Monday, May 2, 2011

AL QURAN & AHLUL BAIT

Rasul s.a.w telah bersabda:

"Sesungguhnya aku meninggalkan bagi kamu dua peninggalan yang jika kamu berpegang padanya tidak akan kamu sesat sepeninggalanku. Salah satunya lebih besar dari yang kedua, yaitu kitab Allah azza wajalla seumpama tali penghubung yang kokoh terentang dari langit sampai kebumi dan keluargaku ahlil baitku, keduanya tidak akan terpisah satu dengan yang lain hingga bertemu denganku diakhirat ditelaga Haudh/kautsar maka perhatikanlah kamu bagaimana kamu sepeninggalku memperlakukan keduanya".
Diriwayatkan oleh Muslim dan Tarmidzi

Persoalan yg ingin dikemukakan disini ialah apakah kaitannya diantara ahlul bait Rasulullah saw dengan Al Quran? Kenapakah Rasulullah saw menyebut keduanya tidak akan terpisah sehingga hari kiamat? Apa yg tersirat disebalik maksud kata-kata Rasulullah saw itu?

Sudah menjadi kelaziman Rasulullah saw membuat kiasan melalui hadis-hadis Baginda. Hanya yg bias memahami apa yg dikias. Rasulullah saw pernah menyebut bahawa Syadina Ali bersama Al Quran dan Al Quran bersama Syaidina Ali. Persoalan yg begini sepatutnya menjadi tumpuan ulama-ulama diakhir zaman ini supaya dapat diperjelaskan kepada umat Islam apa yg tersirat disebalik kiasan Rasulullah saw itu. Ini menjawab kepada masalah umat Islam diakhir zaman ini.

Kalau dilihat kepada susur galur Rasulullah saw, ianya bermula dari Nabi Adam as. Ini bermakna pertalian kenabian itu berpunca dari sumber yg satu. Daripada Rasulullah saw pula susur galur itu bersambung kepada Syaidina Hasan ra dan Syaina Husin ra. Malah menegaskan bahawa umat Rasulullah saw akan bersumber daripada keturunan Syaidina Hasan ra dan Syaidina Husin ra. Daripada keturunan Syaidina Hasan ra pula Islam berkembang ke Nusantara melalui Maulana Malik Ibrahim. Ini bermakna bangsa Arab dan Melayu mendapat Islam daripada Rasulullah saw dan ahlul bait Baginda.

Hari ini Arab dan Melayu menjadi dua kaum terbesar penganut agama Islam. Ianya tidak berhenti disitu tetapi akan bersambung pula kepada Imam Mahdi dari keturunan Syaidina Husin ra. Apabila Islam disebut akan dibangkitkan semula dari timur, maka Nusantara menjadi fokus kerana pengembangan Islam sebelum penjajahan berhenti di Nusantara. Dimana ianya berhenti maka disitulah ianya bermula kembali. Itu sudah menjadi tertib pada urusan Allah SWT. Dari Timur iaitu Nusantara maka Islam akan bergerak semula ke Tanah Arab. Susunan ini sudah sepatutnya menjelaskan bahawa Islam sekarang sedang berpusat di Nusantara tetapi tanpa Daulah dan Khalifahnya. Kemana Islam berpusat maka ada dua perkara yg akan mengiringi Islam iaitu Ahlul Bait dan Al Quran. Jika ditinggalkan salah satu daripadanya maka akan terjadilah seperti pesanan Rasulullah saw. Inilah masalahnya yg terjadi sekarang. Bukankah apa yg umat Islam perlakukan kepada ahlul bait Baginda maka itu juga yg sedang diperlakukan oleh orang kafir terhadap umat Islam. Baginda sudah memaklumkan bahawa Bani Hasyim akan terpinggir selepas zaman Baginda sehinggalah datang Pemuda dari Timur untuk mengembalikan semula hak pada yg hak. Apa yg akan terjadi diakhir zaman ini sudah Rasulullah saw kabarkan.

Rasulullah saw adalah sumber cahaya, Syaidina Ali ra seumpama pintunya dan ahlul bait seumpama kuncinya. Apa yg ada pada umat Islam sekarang? Ahlul bait bukan milik Syiah. Sunnah bukan milik sunni. Kiblat bukan milik Wahabi. Islam itu milik Allah. Maka ambillah Islam itu dari sumber yg dijamin.

