Bismillahirrahmanirrahim
Mangsa Kemalangan (1)
Mangsa adalah jiran saya yang tinggal selang beberapa buah rumah di Taman Sri Watan, Ampang.
Kemalangan berlaku di Lebuhraya Persekutuan di mana mangsa ketika itu menunggang sebuah motosikal lama iaitu Norton yang sememangnya bersaiz besar. Kecuaian pemandu kereta yang tidak di kenal pasti menyebabkan mangsa terbabas ketepi dan terjatuh dari motosikalnya.
Tangki motosikal Norton yang besar ini telah menimpa pahanya dan menyebabkan tulang pahanya “retak seribu” dan patang tulang berhampiran dengan tulang pinggul.Mangsa telah di rawat di Hospital Kuala Lumpur dan paha kaki kanannya telah di simen dan di masukkan besi bagi mengukuhkan kekuatan tulang tersebut.
Kecederaan parah ini telah menyebabkan banyak urat saraf yang putus dan rosak dan sudah tentunya selepas di bedah untuk memasang besi kedalam kaki menyebabkan bertambah banyak urat saraf yang di putuskan dan menyebabkan aliran darah di dalam saraf-saraf yang rosak dan putus ini tidak sesempurna asalnya. Bayangkan banyak wayar-wayar elektrik di dalam sesebuah peralatan elektronik seperti sebuah radio misalnya dipotong dan disambung semula, apakah kesan sampingan keatas penggunaan radio tersebut?
Mangsa menanggung kesakitan sepanjang masa dan keadaan ini kelihatan semakin parah bila mangsa tidak dapat tidur kerana kesakitan di seluruh tubuh. Kenapa seluruh tubuh merasa sakit sedangkan yang retak dan patah hanya tulang kaki kanannya sahaja? Ibu mangsa datang menemui saya dan meminta agar tolong tengokkan anaknya ini kalau-kalau dapat di pulihkan cara tradisional atau ruqyah.
Mangsa sebelum ini pernah menemui seorang bomoh tulang yang amat berpengalaman di Ampang namun kerana pahanya telah di simen menyebabkan bomoh ini menolak untuk merawat mangsa. Mangsa juga pernah menemui beberapa bomoh lain namun tiada perubahan pada keadaan kakinya yang cedera teruk dan kesakitan tubuhnya.
Beliau akhirnya menyerah pada Allah, Tuhan yang menciptakannya. Berkat doa ibunya siang dan malam yang tidak sanggup melihat anak kesayangannya saban malam merintih kesakitan, maka barulah saya dipanggil untuk melihat dan merawat kalau-kalau mampu mmengurang dan menyembuhkannya.
Bagi diri saya, kalaulah bukan kerana jiran atau saudara-mara, saya tidak akan melayan karenah mereka yang tidak mempercayai akan kehebatan Ilmu Allah ini yang merupakan mukjizat yang di gali dari Kitabullah Al Karim. Alhamdulillah, selepas menjalani proses Terapi selama setengah jam, beliau dapat merasakan sakitnya makin berkurang dan dapat bergerak lebih mudah.
Sebelum menjalani proses terapi aura gelombang ini pada kali kedua, ibunya mengkhabarkan bahawa selepas proses terapi kali pertama , anaknya sudah boleh tidur nyenyak dan tidak lagi merintih kesakitan. Hanya yang tinggal tulang paha yang retak dan tulang hujung paha berhampiran tulang pinggul yang masih belum sembuh.
Menurut pengalaman doctor yang merawatnya, kaki beliau akan mengambil masa selama 6 bulan untk sembuh sepenuhnya. Terapi aura gelombang Nur Syifa` ini yang telah dilakukan selama 5 kali dalamasa 3 bulan telah menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. X-ray yang dilakukan menunjukkan tulang paha yang retak telah bercantum dengan cepat sekali, malangnya tulang paha yang berhampiran tulang pinggung masih sama keadaannya . Ini adalah kerana bahagian tulang itu tidak saya alirkan aura gelombang ini .
Selepas 3 bulan didapati mangsa telah dapat berjalan dengan bantuan tongkat.
