PERTEMBUNGAN ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU
 (AL-QURAN) & HADIS. 
 
 Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan
 Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan
 rapu. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu
 banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman
 membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala
 nikmat yang diberikan Nya. 
 
 
 
 Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah
 sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah
 Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub.
 Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di
 samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya
 menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut
 sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat
 besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan . Saya tidak
 pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi
 itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam
 sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang. 
 
 
 Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati
 sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat
 besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam
 mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan
 ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini
 "Janganlah kamu makan organ dalaman" . Walau pun
 Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum
 makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ
 dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam
 tubuh haiwan seperti: 
 1. Hati 
 2. Paru-paru 
 3. Perut 
 4. Hempedal 
 5. Buah pinggang 
 6. Jantung 
 7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam 
 8. Telur ikan 
 9. etc. 
 
 
 
 Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya
 yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari
 memakan hati ini . Mana yang anda pilih? Sains atau pesan
 Nabi Muhammad SAW ini? 
 
 
 Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun
 lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama
 minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun,
 ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan
 tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke
 klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat
 rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini
 mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan
 Isteri saya. 
 
 
 Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam
 kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak
 saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya
 kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini
 kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang
 merah . Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak
 sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam . Doktor
 juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut. 
 
 
 Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah,
 sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati
 ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan
 ibunya . Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang
 diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot . Ia
 semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi
 penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya
 berlari berkejar-kejaran. 
 
 Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke
 kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit
 demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah
 surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital
 Univer siti Petaling Jaya . Saya dan isteri terpaksa
 mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar
 kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta
 anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan
 hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang
 biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas . Allah
 saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil
 pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia
 Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120
 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu
 (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah
 bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya
 sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya
 meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun . Adakah saya
 akan kehilangan anak sulung yang dikasihi? 
 
 
 Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke
 sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya
 usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak
 sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair
 bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan
 ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin
 anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.
 Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah
 disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi
 demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun
 sehingga berusia 13 tahun . Pendek kata, sekolah memang
 terpaksa selalu tidak hadir kerana demam. 
 
 
 Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung
 ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya
 serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu
 ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri
 mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana
 demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan
 arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam
 makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja
 untuk memberitahu kepada saya. 
 
 
 Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke
 hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru
 saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah
 memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima
 masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak
 saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga
 buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya.
 Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan
 keluar dari wad hospital . 
 
 
 Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan
 apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya
 memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya
 lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah
 guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru
 agama . Arwah guru saya menasihati agar: 
 1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati
 dsbnya 
 2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee,
 twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage
 dan sebagainya 
 3. Elakkan minuman bergas 
 4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah 
 5. Makan s ayu r-s ayu ran yang berzat seperti s ayu ran
 hijau dan pahit. 
 6. Makan buah delima 
 7. Makan epal hijau 
 
 
 Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan)
 melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata ,
 akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah
 kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari
 saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar
 dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi
 sejarah . Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya
 Allah di atas rahmatMu. 
 
 
 Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya
 menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan
 hati boleh membawa kebaikan kepada manusia .. Saya menyumpah
 juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada
 pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa
 mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana
 mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati
 untuk menambah darah). 
 
 
 Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati
 haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang
 yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi
 tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini
 dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya.
 Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap.
 Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi
 ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma
 mereka tidak beriman sahaja . Mereka ingin menggunakan ilmu
 ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata
 demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk
 memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England
 tidak makan hati . Mereka juga tidak makan kepala ikan
 seperti disarankan Nabi sedangkan orang Mel ayu Islam di
 Malaysia makan hati dan kepala ikan . 
 
 
 Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan
 paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang
 pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul Nya saja yang
 mengetahui dengan tepat . Pengalaman anak saya serta
 didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup
 mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya
 telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak
 berusia 2 hingga 13 tahun . Subhanallah. 
 
 
 Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan
 moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan
 oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan
 moden . Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan
 penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati
 sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit
 diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati .