RAWATAN PENYAKIT KRONIK & MISTERI
Friday, August 27, 2010
BIMBINGAN RASULULLAH MERAWAT PENYAKIT
Syeikh Hisham meletakkan tapak tangan di bahagian badan (jantung) yang sakit
BIMBINGAN RASULULLAH SAW UNTUK MERAWAT PENYAKIT FIZIKAL (MEDIC)
(ASAL MUASAL KAEDAH PENYEMBUHAN SPIRITUAL - JAMPI ILAHIYAH)
Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunannya menerusi hadis Abu Darda bahawa ia mengkhabarkan : Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda :
“Sesiapa yang merasa sakit atau mendapati kawannya sakit, hendaklah ia mengucapkan : ‘Ya Allah Tuhan kami yang ada diatas langit, Maha suci nama-Mu dan Agama-Mu di langit dan di bumi.seperti juga rahmat-Mu di atas langit , turunkanlah rahmat-Mu itu ke bumi. Ampuni lah dosa dan kesalahan kami; Engkau adalah Tuhan orang-orang soleh. Turunkanlah rahmat dari sisi-Mu, kesembuhan dari kesembuhan-Mu terhadap penyakit ini.’ Nescaya dengan izin Allah akan sembuh.”
Manakala dalam Shahih Muslim diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri bahawa Jibril pernah datang menemui Nabi dan berkata :” Wahai Muhammad, adakah engkau sakit?” Baginda menjawab : “Ya”.
Jibril berkata :”Dengan nama Allah aku meruqyahmu dari segala penyakit yang mengganggumu, dan dari setiap jiwa yang jahat, serta dari ‘ain yang membuatmu celaka. Dengan nama Allah , aku meruqyahmu.”
Hadis riwayat Muslim dalam Shahihnya, dari Usman bin Abil Ash diseritakan bahawa ia pernah datang menemui Rasulullah saw menceritakan sakit yang dialaminya di bahagian tubuhnya semenjak ia masuk Islam. Kemudian Nabi saw bersabda : “Letakkan tangan engkau keatas bahagian yang sakit pada badan engkau, baca Bismillah 3 kali dan bacakan 7 kali akan ( doa perlindungan ini ) : “ Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasanNya daripada keburukan apa yang aku rasakan dan aku bimbangkan.”
Dalam rawatan ini terdapat beberapa hal, diantaranya : Menyebut nama Allah, menyerah urusan kepadaNya, memohon perlindungan dengan kemuliaan dan kekuasaanNya dari bahaya rasa sakit. Semuga cara itu dapat menghilangkan rasa sakit, kemudian diulang-ulang agar lebih mujarab dan lebih mengena. Sama halnya dengan meminum ubat yang juga mesti berulang-ulang agar boleh mengeluarkan zat penyakit. Bilangan yang 7 itu mengandungi keistimewaan tersendiri.
Didalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim ada hadis yang diriwayatkan bahawa Nabi pabila menjenguk keluarganya yang sedang sakit, baginda mengusap tubuhnya dengan tangan kanan baginda sambil berkata :
“Ya Allah, Tuhan sekelian manusia, lenyapkanlah rasa sakitnya, berikanlah kepadanya kesembuhan kerana Engkau Maha Menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kerana pertolongan Mu; kesembuhan yang tidak diiringi dengan sakit yang lain.”
Ruqyah seperti ini mengandungi tawassul kepada Allah melalui kesembuhan rububiyyah dan rahmatNya dengan memberi kesembuhan, sebab memang Allah satu-satunya yang boleh memberi kesembuhan. Sesungguhnya kesembuhan itu hanya berasal dari Nya. Lalu ruqyah ini sudah mengandungi tawassul kepada Allah melalui tauhid, ihsan dan keyakinan kepada Rububiyyah Allah.
BIMBINGAN RASULULLAH SAW MERAWAT SIHIR YANG DILAKUKAN YAHUDI
Menurut riwayat Shahih Al-Bukhari dan Muslim dari Asisyah r.a. bahawa ia mengkhabarkan :
“Rasulullah saw pernah diserang sihir, justeru baginda memandang seolah-olah baginda hendak mendatangi para isteri baginda, tetapi tidak boleh.”
Sihir jenis ini tergolong ke dalam sihir yang paling dahsyat.
PETUNJUK BAGINDA UNTUK MERAWAT DAN MENGUBAT SIHIR INI
1. Baginda membuang sihir tersebut dan menolaknya. Baginda berdoa kepada Tuhannya untuk membantu baginda dalam hal ini. Baginda mengeluarkan alat guna-guna yang dimasukkan pelakunya ke dalam perigi. Ternyata rambut baginda yang terdapat pada sebuah sikat, kemudian dijemur dipanas tengahari. Ketika baginda mengeluarkannya, semua keluhan yang baginda rasakan segera hilang, seolah-olah timbul semangat selepas kurang bermaya.
