Chronological Reverse Threaded
reply
muhdfaridmcguire wrote on Apr 15, '09
Guna jin untuk lawan jin. Ramai pengamal perubatan alternatif yang kononnya Islamik menggunakan kaedah ini. Emmm... Nanti ada pula yang fire/flame saya, cakap saya menuduh (fitnah)... Haii... kalau iye pun minta lah penjelasan dulu. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang (kecuali jika ada beruk kat atas tu).
reply
ilmuhaq wrote on Apr 16, '09
muhdfaridmcguire said
Guna jin untuk lawan jin. Ramai pengamal perubatan alternatif yang kononnya Islamik menggunakan kaedah ini. Emmm... Nanti ada pula yang fire/flame saya, cakap saya menuduh (fitnah)... Haii... kalau iye pun minta lah penjelasan dulu. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang (kecuali jika ada beruk kat atas tu).
nak minta penjelasan kenapa rumah kamu dihiasi hantu?
reply
emjayjb wrote on Apr 15, '09
Assalamualaikum wbh
Terima kasih di atas pandangan muhdfaridmcguire di atas pandangan sdr.
Saya menjangkakan Hadi tidak menggunakan perkhidmatan jin untuk melawan jin. Tetapi jin yang datang tinggal di rumahnya adalah balasan Allah kerana terdapatnya amalan yang tidak diredhai Allah.
Emjay
reply
szi5108 wrote on Apr 15, '09
SALAM ustaz,
Utk pembaca2 semua,, ini satu lagi article mengenai kesesatan akibat amalan perbomohan. Kenapa masih ramai lagi yg tidak sedar utk menjauhi amalan2 syirik ini? Nauzubillah min zalik. Mohon kita dilindungi ALLAH dari perkara2 seumpama ini AMIN
Pakej sengsara
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: RM50 untuk demam-demam, RM100 jika muntah-muntah. Begitu harga tawaran ‘pakej sengsara’ ilmu hitam yang ditawarkan segelintir bomoh tidak bertanggungjawab bagi menjerat pelanggan taksub kepada perkara tahyul untuk menganiaya individu dimusuhi mereka.
Harian Metro difahamkan, kewibawaan golongan bomoh sesat itu diukur melalui kesan ilmu sihir terhadap seseorang hingga namanya menjadikan sebutan pelanggan.
Lebih menakutkan, jenis penyakit yang konon mampu dikirimkan kepada mangsa dan tempoh penderitaan disihir bomoh mata duitan itu turut bergantung kepada nilai wang pengeras dibayar pelanggan.
Ini bermakna jika mahu musuh lebih menderita, lebih mahal upah dikenakan bomoh terbabit. beberapa bomoh yang ditemubual wartawan Harian Metro di sini mengakui terpaksa menawarkan khidmat jahat seperti itu berikutan persaingan sengit di kalangan mereka untuk mendapatkan wang mudah.
Seorang bomoh yang hanya mahu dikenali sebagai Koromoh, berusia lewat 30-an, berkata dia tiada pilihan selain menawarkan khidmat itu disebabkan bilangan bomoh kini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
“Di sekitar bandar raya ini dianggarkan terdapat tidak kurang 20 bomoh dan tidak hairan jika masing-masing mahu mempromosikan khidmat mereka dengan memperkenalkan pakej itu bagi memancing pelanggan.
“Kebanyakan pelanggan bomoh berkenaan termasuk pekerja kilang dan suri rumah dari beberapa kawasan sekitar.
“Sihir berkenaan biasanya ditujukan kepada pihak yang dimusuhi akibat perasaan tidak puas hati, dengki dan dendam,” katanya yang didatangi lima pelanggan, baru-baru ini.
Menurutnya, khidmat murah dan mudah untuk membalas dendam terhadap seseorang menjadikan pelanggan semakin taksub dan percaya terhadap bomoh tanpa berfikir panjang kesannya kepada mangsa.
“Pelanggan tidak perlu membawa sebarang barangan kecuali wang pengeras kerana ia akan menentukan jenis dan tempoh masa penderitaan yang bakal dialami mangsa sihir.
“Menerusi perkhidmatan itu, seseorang pelanggan hanya perlu menyatakan nama mangsa dan membayar wang pengeras manakala urusan lain diuruskan bomoh terbabit,” katanya ketika ditemui di Pasir Gudang di sini, semalam.
Katanya, kebiasaannya, seseorang mangsa mengalami kesengsaraan antara seminggu hingga berlarutan bertahun-tahun.
Seorang lagi bomoh yang dikenali sebagai Abon berkata, ada antara pelanggannya sanggup membayar wang pengeras hingga mencecah ratusan dan ribuan ringgit semata-mata mahu melihat musuh mereka ditimpa pelbagai kesengsaraan termasuk kesakitan bagi tempoh lama.
“Jika membayar lebih, seseorang itu dikatakan boleh pengsan, mengalami penyakit ganjil, muntah darah, menghadapi masalah keluarga selain membawa maut.
“Pakej RM50 dianggap sebagai percubaan bagi mengenakan mangsa secara ringan-ringan, sekali gus melihat kekuatan ilmu sihir dimiliki seseorang bomoh,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Agama Johor (JAJ), Mohd Nooh Kadri, berkata amalan ilmu hitam mahupun perbuatan sihir adalah perbuatan syirik kerana menyekutukan Allah.
Menurutnya, ia bertujuan jahat dan tidak akan membawa sebarang faedah kepada mana-mana pihak.
“Bukan saja akidah terpesong kerana mempercayai ilmu sihir, malah mendapat dosa besar kerana pengamal berkenaan melakukan perbuatan menganiaya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
reply
shahamain wrote on Apr 16, '09
sebabnya kamu itu hantu
reply
rockshy wrote on Apr 16, '09
Apa benda la kau ni emjay.Suka hati mak bapak kau aje kata orang sesat.Syaitan kalau nak ganggu dia tak kira siapa even bapak tok guru kau pun dia boleh kacau.Kau pun munafiq,tunjuk muka bdpan pun tak berani.Lagi apa guna nickname,mana nama kau,mak bapak kau/tok guru sesat kau tu...ada hati nak berlagak alim
reply
johnjulipan wrote on Apr 16, '09
assalamualaikum. alhamdulillah, syukur sdr emjay mendedahkan perkara sebegini. ianya dapat dijadikan iktibar, khususnya dalam kita mendekatkan diri kepada Allah. hanya orang yg memilih utk menjauhkan diri daripadaNya sahaja yg akan marah2 serta membenci pengajaran yg disampaikan di atas. wa na'udzubillahi min dzalik. saya sekadar nk berkongsi pengalaman, alhamdulillah, berbekalkan pengalaman berkongsi pelajaran dgn sdr emjay, sy ada kisah yg similar dgn perkara di atas. awal April baru2 ini, adik perempuan saya selamat melahirkan seorang anak, alhamdulillah. namun, satu peristiwa yg sering diperbincangkan antara saya dgn sdr emjay telah berlaku. adik saya mengadu kpd saya bahawa anaknya utk beberapa hari pertama memang tak tidur dan menangis sepanjang malam sehingga ke pagi. nak kata lapar, susu diberi sentiasa, namun tetap menangis. beberapa hari yg lalu, sy menerima kiriman video drpd adik saya, videoklip anaknya lah. saya terlihat satu perkara yg begitu 'familiar', iaitu surah yasin di tepi bantal. jadi saya bertanya kpd adik sy tentangnya, dan dia menjawab yg ibu mertuanya suruh letak yasin di tepi bantal anaknya supaya tidak diganggu syaitan. sy bertanya, "adakah effectnya positive?". jawabnya "sama aje". jadi saya menerangkan tentang konsep tangkal kpd adik saya dan memintanya supaya meltakkan pengharapan dan memohon perlindungan hanya kepada Allah, bukan kpd yasin. alhamdulillah, malam berikutnya anak itu boleh tidur nyenyak dan adik saya pun dapat berehat secukupnya. syukur kepada Allah. jadi moral of the story, fahami konsep tauhid kepada Allah, insyaallah amalan kita akan lebih selari dgn kehendakNya. wallahua'lam...
reply
emjayjb wrote on Apr 16, '09, edited on Apr 16, '09
johnjulipan said
assalamualaikum. alhamdulillah, syukur sdr emjay mendedahkan perkara sebegini. ianya dapat dijadikan iktibar, khususnya dalam kita mendekatkan diri kepada Allah. hanya orang yg memilih utk menjauhkan diri daripadaNya sahaja yg akan marah2 serta membenci pengajaran yg disampaikan di atas. wa na'udzubillahi min dzalik. saya sekadar nk berkongsi pengalaman, alhamdulillah, berbekalkan pengalaman berkongsi pelajaran dgn sdr emjay, sy ada kisah yg similar dgn perkara di atas. awal April baru2 ini, adik perempuan saya selamat melahirkan seorang anak, alhamdulillah. namun, satu peristiwa yg sering diperbincangkan antara saya dgn sdr emjay telah berlaku. adik saya mengadu kpd saya bahawa anaknya utk beberapa hari pertama memang tak tidur dan menangis sepanjang malam sehingga ke pagi. nak kata lapar, susu diberi sentiasa, namun tetap menangis. beberapa hari yg lalu, sy menerima kiriman video drpd adik saya, videoklip anaknya lah. saya terlihat satu perkara yg begitu 'familiar', iaitu surah yasin di tepi bantal. jadi saya bertanya kpd adik sy tentangnya, dan dia menjawab yg ibu mertuanya suruh letak yasin di tepi bantal anaknya supaya tidak diganggu syaitan. sy bertanya, "adakah effectnya positive?". jawabnya "sama aje". jadi saya menerangkan tentang konsep tangkal kpd adik saya dan memintanya supaya meltakkan pengharapan dan memohon perlindungan hanya kepada Allah, bukan kpd yasin. alhamdulillah, malam berikutnya anak itu boleh tidur nyenyak dan adik saya pun dapat berehat secukupnya. syukur kepada Allah. jadi moral of the story, fahami konsep tauhid kepada Allah, insyaallah amalan kita akan lebih selari dgn kehendakNya. wallahua'lam...
