegilaan2 mereka itu.
Daripada 3 hadis diatas maka boleh disimpulkan bahawa Islam berada ditahap yg kritikal kerana soal kepimpinan agama. Umat Islam sudah terputus hubungan dengan Rasulullah saw dan juga Al Quran. Inilah faktor yg menyebabkan bantuan Allah SWT kepada umat Islam terbantut. Ilmu-ilmu baru tidak sampai. Fahaman Islam sudah keinggalan zaman. Proses memperbaharui urusan agama juga terhenti. Khalifah, Mujadid, Wali dan Ulama Pewaris Nabi yg menjadi tunggak kepada kekuatan Islam telah digantikan dengan "Ruwaibidhah" dan “ulama mereka”. Umat Islam dan Islam sudah jadi apa sekarang?
Persoalannya adalah adakah "ulama mereka" dan "Ruwaibidhah" boleh membangkitkan Islam dan menyelamatkan umat Islam sekarang? Apakah umat Islam masih bermimpi disiang hari? Kalau mahu menikmati rasa manis, ambil lah manis itu dari madu dan bukannya dari mulut.Bukan kita yg sepatutnya mengejar dunia tetapi dunia yg sepatutnya mengejar kita. Pemimpin yg sepatutnya menguruskan kuasa dan bukannya kuasa yg menguruskan pemimpin.
* Cuba-cubalah umat Islam minta "ulama mereka" menjelaskan apa maksudnya Islam itu sebagai "agama resmi" sesebuah kerajaan. Istilah "agama resmi" itu bagaimana pula?