"Sesungguhnya aku meninggalkan bagi kamu dua peninggalan yang jika kamu berpegang padanya tidak akan kamu sesat sepeninggalanku, Salah satunya lebih besar dari yang kedua, yaitu kitab Allah azza wajalla seumpama tali penghubung yang kokoh terentang dari langit sampai kebumi dan ahlil baitku”

Walaupun ayat Al Quran sudah selesai diturunkan tetapi fungsinya masih diperlukan. Ada ilmu yg tersembunyi didalam Al Quran dan ahlul bait Baginda adalah pemegang kunci terakhir. Ummul Kitab adalah kunci terakhir kepada semua pembuktian daripada Allah SWT. Rasulullah saw yg membuka kunci awal Al Quran dan ahlul bait Baginda yg akan mengakhiri tanggungjawab Baginda. Dengan terbukanya kunci terakhir melalui ahlul bait Baginda maka akan terbongkarlah segala kerahsiaan Al Quran yg tersimpan selama ini. Ini menandakan dunia sudah akhir zaman. Baginda yg memulakan tugas di akhir zaman maka ahlul bait Baginda yg akan mengakhiri akhir zaman. Jika Baginda bermula dengan keadaan asing maka ahlul bait Baginda juga akan bermula dalam keadaan asing. Yg alpa dan lalai akan terus dialpakan dan dilalaikan dengan segala kesenangan dunia yg hanya tinggal sedikit saja lagi. Yg memegang pesanan akan mencari walaupun terpaksa berangkak didalam salji. Yg ingat akan selalu diingat.
Sesungguhnya menghidupkan Islam didunia ini ada tertibnya. Malaikat Jibril menyampaikan wahyu dalam bentuk cahaya kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw pula menyampaikan wahyu dalam bentuk perkataan kepada manusia. Setelah kewafatan Baginda maka cahaya wahyu itu diwariskan pula kepada ahlul bait Baginda. Jika perhubungan ahlul bait dengan manusia terputus maka terputuslah cahaya Al Quran dengan manusia.

Manusia boleh terus menggunakan Al Quran tetapi apa erti Al Quran tanpa cahayanya. Nur Muhamad seumpama cermin yg membiaskan Nur Ilahi ke hati manusia. Maka Nur Ilahi pada Al Quran dibiaskan ke Rasulullah saw dan seterusnya cahaya itu dibiaskan ke Syaidina Ali ra. Cahaya itu terpecah dua ke Syaidina Hasan ra. dan Syaidina Husin ra. dan seterusnya kepada ahlul bait yg bertaraf Imam dan cahaya itu bersatu kembali pada Imam Mahdi dan seterusnya Nur muhamad itu kembali semula ke Rasulullah saw. Dimana ia bermula disitu ianya berakhir. Manusia yg bersama cahaya itu seumpama kaum Nuh yg menaiki bahtera itu.

Rasulullah saw bersabda:

“Ketahuilah, sesungguhnya perumpamaan Ahlul Baitku diantara kalian adalah seperti kapal Nuh diantara kaumnya. Barangsiapa menaikinya , iapun selamat dan siapa tertinggal olehnya, iapun tenggelam,” ( HR. Al Hakim ).

Ulama-ulama juga menjadi wakil utk menyampaikan ajaran Islam kepada manusia. Ulama Pewaris Nabi adalah ulama yg berbai’ah dengan wakil Rasulullah saw. Jika ulama itu tidak berbai’ah dengan wakil Rasulullah saw maka dia itu Ulama Pewaris siapa?

Khianat Pada Rasul

Taraf maksum menjadikan setiap ucapan dan perlakuan Rasulullah saw itu dipelihara dan dijamin oleh Allah SWT daripada sebarang kecacatan dan kebatilan. Begitu juga dengan Al Quran. Al Quran dipelihara dan dijamin oleh Allah SWT dari sebarang kecacatan dan kebatilan. Sebab itulah didalam surah al Baqarah pada ayat kedua Allah swt telah memberikan jaminan bahawa Al Quran itu diturunkan tanpa ada keraguan padanya. Sebelum Allah SWT menurunkan Al Quran untuk dijadikan panduan dan ikutan, Allah SWT terlebih dulu mengutuskan RasulNya yg boleh dijadikan panduan dan ikutan. Ini menunjukkan bahawa Rasulullah saw dan Al Quran mempunyai persamaan yang kedua-duanya wajib dijadikan panduan dan ikutan. Pertalian diantara Rasulullah saw dengan umat Baginda tidak putus selepas kewafatan Baginda sepertimana tidak putusnya Al Quran dengan umat Islam kerana fungsi diantara keduanya perlu hidup selagi mana manusia memerlukannya.

