Friday, August 6, 2010

PENGALAMAN DI ANIAYAI KELUARGA SENDIRI

Bismillahirrahmanirrahim

Peristiwa ini adalah lanjutan dari peristiwa menerima ujian dari seorang Guru Silat Kebatinan di Ibukota Kuala Lumpur.Beberapa bulan selepas itu isteriku kembali sakit seperti dulu. Kali ini sakitnya lebih parah.Oleh kerana kami suami isteri masih bekerja , untuk mengelakkan sebarang fitnah timbul saya menerima syor dari pihak klinik agar menerima rawatan di hospital dengan membenarkan pihak Doktor Pakar membuat pemeriksaan.

Hasilnya sudah dijangka, “tiada penyakit”. Sedikit ketumbuhan di dalam dada, gastric, senggugut, sakit sendi yang sememangnya sudah di rekodkan di hospital ini sudah di pulihkan. Dengan Ilmu Titik Sembilan, saya rawati penyakit isteri saya ini setiap hari. Sebenarnya kami sudah lama tidak menjadi tetamu di hospital ( 3 tahun lebih) , kalau hadir cuma melawat pesakit yang di kenali atau menerima undangan merawat pesakit atas kehendak waris.

Hari ini isteriku bercerita bahawa kawan sepejabatnya ingin meminta bantuan merawat kawannya di hospital yang menjadi bahan kajian para “Doktor Pakar”. Sakit yang di tanggung oleh pesakit memang tidak dapat di kesan ( kesan gangguan makhluk halus) jadi secanggih mana teknologi mesin ciptaan manusia tidak akan mampu mengesan kehadiran makhluk halus dan perbuatannya menyakiti manusia itu. Bisik hati isteriku mengatakan bahawa tak perlu untuk diberitahu padaku kerana firasatnya menunjukkan bahawa pesakit ini takkan dapat bertahan lama akibat “tebuk sana sini”. Lewat petang kawan sepejabatnya memberitahu bahawa kawannya ini sudah pun meninggal dunia. Sejahat-jahat bomoh pun hanya dakwaan mencabul sahaja, sebaik-baik doctor kononnya untuk mencari punca penyakit hingga meyebabkan kematian.

Selepas 3 hari isteriku di benarkan pulang. Namun sakitnya tidak berkurang malah semakin hari semakin parah . Ia datang sakit pada pukul 3 pagi, kesakitan yang tidak tertanggung sehingga tangannya menumbuk-numbuk lantai. Rawatan demi rawatan yang ku lakukan memang berhasil, dalam setengah jam sakitnya hilang namun sakit itu berulang kembali pada keesokkannya tapi hanya di waktu malam. Yang peliknya, tiap kali selepas saya membuat rawatan terhadap pesakit terutama sakit akibat gangguan jin atau permainan sihir, isteri saya terus ditimpa kesakitan ini walau di siang hari. Sedangkan pesakit tersebut mengakui bahawa ramai ustaz-ustaz dan bomoh yang mengubati nya “surrender” akibat di serang hendap oleh jin-jin upahan itu. Begitu juga ketika saya merawati seorang anggota tentera wanita yang masih tidak sedarkan diri semalaman akibat di rasuk dan suaminya hilang sabar dengan menumbuk pintu bilik sehingga berlubang sebesar penumbuk. Setelah setengah jam, wanita itu sedar sepenuhnya dan saya menerima panggilan dari anak mengatakan ibu sakit semula.

Peristiwa ini betul-betul menggugat keimanan dan kesabaran diri. Baru kini saya sedar kenapa Allah SWT masih tidak mengizinkan “mata hati” saya dapat melihat kealam ghaib untuk melihat permainan jin ini dan manusia yang berselindung di sebaliknya. Untuk mendidik hati agar banyakkan bersabar dan ingat Allah selalu, berdoa dan meminta padaNya, Yang Mengetahui hanya DIA, Yang Maha Kuat hanya DIA dan Yang Menyembuhkan hanyalah DIA. Aku dididik untuk sentiasa merasa LEMAH LAGI HINA, DAIF LAGI FAQIR, TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN DENGAN IZIN NYA JUA. Kurniaan Junjungan Yang Di Kasihi Saidina Rasulullah untukku “ISMULLAH AL A`DZHAM , jika disalahgunakan maka akan memakan diri sendiri. Kalau saya tahu siapa punya angkara, pastinya segala GELOMBANG PEMUSNAH akan dihantar untuk menghentam siapa sahaja yang mencari sengketa. Namun kalau keadaan pesakit memang parah, memang ini yang saya lakukan. Bila saya ambil alih maka saya yang akan bertanggungjawab mahu atau tidak mahu.

Akhirnya saya mencari seseorang yang “kashaf” untuk mengetahui apa yang berlaku. Ada amalan untuk membuka hijab ini, kenalah berguru dengan yang MURSYID. Saudaraku ini cucu kepada seorang Ulamak terkenal tanahair namun bukan yang tersohor.Saya sendiri beberapa kali menolongnya merawat pesakitnya dan kini gilirannya menolong saya. ADAB sebagai hamba tidak boleh merasa hebat kerana yang hebat hanya ALLAH Azzawajalla. Ada ilmu kita kurang dan ada yang kita lebih. Beliau bukan sahaja dapat melihat terus ke alam ghaib malah dapat berkomunikasi dengan makhluk tersebut.Akhirnya diketahui juga puncanya, adalah kerana SAKA keluarga, bukan yang asal tapi yang mendatangi kemudian.

