Asal dan Kedudukan Ilmu
Tasauf
|
Ketahuilah bahawa Ilmu Aqli adalah tunggal
dengan zatnya [bersendirian iaitu diasaskan atas akal semata-mata], daripadanya
lahir ilmu yang tersusun yang di dalamnya terdapat seluruh hal-ehwal dua
ilmu yang tunggal. Ilmu yang tersusun itu
ialah ilmu ahli-ahli Tasauf dan jalan ehwal mereka. Mereka mempunyai ilmu yang
khas dengan jalan yang terang yang terhimpun dari dua ilmu.
Ilmu mereka terdiri dari
- Hal,
- Waktu,
- Samaa',
- Wujdan,
- Sheikh,
- Sakr,
- Sohwu,
- Isbat,
- Mahwu,
- Fakir,
- Fana,
- Wilayah,
- Irodah,
- Murid
- dan apa yang
berhubung dengan Hal Ehwal mereka serta tambah-tambahannya, sifat-sifat
dan makam-makam.
Penerangan petikan di
atas oleh penterjemah iaitu Abdullah bin Muhammad (Naqula)
dari dua ilmu
Louis Gardent dan G.Anawati dalam buku mereka "Falsafah
Al-Fikr Al-Din" menganggap ayat ini sebagai mengandungi teka-teki yang
sukar untuk deselesaikan. Mereka bertanya: Apakah gerangan maksud "dua ilmu" yang disebut oleh Imam Ghazali? Ia menyebut Ilmu
Aqli tetapi tiada menyebut yang satu lagi. Meskipun demikian, berat kemungkinan
bahawa ia maksudkan Ilmu Syari'i di mana Ilmu Tasauf merupakan satu cantuman di
antara dua ilmu itu. Nampaknya bukan begini, asas pembahagian 'duaan'
"Akal-Syarak" adalah menurut kadar "dunia-akhirat".
Kita dapati di antara Ilmu-ilmu Aqliah ada pula
ilmu-ilmu yang tujuannya ialah akhirat, seperti makrifat Qalbu-Qalbu dan
makrifat Allah, sebagaimana ilmu-ilmu Syaria'ah ada pula Ilmu Fekah yang
mengambil berat dalam urusan-urusan dunia (Falsafah Al-Fikr Al-Din penggal 1, muka 212).
Berhubung dengan ilmu yang tersusun ini,
meskipun Imam Ghazali tidak menerangkan dengan jelas, kita dapat mengenainya
dalam kitabnya "Al-Ahyaa' ketika menerangkan tentang "hakikat fikiran
dan buahnya". Menurut keterangannya bahawa fikiran (Al-Fikr/Takakur)
adalah bererti mendatangkan dua makrifat dalam Qalbu untuk untuk menghasilkan
makrifat yang ketiga.
Dengan ini bermakna bahawa Ilmu Aqli yang berasaskan akal semata-mata itu
mengandungi dua ilmu yang tersusun yang melahirkan ilmu yang ketiga.
Bila ilmu yang ketiga ini telah didapati dengan
erti telah terterap pada Qalbu,
- suatu perubahan pada
'hal Qalbu' terjadi yang menyebabkan
- berubahnya pula
tindakan-tindakan anggota.
- Jadinya dengan
"fikiran" menerusi sistem duaan itu menelurkan "ILMU".
- Ilmu ini menelurkan pula
"HAL"
- dan hal menelurkan
"Tindakan" (Al 'Amal atau Al-Fi'li) [lihat Al-Ahyaa' penggal 4 muka 412-413].
Meskipun Ilmu 'Aqli itu sendiri mengandungi dua
ilmu yang tersusun dalam dirinya, ia adalah tetap tunggal dipandang dari segi
Akal; iaitu hasil daripada akal semata-mata.
Di atas Imam Ghazali berkata bahawa daripada
Ilmu 'Aqli lahir ilmu yang tersusun iaitu ilmu ahli-ahli Tasauf. Bagaimanakah
cara lahirnya ilmu yang tersusun dari Ilmu 'Aqli itu ??
Caranya begini; andaikata menerusi akal
seseorang mendapat ilmu yang tiada ragu-ragu lagi bahawa "sampai kepada
Allah" adalah modal yang paling penting untuk hidup di dunia dan di
akhirat. Ini adalah Ilmu 'Aqli. Bila ilmu ini terterap pada Qalbu, ia
mengubahkan "hal
Qalbu" yang menyebabkan ia
melakukan "Tindakan"
mencari "Ilmu Tentang
Cara-cara Beramal" atau "Ilmu Ibadat" sebagai jalan untuk sampai kepada Allah itu dan
ahirnya ia mendapatinya. Sekarang nampaklah fungsi Ilmu 'Aqli itu.
