Wednesday, August 4, 2010

AHLUL-BAIT (KELUARGA) RASULULLAH SAW & KESULTANAN MELAYU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum wbt

Sekadar ingin berkongsi dengan semua setelah membaca buku bertajuk diatas, susunan (Tun) Suzana (Tun) Haji Othman dan suami, Hj Muzaffar Dato' Haji Mohamad semoga usaha mereka berdua mendapat balasan dan Rahmat dari Yang Maha Esa dlm menyedarkan umat Islam demi megukuhkan semangat cinta yg jitu kepada Nabi Muhammad SAW dan taat setia kpd zuriat Baginda.

Segala Puji bagi ALLAH SWT, Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam pada Junjungan Mulia Nabi Muhammad, Rasulullah SAW, Ahlul-Bait Baginda dan Sahabat-Sahabatnya sekelian.


Sabda Nabi SAW yg diriwayatkan oleh Zaid bin Al-Arqam menyebut:

"Ku tinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yg pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguhlah padanya...dan (kedua): Ahlul-baitku, kalian ku ingatkan kepada ALLAH mengenai Ahlul-Baitku! Kalian ku ingatkan kepada ALLAH mengenai Ahlul-Baitku!"

Apabila Rasulullah SAW berpesan2 pada umat Islam agar menjaga hubungan dan peradaban dengan Ahlul-Bait kerana kecintaan Baginda terhadap mereka, para sahabat Baginda dgn penuh ketaatan telah mengambil isyarat ini dan bersungguh2 menjaga hak Ahlul-Bait atas kekerabatan mereka dgn Rasulullah SAW. Malangnya tradisi ini tidak lagi dpt dikekalkan kerana bukan saja umat Islam kini tidak sedar atau disedarkan akan hakikat nilaian nasab Ahlul-Bait disisi Agama, malahan lembaran2 sejarah telah menjadi bukti terhadap sikap kedengkian dan irihati sesetengah pihak kpd cucu-cicit Rasulullah SAW ini yg dizahirkan dgn berbagai bentuk penindasan, penyeksaan, tekanan dan penyingkiran.

Walupun tidak boleh dikatakan Ahlul-Bait memiliki segala sifat keunggulan nenek moyang mereka dari keluarga Nubuwwah yg mahkotanya terletak di pundak Nabi Muhammad SAW, namun sedikit sebanyak ras-ras istimewa dari keluarga Nubuwwah tersebut terus mengalir dlm jati diri mereka. Justeru bak butiran mutiara di padang pasir yg luas, Ahlul-Bait sentiasa menyinarkan zat mulia dan ras istimewa mereka dimana saja mereka berada. Oleh itu tidak menghairankan di atas ketrampilan mereka, Ahlul-Bait sering diangkat menjadi penguasa2 negara, alim-ulamak yg berwibawa, wali2 ALLAH yg karamah, ahli sufi yg zuhud dan mubaligh mukhlisin yg gigih berjuang selepas kewafatannya Baginda Rasulullah SAW sehinggalah ke hari ini.

Dalam konteks kehadiran Ahlul-Bait di Alam Melayu ini, adalah malang bagi kebanyakkan umat Islam dirantau ini yg bukan sahaja tidak menyedari akan kewujudan cucu-cicit Rasulullah SAW dikalangan mereka tetapi juga tidak belajar atau diajar akan keistimewaan Ahlul-Bait, apatah lagi menginsafi akan keutamaan dan peradaban dlm perhubungan dgn mereka spt yg dituntut oleh Agama Islam. Hakikatnya ramai umat islam bukan sahaja tidak mengaitkan Ahlul-Bait dgn nenda mereka Rasulullah SAW, tetapi juga tidak mengetahui akan pesanan2 dan suruhan2 Baginda dlm menjaga hubungan dgn Ahlul-Bait yg merupakan suatu lumrah dizaman Khulafa' Ar-Rasyidin.

Malahan apa yg lebih menyedihkan ialah Ahlul-Bait sendiri tidak tahu asal usul dan diri mereka yg sebenarnya, cuma mungkin pernah mendengar desas-desus yg mengatakan mereka dari keturunan mulia. Ini mengakibatkan mereka tidak dapat meghargai, menghayati serta menjiwai tanggungjawab menjaga dan memelihara zat keturunan mulia yg mengalir dlm diri mereka. Sesungguhnya bumi Nusantara amnya dan alam Melayu khususnya redup dgn kehadiran Ahlul-Bait yg ramai bilangannya di kalangan masyarakat. Inilah ketentuan ALLAH SWT atas hambaNya, Dia menginginkan agar keturunan RasulNya berkembang biak dan bertebaran di muka bumi ini sebagai sarana keselamatan bagi umat Islam.