Assalamualaikum wbh
Kepada mereka yang marah-marah dengan artikel saya kali ini, fahamilah mesej yang ingin saya sampaikan di atas iaitu mudah, sekiranya ada sesuatu amalan sesat didalam rumah, sesuatu buruk akan berlaku hasil dari anugerah Allah SWT sebagai musibah dan ujian.
Sdr johnjulipan menceritakan pengalaman yang baru berlaku kepada adiknya yang baru melahirkan anak awal April lalu. Apabila emak mertua adik perempuan johnjulipan memberikan surah Yaasin untuk diletakkan di tepi bantal bayi yang baru lahir, iktikad manusia apabila melakukan perbuatan ini adalah memohon rahmat kepada surah Yaasin agar memberikan perlindungan kepada bayi kecil ini. Inilah namanya mempersekutukan Allah atau dalam bahasa lain mensyirikkan Allah. Dalam bahasa mudah pula ialah perbuatan meletakkan surah Yaasin berhampiran bayi yang baru lahir adalah satu perbuatan sesat. Seandainya mereka ini memohon rahmat kepada Allah melalui surah Yaasin pun tetap syirik.
Sekian semoga Allah memberikan kemudahan untuk memahami artikel ini kepada setiap pembaca Laman Emjay.
Emjay
reply
johnjulipan wrote on Apr 16, '09
oh ya, seperkara lagi, sdr rockshy jgnla marah2 dan menghamburkan kata2 kesat mcm tu secara melulu. istighfar, perkara begini perlu dibincangkan secara ilmiah, memaki bukanlah sunnah Nabi s.a.w. setiap manusia ada kekurangannya, maka sekiranya melihat sesuatu yg bathil, maka kembalikan kepada alQuran dan as-Sunnah. tapi kalo perkara tu haq dan betul, ikut ajelah. ok wallahua'lam
reply
emjayjb wrote on Apr 16, '09
Waalaikumussalam wbh
Alhamdulillah sudah bertambah ilmu kau johnjulipan. Semoga Allah sentiasa merahmati engkau dengan ilmu yang berguna yang diredhai.
Apabila menjadi orang macam aku ni, satu perkara yang aku kena sentiasa amalkan ialah "belajar menebalkan telinga macam telinga kuali" maklumlah orang macam Abu Jahal memang ada di mana-mana. Kita nak bagi mereka ilmu tetapi mereka marah-marah. Biarkanlah tetapi saya berdoa semoga si rockshy dilapangkan dadanya oleh Allah untuk menerima ilmu yang berguna untuknya di dunia dan akhirat melalui Laman Emjay ini.
Semoga Allah jua sentiasa memberikan pertolongan kepada johnjulipan dalam mencari ilmu diperantauan. Satu perkara nanti kalau dah dapat apa yang dikejar tu, elakkanlah riak sebagaimana banyak dilakukan oleh orang lain.
Sekian wassalam
Emjay
reply
atuk64 wrote on Apr 16, '09
as..kum ..emjay...cara bagaimana utk menghilang gangguan m.halus..
reply
emjayjb wrote on Apr 16, '09, edited on Apr 16, '09
atuk64 said
as..kum ..emjay...cara bagaimana utk menghilang gangguan m.halus..
Assalamualaikum wbh
Makhluk halus jin syaitan ini adalah makhluk yang sangat lemah. Namun mereka insya-Allah akan dapat mengganggu kita apabila kita menjadi sangat lemah iaitu lebih lemah daripada syaitan.
Apabila ada gangguan, ini bermakna kita ada melakukan sesuatu kesalahan serius kepada Allah. Jadi kita semua terlebih dahulu hendaklah mencari apakah kesalahan tersebut (perlunya muhasabah diri). Di sinilah perlunya berguru.
Jikalau kesilapan kita adalah kerana mengutip tangkal azimat, maka tangkal azimat ini perlulah dilupuskan dan kemudian bertaubatlah. Insya-Allah Allah menjadikan kita manusia lebih kuat dari jin syaitan dan dengan ini Allah SWT melindungi kita semua daripada gangguan jin syaitan.
Secara umumnya perkara ini memang sangat mudah namun secara praktiknya amat sukar dan perlunya berguru untuk membimbing dan memantau progres.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
Comment deleted at the request of the author.
Comment deleted at the request of the author.
reply
nakbelajar wrote on Apr 17, '09, edited on Apr 17, '09
Assalamualaikum Tuan Emjay
Tuan ada menulis
"Seandainya mereka ini memohon rahmat kepada Allah melalui surah Yaasin pun tetap syirik.".
Saya ingin faham lagi pasal tak faham dan tak tahu.
Bagaimana cara memohon kepada yang maha esa?
Jadi macamana pengguna ayat Al Quran?
Kebanyakan yang saya lihat dan dengar menggunakan ayat Al Quran baik dalam perubatan, doa, tahlil dan selalu membaca al fatihah.
Apa gunanya alfatihah itu untuk dibaca? Rahmat Allah hanya dari Tuhan.
Jika diniat kan alfatihah itu salah, untuk apa dibaca contohnya disedekahkan alfatihah atau yasin kepada orang tua dan sesiapa?
Ingin faham lagi. maksud tuan penggunaan ayat2 alquran untuk dibaca atau apa2 pun tujuan adalah salahke?
Ingin bertanya untuk difahamkan. Terima kasih
reply
emjayjb wrote on Apr 17, '09, edited on Apr 17, '09
nakbelajar said
Assalamualaikum Tuan Emjay
Tuan ada menulis
"Seandainya mereka ini memohon rahmat kepada Allah melalui surah Yaasin pun tetap syirik.".
Saya ingin faham lagi pasal tak faham dan tak tahu.
Bagaimana cara memohon kepada yang maha esa?
Jadi macamana pengguna ayat Al Quran?
Kebanyakan yang saya lihat dan dengar menggunakan ayat Al Quran baik dalam perubatan, doa, tahlil dan selalu membaca al fatihah.
Apa gunanya alfatihah itu untuk dibaca? Rahmat Allah hanya dari Tuhan.
Jika diniat kan alfatihah itu salah, untuk apa dibaca contohnya disedekahkan alfatihah atau yasin kepada orang tua dan sesiapa?
Ingin faham lagi. maksud tuan penggunaan ayat2 alquran untuk dibaca atau apa2 pun tujuan adalah salahke?
Ingin bertanya untuk difahamkan. Terima kasih
Waalaikumussalam wbh
Alhamdulillah syukur kerana sdr bertanya.
Lihat senario berikut:
1. Saya masuk hutan dan sebagai perlindungan saya bawa Quran kecil untuk penaik semangat.
2. Saya mengajar kepada pelajar apabila dikejar haiwan bacalah "sum mum buk mum um yum fahun la yar ji 'ngun ...."
3. Bila tetamu ramai datang ke rumah agar masakan yang dimasak cukup, bacalah ayat AL quran surah ****** kelak makanan cukup.
4. Bila ada gangguan syaitan, bacalah Ayat Kursi kelak ayat ini menghalau syaitan tersebut.
Kesemua senario di atas adalah senario biasa di Malaysia namun kesemua senario di atas adalah perlakuan yang membawa syirik!
Islam adalah satu-satunya agama yang benar. Islam mengajarkan "BERDOA" terus kepada Allah. Pengamal agama lain, apabila mereka berhajat sesuatu dari Tuhan, mereka akan mencari perantaraan dan dari sinilah timbulnya berhala serta pelbagai amalan sesat lainnya yang menjadi penghubung antara mereka dengan Tuhan. Inilah syirik!
Berkaitan senario 1 di atas, sekiranya saya membawa Quran masuk hutan kerana di sana saya ada banyak masa dan ingin memenuhkan masa untuk membaca AL Quran, ini adalah satu perbuatan terpuji. Sekiranya seorang lain pula berniat membawa Quran masuk hutan untuk lebih mendekatkan diri melalui membaca Al Quran serta memahami maksudnya, ini juga adalah perkara terpuji.
Didalam senario 1 di atas kita namakan Quran menjadi tangkal azimat. Ramai orang kini menjadikan Quran sebagai tangkal azimat. Sama situasinya apabila orang masuk hutan membawa pelbagai tangka azimat sebagai perlindungan.
Senario 2 pula ialah bacaan Quran menjadi tangkal yang kononnya mampu menyelamatkan situasi dikejar binatang buas. Apa bezanya dengan orang yang banyak bertangkal untuk mengelakkan gangguan binatang buas? Bacaan Quran tidak boleh memberikan rahmat kerana hanya Allah yang mampu memberikan rahmat. Berdoalah terus kepada Allah bila mengalami situasi tersebut.
Senario 3 adalah sama dengan senario 2. Bacaan surah tertentu tidak boleh memberikan rahmat mencukupkan makanan yang disediakan. Berdoalah sewaktu memasak. Lebih elok lagi jikalau sepanjang memasak tadi sentiasa dilakukan zikir di dalam hati dan diselang selikan dengan doa, alangkah cantiknya masyaallah
Senario 4 telah saya ulas di dalam artikel saya bertajuk "Ayat Kursi kehilangan power?? di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/207
Apabila kita membaca ayat Al Quran seperti Ayat Kursi dengan harapan ayat ini menghalau syaitan, kita sebenarnya sudah rosak akidah dan ALlah biasanya membalas dengan menambah lagi azabNya seperti gangguan dari syaitan ini bertambah parah. Sekiranya kita apabila diganggu syaitan langsung membaca Ayat Kursi semata-mata kerana disuruh Nabi untuk melakukan bacaan tersebut dan seterusnya berdoa agar Allah memberikan kita perlindungan dari gangguan syaitan tersebut, insya-Allah kita akan terselamat dari gangguan syaitan tersebut.