2. Membersihkan tempat dimana sihir itu mengendap, sebab sihir itu memberi kesan kepada tubuh dan penghadaman dalam badan, bahkan secara langsung mengganggu penghadaman.
Di dalam Gharibul Hadis , Abu ubaid menyebut dengan sanad yang hasan dari Abdurrahman bin Abi Laila : “Nabi saw pernah berbekam di bahagian kepalanya menggunakan tanduk, ketika baginda di serang thubb.” Maksud thubb disini adalah sihir.
Berbekam untuk merawat organ yang sakit kerana gangguan sihir termasuk jenis rawatan yang paling mujarab . Hippocrates menegaskan : “ Zat tertentu yang mesti dikeluarkan dari dalam tubuh mesti dipaksa keluar dari bahagian pengendapannya menggunakan perlbagai cara yang patut.” Ini berlaku sebelum baginda mendapat sistem perubatan yang hakiki, iaitu dengan cara menghalau dan menolak sihir tersebut. Baginda berdoa kepada Allah untuk menunjukkan dimana letak alat guna-guna yang disembunyikan pelakunya.
Di antara rawatan paling elok menghadapi sihir ialah menggunakan ramuan ubat berunsur ketuhanan, iaitu ramuan ubat yang secara hakikatnya sudah berkhasiat, sebab sihir timbul dari kesan dan pengaruh ghaib yang jahat dan rendah. Cara mengatasi pengaruhnya ialah dengan ditentang dan digempur melalui bacaan zikir, ayat dan doa yang secara aktif akan menghilangkan tindakbalas, kesan dan pengaruh sihir. Semakin kuat dan jahat kesan dan pengaruh sihirnya, semakin sukar pula proses menghilangkannya.
Menurut para dukun sendiri, ilmu sihir mereka akan bekerja secara penuh terhadap orang-orang yang berhati lemah dan perasa, terhadap jiwa manusia yang dipenuhi nafsu syahawat yang berkaitan dengan perkara-perkara yang hina., Justeru wanita dan anak-anak adalah mangsa utama ilmu sihir mereka, demikian juga dengan orang-orang yang jahil dan penduduk-penduduk terpencil, selain orang yang lemah agamanya, sedikit rasa tawakkalnya dan lemah pula tauhidnya. Selain itu umumnya mangsa sihir adalah orag yang tidak biasa berwirid, berdoa dan beristi`azah yang di ajarkan oleh nabi
BIMBINGAN RASULULLAH SAW MERAWAT PESAKIT ‘AIN
Hadis riwayat Muslim dalam Shahihnya dari Ibnu Abbas bahawa ia mengkhabarkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“Penyakit ‘ain itu memang ada. Jika ada sesuatu yang dapat mendahului takddir, tentu ssuatu itu adalah ‘ain.”
Didalam kitab Sunan Abi Daud diriwayatkan menerusi hadis Aisyah bahawa ia mengkhabarkan : “Pesakit ‘ain pada masa Nabi saw di suruh berwuduk, kemudian mandi.”
Adapun dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim diriwayatkan dari Aisyah bahawa ia mengkhabarkan : “ Rasulullah saw menyuruh aku (kepada kami) untuk meembaca ruqyah menangkal penyakit ‘ain.
Hadis riwayat Imam malik juga dari Muhammad bin Abu Umamah bin Sahal, dari ayahnya . Disebutkan disitu :
“Sesungguhnya penyakit ‘ain itu ada . Berwudhuklah untuk menghadapinya. Berwudhuklah untuk menghadapinya.”
At-Tirmizi menjelaskan : “Pelaku ‘ain (sejenis hipnotis) disuruh mandi menggunakan air didalam baskom. Lalu meletakkan tapak tangannya dimulut dan berkumur-kumur, kemudian di semburkan kedalam baskom tersebut. Baru selepas itu membasuh wajahnya dengan air dalam baskom, kemudian memasukkan tangan kirinya dan menjiruskan air kelutut kanannya dengan air baskom tersebut. Kemudian memasukkan tangan kanannya dan menyiram air baskom itu kelutut kirinya. Selepas itu baharulah membasuh bahagian tubuh dibalik kain , namun baskom itu tidak usah diletakkan di atas tanah atau lantai. Selepas itu sisa air dijiruskan ke kepala orang yang di serang (‘ain) dari arah belakang satu kali jirusan.