Sabda Rasulullah SAW:

" Bintang-bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit sedang Ahlul-Baitku keselamatan bagi penghuni bumi"

dan dlm hadis yg lain, Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila bintang-bintang lenyap,lenyaplah penghuni langit dan apabila Ahlul-Baitku lenyap, lenyap pula penghuni bumi"


Sesungguhnya buku ini berupaya mengetuk pintu hati masyarakat kita agar mencari,mengenali semula dan mengembalikan jatidiri indentiti Melayu dlm kegersangan pengalaman Agama, adat dan budaya dan memberi kesedaran akan peri pentingnya Institusi Raja-Raja Melayu terus dipelihara dan dipertahankan sebagai tonggak maruah bangsa yg berdaulat. Buku ini dapat dimenfaatkan oleh umat Islam amnya, agar dapat menjiwai tanggung-jawab dlm perhubungan dgn Ahlul-Bait Rasulullah SAW, dan terkhusus bagi Ahlul-Bait supaya dapat memelihara kemuliaan nasab mereka.

"Ya ALLAH!, Limpahkanlah selawat kepada KekasihMu Muhammad SAW dan kepada Aal (Ahlul-Bait dan kerabat) Muhammad SAW"...Amin

Semoga ALLAH SWT mengembalikan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu..amin

P/s: Sejarah menceritakan Saidina Kholid bin Walid yg bermati-matian hanya utk mendapatkan 3 helai rambut Rasulullah SAW di serban Baginda hanya utk mendapatkan Syafaat dan Barakah agar sentiasa menang dan selamat dlm peperangan, inikan pula yg mempunyai pertalian darah yg terus mengalir sehingga sekarang dengan seMulia-mulia manusia dan seBaik-baik mahluk ciptaan ALLAH SWT!....MASYA'ALLAH!.......Wallahua'lam


Berikut ini adalah beberapa hadis Rasulullah SAW tentang ahlul bait :

Keistimewaan ahlul bait

Sabda Rasulullah SAW: "Mengapa ada orang-orang yang mengatakan bahwa hubungan kekerabatan dengan Rasulullah tidak bermanfaat pada hari kiamat? Sungguhlah, kekerabatanku berkesinambungan di dunia dan akhirat"

Sabda Rasulullah SAW: "Bintang-bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit, sedang ahlul-baitku keselamatan bagi penghuni bumi"

Ahlul bait adalah bekal dari Rasulullah

Sahih Muslim: Zain bin Arqam berkata Rasulullah bersabda: "Amma ba'du. Hai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah hamba Allah. Utusan Tuhanku (Malaikat Maut) hampir tiba dan aku harus memenuhi panggilanNya. Aku tinggalkan pada kalian Ath-thaqalain (dua bekal berat). Yang pertama adalah Kitabullah (Al-Quran) , di dalamnya terdapat petunjuk dan cahay terang. Maka amalkan dan berpeganglah padanya". "Dan ahlul-baitku. Aku ingatkan kalian kepada Allah mengenai ahlul-baitku, aku ingatkan kalian kepada Allah mengenai ahlul-baitku, aku ingatkan kalian kepada Allah mengenai ahlul-baitku"

Manfaat mencintai ahlul-bait

Hadis riwayat Imam Ahmad bin Hambal:

"Barangsiapa mencitaiku dan mencintai keduanya itu (yakni Al Hassan dan Al-Hussein) serta mencintai ibu dan bapa mereka, yakni Fatimah az-Zahra dan Sayyidina 'Ali - kemudian ia meninggal dunia sebagai pengikut sunnahku, ia bersamaku di dalam syurga yang sederajat"

"Pada hari kiamat aku akan akan menjadi syafi' (penolong) bagi empat golongan. Yang menghormati keturunanku; yang memenuhi keperluan mereka; yang berupaya membantu urusan mereka pada waktu diperlukan dan yang mencintai mereka sepenuh hati"

Wasiat agar umat Islam mencintai ahlul-bait

Hadis riwayat At -Thabarani dan lain-lain: "Belum sempurna keiimanan seorang hamba Allah sebelum kecintannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri".

Ibnu 'Abbas RA berkata bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Cintailah Allah atas kenikmatannya yang diberikanNya kepadamu sekalian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku karena mencintaiku"

Ad-Dailami meriwayatkan hadis dari Ali RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW: "Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besasr kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku"

Siapakah Ahlul Bait

Hadis Al Hakim berasal dari Zaid bin Arqam r.a.,

".. Mereka (ahlul bait) adalah keturunanku, dicipta dari darah dagingku dan dikurniai pengertian serta pengetahuanku. Celakalah orang dari umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku melalui (pemutusan hubungan dengan) mereka. Kepada orang-orang seperti ini, Allah SWT tidak akan menurunkan syafaatku (pertolonganku)"

Sumber Rujukan

• (Tun) Suzana (Tun) Hj Othman, Hj Mujaffar Dato' Hj Mohammad, Ahlul Bait
(keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu , Crescent News ,
Kuala Lumpur 2006

Di petik dari Tranungkite Online.