Cara dan Kaedah
Mendapatkan Ilmu
|
Ketahuilah bahawa ilmu manusia didapati menerusi
dua jalan iaitu;
- 1. Pengajian Insani
dan
- 2. Pengajian
Rabbani
Jalan Yang Pertama
Jalan pertama adalah jalan yang termaklum dan
saluran yang dapat dirasa, diakui oleh sekelian ahli akal.
Adapun Pengajian Rabbani terbahagi kepada dua
bahagian iaitu;
- Mendapatkan ilmu
dengan pengajian dan;
- Mendapatkan ilmu
dari dalam iaitu dengan memenuhkan masa dengan berfikir.
Berfikir dari batin sama dengan pengajian pada
lahir.
Pergajian adalah pengambilan faedah seorang peribadi(Al-Syakhos) dari seorang peribadi bahagian(Al-Syakahosul-Juz'ii) manakala
Berfikir adalah pengambilan faedah suatu Jiwa(Al-Nafs) dari Jiwa Keseluruhan
(Al-Nafsul-Kulli). Jiwa Keseluruhan(Al-Nafsul-Kulli) lebih kuat
kesannya dan lebih kuat pengajarannya dari sekelian ulama-ulama dan para ahli
akal.
Ilmu-ilmu adalah terhunjam dalam umbi sekelian
jiwa secara kekuatan, seperti benih dalam bumi dan seperti geliga pada dasar
lautan atau dalam benda galian.
Pengajian ialah menuntut keluar sesuatu dari kekuatan kepada tindakan(Minal Quwwati Ila
Fi'li) dan Mengajar ialah mengeluarkan sesuatu itu dari kekuatan kepada
tindakan.
Maka jiwa pelajar adalah serupa dengan jiwa
pengajar dan hampir di antara keduanya dalam nisbah; seorang Alim dipandang
dari segi memberi faedah seperti seorang petani dan seorang pelajar pula dari
segi mengambil faedah seperti tanah dan ilmu yang mana adalah ketika dalam
kekuatan adalah seperti benih dan ketika dalam tindakan adalah seperti
tumbuh-tumbuhan. Bila sempurna jiwa pelajar, ia menjadi sebagai pokok yang
berbuah atau seperti geliga yang keluar dari dasar lautan.
Bila kekuatan-kekuatan badaniah dapat menguasai
jiwa, pelajar itu perlu menimbakan pengajiannya, memperlanjutkan waktu, memikul
kesulitan-kesulitan, kepenatan dan berusaha dalam mencari faedah. Bila Nur Akal menguasai atasa sifat-sifat perasaan, seorang
penuntut tidak memerlukan pengajian yang banyak. Hanya dengan sedikit berfikir
atau sesaat berfikir ia mendapat faedah-faedah yang tiada didapati oleh jiwa
yang kaku dengan pengajian selama setahun. Oleh itu setengah orang mendapat
ilmu-ilmu dengan pengajian dan setengah pula dengan berfikir.
Pengajian memerlukan pula kepada berfikir,
kerana manusia tiada dapat mempelajari segala sesuatu baik berupa
bahagian-bahagian dan keseluruhan-keseluruhan, juga tidak dapat mempelajari
semua maklumat, bahkan sebahagiannya is dapat dengan pengajaian dan
sebahgiannya pula didapati dengan berfikir. Kebanyakan ilmu-ilmu teorikal dan ilmu-ilmu
teknikal diruntun keluar oleh jiwa-jiwa para Hukama'(bijak pandai) dengan
- kemurnian zihin
- kekuatan fikiran
dan
- ketajaman agakan
mereka dengan tidak menambahkan pengajian.
Andaikata manusia tidak menghasilkan sesuatu
menerusi berfikir dari maklumat pertama nescaya pincanglah masa untuk
manusia(bagi mendapatkan sesuatu) dan nescaya tidak akan hilang kegelapan
kejahilan dari Qalbu-qalbu manusia; kerana jiwa tiada berkuasa mengetahui
seluruh persoalannya sendiri baik yang berupa bahagian atau keseluruhan
menerusi pengajian; malah sebahagiannya ia dapati dengan pengajian dan
sebahagiannya pula ditarik keluar dari hati nurani dengan kemurnian fikiran.
