Renungan Buat DIRI...(BLOG MENGENAL DIRI SUNAN KALIJAGA)
 
 Keseluruhan blog ini akan memperbincangkan tentang Teknologi Membina 
Insan seperti mana yang telah terkalam didalam Kitab Duril Mazlum yang 
telah dilenyapkan oleh penjajah dan kini berada di Muzium Lisbon dan 
Eropah. (Rujukan : Kitab Sejarah Melayu).Hasil Rahsia Kitab tersebut 
telah melahirkan kecemerlangan dan kegemilangan insan di zaman Madinah 
& Melaka. Bagaimana Ianya telah 
hilang, lenyap dari diri dan masyarakat kita yang dulunya begitu 
hebat?Apa yang hebat? Dimana ilmu nya? Mana "KUNCI" nya?
 
 Memang
 sukar untuk membina satu kegemilangan Ummah? Namun pasti lebih sukar 
untuk mengekalkan kecemerlangan yang telah dibina. Apatah lagi untuk 
mengembalikan kecemerlangan dan kebenaran yang telah lenyap?
 
 
Sejarah perang salib yang tidak pernah dimenangi oleh musuh menyebabkan 
mereka tidak henti dan jemu mengkaji bagaimana untuk menghancurkan 
Islam. Akhirnya, mereka menemui jawapan dan menjalankan satu konspirasi 
besar untuk menjatuhkan Ketuanan Melayu, itu pun kerana Raja Melayu 
sendiri sudah Lupa diri, asyik dan mabuk dengan Kemegahan yang dimiliki,
 sibuk dengan Kuasa dan bertuhankan HAWA NAFSU. Semua wanita nak 
dijadikan bini?
 
 Pemerintahan dan Orang-orang besar istana pun 
ikut sibuk dengan bertuhankan hawa nafsu,gaji, elaun, harta, wanita, 
kereta baru, langsir, banglo-besar, saham, projek kerajaan, saling 
bercakaran kerana bisnes anak menantu, itu sebab lah musuh dengan mudah 
menjalankan tugas dan misi mereka, apa yang mereka telah lakukan?
 
 Hapuskan Kitab yang berkaitan dengan ilmu mengenal diri.
 Hapuskan segala kitab pati rahsia termasuk ilmu tajul muluk, ilmu yang 
berkaitan dengan ilmu kasyaf, ilmu rasa hati, ilmu nafas, ilmu 
firasat.dll. kerana itu ilmu tersebut payah ditemui.
 
 Hilangkan 
yakin manusia pada ilmu-ilmu tersebut dan wujudkan ilmu akal dan 
teknologi yang menghapuskan keyakinan mereka pada ilmu asal yang dibawa 
oleh Nabi dan Wali Allah.
 
 Hilang kan segala bukti agar kita 
tidak kembali mencari ilmu tersebut kerana sekiranya kita kembali 
mengamal kan nya mereka bakal tewas dan tidak akan mampu mengatasi kita.
 
 Hapuskan dan bunuh orang-orang yang pakar tentang ilmu tersebut. Agar yang tinggal hanya ilmu syariat sahaja.
 Dalam tempoh penjajahan, hanya bersekongkol dan lantik orang-orang 
tidak bermaruah, boleh disogok dengan wang ringgit dan sanggup menjual 
maruah diri, bangsa dan ugama kerana tamak haloba dan gila pangkat. 
sanggup menjadi tali-barut dan anjing suruhan mereka.
 
 Hanya 
melantik dan bekerjasama dengan orang yang sanggup mengikut telunjuk 
penjajah agar mereka dapat mengangkut hasil mahsul negara, dan 
tinggalkan sistem perlembagaan yang bakal memerangkap diri kita agar 
menjadi semakin tertekan dan buntu.Sediakan sistem pendidikan yang konon
 nya canggih agar kita tidak kembali mencari Sistem asal sepertimana 
yang telah berjaya dijalankan oleh Penguasa Madinah dan Melaka.
 
 Faktor diatas tidak kita sedari secara langsung atau tidak langsung. 
Hanya kesan nya satu persatu kita lihat berlaku pada hari ini? Itulah 
sebab nya semakin hari manusia kian hilang ketenangan dan 
kebahagiaan.Masalah dadah. sosial dan segala gejala negatif, masalah 
penyakit berjangkit yang semakin kompleks dan menular.malapetaka, gempa 
bumi, rompakan, pembunuhan, turun salji kat tempat yang tak 
sepatutnya.panas melampau, puting beliung, ribut taufan.dan berbagai 
lagi senario sepertimana berlakunya pada zaman jahiliyah sebelum datang 
nya Nabi Muhammad s.a.w. dulu.
 
 Tidak kah kita lihat bahawa pada
 hari ini yang di katakan zaman moden dan tinggi teknologi sains nya, 
semakin banyak doktor pakar, semakin kronik pula penyakitnya, semakin 
banyak pusat pengajian tinggi dan graduan, sebaliknya rendah pula nilai 
diri dan kemanusiaan nya? Zaman Nabi s.a.w. takda pulak banyak kitab dan
 Universiti, Nabi pun tak tau membaca dan menulis tapi boleh ubah semua 
umat manusia?
 
 Lalu, bagaimana untuk kembali mendapat restu, pimpinan, petunjuk, kerahmatan, keredhaan, kasihsayang dan perlindungan Allah?