Diriwayatkan dari Jabir secara marfu’:
“Sesungguhnya ‘ain itu dapat menghantarkan sesorang kedalam kubur dan menghantarkan seekor unta kedalam kuali.”
Dari Abu Said diriwayatkan bahawa : “Nabi Saw pernah memohon perlindungan dari godaan Jin dan dari ‘ain berunsur manusia.”
BIMBINGAN RASULULLAH SAW MERAWAT PENYAKIT AYAN
Menurut riwayat Al-Bukhari dan Muslim menerusi hadis Ata’ bin Abi Rabbah, dari Ibnu Abbas diriwayatkan bahawa ia berkata: “Mahukah engkau ku tunjukkan wanita penguni syurga?” Ata` menjawab :”Tentu” Baginda saw bersabda : “ Ada seorag wanita kulit hitam datang menemui Rasulullah saw dan berkata:”Saya mengidap penyakit ayan.Dan jika kambuh, auratku terdedah. Doakanlah aku kepada Allah.”
Rasulullah saw berkata:” Jika engkau bersabar, engkau akan masuk syurga . Tetapi kalau engkau mahu , aku akan mendoakanmu hingga sembuh.”
Wanita itu berkata : “ Aku akan bersabar.Tetapi jika kambuh, auratku terdedah.Doakanlah agar auratku tidak terdedah jika kambuh.” Baginda pun mendoakannya.”
Penyakit epillepsi ada dua jenis: Ayan kerana kesan dan pengaruh ghaib yang merosak, dan ayan kerana unsur merosak dalam tubuh. Jenis kedua inilah yang selalu diperkatakan oleh kalangan pakar perubatan, tentang punca dan cara merawatnya.
Adapun jenis ayan pertama , juga diakui kewujudannya oleh para pakar perubatan dan ilmuan mereka, namun mereka tidak mampu mengatasinya. Mereka menyedari bahawa cara merawatnya adalah melalui kekuatan mulia, baik dan tinggi darjatnya , untuk mengatasi kekuatan jahat dan buruk tersebut sehingga segala pengaruhnya boleh diatasi, bahkan segala tindakbalasnya boleh dicegah sama sekali.
Adapun kalangan pakar perubatan yang kurang ilmu dan terbelakang, demikian juga kalangan yang memuja kaum zindiq, mereka semua mengingkari jenis ayan kerana kesan dan pengaruh ghaib. Mereka menyatakan bahawa kesan dan pengaruh ghaib itu tidak akan menimbulkan kesan pada tubuh mangsa. Sebenarnya merekalah yang bodoh, sebab tidak ada kaedah perubatan yang menolak kewujudannya. Semua itu adalah sesuatu yang nyata. Pembangsaan penyakit ayan kepada faktor unsur berbahaya dalam tubuh memang benar untuk sebahagian jenis penyakit ini , namun tidak untuk semuanya
Kalangan pakar perubatan terdahulu malah menamakan jenis ayan ini sebagai Penyakit Ilahi. Mereka megatakan , puncanya adalah roh jahat. Penakwilan seperti itu muncul kerana ketidaktahuan mereka terhadap hakikat roh dan keghaiban, hukum-hukum dan pengaruhnya.
Bahagian yang berpunca dari sisakit adalah galakan, dorongan dan kekuatan bermunajat hanya kepada Pencipta dari semua roh dan keghaiban. Lalu memohon perlindungan secara bersungguh dengan hati dan lisan. Itu sama halnya dengan pembanterasan. Pembanterasan mesti menggunakan senjata, dan itu hanya sempurna dengan 2 perkara :
(i) Senjatanya mesti tepat dan bermutu baik.
(ii) Lengan yang memegang senjata itu mesti kuat.
Jika salah satu dari 2 perkara itu tidak terpenuhi, senjata itu tidak akan berfungsi dengan baik. Apatah lagi jika kedua-duanya tidak terpenuhi , iaitu keadaan hati yang rosak tauhidnya , rosak tawakal dan ketakwaannya serta ketaatannya, dan ia tidak mempunyai sebarang senjata!
Bahagian kedua dari pihak pakar perubatan. Pihak tenaga perubatan juga mesti mempunyai kedua-dua syarat tersebut. Hinggakan sebahagian tabib hanya perlu mengucapkkan : “Keluar!” atau menyebut nama Allah, atau mengucapkan :
“LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”
Nabi saw sendiri pernah merawat dan mengubat penyakit ini hanya mengucapkan :
“Keluarlah, wahai musuh Allah! Aku ini Rasulullah.”