Perbezaan disini ialah amat kecil iaitu niat sewaktu membaca ayat kursi tersebut. Ini yang bakal menentukan rahmat Allah atau rosak akidah (sesat). Saya sekiranya menderma RM10,000 kerana pada tahun ini kerana saya ingin mendapatkan gelaran dato' dari sultan, ini bukanlah satu perbuatan yang ikhlas dan insya-Allah amalan ini tidak diterima Allah. Namun sekiranya saya menderma RM10,000 kepada usaha hamba Allah yang menyediakan pusat jagaan anak-anak yatim semata-mata kerana perintah Allah, insya-Allah amalan ini akan diterima Allah dan bakal diberikan ganjaran yang besar di dunia dan akhirat. Perbezaan menderma RM10,000 ini terletak pada niatnya. Dalam Al Bayan Hadis Nombor 1128 Nabi bersabda mafhumnya: "Diriwayatkan daripada Saidina Umar bin al-Khattab r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya." Sesungguhnya berjimak dan berzina adalah perbuatan yang sama tetapi berjimak dapat pahala manakala berzina dapat dosa.
Jika berfahaman bahawa bacaan Fatihah boleh mendatangkan rahmat, maka Allah pun bolehlah bercuti dari mengurniakan rahmatnya?
Doa adalah bahasa yang digunapakai oleh manusia untuk menyampaikan sesuatu hajat dari Allah. Doa adalah ibadah dan memangnya disuruh Allah. Jikalau kita memulakan doa dengan melakukan amalan yang baik seperti membaca Fatihah atau mana-mana ayat dari Al Quran lainnya semata-mata untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah, ini adalah perbuatan terpuji.Sekiranya selepas bacaan fatihah kita lakukan pula zikir dengan niat melaksanakan perintah Allah yang memerintahkan umatnya berzikir, amat cantiklah perbuatan ini. Namun jikalau kita memulakan doa dengan bacaan Fatihah kerana meyakini ayat ini ada "power", inilah yang rosak. Sesungguhnya Fatihah tiada "power" kerana sesungguhnya hanya Allah yang ada "power"
Tentang sedekah fatihah dan sedekah Yaasin, carilah dalam mana-mana kitab hadis adakah nabi pernah berbuat demikian atau adakah para sahabat pernah melakukannya?
Nabi dalam hadis memang pernah menjampi dengan ayat AL Quran. Orang yang mantap akidahnya apabila menjampi dengan ayat Al Quran insya-Allah akan memperoleh rahmat. Namun di Malaysia ini ramai sungguh umat Islam yang jauh dari Islam. Asas akidah mereka hampir kosong. Bila orang seperti ini menjampi, insya-Allah akan tambah merosak akidah.
Saya apabila menjampi dengan susunan ayat-ayat Al Quran tertentu, saya berniat melakukan bacaan tersebut kerana perintah Allah dan Nabi. Saya meyakini segala bacaan yang saya baca ini tidak mempunyai sebarang kuasa. Setelah saya selesai membaca, saya berdoa terus kepada Allah untuk memberikan rahmatnya berkaitan urusan saya tersebut.
Sebagai pengetahuan asas akidah, sekiranya saya makan makanan dan meyakini makanan ini boleh memberikan kesihatan kepada diri saya, rosaklah akidah. Sekiranya saya makan dengan niat kerana Allah suruh kita makan dan minum dan seterusnya saya minta Allah memberikan kesihatan kepada saya, cantiklah! Sekiranya orang yang sakit makan ubat dengan meyakini ubat ini boleh memberikan kesembuhan, rosaklah akidah. Apabila sakit, carilah ubat kerana Allah memerintahkan perkara ini. Sesudah mengambil ubat, berdoalah agar Allah memberikan kesembuhan. Makan ubat yang paling baik pun sekiranya Allah tidak memberikan kesembuhan, tidak akan pulih. Jikalau Allah memberikan kesembuhan, tidak makan ubat pun boleh pulih. Bacalah artikel saya bertajuk "segala puji bagi Allah ....." di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/232 bagaimana seorang kanak-kanak yang sakit telinga pulih tanpa sebarang ubat dimana pelbagai usaha dan ubat sebelumnya tidak dapat memulihkannya.
Marilah kita sama-sama mengesakan Allah SWT
Emjay
Comment deleted at the request of the thread owner.
Comment deleted at the request of the thread owner.
Comment deleted at the request of the thread owner.
Comment deleted at the request of the author.
reply
emjayjb wrote on Apr 17, '09
Kepada sdr abuafiqah,
Saya baru delete reply dari sdr.
Laman Emjay adalah seolah-olah rumah saya. Apabila bertandang ke rumah saya, jagalah adap sopan. Jikalau datang ke rumah saya dengan pakai seluar pendek, memang saya halau dan tidak akan saya izinkan masuk rumah saya.
Kepada abuafiqah, bahasa melambangkan akhlak. Gunakan bahasa yang sopan dan jangan provok orang lain.
Emjay
Comment deleted at the request of the thread owner.
Comment deleted at the request of the thread owner.
Comment deleted at the request of the author.
Comment deleted at the request of the thread owner.
Comment deleted at the request of the thread owner.
reply
emjayjb wrote on Apr 17, '09, edited on Jul 8, '09
abuafiqah berkata
"Muslim,
Jangan mengumpat orang, Apa yg dia buat... urusan dia dgn Allah. Tidak kena mengena dgn ko.Ni ko cerita pasal Us. HAdi, Us Ismai kamus dan lain2, kan mengumpat namanya tu... tu kalo betul apa ko dakwa. Kalotak betul???? Dosanya lebih besar dari membunuh...
Nak ke makan daging saudara sendiri??? diaorang kan Islam jugak..."
~~~~~~~~~~~
Jawapan saya
Adakah Allah dan Nabi Muhamad mengumpat Abu Jahal dan Abu Lahab sebagaimana terdapat didalam Al Quran??
Apabila Ayah Pin sesat, apakah yang perlu dilakukan oleh umat Islam lain? Adakah dengan menyorokkan kesesatan yang dilakukannya dari diketahui orang lain?
Sekiranya Ustaz hadi tidak berurusan dengan orang lain, hanya kesalahan terus antara beliau dengan Allah, haramlah saya mendedahkan kesilapan beliau. Tetapi sekiranya ustaz Hadi ada berurusan dengan orang ramai, saya merasakan adalah wajar saya melindungi orang awam dari berurusan dengan beliau.
Adakah apabila Bomoh artis yang mengiklankan khidmatnya di internet untuk menyesatkan orang awam, sdr akan biarkan sahaja? Sekiranya Nabi Muhamad SAW masih hidup, insya-Allah saya akan minta izin Nabi untuk memenggal kepala bomoh artis ini.
Emjay
reply
emjayjb wrote on Apr 17, '09, edited on Apr 17, '09
Sebenarnya dengan usaha menyebut terus nama Dato' Ismail Kamus tentang kes yang diajarkan di dalam Masjid Bandar Baru Uda johor Bahru, saya sebenarnya sedang berusaha untuk membetulkan keadaan ini terutama sekali kepada orang awam yang terlibat.
Apakah yang sdr mampu lakukan apabila Dato' Ismail Kamus mengajarkan ilmu pendinding dengan menuliskan surah Kahfi pada sekeping kertas untuk digantung pada dinding rumah? Apakah sdr akan terus menyorokkan kes ini dari diketahui oleh lebih ramai orang? Apakah sdr akan terus membiarkan pendengar kuliah Ismail Kamus di masjid Bandar Baru Uda ini terus menggantung pendinding dari surah Kahfi ini?
Apabila Dato' Ismail Kamus mengajarkan ilmu bab Fiqah, saya tidak mempersoalkannya sebagaimana saya telah tulis di dalam artikel di atas iaitu "mungkin Dato’ Ismail Kamus ini hanya mahir bab syariat sahaja".
Saya ada menyebut tentang Boss Al Mansur adalah semata-mata untuk mengingatkan orang awam dari berurusan urusan sesat dengan beliau seperti minta "pagarkan" premis kedai dan sebagainya. Kalau dahulu bayaran untuk "memagar" oleh beliau adalah sekitar RM350.
Saya tidak berniat untuk bermusuh dengan sesiapa tetapi niat saya adalah untuk membetulkan keadaan yang amat tidak betul di sisi ISLAM. Ustaz Hadi sendiri boleh memberikan pandangannya di sini dan sekiranya inginkan privacy, boleh benar email saya.
Alhamdulillah amat beruntung saya waktu dahulu ada yang sudi menegur kesilapan saya (arwah guru). Adakah saya bersalah untuk menegur kesilapan yang dilakukan oleh Hadi ini?
Sekian
Emjay
reply
emjayjb wrote on Apr 17, '09
Kepada sdr abuafiqah, bolehkah sdr gantikan bahasa "ko" dalam reply sdr dengan bahasa yang lebih manis? Saya amat getik dengan istilah ini.
Bahasa melambangkan akhlak.
Emjay
reply
shazawanees wrote on Apr 18, '09
kpd "" KO KO "" yg xpuas ati tu istigfar bebyk keh...lau xsala watpe nk mara2...ilmu yg org sampkn ni xmtk byrn pown....utk kita kongsikn b'sama juga...semoga allah berikan hidayah kpd meka2 ni dan di tunjukkn jln yg lurus.aamin....
reply
emjayjb wrote on Apr 18, '09
Sama-samalah kita semua berdoa semoga Ustaz Muhamad Hadi, Noriza Ali, Dato' Ismail Kamus dan yang lain-lain diberikan Allah taufik Hidayah semoga beramal dengan amalan yang diredhai Allah SWT.