Oleh kerana fungsi Baginda dan Al Quran tidak dapat dipisahkan maka setelah Baginda wafat tugas Baginda disambung oleh 4 jenis wakil iaitu:

1. Khalifah
2. Mujadid
3. Imam
4. Ulama

Fungsi keempat-empat wakil diatas itu berbeza diantara satu dengan yg lain. Mereka mempunyai bidang kuasa masing-masing dan taraf mereka tidak boleh ditentukan secara hiraki atau lantikan daripada mana-mana manusia mahupun yg bertaraf Raja. Kuasa melantik 4 jenis wakil diatas itu adalah hak mutlak Allah SWT. Rasulullah saw itu wakil Allah SWT dan bukan wakil manusia. Rasulullah saw yg diutuskan oleh Allah SWT kepada manusia dan bukan sebaliknya. Oleh itu Rasulullah saw adalah wakil Allah SWT yg diutuskan untuk menyampaikan Islam dan seterusnya memimpin umat Islam melalui sebuah Daulah Islam bagi pihak Allah SWT. Hanya wakil Allah SWT yg Allah SWT lantik sahaja yg akan dipelihara dan diberi jaminan oleh Allah SWT untuk menguruskan apa-apa tanggung jawab yg diserahkan oleh Allah SWT kepada wakilNya itu. Allah SWT tidak akan memberi apa-apa jaminan kepada mana-mana orang yg dilantik oleh manusia sebagai wakil Allah SWT dibumi. Khalifah, Imam, Mujadid dan Ulama Pewaris Nabi juga bukanlah wakil manusia tetapi mereka adalah wakil Allah SWT. Apakah wajar manusia melantik wakil Allah SWT. Apakah wajar pula manusia menolak wakil Allah SWT yg diutus utk memimpin manusia ke jalanNya?

Siapa Wakil Rasulullah SAW Sekarang?

Apa yg terjadi dizaman Khulafa ar Rashidin membuktikan bahawa demokrasi bukan jalan yg sesuai dan selaras dengan Islam. Demokrasi menjurus kepada sifat berpuak-puak walaupun masyarakat itu dipimpin oleh para-para sahabat Baginda yg sudah terbukti keimanan mereka dan rakyatnya pula hampir keseluruhannya beragama Islam. Padahal Islam menganjurkan penyatuan dan menentang assabiyah. Lihat saja contoh di Malaysia dan Indonesia sekarang. Apakah Demokrasi menyatukan umat Islam. Jika pemilihan Khalifah ditentukan secara demokrasi, maka itu bermakna manusia yg berkuasa untuk melantik wakil Allah SWT. Itu bukan tertib yg akan diterima oleh Allah SWT. Sebab itu umat berada didalam keadaan lemah sekarang. Mana mungkin umat yg dibantu oleh Allah SWT boleh jadi lemah dan terhina.

Rasulullah saw diutuskan ke dunia untuk menyempurnakan 3 tugas besar iaitu:

1. Menyempurnakan Islam.
2. Menyampaikan Islam.
3. Menubuhkan Daulah Islam.

Setelah ketiga-tiga tugas diatas disempurnakan oleh Baginda saw. maka Baginda pun diwafatkan dengan keadaan bimbang apa yg akan berlaku kepada umat Baginda. Hampir semua yg diperingatkan oleh Baginda kepada umat Islam diakhir zaman ini sudah berlaku. Islam sudah tinggal nama, Al Quran hanya tinggal ayat, Mesjid tesergam indah tapi tiada hidayah, umat Islam ditindas dan dihina, urusan diserahkan kepada yg bukan ahlinya, yg benar dikatakan salah dan yg salah dikatakan benar, ahli ibadah yg jahil dan ulama yg fasik, golonggan 'Ruwaibidhah' dll. Hampir semuanya buruk belaka sama ada soal mempertahankan Islam, mempertahankan Iman, mempertahankan hak dll. Yg hairannya umat Islam masih berdegil dengan fahaman-fahaman yg meruntuhkan Islam sekarang. Yg sepatutnya diketepikan tetapi diambil, dan yg sepatutnya diambil tetapi diketepikan pula.

