Tuesday, August 3, 2010

TEKNOLOGI GELOMBANG CIPTAAN ILAHI

Pesakit yang dirawat itu tercipta dari dua unsur, iaitu unsur jasad (jisim) dan unsur roh (gelombang).

Ilmu asas kedoktoran iaitu anatomi dan fisiology yang dihidangkan bagi melahirkan para perawat dan doktor selama ini gagal berfungsi kerana telah mengabaikan kajian terhadap kewujudan unsur gelombang (roh) dalam tubuh kasar manusia yang merupakan asal usul kejadian manusia sebelum terbentuknya janin kandungan.

Kewujudan tenaga gelombang mengambil tugas deria kepada tubuh manusia yang membolehkan manusia mendengar melalui gelombang bunyi dan melihat melalui kehadiran gelombang cahaya .

Tanpa cahaya manusia berada dalam kegelapan. Cahaya merupakan zarah halus (microscopic particle) yang tidak boleh disentuh kerana ianya bukan jisim tetapi berupaya menghasilkan tenaga dalam bentuk gelombang.

Segala kewujudan adalah berasaskan tenaga. Tenaga membawa erti keupayaan melakukan sesuatu kerja. Dengan tenaga semua jisim bergerak, berkembang, bergetar. Nabi Adam a.s manusia pertama walaupun lengkap dan sempurna anatominya, terbujur kaku tidak bergerak serta tidak berfungsi selurh sistem tubuhnya sehinggalah menerima tenaga asas iaitu roh.

Begitulah juga dapat disaksikan sebuah telefon bimbit yang terdiri dari komponen beberapa jisim seperti logam, plastik dan lain-lain tidak dapat berfungsi dan gagal menerima pancaran gelombang tanpa kuasa bateri.

Renungkan! untuk telefon bimbit itu berfungsi ianya memerlukan dua eleman penting iaitu menerima pancaran dari rangkaian pemancar dengan melalui media alam semula jadi ciptaan Tuhan.

Bawalah kefahaman ini ke dalam teknologi kejadian manusia dan alam sejagat. Tuhan selaku empunya kepada tenaga mutlak dengan cahaya ilahinya telah menyinari segala kejadian makhluk ciptaannya.

Inilah tenaga gelombang yang menjadi asas kepada Teknologi Gelombang Nur Syifa`.


Mekanisma Rawatan Perubatan Nur Syifa`

Dalam tubuh manusia terdapat bahan kimia yang akan bertukar menjadi racun apabila jumlahnya melebihi keperluan sistem tubuh dalam keadaan normal dan ia juga bertindak sebagai penawar kepada penyakit dan racun bagi memastikan kesihatan berkekalan.

Semua gejala yang lahir serta kelancaran fungsi sistem tubuh adalah dibawah kawalan Sistem Saraf Pusat (Central Nervous System). CNS bekerja secara automatik dengan menerima dan menghantar maklumat serta mengeluarkan arahan tertentu selaku pentadbir tubuh.

Tuhan yang menjadikan manusia dengan keadaan sempurna telah menyediakan segala bahan dan kelengkapan semula jadi yang terdapat pada setiap sistem dan dengannya tubuh berupaya merawat dirinya sendiri dibawah pengawasan CNS.

Tetapi disebabkan oleh beberapa faktor seperti, amalan pemakanan toksid, pencemaran udara, bebanan mental dan fizikal, Miasma keturunan, dan sebagainya menyebabkan ketahanan semulajadi tibuh serta sensitiviti CNS berkurangan.

Ditambah pula dengan penggunaan ubat-ubatan berunsur dadah dan steroid yang secara langsung bertindak terhadap CNS. Akibatnya CNS menjadi lemah dan gagal menjalankan fungsinya bagi merangsang pengeluaran enzim dan mengawal keseimbangan hormon serta menyebabkan kegagalan kepada organ dari terus bertindak yang mnyebabjan kadar toksik meningkat di dalam tubuh dan akhirnya menjadi penyakit.


Kenapa Kita Jatuh Sakit?

Mengapa masih ada serangan penyakit sekiranya sistem imun berkemampuan untuk menghalang dari serangan dan jangkitan penyakit. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sistem imun kita menjadi lemah atau gagal berfungsi dengan baik seperti


1. Faktor alam sekitar

• Penggunaan bahan kimia di dalam sektor pertanian seperti racun serangga
umpamanya telah menyebabkan makanan menjadi tercemar dan menjejaskan sistem
imun apabila memakannya.
• Radiasi ultra unggu (UV) dari pancaran matahari akibat pemusnahan lapisan
ozon yang berterusan.
• Kajian sainstis menunjukan 10% kes kanser paru-paru berpunca daripada
pembakaran minyak fosil yang terkandung di dalam ekzos kenderaan. Pembakaran
bahan api ini menghasilkan bahan kimia yang sangat bertoksik seperti
polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs)
• Bahan kosmetik yang berasaskan bahan kimia atau mengandungi unsur-unsur
kimia yang boleh membawa pelbagai masalah kesihatan termasuk kanser dan
sebagainya.
2. Faktor genetik atau faktor keturunan

3. Cara hidup yang tidak sihat seperti merokok, alkohol, "stress", emosi,
kurang rehat dan sebagainya.

4. Pemakanan yang tidak seimbang

5. Rawatan perubatan yang menggunakan antibiotik, steroid, x-ray, vaksinasi dan
seumpamanya telah memberi kesan yang buruk kepada sistem imun.


Apakah 'Central Nerves System' ?

Sistem saraf pusat yang bertindak mentadbir dan mengawal tubuh badan daripada sebarang ketidakseimbangan. Mengwujudkan simptom sebagai indikasi ketidakseimbangan.

Contoh : Rasa pening kepala disebabkan berlakunya “electrolyte imbalance” (kekurangan air di dalam badan).

Benarkah Perubatan Kimia Dapat Menyembuh Penyakit Dengan Cepat ?

Rasa sakit merupakan indikasi kepada ketidakseimbangan yang berlaku di dalam tubuh badan. Pengunaan bahan kimia telah menghalang “central nerves system” daripada mengesan masalah tersebut sekaligus menghilangkan indikasi “rasa sakit”.

Akibatnya punca masalah tidak dirawat dan akan menjadi lebih kronik dalam jangka panjang


Memahami Proses Penyembuhan Teknologi Gelombang

Memahami cara penyembuhan teknologi gelombang adalah amat penting difahami oleh pesakit. Walaubagaimanapun, keadaan setiap individu berbeza bergantung kepada tahap penyakit, tenaga serta kekerapan tubuh menerima kaedah rawatan pembenaman terhadap simptom dan tanda serta rasa sakit sahaja.Proses penyembuhan bermula apabila fikiran menjadi semakin tenang, walaupun berlaku kemelaratan kepada fizikal. Kemelaratan yang bersifat sementara ini menunjukkan pembongkaran penyakit mula bergerak ke arah penyembuhan.