Emjay
reply
integraillumina wrote on Apr 19, '09
Salam, ustaz MJ yang dikasihi semoga ustaz sentiasa berada dalam rahmat Allah swt. Saya sering melawat kawan2 yg ada anak baru lahir. Memang saya perhatikan wujud amalan meletakkan surah yassin, gunting dan macam2 lagi benda di bawah bantal bayi kononnya untuk melindungi bayi tersebut dari gangguan makhluk halus. Saya amat bersetuju dengan tulisan ustaz ini supaya meletakkan pengharapan dan memohon perlindungan hanya kepada Allah, bukan kepada yassin atau benda2 tangkal ini. Mohon pada Allah swt, bukan pada surah yassin, gunting dll..
reply
emjayjb wrote on Apr 19, '09, edited on Apr 19, '09
Assalamualaikum wbh
Sdr integraillumina, sesungguhnya usaha meletakkan surah yassin, gunting dan macam2 lagi benda di bawah bantal bayi kononnya untuk melindungi bayi tersebut dari gangguan makhluk halus memang sangat banyak berlaku di kalangan umat "Islam" di Malaysia. Sesungguhnya perbuatan ini nampak kecil sahaja tetapi amat besar ertinya kerana mereka yang melakukan perkara ini dan mereka yang meredhainya telah melakukan SYIRIK. Syirik menyebabkan pelakunya terkeluar dari Islam. Syirik adalah perbuatan yang SESAT.
Alhamdulillah syukur sdr integraillumina mengerti dan memahami ilmu ini dan sama-samalah kita membanteras gejala kesesatan ini.
Saya menggunakan bahasa keras sebegini menyebabkan ada yang memusuhi saya kerana saya gemar menyesatkan orang. Namun apakah pilihan yang ada pada saya apa melihat gejala kesesatan ini?
Sesungguhnya perbuatan menggunakan surah Yaasin, gunting, tangkal, garam / air garam dan segala yang sewaktu dengannya adalah sama dengan menyembah berhala, tiada lebih dan tiada kurang.
Sekian semoga integraillumina dan kita semua dimatikan Allah dalam iman.
Emjay
reply
rockshy wrote on Apr 20, '09
Emjay ini dia seorang yang berdampingan dengan Qarin yang boleh tahan jahatnya.Dan disebabkan itulah beliau amat fobia dengan lada hitam dan garam yang dibacakan doa padanya.Logika anda diperlukan disini....golongan apakah siemjay ini
reply
emjayjb wrote on Apr 20, '09, edited on Apr 20, '09
Sdr rockshy ini membantah sahaja yang dia tahu. Saya tulis artikel "Pelaris haram dan syirik" di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/162 pun dia marah.
Biasanya orang yang marah dengan artikel seperti artikel pelaris ini adalah orang yang terasa pedas kerana makan cili. Ini bermakna jikalau saya menentang pelaras maka sdr rockshy ini adalah pengamal pelaris??
Kalau ingin membincangkan kesesatan menggunakan garam dalam rawatan, tajuk ini ada saya bincangkan dalam artikel saya bertajuk "Asal usul menggunakan garam dalam rawatan orang Melayu" di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/145. Bomoh-bomoh sesat serta bomoh dari orang kafir dan bomoh Kristian sudah lama menggunakan garam ini sebagai usaha perlindungan mereka. Kini penggunaan garam / air garam berleluasa pula diamalkan oleh perawat yang mengaku merawat secara Islam.
Semoga Allah memberikan petunjuk taufik dan hidayah kerada sdr rockshy
Emjay
reply
aldebaran924 wrote on Apr 20, '09
Salam En MJ. Terima kasih di atas artikel yg berguna ini. Saya ada diberitahu oleh kawan bhw jika kita berpindah ke rumah baru, kita digalakkan utk membaca surah Al-Baqarah di rumah baru utk menghalau makhluk halus. Adakah amalan ini sesat atau ada tercatat di dalam mana2 hadith sahih? Saya semakin confused sekarang ni sebab setelah membaca artikel2 di sini saya dapati banyak amalan2 saya yg menyimpang seperti meletakkan surah yasin bawah bantal, menyangkutkan surah 4 Qul/ayat seribu dinar/surah yaasin dll di dinding, percaya dgn membaca (at least sekali seumur hidup) kisah nabi bercukur boleh membawa manfaat, percaya bahawa buku doa haikal dll dpt menghalang pencuri masuk rumah dan macam2 lagi. Saya harap saya dpt mengamalkan apa yg saya baca di sini selepas ini.
reply
emjayjb wrote on Apr 20, '09
Waalaikumussalam wbh
Alhamdulillah syukur kepada Allah sdr mula berfikir.
Tentang bab masuk rumah baru tu, silalah baca artikel saya bertajuk "Panduan masuk rumah baru" di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/25.
Di kedai buku kini sangatlah banyak buku yang mengajar kita untuk masuk ke neraka. Sekiranya kita tidak mempunyai ilmu, pastilah ke neraka akhirnya. Bab ilmu tauhid adalah wajib untuk kita semua mempelajarinya. Bab ini memang sangat tidak ditekankan di Malaysia.
Sekiranya berkesempatan, datanglah ke JB rumah saya.
Emjay
reply
aldebaran924 wrote on Apr 20, '09
Terima kasih atas link yg diberi...di dalamnya ada menyatakan tentang perlunya membaca surah al-baqarah di rumah baru melalui hadith riwatat Muslim yg berbunyi "Sesungguhnya setan itu lari dari rumah yang di dalamnya dibaca surat Al Baqarah." Kemusykilan saya, boleh ke kalau surah al-Baqarah 'ditolong-bacakan' oleh mp3 player atau handphone yg dibuka dgn volume yg tinggi (bukan kita sendiri yg baca (kalau baca sendiri pun tak sepenuhnya) )?
reply
emjayjb wrote on Apr 20, '09
aldebaran924 said
Terima kasih atas link yg diberi...di dalamnya ada menyatakan tentang perlunya membaca surah al-baqarah di rumah baru melalui hadith riwatat Muslim yg berbunyi "Sesungguhnya setan itu lari dari rumah yang di dalamnya dibaca surat Al Baqarah." Kemusykilan saya, boleh ke kalau surah al-Baqarah 'ditolong-bacakan' oleh mp3 player atau handphone yg dibuka dgn volume yg tinggi (bukan kita sendiri yg baca (kalau baca sendiri pun tak sepenuhnya) )?
Bacalah Al Quran bukan dengan niat bacaan ini menghalau syaitan. Bacalah kerana perintah Allah dan rasulNya disamping usaha untuk memahami maksudnya. Selepas habis membaca berdoalah agar Allah menghalau syaitan. Perkara ini adalah asas tauhid.
Samalah juga Allah memerintah kita makan dan minum tanpa berlebih-lebih. Makanan yang dimakan tidak boleh memberikan rahmat. Selepas makan berdoalah semoga Allah memberikan rahmat kesihatan dsbnya dari usaha makan tersebut.
Bacaan melalui mp3 player adalah sesuatu yang karut kerana Allah tidak memerintahkan mp3 player untuk membaca. Perintah membaca dan seterusnya memahaminya adalah perintah untuk manusia.
Sekian wassalam walahuaqlam
Emjay
reply
maryjane666 wrote on Apr 20, '09
Salam,
EMJAY NI TUHAN YEA?
EMJAY ADA BERAPA MALAIKAT YG SEMBAH EMJAY NI?
EMJAY NI TUHAN YG MCM MANA?
MARI KITA SEMBAH TUHAN EMJAY !!!!!!
reply
maryjane666 wrote on Apr 20, '09
wOIITT..
JANGAN LA GUNA NAMA ALLAH UNTUK BERLAGAK..
KO KAN TUHAN??? NAPE NAK GUNA NAMA ALLAH GAK?
eh.. lupa lak, BAPAK KO IBLIS, KAN?
reply
izam0308 wrote on Apr 21, '09
hmm.. saudara emjay saya penah terdengar ade di alkuliyah org mengatakan menggunakan ayat alquran pada benda seperti lada hitam garam dibolehklan bgitu juga pada iar kerana menggunakan nya sebagai mengambil keberkatan dengan ayat2suci tersebut... dan penggunaan lada dan garam itu sebagai medium shaja. minta penjeleasan
reply
emjayjb wrote on Apr 21, '09, edited on May 31, '09
izam0308 said
hmm.. saudara emjay saya penah terdengar ade di alkuliyah org mengatakan menggunakan ayat alquran pada benda seperti lada hitam garam dibolehklan bgitu juga pada iar kerana menggunakan nya sebagai mengambil keberkatan dengan ayat2suci tersebut... dan penggunaan lada dan garam itu sebagai medium shaja. minta penjeleasan
Assalamualaikum wbh
Sekiranya saya membacakan ayat-ayat rukyah kepada objek kemenyan, besi kuning, tahi besi, pelbagai jenis bungkusan kain merah dan hitam dan objek-objek lain seperti di http://emjayjb.multiply.com/photos/album/27/Tangkal_masyarakat_melayu sebagaimana ramai pengamal rawatan "Islam" melakukan kepada garam dan lada hitam, adakah usaha ini dibolehkan.
Jikalau sukar untuk memahami hujah saya di atas, bagaimana pula kalau sekiranya saya membacakan ayat-ayat rukyah pada berhala kecil sebelum berhala ini saya berikan kepada seorang pesakit?
Itulah sebabnya dalam bab agama ini kita amat perlu merujuk Al Quran dan Al Hadis. Kalau merujuk segala kitab hadis, Nabi Muhamad SAW tidak pernah sama sekali membacakan rukyah kepada air. Namun ada ulama membenarkan dengan qias penggunaan rukyah pada air. Kalau nak membenarkan bacaan rukyah pada air, berhentilah di sini dan jangan pula tambah rukyah pada garam, lada hitam, kacang hijau kerana jikalau kita menambah perkara ini, ia tidak ada kesudahannya.