Rupa-rupanya SAKA ini dihantar untuk menyakiti isteriku dan apabila aku mengubati seseorang, SAKA ini merasa tercabar kerana dia anggap dia berkuasa keatas keluargaku. Dia menyakiti isteriku supaya aku merasa goncang dan goyah dalam keyakinan serta berhenti terus dari merawat orang. Dan punca kerana dia sering dapat menyakiti isteriku adalah kerana sudah sebati dalam diri dan telah mengikat janjisetia dengan keturunan yang di atas untuk menjaga anak cucu. Maksudnya apabila sudah menjadi suami isteri, sang suami takkan mampu menghalau terus jin SAKA ini sebabnya sumpahsetianya sudah termeterai keatas anak cucu. Darah aku dan isteriku sudah bersatu, menjadi keluarga dan secara tak langsung, SAKA keluarga tak dapat ku halau dan singkir.

Baru saya faham mengapa ramai dari anak-anak para bomoh dan Ustaz yang mengamalkan perubatan Islam mendatangiku untuk membuang saka. Kerana darah keluarga sendiri tak boleh menghalau SAKA satu MOU yang di terima Tuhan Rabbul Jalil.

Yang peliknya SAKA ini dihantar untuk menyakiti saudara yang lain, dan kini kedua suami isteri yang menjadi sasaran itu sudah meninggal dunia. Ini adalah gara-gara perebutan tanah pusaka. Mungkin kerana saya pernah cuba untuk mengubati si arwah dan ini membuat si empunya SAKA sakit hati. Jadi saudaraku perawat Islam ini bertanya keputusanku, “Pulangkan segala yang telah dihantar, biar dia rasai apa yang isteriku rasai selama ini” kataku . Kata saudaraku ini, ramainya golongan Bunian yang datang berkumpul untuk memberikan pertolongan kepadaku yang merupakan keturunanku juga.

Misi tamat. Dua hari selepas rawatan ini, kami menerima panggilan dari saudara dari luar negeri, mengkhabarkan bahawa bapa mereka muntah darah, dimalam kami memulangkan segala permainan sihir itu. Belum sempat kami menziarahinya, 2 hari selepas itu beliau meninggal dunia.

Dalam bab Bunian ni, rujukla pada yang Arif billah, jangan jadikan ulama Wahabi sumber rujukan. Ulama Wahabi ni ilmunya tak lengkap, hatta Phd sekali pun hanya satu bidang fardhu ain sahaja yakni syariah sahaja . Mana Usuluddin nya dan mana Tasaufnya? Kalau ada belajar sekalipun bidang Usuluddin, tapi menolak Tasauf takde faedahnya. Masuklah kedalam Islam secara keseluruhan, jangan ambil mana suka je.

Jangan taksub pada satu-satu guru walau tersohor kerana yang tersohor di atas mukabumi tidak terkenal di langit. Saya dapati PM kini dan yang dulu juga berguru dengan guruku. Walau kurang ilmu dalam agama tapi tak silap dalam mencari guru mursyid. Mereka amat menyanjung Ulama Pewaris nabi bukan Ulama yang boleh di jualbeli, yang mencintai dunia dan seisinya.

Manusia di masa hidupnya telah mencapai maqam Nafsu Mutmainnah dan ke atas, termasuk golongan yang menjadi kekasih Allah (Wali Nya), Khalifah di atas mukabumi. Selepas berpisah dari jasad, mereka hidup di alam ghaib, tiada lagi nafsu kerana sudah ditinggalkan pada jasad. Tugas mereka atas perintah Allah, tiada manusia dapat memerintahkan mereka. Dan mereka sentiasa mendatangi hamba-hamba Allah yang mendapat keredhaan Nya, mengajari ilmu agama, perubatan dan persilatan ke atas hamba-hamba yang memohon pada Nya dan tidak mensyirikkan Nya. YANG HANYA MEMOHON PADANYA, bukan bersandar pada kekuatan ayat, kekuatan khadam atau kekuatan mistik sesuatu benda.

Bila kita jadikan matlamat hidup kita hanya untuk Allah dan mengikuti Rasul Nya, anugerah Allah untuk kita adalah pertolongan ghaib dari kalangan tentera Nya iaitu Jin Islam Alam Tinggi, Bunian (Waliullah), Rijalul Ghaib dan para malaikat.

Kalau tidak mahu mempercayai yang ghaib kerana itu adalah Firman Nya dalam awal Surah Al baqarah, maka nampakkan lah sesuatu untuk kamu sembah, macam kaum Nasrani dan Majusi. Seperti kata para Saintis Barat,” mempercayai hanya apa yang di lihat”.
Yang sebaiknya , jadikan Solat sebagai penunjuk jalan yang benar. Jadi taksub membabi buta, solat lah, minta pada Nya petunjuk . Bersihkan hati dulu supaya cermin hati dapat menerima pancaran NUR dari Nya.

Wassalam.