Mangsa Kemalangan (2)
Mangsa kali ini merupakan anak saudara saya yang telah di rempuh oleh seorang pemandu wanita yang cuai, menyebabkan pemandu motosikal tercampak ketiang elektrik dan mengakibatkan patah tulang kaki dan hancurnya buku lali kaki mangsa manakala adiknya yang membonceng juga patah tulang ketingnya.
Kemalangan berlaku di hadapan rumah pemandu wanita tersebut dan juga berhampiran dengan rumah mangsa di kawasan perumahan di Kajang. Kedua beradik ini dihantar ke hospital yang berasingan oleh 2 buah Ambulan yang di panggil oleh saksi kejadian.
Menurut pemeriksaan doctor, pemandu motosikal yang cedera parah ini akan mengalami kecacatan kekal setelah buku lali kakinya didapati telah hancur dan kaki ini akan didapati pendek sedikit daripada saiz asal. Mangsa yang merupakan pelajar Kolej Swasta dalam bidang “Penghawa Dingin” di nasihatkan supaya bertukar kepada kursus yang lain kerana kecacatan kekal ini akan meminimumkan keupayaannya untu memanjat dan memasang”air-condition” di rumah-rumah mahupun di bangunan-bangunan.
Walaupun kedua ibubapa mangsa tidak mempercayai kaedah perubatan tradisional Islam ini namun atas dasar kasihankan nasib malang anak saudara sendiri ini, saya alirkan juga terapi aura gelombang Nur Syifa` ini selama 3 kali dan Alhamdulillah ramalan para doctor tidak menjadi kenyataan.
Kaki mangsa kembali normal atas rahmat Tuhan yang mengabulkan doa saya dan mangsa sembuh dengan begitu cepat berbanding dengan pembonceng yang merupakan adik kandungnya yang masih bersimen kakinya.
Mangsa Kemalangan (3)
Mangsa kali ini cuma terjatuh di dalam bilik air dan tangannya membengkak dengan begitu cepat sekali. Mangsa mendapatkan khidmat seorang tukang urut namun kesakitannya bertambah teruk dan tangannya semakin membengkak.
Setelah saya memeriksa, mendapati bahawa terdapat sedikit keretakan di bahagian pergelangan tangan dan ini mengakibatkan kesakitan apabila di urut. Isteri saya tiba-tiba bersuara menyuruh saya menggunakan limau nipis untuk membuang bisa di dalam tangan itu. Isteri saya sering mendapat ilham laduni atau bisikan hati yang menyuruh melakukan itu dan ini semasa proses rawatan. Bagi saya perkara ini tidaklah menghairankan kerana isteri saya merupakan anak cucu Sunan Giri yang di arah melarikan diri dari Pulau Bawean setelah pihak Belanda memburu mereka untuk di tamatkan nasab keturunan mereka ( Wali-wali Songo). Tujuan penjajah tidak lain adalah untuk menakluk pemikiran kaum Melayu Nusantara kepada pemahaman yang tidak mempercayai kekuasaan Tuhan dengan terlebih dahulu menghapuskan keturunan Rasulullah di sebelah Nusanatara ini.
Setelah di buang bisa, saya mengalirkan aura gelombang penghancur dari tapak tangan kiri. Sakitnya hilang serta merta namun bengkaknya amat ketara. Saya mengurut tangan si mangsa dengan perlahan-lahan secara kebatinan dan bengkaknya juga surut tiba-tiba.
Setelah bertanya punca kejadian, saya mendapati beliau terjatuh di dalam bilik air bukan di sengajakan tetapi oleh suatu kuasa ghaib. Ini telah di ceritakan oleh tukang urutnya sebelum ini namun beliau mendiamkan diri sahaja kerana takut di tuduh syirik dan khurafat kerana mempercayai ujudnya jin.
Saya melawat lokasi di mana beliau terjatuh iaitu di rumah anaknya dan secara ghaib memancarkan gelombang pemusnah di dalam rumah tersebut yang mengakibatkan jin-jin tersebut cedera dan melarikan diri. Beliau terpaksa di rawat beberapa kali kerana sakitnya berulang di sebabkan setiap hari berulang-alik kelokasi berkenaan untun menjaga cucunya. Selepas lokasi kemalangan di bersihkan beliau terus sembuh.