Inilah cara yang biasa terjadi di kalangan para
ulama dan cara inilah yang menimbulkan kaedah-kaedah segala ilmu hingga seorang
arkitek tidaklah belajar seluruh apa yang diperluinya dalam sepanjang usiannya,
malah ia belajar garisan-garisan kasar ilmunya dan kandungan-kandungannya;
kemudian ia menarik keluar(sesuatu) dan mengqiaskan(menghubungkan) antara satu
dengan yang lain. Begitu juga seorang doktor tidak dapat belajar
penyakit-penyakit setiap orang dengan perinciannya, juga tidak boleh belajar
tentang ubat-ubat untuk mereka; malah ia berfikir tentang maklumat secara umum
dan menyelaraskan dengan tiap-tiap seorang menurut keadaan tubuhnya. Juga
seorang ahli nujum, ia hanya belajar ilmu nujum secara umum sahaja, kemudian ia
berfikir dan memberikan bermacam-macam ketetapan.
Begitu juga ahli feqah dan seorang sasterawan
dan seterusnya begitu juga yang terjadi dalam kalangan para pereka
barang-barang perusahaan, seorang pembuat alat bunyian iaitu gambus dapat
mereka(mencipta) dengan fikirannya, manakala yang lain menghasilkan dari alat
itu suatu alat yang lain pula. Begitu juga seluruh barang-barang perusahaan;
baik untuk keperluan badan atau untuk keperluan jiwa pada mulanya didapati
menerusi pengajian dan buat seterusnya dia dapati menerusi fikiran. Apabila terbukalah
pintu fikiran pada jiwa, ketahuilah dia cara jalan berfikir dan cara
menggunakan agakan untuk mencapai tujuan. Maka Qalbu seseorang menjadi lega dan terbukalah mata dalammnya,
lalu keluar apa yang ada di dalam jiwanya dari kekuatan kepada tindakan tanpa
penambahan usaha pencarian dan kepenatan yang berlanjutan.
Jalan Yang Kedua.
Pengajian Rabbani terbahagi kepada dua bahagia
iaitu;
1. Yang Pertama :
Pencampakan Wahyu.
Jiwa itu bila telah sempurna zatnya,
- maka hilanglah
kekotoran-kekotoran tabiat dan kecemaran loba dan angan-angan.
- Terpisahlah pandangan
daripada syahwat keduniaan,
- putus hubungan dari
cita-cita yang tidak abadi,
- mengarahkan mukanya
kepada pencipta dan penjadiNya,
- bergantung kepada
kemurahan penciptaan dan
- berpegang pada
kurniaan faedah daripadaNya dan limpahan NurNya.
Manakala Allah Taala
pula
- dengan keelokkan
'InayahNya mengarahkan kepada jiwa itu secara keseluruhan,
- memandang
kepadanya secara pandangan Ilahi dan
- menjadikan
sebagai Luh,
- menjadikan Jiwa
Keseluruhan(Al-Nafsul Kulli) sebagai Qalam dan
- menuliskan pada
Luh itu seluruh ilmu,
ketika ini Akal
Keselurahan (Al-'Aqlu Kulli) menjadi sebagai guru dan Jiwa Suci (Al-Nafsul
Qudsiah)[Jiwa
suci ialah Jiwa Kenabian yang telah sempurna zatnya] sebagai pelajar, lalu terdapatlah
semua ilmu pada jiwa itu dan terukir padanya seluruh rupa tanpa pengajian dan
fikiran. Ini dibuktikan kebenarannya oleh firman Allah
Taala kepada Nabi SAW. yang bermaksud;
Dan Ia(Allah) telah
mengajarkan engkau apa yang engkau tidak tahu. (Surah Al-Nisaa';113)
Oleh itu ilmu para Nabi lebih mulia tingkatannya
dari ilmu seluruh makhluk, kerana ia didapati terus dari Allah Taala tanpa
perantaraan atau wasilah.Sila klik di sini untuk keterangan lanjut mengenai proses penurunan
wahyu dan maksud istilah-istilah jiwa yang tersebut di atas.
