Sunday, December 18, 2016

SIHIR PEMISAH DARI SAMI SIAM


4/8/2016 – Di datangi pesakit wanita dari Pahang bersama suami dan anak-anaknya. Mereka sampai dalam jam 5 ptg kerumahku dan terpaksa menunggu selepas Maghrib kerana rawatan bermula selepas Isyak biasanya.

Suami isteri ini merupakan guru sekolah dan merupakan kawan kepada bekas pesakit kes gangguan sihir yang telah mencadangkan untuk berubat denganku. Mereka menceritakan sebelum ini pernah pergi berubat dengan orang Darul Syifa di sana namun pada keesokkannya jin-jin tersebut kembali merasuk. Dua jari kakinya patah akibat amukannya sendiri di Pusat Rawatan tersebut setelah di ruqyah, membuatkan ia menjadi semakin ganas dan mengganas. Tak hairan adik kepada pesakit yang terdahulu yang telah sembuh sepenuhnya memberitahu beliau selalu mengikut kawannya perawat dari Darul Syifa gi merawat dan setiap kali ada kes gangguan sihir , kawannya meminta pertolongan 5 – 6 orang kawan untuk ikut serta guna memegang pesakit yang mengamuk. Juga perawat ruqyah yang lain-lain yang pernah bertembung denganku yg hanya datang berlenggang seorang diri tanpa bawa Al Quran dan tasbih serta ber T-shirt dan berseluar jeans. Biarlah mereka berjubah serban lengkap dengan Al Quran di tangan, ku nak tengok sejauh mana makhluk-makhluk ini takut dengan mereka. Yg ku lihat perawat-perawat yang ketakutan bila berhadapan dengan pesakit-pesakit yang mengganas, nak boleh ke pegang pesakit kekawan perawat terpaksa bertindak ganas dan setelah itu ku lihat pesakit di keroyok macam penjahat yg di tangkap selepas mencuri.

Tanpa mengomen apa-apa kepada suami pesakit, ku minta pesakit baring dan proses rawatan di mulakan. Tak sampai 5 menit, pesakit mula gelisah dan nampak makhluk-makhluk tersebut mula kepanasan. Dengan segera ku tekan point tempat duduk nya dgn jejariku……

“Adoiiii….sakitnya, bakpo dok panggil-panggil ni nyo?

Pesakit mengalami kesakitan yang teramat dasyat seperti di ikat dan di bakar macam kambing bakar.

“Mu nok gapo, bakpo dok bui sakit ni? Tanyo je lah nak gapo…..” katanya dalam kesakitan tu.

Suaminya masih duduk di kerusi memerhati…menantuku pun turut memerhati dan menunggu sekiranya perlu bantuannya.Bila ku tanya siapa kat dalam ni…….

“Aku di hantar suruh duduk dalam dia ni, bukan aku sorang, ramai ni degil-degil belaka”

“Siapa yang hantar mung?” tanyaku….

“Tok Sami weiii ! Kalu aku tubik(keluar) dio belasah aku pulok”

“Sapo pulok upah tok sami ni?”

Nama yang di sebutnya tak jelas padaku tetapi si suami yang duduk di kerusi bersuara, “kekasih lama”.

“Aku tak peduli, ko keluar sekarang…” kataku.

“Tokleh…..kalu aku keluar tok sami akan belasah aku. Bukang aku sorang ni, ramai lagi ni…”

“Mung toksoh rusing la….mu tubik je, aku hantar mung ke Penjara Sunan Kalijaga. Sunan akan jaga mung.

Hok lain tu biar la, kalu nok bulih sakit dok la”

“Doh bukok ikatang aku ni, aku kena ikak ni” katanya. Aku tahu ini cuma alasan untuk melalaikan aku shj, aku tambah tekanan sehingga melolong sakitnya.

Dia mengereng ke kanan melarikan kepalanya dari cengkaman jejariku. Dan tangannya cuba menepis tanganku dari memegang kepalanya. Suaminya datang memegang kedua tangannya. Pesakit bukan semakin ganas ibarat “Incredible Hulk” bila kena jurus jejariku malah lembek lotek ibarat pesalah di ikat di kerusi dan di alir arus elektrik menyiksanya. Menggigil kesakitan melolong-lolong sakit. Takde pulok nok memaki-maki aku jin-jin ni. Ada sekali jin jawa yang mencabar sebelum rawatan di mulakan, dia masuk dahulu, aku terus sahut tanpa lengah tekan terus point tu……………..bagai nak terkeluar biji mata, merah menyala, melolong sehingga ke hujung deretan rumahku kedengaran.

Aksyen bagai la jin-jin ni , mentang-mentang perawat ruqyah boleh ko main-mainkan. Ugutnya pun bagai nak seru semua tenteranya, panglima itu hulubalang ini………poyooo belaka. Jin Siam Penjaga Istana Bangkok berumur 400 tahun paling otai ketua kepada segala jin-jin kafir yg menyerang pelajarku pun terkincit-kincit….”mu sapo hah….bakpo hebat sangat ni” “Keluar semua….K E L U ARRRRRRR..anak bini dia pun jangan masuk, dia akan marhi sini jugok, mapos kita!”

Bila pesakit nampak tenang, mengucap 2 kalimah syahadah dan riak muka pun nampak cool, ku lepaskan . Bangun gi dok pekena dan sembang dengan suaminya.

Kamu tengok bagaimana caraku menangani jin sihir berbanding dengan orang Darul Syifa. Jin tak naik syeikh mengamuk2 dan tak perlu ramai-ramai pegang pun. Lembik lotek dan tak mampu menanggung jurus pancaran gelombang auraku, surrender terus. Tak sampai setengah jam pun.

Ini yang sakit bertambah sakit malah patah 2 jari kaki pulak. Mereka pulang dengan hati senang. Ku yakin pesakit lena jenerho tido dalam kereta. Mereka takut jin-jin tersebut masuk semula esoknya. Kataku, aku tangkap dan kurung dalam penjara ghoib dengan “Ilmu Niat” ku. Penjara Sunan Kalijaga yang amat di takuti para jin-jin kafir.

Kalu dok ruqyah buang memang la akan masuk semula. Saja-saja jin-jin itu mempermain-main orang yang Jiwa Tauhid Kosong. Kalau nak di rasuk semula pun ambil masa, tunggu Tok Sami tu pulih, akan di hantar pulak Bouncer-bouncer lain yang lebih sasa hihi. Takpe…..kita tunggu je la…bawalah kepadaku…biar buku bertemu ruas. Nok belagak samseng biar kena sama-sama samseng kannnnnn hehe.