Kita bicarakan pula tentang hasil daripadanya "Ilmu Tentang
Cara-cara Beramal"
itu merupakan satu ilmu yang tunggal. Ia tidak menghasikan apa-apa kalau tidak
diamalkan. Bila ia diamalkan,
datanglah "WARID-WARID" iaitu makna-makna(Maani) yang datang dari Alam Malakut ke atas
Qalbu. Bila satu warid terterap pada Qalbu, ia mengubahkan "Hal
Qalbu". Perubahan-perubahan pada hal Qalbu oleh Warid-warid ini melahirkan
beberapa sifat Qalbu seseorang. Sifat-sifat ini jika sebentar sahaja dinamakan "HAL" dan kiranya ia menetap dinamakan "MAQAM".
Yang dinamakan hal itu ialah seperti
- Al-Qabd dan Al-Basith,
- Al-Jami' dan Al-Farq,
- Al-Fana dan Al-Baqa,
- Al-Shohu dan Al-Syakr,
- Al-Mahw dan al-Isbat,
- Al-Tamkin dan lain-lain lagi.
Yang dinamakan Maqam pula adalah seperti
- Wara',
- Zahid,
- Fakir,
- Sabar,
- Syukur,
- Redha,
- Khauf,
- Roja',
- Tawakkal dan lain-lainnya.
Meskipun demikian, kadang-kadang "Hal"
dianggap sebagai "Maqam" dan Maqam dianggap sebagai Hal bergantung
kepada tempoh ia berada pada Qalbu [Lihat Al-Ahyaa' penggal 4 muka 139]' ['Awaariful Ma'aaruf muka
469-473] dan [Iqadzul Himam muka 24].
Perubahan-perubahan pada "Hal Qalbu"
tersebut melahirkan semacam "Tindakan" pada aggota-anggota dan lidah
seseorang.
- Kalau Warid yang datang atas
Qalbu itu bersifat Qabd(Kecut)' lahir ke atas anggota seseorang iaitu diam.
- Kalau Warid yang datang itu
bersifat Basith(Lega), lahirlah ke ats anggota iaitu gerak cergas.
- Kalau Warid yang datang
bersifat Zahid dan Wara', lahirlah ke atas anggota-anggota iaitu menjauh dan
mengundur diri dari kesenangan duniawi.
- Kalau Warid yang datang ke atas
Qalbu itu bersifat Mahabbah(Cinta) dan Syauki(Rindu), lahirlah kesan pada lidah
iaitu kata-kata yang tiada tertahan yang ganjil dipandang dari
segi syara'[Lihat Iqadzul Himam muka 24].
Warid-warid yang datang atas Qalbu itu adalah
luas ertinya; bukan sahaja berupa "makna-makna" yang menimbulkan "HAL-HAL" dan
"MAQAM-MAQAM" seperti
yang telah diterangkan, juga ia merupakan "LINTASAN-LINTASAN{KHOWATIR}" iaitu "Perkataan-perkataan yang
dihadapkan kepada Qalbu". Lintasan-lintasan ini adalah lintasan-lintasan
yang terpuji(Khowatir Mahmudah) yang datangnya dari Malaikat dan Allah yang
dinamakan "ILHAM".
Juga warid itu itu merupakan "Hakikat-hakikat dan Ilmu-ilmu yang datang
dari sisi Allah" yang biasa dimasukkan dalam golongan Kasyaf dan Ilham.
Himpunan dari sifat-sifat Qalbu dinamakan
"Hal-hal" dan "Maqam-maqam" dan ilmu-ilmu yang timbul dari
ilham dan kashaf itu semuanya menjadi suatu Ilmu Yang Tunggal iaitu Ilmu hasil
dari amalan. Paduan "Ilmu
Tentang Cara-cara Beramal" dan "Ilmu Hasil Daripada Amalan"
itulah dinamakan "ILMU TASAUF" sebagai ilmu yang ketiga atau sintesis; tetapi kali dilihat semula ke belakang, kepada asalnya, ia
bersumber dari Ilmu 'Aqli juga.
Inilah nampaknya maksud kata-kata Imam Ghazali
tadi;
"Ketahuilah bahawa
Ilmu Aqli adalah tunggal dengan zatnya [bersendirian iaitu diasaskan atas akal
semata-mata], daripadanya lahir ilmu yang tersusun yang dalamnya terdapat
seluruh Hal Ehwal dua ilmu yang tunggal. Ilmu yang tersusun itu ialah ilmu
ahli-ahli Tasauf dan jalan ehwal mereka. Mereka mempunyai ilmu yang khas dengan
jalan yang terang yang terhimpun dari dua ilmu".