Ini dapat dlihat contohnya dari kisah kisah Nabi
Adam AS. dan malaikat, Malaikat adalah belajar sepanjang usia mereka dan
menerusi berbagai jalan mereka mendapat banyak ilmu hingga mereka menjadi
makhluk yang paling mengetahui, sedangkan Adam AS. tidaklah Alim, kerana ia
tidak pernah belajar dan tidak pernah menemui seorang guru. Para malaikat
melahirkan kesombongan dan takbur mereka dengan berkata;
"Padahal kami
bertasbih dengan memuji-mujiMu dan memuliakanMu(Allah)" {Surah Al-Baqarah;30}.
dan berkata bahawa kami mengetahui
hakikat-hakikat segala suatu. Maka Adam AS. pun kembali kepada penciptanya,
mengeluarkan Qalbunya dari sifat-sifat makhluk dan mengarahklan permintaan
tolongnya kepada Allah Taala, lalu Allah mengajarkannya seluruh Nama;
"Kemudian Ia
bentangkan tanda-tanda itu kepada malaikat seraya berfirman: Beritahulah
kepadaKu nama-nama benda ini jika kamu adalah benar!" {Surah Al-Baqarah;31}.
Maka malaikat pun merasa kecil di samping Adam,
merasa kurang ilmu mereka dan pecahlah kepala kesombongan mereka lalu karam
dalam lautan kelemahan;
"Mereka berkata
Maha Suci Engkau tidak ada ilmu kami melainkan apa yang telah diajarkan kepada
kami" {Surah Al-Baqarah; 32}.
Allah berfirman lagi dengan maksud;
"Hai Adam!..
beritahulah mereka (malaikat) nama-nama benda itu". {Surah Al-Baqarah;33).
Adam AS pun memberitahu kepada mereka beberapa
ilmu yang terpendam dan beberapa perkara yang tersembunyi.
Dari ini jelaslah bagi orang-orang yang berakal
bahawa Ilmu Ghoibi yang tercetus dari jiwa ialah lebih kuat dan lebih sempurna
dari ilmu-ilmu yang didapati dengan usaha(Al-Uluumul Maktasabah). Ilmu Wahyu
ini menjadi pesaka Nabi-Nabi dan kepunyaan Rasul-Rasul. Allah telah menutup
pintu wahyu ini sejak dari zaman penghulu kita Nabi Muhammad SAW. Ia adalah
Rasul Allah SAW. dan Nabi yang penghabisan. Ia adalah manusia yang paling
mengetahui, orang Arab dan 'Ajam yang paling fasih. Nabi SAW pernah bersabda
yang bemaksud;
"Akulah yang
paling tahu di antara kamu dan yang paling takutkan Allah Taala".
Ilmunya lebih sempurna, lebih mulia dan lebih
kuat, kerana ia dapati ilmu ini dari Pengajaran Rabbani dan ia tiada
sekali-kali berkecimpung dalam Pengajian dan Pengajaran Insani. Allah Taala
berfirman dengan maksudnya;
"Ia telah diajar
oleh kekuatannya bersangatan". {Surah Al-Najm;05}.
2. Yang Kedua : Ilham.
Ilham ialah pemberitahuan oleh Jiwa Keseluruhan
(Al-Nafsul Kulliah) kepada Jiwa Bahagian (Al-Nafsul Juz'iyah) manusia menurut
kadar kemurnian, penerimaan dan kekuatan persediaan.
Ilham adalah kesan Wahyu.
Wahyu adalah penerangan Urusan Ghoibi manakala Ilham ialah pemaparannya. Ilmu yang didapati
menerusi Ilham dinamakan Ilmu Laduni.
Ilmu Laduni ialah ilmu yang tidak ada
perantaraan dalam mendapatkannya di antara jiwa dan Allah Taala. Ia adalah
seperti cahaya yang datang dari lampu Qhaib jatuh ke atas Qalbu yang bersih,
kosong lagi halus(Lathif). Terjadinya demikian kerana ilmu-ilmu seluruhnya
adalah terterap lagi dimaklumi dalam Jauhar Jiwa Keseluruhan Yang Pertama(Jauharul
Nafsul Kulliyatul Uula) yang mana beradanya(jauhar ini) dalam jauhar-jauhar Abstrak
Yang Pertama Lagi Mutlak (All-Jawaahirul Mujarridatul Awwaliyatul Mahdhoh) dinisbahkan kepada Akal
Pertama(Al-Aqlu Awal) adalah serupa dengan nisbah Hawa kepada Adam AS.Sila klik di sini untuk perincian lanjut mengenai maksud
istilah-istilah jiwa yang tersebut di atas.