Islam diturunkan dalam satu pakej yg lengkap dan tidak boleh dipisahkan diantara satu dengan yg lain. Yg umat Islam ambil hari ini adalah kulitnya sahaja padahal yg isinya ditinggalkan. Pelajar-pelajar Islam ribuan jumlahnya tetapi semuanya diberikankan kulitnya sahaja. Ini merugikan Islam. Mereka sepatutnya dilengkapkan dengan isinya sekali. Hanya sekadar menghafal dan mempelajari kaedah-kaedah utk mencantikkan kulit sahaja tidak akan membawa kemajuan kepada umat Islam. Jika ini diteruskan maka tidak akan ada lagi manusia seperti Al Kindi, Al Farabi atau Ibnu Sina dikalangan umat Islam. Pelajar-pelajar inilah yg sepatutnya menjadi pelapis yg akan memperkayakan umat Islam dengan ilmu-ilmu yg diperlukan dizaman ini. Apakah dengan ilmu-ilmu syariat sahaja umat Islam dapat menguasai dunia ini semula. TIDAK MUNGKIN SAMA SEKALI. Semangat utk berjuang mungkin ada. tetapi dengan ilmu-ilmu apa? Mempertahankan agama saja belum tentu, inikan nak menawan dunia. Umat Islam harus sedar dari mimpi disiang hari. Realiti yg diperlukan dan bukan ceramah atau himpunan utk menunjukkan rasa kebencian terhadap musuh-musuh Islam.

Di dalam Al Quran tersembunyi ilmu yg cukup untuk menawan semula dunia. Ilmu yg sesuai utk akhir zaman ini. Ilmu Gelombang adalah ilmu terkini dan mutakhir yg dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat Islam untuk memerintah dunia ini dengan kehendak dan tertib Allah SWT. Dengan ilmu gelombang ini tidak ada satu kuasa didunia ini yg mampu melawan malah ilmu ini menjadi penawar kepada teknologi nuklear yg dikuasai oleh musuh Islam. Dengan Ilmu Gelombang ini maka akan termansuhlah alat persenjataan moden yg digerunkan oleh pemimpin-pemimpin Islam sekarang. Jika ditanya dimanakah letaknya kekuatan sesebuah angkatan ketenteraan? Jawabnya ialah Gelombang. Apakah boleh radar berfungsi tanpa gelombang? Apa saja jadi kaku. Peluru berpandu, jet pejuang, kapal induk, pesawat pengebom dll. Komunikasi boleh diputuskan tanpa diketahui bagaimana caranya. Begitulah kuasanya Allah SWT yg dapat menyerahkan kuasa untuk memerintah dunia ini kepada umat Islam jika umat Islam sanggup taat sepenuhnya kepada Allah SWT.

Tugas umat Islam pada setiap zaman ialah membantu untuk menyempurnakan tugas-tugas Rasulullah saw samaada bersama Rasulullah saw atau wakil-wakil Baginda. Jika manusia membuat sesuatu yg boleh mencacatkan atau mengagalkan tanggung jawab tersebut diatas, maka manusia itu mengkhianati Rasulullah saw. Mengkhianati Rasulullah saw bererti mengkhianati Allah SWT. Jika 3 tugas diatas tidak sempurna ini bermakna manusia tidak meletakkan dan sekali gus tidak menerima kerajaan Allah SWT dibumi. Ini juga bermakna manusia tidak mengambil Allah SWT sebagai Pemimpin kepada manusia. Apabila manusia tidak mengambil Allah SWT sebagai pemimpin maka sekali gus manusia tidak mengambil Allah SWT sebagai Tuhan mereka. Apakah sanggup anda semua berbuat demikian.

Secara mudah dan jelas boleh disimpulkan sebegini:

Menolak wakil Rasulullah saw bererti menolak Rasulullah saw. Menolak Rasulullah saw bererti menolak Allah SWT. Apakah ini terjadi atau tidak maka nilailah sendiri. Manusia selalu alpa dan lalai. Di mulutnya mengucapkan Allah dan Rasul setiap hari, tetapi tidak sedar dia sedang mengkhianati Allah dan Rasul. Mulut mengucapkan tapi hati mereka mati sebenarnya. Jika umat Islam melantik pemimpin selain daripada wakil Rasulullah saw maka mereka secara langsung atau tidak langsung menolak Allah SWT. Bernaunglah mereka dibawah pemimpin itu untuk kesenangan didunia ini. Solat mereka sudah tidak bererti kepada Allah SWT. Jika solat sudah tidak bererti maka faham-fahamlah sendiri..............

Pilihan untuk bersama Allah SWT atau tidak, utk ke syurga atau neraka, terletak ditangan anda sendiri. Lakum dii Nukum Waliyadin.