Jikalau tidak berqias dan mencontohi semata-mata amalan Nabi Muhamad SAW, rukyahlah kepada air liur kerana ini memang dilakukan oleh Nabi SAW.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
reply
rockshy wrote on Apr 21, '09
Kalau begitu masakan ada garam ataupun lada hitam pun berasal dari orang kafir ? Aku ingat la si emjay ni dia perut isi dengan nasi aje,tak ada khasiat,itu pasal la dia tak ambik pelajaran dari cikgu sains ataupun sejarah.Inilah jadinya kalau ilmu dan title tu hanyalah copy & paste
reply
aldebaran924 wrote on Apr 22, '09
Salam Sdr MJ. Terima kasih kerana menjawab soalan saya sebelum ni. Banyak saya pelajari darinya. Saya nak tanya satu lagi soalan...Setiap kali sebelum tidur, saya sentiasa amalkan bacaan Al-Fatihah beserta 4 Qul dan ayat kursi utk melindungi diri dari syaitan dll. Adakah terdapat sebarang hadis nabi yg menggalakkan kita berbuat demikian? Atau adakah doa saja sudah mencukupi utk memohon lindungan dari Allah dari sebarang gangguan termasuk manusia dan syaitan? Jutaan terima kasih diduhulukan atas jawapan yg diberi.
reply
emjayjb wrote on Apr 22, '09, edited on Apr 22, '09
aldebaran924 said
Salam Sdr MJ. Terima kasih kerana menjawab soalan saya sebelum ni. Banyak saya pelajari darinya. Saya nak tanya satu lagi soalan...Setiap kali sebelum tidur, saya sentiasa amalkan bacaan Al-Fatihah beserta 4 Qul dan ayat kursi utk melindungi diri dari syaitan dll. Adakah terdapat sebarang hadis nabi yg menggalakkan kita berbuat demikian? Atau adakah doa saja sudah mencukupi utk memohon lindungan dari Allah dari sebarang gangguan termasuk manusia dan syaitan? Jutaan terima kasih diduhulukan atas jawapan yg diberi.
Waalaikumussalam wbh
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang
Memang terdapat hadis untuk beramal dengan dengan 3 @ 4 Kul serta ayat Kursi sebelum tidur. Nasihat dari Nabi Muhamad SAW ini sepatutnya tidak mengakibatkan sebarang masalah sekiranya kita semua mantap dengan asas tauhid. Nasihat Nabi ini akan merosakan diri pengamal sekiranya kita tidak begitu memahami asas tauhid.
Apabila kita membaca 3 @ 4 kul serta ayat Kursi, jangan di iktikadkan bahawa bacaan ayat-ayat inilah yang memberikan perlindungan. Inilah yang merosak tauhid. Paling mudah untuk beramal dengan ayat-ayat ini ialah Iktikadkan setiap bacaan ini kerana di suruh Nabi SAW dan selepas tamat bacaan berdoalah semoga Allah melindungi kita sepanjang tidur.
Sebagai perbandingan, sekiranya seseorang pesilat solat dengan iktikad menjaga persilatannya, rosaklah tauhid. Sekiranya solat sebagai perlindungan dari gangguan syaitan juga silap. Paling mudah, iktikadkan solat sebagai suruhan Allah dan rasulNya. Selepas (atau semasa) solat, berdoalah dengan Allah minta perlindungan atau mintalah apa sahaja yang selari dengan Islam.
Untuk lebih memahami duduk perkara ini, sila baca artikel "Ayat Kursi kehilangan power" di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/207 serta segala artikel pautannya.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
reply
aldebaran924 wrote on Apr 23, '09
Terima kasih atas jawapan yg diberi...sekarang saya semakin faham.
reply
emjayjb wrote on Apr 23, '09
Alhamdulillah
reply
nastar2u wrote on Apr 24, '09, edited on Apr 24, '09
Bersabar sahajalah sdr emjay. Disekeliling kita memang ramai orang seperti itu, Suka mengutuk tak tentu pasal. Mereka akan sentiasa mencari cari helah yang boleh menghalalkan segala perlakuan sesat mereka. Teruskanlah dengan artikel yang lebih umph..... lagi sebagai panduan kami yang sangat dahagakan ilmu yang sahih ini. Saya akan sentiasa bersama emjay. Selama ini banyak yang telah saya pelajari dari laman emjay. Biar kita tidak tinggi pelajaran agama, tetapi dapat membezakan mana yang baik dan buruk dengan penduan dari Allah jua.
Sekarang pun saya sedang berdepan dengan masalah mereka yang mengamalkan perubatan secara kebatinan ini. Sebabnya saya amat memerlukan bimbingan dari sdr, emjay ialah kerana beliau ini adalah sahabat baik merangkap bos jabatan saya juga,
Sebab itu segala pandangan dari sdr. emjay ini sedang saya jadikan panduan ketika berdepan dengan bos saya ini ketika beliau mengubat orang melalui talipon sahaja.
Susahnya saya ini, saya tidak mudah terpengaruh dengan segala kebolehan bos saya ini. Entah mengapa saya tidak tahu. Pelajaran agama saya tidaklah tinggi sangat. Tapi sebelum menerima sesuatu, saya akan berfikir terlebih dahulu. Mungkin ini adalah satu anugerah yang Allah telah berikan kepada saya.
Wallahhualam.
reply
emjayjb wrote on Apr 24, '09
Semoga Allah SWT menambahkan rahmatNua kepada sdr nastar2u.
Memang apabila kita menegakkan perkara yang Allah SWT redha, puak-puak mereka ini memangnya tidak redha.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan sdr dengan bos.
Emjay
reply
arw73 wrote on Apr 27, '09
Inilah yang dinamakan akhir zaman...diakhir zaman islam menjadi asing/pelik, pengikut islam sebenar adalah sedikit seperti zaman awal islam dulu. Mereka ini dan islam yang mereka bawa akan dibenci dan tidak disukai oleh orang islam sendiri dari golongan yang ramai. Mudah-mudahan kita termasuk golongan yang sedikit itu...
reply
nurmaya wrote on May 4, '09
saya tak faham kenapa di zaman sekarang ni terlalu banyak amalan sesat.apatah lagi yg mengamalkannya adalah guru yg disanjungi..saya sangat bimbang satu hari nanti perkara ini akan terus menjadi kekeliruan di kalangan anak-anak muda kita..Emjay,tolonglah bimbing insan-insan di luar sana yg masih lagi percaya kepada kaedah bomoh yg mengamalkan perkara taghut ini.
Comment deleted at the request of the thread owner.
reply
emjayjb wrote on May 4, '09
Memang itulah peranan Laman Emjay untuk membimbing orang awam disamping menegur pelaku semoga mereka patah balik ke pangkal jalan, iaitu jalan yang Allah redhai.
Semoga Allah SWT memberikan taufik hidayah petunjuk kepada ustaz Muhamad Hadi serta ahli keluarganya.
Emjay
reply
arw73 wrote on May 5, '09
Seperti yg saya sebut di atas, nabi menyatakan akhir zaman islam kembali asing/pelik, penganut yang sebenar adalah sedikit. Nabi juga menyatakan akhir zaman ilmu agama akan diangkat oleh Allah SWT dengan mematikan para ulamak, dan dengan itu ilmu kejahilan akan berleluasa. Orang awam seperti kita susah nak bezakan antara ilmu yang benar dan ilmu kejahilan itu kerana mereka yang menyampaikannya menggelarkan diri mereka/digelar orang sebagai ulamak. Tiada yang pelik sebenarnya kerana lebih 1400 dahulu nabi SAW telah memberitahu kita melalui hadis-hadis yang sahih yang ianya akan berlaku pada akhir zaman. Inilah salah satu fitnah/ujian akhir zaman. Beruntunglah orang yang Allah beri petujuk/hidayah kepadanya., yang selalu ingin membersihkan dirinya. Tak perlulah marah-marah, yang penting kita ambil yang benar, dan kalau kita rasa ianya salah, datangkanlah hujah dengan berhemah, atau kita diamkan sahaja. Sebaiknya dirikanlah solat istikharah mohon petunjuk.
reply
emjayjb wrote on May 5, '09
Betul sangat lah tu arw73. Tepat 100%.
Emjay
Comment deleted at the request of the thread owner.
Comment deleted at the request of the thread owner.
reply
emjayjb wrote on May 15, '09, edited on Jul 8, '09
Berikut adalah beberapa reply dari abuafiqah
~~~~
Ilmu Allah ni luas Muslim...
Setakat ilmu copy paste ko ni , aku rasa setitik tempias je kot...
Yg guna besi kuning, tahi besi,pelbagai jenis bungkusan kain merah dan hitam tu bukan rawatan Islam ... Tu rawatan Selam... aku pon takkan dapatkan rawatan kat diaorg ni.
Kalau guna lada hitam, garam.mungkin ada sejarah yg aku dan ko tak tau.... jangan ingat ilmu ko sorang je ada... cuma tempias je . Org lain lagi banyak.... dari AKU dan KO
Takkan bodoh sangat seorang ISLAM terima berhala buat Ubat ??? Kalau camni sah la TAUHID kurang.
Habis tu guna komputer ni apa Qiasnya ???? Aku tak tau ni .... kot Bedo'oh (Bidaah) banyak jugak fitnah komputer sekarang ni. Kenapa tak haramkan???
~~~~
Cara ko nak membetulkan apa yg salah tak kena... sepatutnya ko kena...
1) Bertanya pada yg mengamalkan sesuatu amalan - secara berdepan kalo berani ! secara email dan sebagainya. Bermuzakarah... bukan terus menghukum (Allah saja berhak menghukum secara mutlak)
2) Bertanya pada yg ahli - Takkan nak tahu pasal komputer , tapi tanya kat nelayan...
3) Tidak menghebahkan aib org lain utk mendapat pengikut kat sini... kalo salah jadi fitnah, kalo betul jadi umpat - mana ko nak? Bunuh org ke makan daging org?
~~~~~~~~
Berikut adalah jawapan saya
Sesiapa yang tidak tahu bahawa riak adalah syirik dan perlu muzakarah dahulu untuk memutuskannya, ucapan saya ialah lakukanlah syirik ini sepuas-puasnya!!
Sesiapa yang masih tidak tahu besi kuning sebagai tangkal dsbnya adalah syirik dan perlu muzakarah dahulu untuk memutuskannya, ucapan saya ialah lakukanlah syirik ini sepuas-puasnya!!
Sesiapa yang masih tidak tahu bahawa rawatan menggunakan garam adalah syirikdan perlu muzakarah dahulu untuk memutuskannya, ucapan saya ialah lakukanlah syirik ini sepuas-puasnya!!
Saya sekadar menyampaikan, terima atau tidak bukan urusan saya.
Emjay
Comment deleted at the request of the thread owner.
reply
penlipur wrote on May 17, '09
cara dan adat tak menghalalkan hukum...walaupun cara nampak baik dan berkesan tapi hukum dah kata salah tetap akan salah juga...jauhilah syirik dan bidaah
Comment deleted at the request of the thread owner.
reply
emjayjb wrote on May 18, '09, edited on Jul 8, '09
Berikut adalah beberapa reply dari abuafiqah
~~~~~~~~~~
MUSLIM,
Ko Tak berani berdepan kerana :
1) Ilmu ko hanya sekadar kulit sahaja tiada isi - tentang apa yg ko tentang.
2) Ko menjatuhkan hukum berdasarkan andaian sahaja - ikut kepala otk ko je.
Ko kata nak hujah secara ilmiahkan??? Bermuzakarahlah... aku tunggu keputusan dari ko.
Apa hasil dari muzakarah, bentang kat sini... Amacam ? Ada Berani???
Ka ka ka ka ka ka
~~~~~~~~~~
Sapa kata Aku menentang hukum ? Aku cuma kata kat MUSLIM , muzakarah dulu ngan pengamal kalau dia berani. Hasil dari muzakarah , baru jatuh hukum...
Halo, mahkamah pun bicara dulu bro, baru jatuhkan hukum ??? Takkan benda cam ni pun nak kena ajor?
Jangan la ko taksub ngan MUSLIM ni... dia ahli fatwa ke???
Majlis fatwa nak jatuhkan hukum pun lama kena muzakarah bro... ramai lak tu ahlinya
Hebat pendeta ko ni dari ahli majlis fatwa , jatuh fatwa sorang2 pastu sebarkan....
Mua ha ha ha ha ha
~~~~~~~~~~~~~~
Berikut adalah jawapan saya:
Kalau ikut abuafiqah ini, makan babi pun kena tunggu muzakarah!
Emjay
Comment deleted at the request of the thread owner.
reply
rockshy wrote on May 18, '09
Kesimpulannya begini ajelah,si emjay ini dia pun nak popular juga ,Dato Harun Din & Dato Ismail kamus dah lama popular, emjay pun nak diangkat sebagai agamawan.Kesian dia.Cuma malang bagi orang yang masuk laman dia ni ,terus angkat dia sebagai rujukan yang muktabar.Kepada anda semua berhati - hatilah..gerakan wahabi telah lama menjalar di IPT /UTM didalangi orang yang menyamar dalam agama.abuafiqah,kau memang bagus dalam menentang pendusta agama ini...teruskan
Comment deleted at the request of the thread owner.
reply
kisaie82 wrote on May 19, '09, edited on May 19, '09
Assalamualaikum..
pada pendapat aku, apa yg emjay ckp byk betolnya, walaupun ada sikit2 hal (dlm seluruh blog ni) yang aku x setuju.. maryjane666, rockshy dgn abuafiqah, jaga la sikit bahasa korang tu..ish3.. agak2ny la kalau Nabi kita yg mulia baca tulisan korang ni, dia setuju ke x dgn cara korang ni?? korang fikir la sendiri.. Nabi x pernah maki hamun kaum kafir sepanjang tempoh berdakwah.. dulu pn aku mcm korang jg, cuba jadi matang sikit..
kalau korang btol2 x setuju, cuba ckp elok2, pastu bg dalil, bg rujukan, bg hujjah utk menyangkal kata2 emjay, bagus gak, blh kongsi kat sini..
sekian..
reply
rockshy wrote on May 19, '09
Saidina Abu Bakar pernah mencerca dan menggunakan bahasa kesat terhadap Abu Jahal di hadapan rasulullah.Sepatutnya,sebagai sahabat,Abu Bakar tidak boleh begitu,dan dalam hal ini,rasulullah tidak melarang perbuatan Abu Bakar.Qiasnya,apakah siemjay ini aku tak boleh mencercanya [meletakkan sesuatu pada hukumnya ]/emjay inipun aktif mencerca orang lain
reply
kisaie82 wrote on May 19, '09
rockshy said
Saidina Abu Bakar pernah mencerca dan menggunakan bahasa kesat terhadap Abu Jahal di hadapan rasulullah.Sepatutnya,sebagai sahabat,Abu Bakar tidak boleh begitu,dan dalam hal ini,rasulullah tidak melarang perbuatan Abu Bakar.Qiasnya,apakah siemjay ini aku tak boleh mencercanya [meletakkan sesuatu pada hukumnya ]/emjay inipun aktif mencerca orang lain
maksud aku camni....
kpd korang yg suka marah2 dan bangkang ckp emjay ni, nk bangkang tu blh, tp cuba bwk kn dalil, hujah dan sumber muktabar sebagai hujah korang.. blh la dibincang di sini..
ni aku dok perati, asik emosi, maki hamun x tentu hala jek...
mm..
reply
kisaie82 wrote on May 19, '09
Assalamualaikum..
kepada tuan emjay..
dari dulu lg saya tertanya2 mengapakah tuan tidak mendedahkan identiti sebenar tuan?? saya rasa ramai yg tertanya, dgn siapakah dia berguru? dgn siapakah dia mengambil ilmu? kalau tuan ikhlas berdakwah, mengapa tidak dedahkan saja identiti??? tu persoalan yg bermain di fikiran ramai org saya rasa.. harap tuan x keberatan bg sbbnya..
harap kita dpt berjumpa satu hari nanti utk berkongsi ilmu..
wassalam..
reply
rockshy wrote on May 20, '09
kisaie82 said
Assalamualaikum..
kepada tuan emjay..
dari dulu lg saya tertanya2 mengapakah tuan tidak mendedahkan identiti sebenar tuan?? saya rasa ramai yg tertanya, dgn siapakah dia berguru? dgn siapakah dia mengambil ilmu? kalau tuan ikhlas berdakwah, mengapa tidak dedahkan saja identiti??? tu persoalan yg bermain di fikiran ramai org saya rasa.. harap tuan x keberatan bg sbbnya..
harap kita dpt berjumpa satu hari nanti utk berkongsi ilmu..
wassalam..
Kau tau tak kenapa emjay ni nyorokkan identiti dia ? Dia tak berani bertanggungjawab terhadap semua tuduhan dia itu.Mana ada orang berdakwah guna nickname,profile dia pun tak ada.Berani ke dia ni turun naik court kalau kena saman dengan Darussyifa atau individu lain ? Kalau takat article dia yang di copy pastekan tu memang ada yang betul la.Nak jadi pendakwah sejati kena berani dan bertanggungjawab.Cuba la attach photo sebenar,aku nak tengok.Kisaie82,nak belajar atau berguru kena la hati - hati,cari lah guru yang sebenar benar guru,carilah guru yang diakui keilmuannya agar tidak terjerumus kedalam kesesatan...tidak berani dedah diri yang sebenar menandakan bacul.Apakah orang yang bacul hendak dijadikan ikutan oleh orang seperti kisaie82...wallahua'lam
reply
kisaie82 wrote on May 20, '09, edited on May 20, '09
ye.. aku tau rockshy.. mksud aku, kongsi ilmu bkn mksud berguru.. mungkin ada satu2 manfaat yg kita blh ambil dari seseorg tu.. jgn la trus kondem emjay.. lg pn dia org berumur, byk pengalaman yg blh diambil manfaat..rilek la bro..
jd org tu kena la tau byk perkara. pastu buat penilaian berdasarkan alQuran&hadis.. ilmu salah pn kena tau, kena kaji, pastu baru la blh buat penilaian, buat hukum..jgn dok belajar dok tau 2,3 kitab je, bila dtg perkara baru, habis sume org dituduh sesat...
wassalam..
Comment deleted at the request of the thread owner.
reply
penlipur wrote on May 22, '09
"Hakim itu ada tiga, dua orang di neraka dan seorang lagi di surga. Seorang yang tahu kebenaran dan ia memutuskan dengannya, maka ia di surga; seorang yang tahu kebenaran, namun ia tidak memutuskan dengannya, maka ia di neraka; dan seorang yang tidak tahu kebenaran dan ia memutuskan untuk masyarakat dengan ketidaktahuan, maka ia di neraka." Riwayat Imam Empat. Hadits shahih menurut Hakim.
reply
rockshy wrote on May 22, '09
Patutla siemjay ini semua perkara dia jawab pakai borong aje.Tanya itu tau ,tanya ini tau siap dgn hukuman mandatory lak tu.Kenapa tidak diserah pada yang ahlinya ? Ilmu/jawatan jika diserahkan kepada yang bukan ahlinya,tunggulah saat kehancuran sesuatu kaum itu.
reply
ummuharith wrote on May 29, '09
salaam alayk...