Sesungguhnya telah nyata bahawa Akal Keseluruhan(Al-Aqlul Kulli) adalah lebih mulia, lebih sempurna, lebih kuat
dan lebih hampir dengan Allah Taala daripada Jiwa Keseluruhan(Al-Nafsul Kulliyah) adalah lebih teguh, lebih halus dan lebih mulia
daripada seluruh makhluk. Dari limpahan Akal Keseluruhan tercetusnya Ilham.
Wahyu adalah pakaian Nabi-Nabi dan Ilham adalah hiasan Wali-Wali.
Mengenai Ilmu Wahyu(Ilmu Nabawi) pula
sebagaimana Jiwa bukannya Akal, orang Wali bukannya Nabi, maka begitu juga
Ilham bukannya Wahyu. Ilham adalah lemah dibandingkan dengan Wahyu, tetapi
lebih kuat dibandingkan dengan mimpi-mimpi(mimpi yang benar), sedangkan
ilmu(Ilham atau Ilmu Laduni) adalah ilmu Nabi-Nabi dan Wali-Wali.
Adapun Ilmu Wahyu hanya khas untuk Rasul-Rasul,
terbatas setakat mereka sahaja seperti Ilmu Nabi Adam dan Nabi Musa AS., Nabi
Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW. dan Rasul-Rasul yang lain. Perbezaan di antara
"Kerasulan" dan "Kenabian" terletak pada bahawa
- "Kenabian" itu ialah penerimaan jiwa suci
akan hakikat-hakikat maklumat dan ma'quulah dari Jauhar Akal Yang Pertama
dan
- "Kerasulan" ialah menyampaikan maklumat
dan ma'quulat itu kepada orang-orang yang mahu mengambil faedah dan yang
mahu menerimanya.
Kadang-kadang ada
persesuaian untuk menerima pada jiwa seseorang, tetapi tidak mungkin hendak
disampaikan kerana ada halangan atau sebab yang tertentu.
Ilmu Laduni adalah untuk ahli Kenabian dan Kewalian bersama,
sebagaimana yang terjadi pada Nabi Khaidir AS. Hal ini ada tersebut dalam
firmanNya yang bermaksud;
"Dan Kami telah
ajarkan ilmu dari sisi Kami". {Surah Al-Kahfi;65}
Berkata Amir Mukminin Ali bin Abi Talib
Karramallaha Wajhu ;
"Aku memasukkan
lidahku ke dalam mulutku(mengunci mulutku) lalu terbuka dalam Qalbuku seribu
pintu ilmu, tiap-tiap pintu terdapat seribu pintu pula", seterusnya ia berkata, "Andaikan
disuratkan kepadaku suatu bantal dan kududuk di atasnya nescaya ku dapat
menghukumkan ahli Taurat dengan Taurat mereka dan ahli Injil dengan Injil
mereka dan ahli al-Qur'an dengan Qur'an mereka".
Ini adalah tingkat yang tiada dapat dicapai
dengan Pengajian Insani semata-mata malah dapat dicapai dengan kekuatan Ilmu
Laduni. Berkata lagi Sayyidina Ali lagi dalam menceritakan tentang Kitab Taurat
Nabi Musa AS., bahawa syarah kitab ibi dapat dibawa dengan empat puluh ekor
unta, katanya;
Jika diizinkan Allah
mensyarahkan makna-makna Surah Al-Fatihah(sahaja) nescaya aku dapat melaksanakannya
hingga sampai seperti itu juga". ertinya 40 bebanan unta.
Kebanyakan, keluasan dan kebukaan
dalam ilmu
ini tdak terjadi, melainkan ilmu itu adalah Laduni, Ilahi lagi tinggi.
Bila Allah hendak menjadikan hambanya seseorang
yang baik, Ia(Allah) menyingkapkan hijab di antara ZatNya dan jiwa yang menjadi
Luh, lalu lahirlah pada jiwa itu sebahagian dari rahsia-rahsia yang terpendam
dan tertulis makna-makna segala rahsia yang terpendam ini. Dengan ini dapatlah
jiwanya mengucapkan rahsia-rahsia yang terpendam ini menurut kehendak kepada
sesiapa yang dikehendakinya.
