TASAUF : ANTARA SYARIAT – HAKIKAT & TAREKAT
Dipetik dari YAYASAN SOFA, REMBAU NSDK.
Saudara pembaca yang budiman.
Ketika membincangkan Sejarah Perkembangan Ilmu Tasauf, terdapat pertelingkahan yang berpanjangan dan berterusan antara Aliran Feqah & Aliran Tasauf.
Menurut Prof Dr Abu bakar Aceh pertelingkahan ini berlaku akibat kedua-dua aliran ini berjalan mengikut jalan masing masing hingga menimbulkan jurang yang terus melebar dan semakin jauh terpisah.
Hingga kehari ini terutamanya di Malaysia dimana Ilmu Agama dan penyebarannya dikawal ketat oleh Pihak Yang Berkuasa Agama, terdapat ramai umat Islam yang juga terdiri dari ulamak ulamak terkenal yang berkelulusan tinggi memandang Ilmu Tasauf khasnya Ilmu Tarekat & Ilmu Hakikat sebagai Ilmu Yang Sesat & Amat Menyesatkan.
Membincangkan Ilmu Ketuhanan dilarang sama sekali. Apatah lagi menyebarkannya. Akibatnya tidak ada satu surau atau masjid dibenarkan menjadi tempat untuk mengajar Ilmu Tasauf yang merangkumi Ilmu Tarekat & Ilmu Hakikat. Surau dan Masjid hanya dijadikan tempat belajar , mengajar dan beramal Ilmu Syariat & Ilmu Hukum Hakam iaitu Ilmu Feqah.
Dimanakah seorang yang berminat mempelajari Ilmu Tareqat & Ilmu Hakikat boleh belajar jika semua institusi agama diharamkan dari mengajar ilmu ini ?
Maka ramailah yang belajar secara mencuri – curi atau secra haram.
Barangkali berlandaskan perkara diatas, PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA yang berpusat di Rembau, Negeri Sembilan telah menulis rencana hasil penyelidikannya yang disiarkan di Akhbar Utusan Malaysia pada 1hb Jun i2010.
Kata para penyelidik SOFA :-
Tarekat cuba dimomokkan oleh setengah pihak – seolah-olah SEMUA TAREKAT SUFI itu adalah SESAT dan MENYESATKAN.
Ada buku dinegara kita yang menyenaraikan nama tarekat tarekat arus perdana, menyatakan dengan berani bahawa semua tarekat itu mengandungi kesesatan.
Pada Fakir , penerimaan pemahaman bahawa Ilmu Hakikat & Ilmu Tarekat itu TIDAK SALAH dan sememangnya Ilmu Yang Benar Tidak Sesat , Tidak Menyesatkan dan Tidak Dimurkai Allah – ADALAH AMAT AMAT PENTING untuk bukan sahaja diterima oleh masyarakat muslim tetapi juga untuk diperakui oleh Pihak Berkuasa Agama Islam khasnya di Malaysia.
Berikut Fakir turunkan melalui entri kali ini intipati intipati Rencana Penyelidikan Yayasan Sofa bagi bacaan mereka mereka yang berpendapat bahawa mempelajari Ilmu Hakikat & Ilmu Tarekat itu sesat & menyesatkan.
....................................................................................
1 Istilah Hakikat telahpun digunakan untuk merujuk kepada TAHAP KEIMANAN YANG TINGGI yang dicapai oleh seorang yang benar benar beriman
2 Syariat sebagai asas, manakala Tarekat adalah wasilah dan Hakikat pula ialah buah ataupun hasilnya. Tiga perkara ini saling lengkap dan melengkapi.
3 Sesiapa yang berpegang dengan Syariat akan melalui tarekat dan seterusnya sampai kepada Hakikat. Tidak ada PERTENTANGAN & PERCANGGAHAN.
4 Setiap Hakikat yang bersalahan dengan Syariat adalah Zindiq.
5 Mithalnya didalam Solat : pergerakan dan perbuatan zahir beserta rukun rukun dan syarat syaratnya adalah FAKTOR SYARIAT yang menjadi JASAD SOLAT.
Adapun HADIR HATI didalam Solat merupakan FAKTOR HAKIKAT yang menjadi RUH SOLAT.
6 Orang Mukmin Yang Sempurna ialah yang menghimpunkan diantara Syariat & Hakikat.
7 Tidak ada Tasauf melainkan dengan Feqah kerana tidak akan diketahui hukum hakam Allah melainkan dengan Syariat.
8 Jadinya semuanya menjadi WAJIB pada hukum sebagaimana wajibnya Jasad bagi Ruh. Tidak ada kewujudan bagi Ruh melainkan didalam Jasad sebagaimana tidak adanya Kehidupan bagi Jasad melainkan dengan Ruh.
9 Hakikat , Tarekat & Syariat saling melazimi kerana JALAN MENUJU KEPADA ALLAH mempunyai ZAHIR dan BATINNYA.
10 MAKSUD ketiga tiga cabang ilmu ini iaitu Syariat, Tarekat & Hakikat adalah mendirikan penghambaan kepada Allah sebagaimana yang dikehendakki daripada sesaorang hamba.
Fakir.........terimakasih YAYASAN SOFA
faqirabdillah.