Saudara, please be transparent about yourself...belajar kat mana etc etc. Cuma satu persoalan saya, mohon saudara Emjay jelaskan...
Junjungan kita Nabi Muhammed s.a.w. adalah nabi & rasul Allah, yg tidak pernah berdosa tetapi Baginda Rasulullah s.a.w. pernah disihir & baginda merawat diri baginda dgn ayat2 suci Al-Quran & antara bahan2 yg pernah baginda gunakan adalah air & tanah (maaf, saya tak dapat nak terangkan hadith yg berkaitan di sini, mungkin saudara Emjay yg berilmu ini boleh tolong huraikan hadith2 yg berkaitan). Kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. juga adalah dari punca diracuni puak Yahudi (yakni, asbab wafatnya Rasullullah s.a.w.). SOALAN SAYA: Adakah musibah yg pernah menimpa Rasulullah s.a.w. ini juga adalah kerana berlakunya dosa? Dan cara rawatan yg Rasulullah s.a.w. gunakan itu termasuk dalam golongan dosa2 besar, yakni syirik?
reply
emjayjb wrote on May 30, '09, edited on May 30, '09
ummuharith said
salaam alayk...
Saudara, please be transparent about yourself...belajar kat mana etc etc. Cuma satu persoalan saya, mohon saudara Emjay jelaskan...
Junjungan kita Nabi Muhammed s.a.w. adalah nabi & rasul Allah, yg tidak pernah berdosa tetapi Baginda Rasulullah s.a.w. pernah disihir & baginda merawat diri baginda dgn ayat2 suci Al-Quran & antara bahan2 yg pernah baginda gunakan adalah air & tanah (maaf, saya tak dapat nak terangkan hadith yg berkaitan di sini, mungkin saudara Emjay yg berilmu ini boleh tolong huraikan hadith2 yg berkaitan). Kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. juga adalah dari punca diracuni puak Yahudi (yakni, asbab wafatnya Rasullullah s.a.w.). SOALAN SAYA: Adakah musibah yg pernah menimpa Rasulullah s.a.w. ini juga adalah kerana berlakunya dosa? Dan cara rawatan yg Rasulullah s.a.w. gunakan itu termasuk dalam golongan dosa2 besar, yakni syirik?
Dari mana sdr melalut ini? Mari tunjukkan saya nas menunjukkan nabi merawat dengan air dan tanah?? Kalau tak pasti elok belajar tetapi kalau tak pasti pun mengajar maka beratlah.
Adakah sdr pun mengubat pesakit gunakan tanah? Mungkin sdr sudah lama mengubat menggunakan garam. Itu sebabnya marah betul sdr bila saya katakan merawat menggunakan garam sebagaimana di lakukan oleh Da*** S****. Kalau rawatan doktor dengan memasukkan air garam tu saya boleh terima. Dalam bab ini (rawatan menggunakan garam sebagai penangkal) saya sekadar menyatakan bahawa sdr macam bomoh sesat dan macam bomoh kristian. Orang jepun nak bersumo pun gunakan garam untuk menjauhkan spirit!!
Boleh sdr berikan nas bahawa Nabi Muhamad wafat kerana diracuni oleh oleh orang Yahudi?
Sebesar-besar dosa adalah membuat fitnah atas nama Nabi Muhamad SAW.
Emjay
reply
rockshy wrote on May 30, '09
Setakat hari ini belum ada pengamal di Darusyifa atau Darussalam yang terpesong akidahnya,hidupnya porak peranda,murtad atau gila kerana mengamalkan ilmu mereka.Mereka adalah orang yang benar beramal dan berikhtiar untuk kesejahteraan masyarakat.Itu sumbangan besar mereka.Apa sumbangan ko ? Bab garam ni,tak ada masalah.katalah mereka gagal dlm usaha berubat,apa upaya mereka ?Dato Harun Din sebagai contoh,menghabiskan separuh hayatnya mentauhidkan ilmu - ilmu agama Allah dan menyeru kepada kebaikan juga tlh difitnah dengan jahatnya oleh syaitan - syaitan yang tidak brputus asa termasuk nko ni.Kat akhirat nti mcm mana ko nak settle dgn beliau..?
reply
emjayjb wrote on May 31, '09, edited on May 31, '09
rockshy said
Setakat hari ini belum ada pengamal di Darusyifa atau Darussalam yang terpesong akidahnya,hidupnya porak peranda,murtad atau gila kerana mengamalkan ilmu mereka.Mereka adalah orang yang benar beramal dan berikhtiar untuk kesejahteraan masyarakat.Itu sumbangan besar mereka.Apa sumbangan ko ? Bab garam ni,tak ada masalah.katalah mereka gagal dlm usaha berubat,apa upaya mereka ?Dato Harun Din sebagai contoh,menghabiskan separuh hayatnya mentauhidkan ilmu - ilmu agama Allah dan menyeru kepada kebaikan juga tlh difitnah dengan jahatnya oleh syaitan - syaitan yang tidak brputus asa termasuk nko ni.Kat akhirat nti mcm mana ko nak settle dgn beliau..?
Rockshy, rockshy
Apalah sdr ni, buta mata atau buta hati?
Ada seorang di U** dulu pernah ditauliahkan oleh Harun Din sebagai pengamal perawat Darus Syifa'. Saya geli hati bagaimanalah Harun Din boleh tauliahkan orang ini kerana orang ini adalah berlatarbelakangkan bomoh sesat. Saya kenal benar dengan hamba Allah ini yang mengamalkan ilmu perbomohan sesat ini. Dengan siapa hamba Allah ini berguru ilmu bomoh sesat pun saya tahu. Apabila Harun Din mentaulaihkan kepada hamba Allah ini seolah-olah Harun Din pun 2 X 5 dengan hamba Allah ini.
Apabila dia menjadi perawat di Darus Syifa', ilmu rawatan hamba Allah ini macam rojak Singapura, habis semua dicampuradukkan. Alhamdulillah hamba Allah ini sudah disingkirkan daru Darus Syifa' dan U**. Sekarang hamba Allah ini mungkin jadi bomoh fulltime. Macam manalah rockshy boleh mengatakan orang seperti ini pun tidak terpesong akidahnya??
Ada satu ustaz kawan baik dengan Harun Din dan Ismail Kamus. Dia siap ada simpan keris puaka. Kononnya merawat orang secara "Islam". Yang geli hati teramat sangat ialah apabila ustaz ini sakit, dia pergi berubat dengan bomoh sesat. Bomoh sesat ini kata dia terkena perbuatan orang dari kalangan saudara mara sebelah isterinya. Bukan satu bomoh yang dicari tetapi macam-macam bomoh sesat yang dirujuknya. Kalau hebat sangat merawat orang, mengapa apabila sakit jumpa bomoh SESAT pulak tu? Sekarang ustaz ini sedang diazab AMAT BERAT sekali oleh Allah dan malu pula saya nak cerita di sini. Kot-kot sdr rockshy pun merawat guna ilmu yang sama dengan ustaz ini kot! Carilah garam banyak-banyak mungkin boleh dijadikan tembok sebesar tembok Cina disekitar rumah sdr agar semua syaitan tidak masuk rumah sdr.
Emjay
reply
ummuharith wrote on May 30, '09
salaam alayk
reply
emjayjb wrote today at 6:46 AM, edited today at 6:50 AM
ummuharith said
salaam alayk...
Saudara, please be transparent about yourself...belajar kat mana etc etc. Cuma satu persoalan saya, mohon saudara Emjay jelaskan...
Junjungan kita Nabi Muhammed s.a.w. adalah nabi & rasul Allah, yg tidak pernah berdosa tetapi Baginda Rasulullah s.a.w. pernah disihir & baginda merawat diri baginda dgn ayat2 suci Al-Quran & antara bahan2 yg pernah baginda gunakan adalah air & tanah (maaf, saya tak dapat nak terangkan hadith yg berkaitan di sini, mungkin saudara Emjay yg berilmu ini boleh tolong huraikan hadith2 yg berkaitan). Kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. juga adalah dari punca diracuni puak Yahudi (yakni, asbab wafatnya Rasullullah s.a.w.). SOALAN SAYA: Adakah musibah yg pernah menimpa Rasulullah s.a.w. ini juga adalah kerana berlakunya dosa? Dan cara rawatan yg Rasulullah s.a.w. gunakan itu termasuk dalam golongan dosa2 besar, yakni syirik?
Dari mana sdr melalut ini? Mari tunjukkan saya nas menunjukkan nabi merawat dengan air dan tanah?? Kalau tak pasti elok belajar tetapi kalau tak pasti pun mengajar maka beratlah.
MENGAPA DIBALAS DENGAN SOALAN JUGA? DIMANA SIKAP POSITIVE ANDA SEBAGAI SEORANG ISLAM? SAHIH ANDA TIDAK MEMPUNYAI CUKUP ILMU, NOT EVEN THE BASIC ONES. SAYA INGIN CADANGKAN, EMJAY BACALAH DULU BUKU² (TRANSLATED IN BAHASA MELAYU) TENTANG KISAH NABI, BELAJAR TAFSIRAN AL-QURAN, KENALI SIFAT 20 (TAK PAYAH PENING²KAN KEPALA ANDA DENGAN PERKARA YG ANDA SENDIRI TIDAK BOLEH FAHAM), KEMUDIAN BARULAH BERALIH KEPADA HADITH² (YG MEMPUNYAI PENERANGAN SERTA HURAIAN HADITH² TERSEBUT) DAN DIIKUTI DENGAN KITAB 'IHYA ULUMUDIN'.
