BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
(a) Buahpinggang dan organ dalaman sudah rosak
Peristiwa ini sudah berlalu 2 tahun yang lalu. Saya mendapat panggilan dari orang tua yang mengatakan Pak Long di Kedah sakit tenat. Kebetulan saya sedang menguruskan kenduri kerana memasuki rumah baru dan memanggil Kumpulan Marhaban untuk membaca Yaasin dan doa selamat. Ahli keluarga semua sudah berkumpul dari merata ceruk, saya kegelisahan takut-takut ajalnya tak panjang.
Saya bertanya khabar kepada ibu yang sedang berada di sana. Doktor mengarahkan pesakit di bawa pulang kerana penyakitnya sudah tidak dapat di rawati. Kesemua organ dalaman sudah rosak termasuk buahpinggangnya. Tiada apa yang dapat di lakukan selain berdoa . Pak Long saya seorang Imam masjid dan juga seorang guru Quran. Namun beliau tidak berkebolehan dalam perubatan Islam mau pun tradisional. Anak-anaknya kesemuanya dari Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara, jadi penyakit yang beliau hidapi selama ini pun bergantung kepada ubatan kimia dari Hospital Kerajaan.
Pada hari Sabtu depannya, saya menelefon sepupu untuk bertanya khabar dan untuk memberitahu bahawa saya dalam perjalanan untuk menziarahi bapa beliau. Kebetulan beliau masih dikampung dan mengatakan bahawa malam tadi Pak Long telah di masukkan ke wad semula kerana saraf punggungnya tidak berfungsi menyebabkan beliau membuang air besar tiada kawalan. Saya teruskan perjalanan ke Hospital dan mendapati keadaannya tenat dan memakai pampers.
Saya beritahu Pak Long bahawa saya akan ikhtiarkan cara rawatan kebatinan. Dia mengganggguk dan mendiamkan diri untuk di terapi dengan aura gelombang Nur Syifa`. Terapi berlaku dalam 15 minit melibatkan kepala dan buahpinggang sahaja. Sesudah terapi saya bacakan surah Yaasin dan Al Waqiah di samping beliau. Sejurus selepas habis bacaan, datang tetamu menziarahi pak Long. Saya minta diri dahulu untuk pulang ke rumah kakak ipar dan berehat.
Keesokannya saya diberitahu bahawa doktor telah melakukan pemeriksaan dengan rapi sekali untuk melihat apa penyakit Pak Long saya. Doktor telah mengesahkan bahawa Pak Long saya sihat, tidak mempunyai apa-apa penyakit kronik pun, buahpinggang dan organ dalamannya semuanya normal. ALLAH MAHA BESAR, kalau dia berkehendak hanya perlu berkata KUN. Malangnya perawat dari kalangan pengikut Wahabi tegar selalu menyempitkan kekuasaan Allah Taala. Allah Maha Berkuasa dan Maha Penyembuh, tiada yang mustahil bagi Nya. Dekatkan diri pada Nya dahulu supaya dengan Rahmat dan Kasih sayang Nya, apa yang kamu mohon Dia akan kabulkan. Kekuasaan Nya tiada batas.
Kini 2 tahun sudah berlalu, apabila di tanya khabar tentang Pak Long, anaknya menceritakan, “abah sibuk dengan kebunnya, sehari suntuk asyik di kebun”. Dalam usia 80 tahun, masih kuat untuk mengerjakan kebun?
(b) Ulser dan batu dalam hempedu
Beberapa bulan selepas kejadian abahnya sakit tenat, saya di beritakan bahawa menantunya pula iaitu isteri kepada sepupu saya telah di rawat di Hospital Pulau Pinang selama sebulan akibat penyakit ulser. Badannya kian lemah, kurus kering dan pucat lesi. Selang 3 bulan doctor sudah menetapkan tarikh untuk membuang hempedunya.
Memang susah untuk di yakini kaedah rawatan yang saya lakukan kerana ia lebih bersifat ghaib. Bukankah Allah SWT dan para tenteranya adalah ghaib? Jangan pertikaikan keberadaan Allah kalau di kata Dia berada lebih dekat dari urat leher kita. Walaupun telah melihat dengan mata kepala sendiri kaedah rawatan yang cukup simple yang saya lakukan ke atas bapanya, mereka tidak terfikir untuk berubat dengan saya.
Saya dengan tegas mengatakan, “datanglah ke KL berubat selama 3 hari berturut-turut, bukannya kamu tak lihat hasil rawatan ini terhadap bapa kamu”. Mereka datang juga dengan harapan akan sembuh, lagi pun tempoh di rawat di hospital selama sebulan tidak menunjukkan perkembangan yang positif.
Rawatan kali pertama telah menunjukkan hasil yang ketara. Hari kedua si pesakit seharian saya bawa meronda Kuala Lumpur tanpa sebarang rasa sakit atau letih malah lebih bermaya dan ceria. Rawatan selama 3 hari berturut-turut di lakukan dan mereka pulang ke Pulau Pinang dengan hati gembira. Sakit hilang serta merta malah lebih sihat dan kuat. Appointment untuk buang hempedu juga mereka lupakan terus, tiada langsung susulan dengan pihak Hospital.
Ini bukan lah kes pertama saya tembak batu dalam hempedu dengan gelombang Nur Syifa`. Seorang anggota polis dari Cheras juga telah mendapatkan rawatan ini dan pada keesokkan harinya, tarikh sepatutnya beliau di bedah, dia telah meminta Doktor Pakar tersebut scan terlebih dahulu batu dalam hempedunya. Kata Doktor berbangsa India itu, “ mana pegi batu, awak ada jumpa bomoh ke?” Tidak kah secara tidak langsung doktor ini mengakui bahawa bomoh lebih handal dari nya?
Susulan dari sembuhnya beliau tanpa bedah, keluarganya dari Shah Alam dan Pulau Pinang juga datang mendapatkan khidmat rawatan dari saya.