Hakikat hikmah adalah diambil dari Ilmu Laduni,
selagi seseorang itu tidak sampai kepada tingkat ini, tidak dpat dianggap
sebagai seseorang yang HAKIM, kerana hikmah adalah dari kurniaan Allah Taala
sebagaimana firmanNya dalam Surah Al-Baqarah;269 yang bermaksud;
"IA(Allah)
mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki dan sesiapa yang dikurnia
hikmah maka sesungguhnya(bererti) ia telah dikurniakan kebajikan yang banyak
dan tidak akan ingat melainkan orang-orang yang berfikiran".
Ini adalah kerana orang-orang yang sampai kepada
tingkat Ilmu Laduni tidak memerlukan penumpahan tenaga yang banyak untuk
mendapatkan ilmu dan tidak penat dalam pengajian. Mereka belajar sedikit dan
mengetahui banyak, berpenat sedikit dan beritirahat banyak.
Ketahuilah bila Wahyu itu telah terhenti dan
pintu Kerasulan telah ditutup, manusia tidak perlu lagi kepada rasul-rasul dan
menyebarkan agama baru., kerana segala yang berhubung dengan agama telah
lengkap sempurna sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Maidah;37 yang
bermaksud;
:"Hari ini aku
sempurnakan agama kamu untuk mu"
dan tidaklah bijak menambahkan lagi faedah tanpa
hajat.
Ada pun pintu Ilham tidak tertutup, perbekalan
Nur Jiwa Keseluruhan(Al Nafsu Kulliah) tidaklah terhenti, kerna berlanjutan
keperluan jiwa-jiwa kepada penguatan, pembaharuan dan pengingatan. Manusia
tidak memerlukan rasul-rasul, tetapi kerana mereka tenggelam dalam was-was dan
syahwat mereka memerlukan pengingatan dan penyedaran. Oleh itu Allah Taala
mengunci pintu Wahyu dan membuka pintu Ilham sebagi rahmatNya. Ia menyiap dan menyusun segala-galanya supaya
manusia tahu bahawa Allah adalah lembut dengan para hambaNya. mengurniakan
rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki tanpa hisab.
Ringkasan Fasal Di
Atas
|
Sebelum ini telah diterangkan mengenai Ilmu
Tasauf sebenarnya termasuk dalam jenis-jenis ilmu malahan Ilmu Tasauf itu
mempunyai sifat-sifat yang lebih istimewa lagi berbanding dengan ilmu-ilmu
lain. Dalam fasal ini Imam Ghazali akan menerangkan kepada kita bagaimana
cara-cara dan kaedah untuk mendapatkan segala jenis ilmu itu.
Ia membahagikan cara-cara itu kepada dua(2)
bahagian penting iaitu;
- 1. Pengajian Insani dan
- 2. Pengajian Rabbani
Pengajian Insani adalah dengan dua(2) cara pula
iaitu;
- 1. Dari Luar (Mendapatkan ilmu dengan
pengajian biasa)
- 2. Dari Dalam (Mendapatkan ilmu dengan
berfikir hingga dapat dicungkil ilmu itu dari batin jiwa iaitu jiwa
keseluruhan [An-Nafs Al-Kulli] atau [Al-Luh Al-Mahfuz], kemudian barulah
ilmu itu terukir pada jiwa.
Pengajian Rabbani juga terbahagi kepada dua cara
iaitu;
- 1. Menerusi Wahyu dan
- 2. Menerusi Ilham.
Kedua-dua cara ini lebih tinggi tingkatnya dari
cara mendapatkan ilmu dari cara berfikir seperti yang dinyatakan di atas. Wahyu
dan Ilham adalah datang dari Zat Allah dan akal keseluruhan (Al-'Aqlul Kulli)
menerusi Jiwa Keseluruhan (Al-Nafs Al-Kulli), kemudian baru terukir pada jiwa.
Meskipun kedua-duanya mempunyai saluran yang
sama, Wahyu itu lebih tinggi dari darjahnya daripada Ilham. Wahyu untuk
Nabi-nabi dan Rasul-rasul manakala Ilham untuk Nabi-nabi dan Wali-wali Allah.
Ilmu yang didapati menerusi Ilham inilah dinamakan
'ILMU
LADUNI'.
Pintu Wahyu telah tertutup sekarang dan pintu
Ilham masih terbuka sebagai rahmat dari Allah.