Adakah sdr pun mengubat pesakit gunakan tanah? Mungkin sdr sudah lama mengubat menggunakan garam. Itu sebabnya marah betul sdr bila saya katakan merawat menggunakan garam sebagaimana di lakukan oleh Da*** S****. Kalau rawatan doktor dengan memasukkan air garam tu saya boleh terima. Dalam bab ini (rawatan menggunakan garam sebagai penangkal) saya sekadar menyatakan bahawa sdr macam bomoh sesat dan macam bomoh kristian. Orang jepun nak bersumo pun gunakan garam untuk menjauhkan spirit!!
Boleh sdr berikan nas bahawa Nabi Muhamad wafat kerana diracuni oleh oleh orang Yahudi?
Sebesar-besar dosa adalah membuat fitnah atas nama Nabi Muhamad SAW.
Emjay
Saudara MJ, bila orang bertanya...tugas anda adalah menjawab & menghuraikan mengikut syarak. Bukan payah nak cari hadith yg berkaitan dengan persoalan yg telah saya kemukakan jika anda memang sebenarnya seorang yg berilmu lah! Bukankah saudara ni orang yg so called berilmu atau sekadar menulis mengikut perasaan? Saya tak banyak ilmu, masih banyak yg perlu dipelajari. Cara saudara Emjay membalas comment² tidak professional langsung. Jika tak tahu, katakan tak tahu atau setidak²nya memberi alasan untuk menyiasat terlebih dahulu. Terdapat beribu² hadith yg perlu kita semua kaji. Kaji lah sedalam²nya terlebih dahulu. Blog ni, sudah tentu tidak tranparent akan 'pemiliknya'. Mengapa perlu begitu? Sedangkan blog² para al-fadhil ustaz yg lain (sudah tentulah anda belum lagi sesuai digelar sedemikian), terang-terangan ada menyatakan biodata mereka.
reply
emjayjb wrote on May 31, '09
Apa lah sdr ummuharith. Sdr boleh soal saya tetapi saya tidak boleh soal sdr.
reply
rockshy wrote on Jun 1, '09
Apa Harun Din atau Ismail Kamus tak boleh ke berkawan dengan orang yang ada simpan keris?Apakah Harun Din perlu siasat peribadi orang yang nak belajar?Hati seorang itu hanya Allah yang tahu.Macamne ko ni boleh berburuk sangka dengan orang lain,orang datang rumah pun ko ingat dia nak menyamun.Agaknya nko ni pun penyamun jugak kot.Jangan sesekali kau hukum orang itu kafir,sesat dll...kalau tuduhan ko tu tak betul,nanti ko yang kafir..jangan memain bab ni..Apakah nkau yang memberi rezeki makhluk,menentukan untung nasib seseorang,bab azab penyakit ni dalam pengetahuan Allah sahaja.Apabila Allah mencintai hambanya,maka diujinya dengan sakit dan mcm-mcm lagi...{takkan ini pun aku nak ajar} Si Bedul sebelah umah aku pesan,orang kalau kerjanya mensesatkan orang lain,kuat buruk sangka,suka membid'ahkan orang,confirm wahabi...agak - agakla,macamne kesudahan akhir hidup ko nanti?bab orang yang terpesong,adalah diri dia sendiri,apakah pelajaran yang diterimanya di Darusyifa mengajarnya jadi jahat?Lagi satu aku bagi ko satu contoh bangang.Enko berkawan rapat dengan Ah Seng dan Kumar.Kedua-duanya adalah kaki botol dan kaki betina.Satu hari ko keluar dengan diorang.Lepas tu ada orang nampak ko bukan main mesra ketawa terbahak-bahak.Orang dah cas ko mesti kaki botol jugak.Tengok emjay tu,patut la merapu tak tentu pasal,kaki minum rupanya dia ni.Tengok la siapa kawan dia tu...dah jauh sesatnya siemjay ni.....boleh ke kalau ikut logik ni ,nko pun jadi sesat?bertaubat nasuhalah emjay...
reply
emjayjb wrote on Jun 3, '09, edited on Jun 3, '09
Berhubung perkara ini iaitu persoalan yang dibangkitkan tentang pengamal Darus Syifa', sebenarnya saya telah alhamdulillah dengan bantuan seorang muhaddisin menyediakan dua artikel:
1. Artikel bertajuk "Penjelasan berkenaan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiah" di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/126
2. Artikel bertajuk "#2 Penjelasan berkenaan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiah BAHG. 2" di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/131
Kedua-dua artikel ini alhamdulillah telah ditulis secara akademik. Kalau ingin membantah, silakan bantah secara akademik!!
Tentang persoalan sebagaimana dibangkitkan sdr rockshy di atas, jawapannya telah lama pun saya sediakan. Selamat membaca.
Emjay
reply
ummuharith wrote on Jun 1, '09
Soalan dijawab dgn soalan! So typical! Tak reti nak jawablah tu!
p/s*Bila terlalu berdiam, orang kata tak cerdik...bila dia bukak jer mulut/menaip...confirm tak berilmu, kalau stakat copy & paste...budak darjah 2 pun boleh buat blog.
reply
rockshy wrote on Jun 6, '09
Beruk ni aku suruh taubat lain pulak dijawabnya.
reply
emjayjb wrote on Jun 7, '09
Wahai al ustaz rockshy, modal sdr sekadar memberukkan orang ke??? hu hu hu sedih saya.
hee eh he
Emjay
Comment deleted at the request of the thread owner.
reply
penlipur wrote on Jun 8, '09
Apakah mereka mepunyai sekutu-sekutu selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tidak ada ketetapan yang menentukan (dari Alllah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih. (al-Syura: 21)
Comment deleted at the request of the thread owner.
Comment deleted at the request of the thread owner.
reply
rockshy wrote on Jun 27, '09
berapa banyak ko nak delete daa...
Comment deleted at the request of the thread owner.
Comment deleted at the request of the thread owner.
reply
rockshy wrote on Jun 28, '09
Ya baginda emjay yang di kasihi dan dimuliakan selalu.Berani kerana benar,takut kerana salah.
Buangkanlah sifat munafiq dalam diri baginda yang mulia itu
Kita sama-sama hamba Allah yang mencari sesuap nasi utk hari esok.
Maafkan ana ya baginda,emjay.Bukan niat hendak mengaibkan sesama islam,tapi hanya sekadar berkongsi maklumat.
Saat ini,mungkin baginda sedang bersama anak cucu menghabiskan masa di hari minggu.
Begitu juga dengan individu di Darussyifa,Darussalam,AKRINE,Dr.Norhisham Wahab dan individu lain yang pernah baginda emjay yang mulia murkai.
Ana faham perasaan anta bila melihat posting ini.
Begitulah juga anta kena faham perasaan individu dan kumpulan di atas.
Bukankah menjaga maruah tetangganya itu pekerjaan yang mulia?
rockshy
reply
rockshy wrote on Jul 15, '09
Emjay sila ulas artikel ini http://abu-syafiq.blogspot.com/2009/07/kisah-asy-syahid-syeikh-nizar-aswj.html
Comment deleted at the request of the thread owner.
Comment deleted at the request of the thread owner.
Comment deleted at the request of the thread owner.
Comment deleted at the request of the thread owner.
Comment deleted at the request of the thread owner.
reply
jenglot71 wrote on Sep 26, '09
Tuan Emjay,
Tulisan tuan memang hebat.
reply
schanizan wrote on Oct 4, '09
Salam,
Saya baru sahaja hendak mula berasa gembira dengan tulisan Tn. Emjay yang menerangkan di dalam sebuah artikel, apabila menjampi haruslah betul iktikadnya. Ayat tidak memberikan kesan, bahkan segalanya adalah kuasa Allah semata-mata. Makan tidak memberi kenyang, tetapi hanyalah usaha kita semata-mata. Saya cukup suka dengan artikel yang ini.
Tapi, apabila saya membaca artikel yang ini, saya merasa amat kecewa sekali. Seorang saudara kita sedang berada diambang penceraian. Sebagai muslim, apakah tindakan kita? Adakah dengan membuat andaian dari fakta-fakta yang tidak dapat dibuktikan? Dan merosakkan pula maruahnya.
Apabila kita hendak memberi pengajaran, apakah perlu disebut nama orang-orangnya secara spesifik?
Ingatlah hadis Nabi s.a.w:
Daripada Abu Hurairah (r.a), daripada Nabi (s.a.w), baginda bersabda:
"Orang muslim itu bersaudara dengan muslim yang lain, tidak mengkhianatinya, tidak membohonginya dan TIDAK MENGHINAKANNYA. Setiap muslim ke atas muslim yang lain adalah haram; KEHORMATANNYA, hartanya dan darahnya. Takwa itu disini. CUKUPLAH SESEORANG ITU JAHAT, APABILA DIA MENGHINA SAUDARANYA YANG MUSLIM."
Diriwayatkan oleh al-Tirmizi.
Saya tidak menafikan pengajaran yang mungkin tuan mahu sampaikan. Tapi adakah perlu untuk merobek kehormatan seorang muslim yang lain? Maka bergembiralah para-para syaitan. Bukan sahaja kerana dapat meruntuhkan sebuah keluarga, bahkan dapat melihat musuh mereka dihinakan pula oleh saudara-saudara seagamanya.
Astagfirullah. Ya Allah lindungilah kami semua. Amin.
reply
lanlee666 wrote on Oct 6, '09
Ada syaitan yang mengapikan kita semua. Blog nie banyak pengajaran dari nya. Kepada yang menyoal dan yang menjawap, yang menulis, kita semua bersaudara. Semua berusaha mencari Ilmu. Kepada pemilik blog, sila kawal emosi agar tidak terlalu taksub kepada kebenaran sehingga mengaibkan orang lain.
reply
emjayjb wrote on Oct 7, '09
Cinta dan kasih saya kepada umat Islam awam di Malaysia melebihi cinta kasih saya kepada Ustaz Hadi Darussalam.