Dalam keterangan seterusnya Imam Ghazali
mengemukakan kandungan atau bahagian-bahagian yang membentuk ilmu Tasauf itu
dengan menyebut beberapa contoh yang lebih banyak mengandungi hal-hal(Ahwal)
kalau dibandingkan dengan Maqam-maqam(Maqaamat).
Hal
|
makna-makna yang Warid
atas Qalbu tanpa sengaja.
|
Waktu [Waktu]
|
Waktu hal itu terjadi
atas seseorang tanpa hubungan dengan waktu-waktu yang lepas dan akan datang.
|
Samaa' [Taat]
|
Penumpuan Qalbu kepada
apa yang terpuji mengikur Syara'
|
Wujdan
|
Hal yang menghaibkan
yang ditemui oleh Qalbu kerana syuhudnya
|
Syauq [Rindu]
|
Kerinduan-kerinduan
untuk berlakunya pertemuan-pertemuan dengan Allah
|
Sakr [Mabuk]
|
Kehilangan kesedaran
diri kerana datangnya Warid yang kuat
|
Shohr [Sihat]
|
Sedar kembali selepas kehilangan
kesedaran diri kerana datang Warid yang kuat itu
|
Isbaat
|
Melepaskan hukum-hukum
ibadat
|
Mahwu [Hapus]
|
Membuang
sifat-sifat(jiwa) yang teradat, ada orang mengatakan kehilangan 'Ilat(sebab)
dan ada yang mengatakan apa yang dilindungi dan dinafikan
|
Fakir
|
Keadaan tiada
memandang sesuatu yang lain daripada Allah, tidak memerlukan apa-apa selain
daripada Allah dan tidak senang hati kerana pengaruh sesuatu selain dari
hudur bersama Allah
|
Wilayah
|
Berdiri hamba dengan
Allah ketika fana dari dirinya, hal ini terjadi dengan toleh Allah Taala
kepadanya hingga ia sampai kepada matlamat Maqam Qarb(Kehampiran) dan
Tamkin(Sampai kepada Allah)
|
Iradat [Kemahuan]
|
Cinta yang menyala
dalam Qalbu yang mendorongi untuk beramal
|
Sheikh
|
Manusia yang sempurna
dalam ilmu-ilmu syariat, thorikat dan hakikat
|
Murid
|
Seorang yang
menyingkirkan kemahuannya. Menurut Imam Ghazali; murid ialah yang berada pada
tingakat ASma(Nama-nama Allah) dan masuk ke dalam golongan orang yang
menyerahkan segala-galanya kepada Allah dengan Isim
|
Sambungan Kitab Al-Risaalatulil-Duniyyah
oleh Imam Ghazali
Setelah selesai menyebut jenis-jenis ilmu,
ketahuilah anda dengan sesungguhnya bahawa tiap-tiap ilmu ini memerlukan
beberapa syarat supaya dia terukit pada jiwa-jiwanya para penentutnya. Oleh itu
perlulah diketahui pula mengenai cara-cara mendapatkan ilmu-ilmu ini seperti
yang akan dinyatakan seterusnyai[Cara dan Kaedah Mendapatkan Ilmu]
Ringkasan Fasal Di
Atas
|
Setelah membincangkan
jenis-jenis ilmu itu (dalam fasal bahagian-bahagian ilmu), Imam Ghazali
menyebut pula tentang Ilmu Tasauf sebagai suatu ilmu yang tersendiri. Walau
bagaimanapun is berasal dari Ilmu 'Aqli itu juga. Ilmu 'Aqli ini sebagai
asasnya sahaja. Yang melahirkan Ilmu Tasauf itu secara langsung ialah ilmu
tentang cara-cara beramal yang disertakan dengan amalan(ibadat). Ilmu tentang
cara-cara beramal itu adalah suatu bahagian daripada Ilmu Syari'i. Jadi Ilmu
Tasauf itu selain dari bersangkut dengan Ilmu 'Aqli ia juga bersangkut dengan
Ilmu Syari'i. Gabungan dua bahagian ilmu inilah yang melahirkan Ilmu Tasauf.
Dengan kata lain Paduan "Ilmu Tentang Cara-cara Beramal" dan "Ilmu
Hasil Daripada Amalan" itulah dinamakan "ILMU TASAUF" Tetapi asal Ilmu Tasauf
ini lebih jauh lagi perbincangannya yang melibatkan ilmu yang khas yang
melahirkan hal-ehwal ilmu mereka yang tidak akan ditemui oleh mereka yang tidak
mengikuti disiplin pengajiannya.
Inilah asal dan kedudukan Ilmu Tasauf yang hebat dan istimewa