Sunday, August 8, 2010

SIAPAKAH SEBENARNYA BOMOH, DUKUN & PAWANG


SISIPAN KHAS- KHUTBAH JUMAAT YANG MEMBINGUNGKAN. Siapakah Sebenarnya Bomoh , Dukun dan Pawang.

Published by TuanKelarias under - BOMOH DAN DUKUN., SIAPA SEBENARNYA PAWANG on Isnin, Mac 22, 2010

Pada hari jumaat yang lepas saya telah pergi ke salah sebuah masjid yang berkenaan di salah sebuah negeri dari sebuah negara, kebetulan saya mempunyai masa lapang di musim cuti sekolah. Anak anak tidak memerlukan khidmat saya untuk menghantar mereka ke sekolah seperti biasa. Jadi sempena percutian sekolah mereka kami sekeluarga bercutilah juga konon kononnya. Maka melangkahlah saya masuk ke sebuah masjid lama seperti masjid Demak Bintoro yang memang saya tahu itulah masjid suluk yang malahirkan ramai tokoh tokoh kerohanian bertaraf wali yang digelar pawang oleh orang utara dan bertaraf ki atau kiyai malah ki ageng dan seorang penembahan' suatu masa dulu. Kini bekas pondok suluknya pun tiada lagi. Yang tinggal hanyalah orang orang yang berpakaian seperti kiyai kiyai ageng..

Apabila saya mula mendengarkan khutbah yang dibacakan oleh imam, saya sedikit terkilan dengan isi kandungan khutbah tersebut. Dari apa yang saya dengarkan, khutbah berkenaan memepersoalkan fungsi tokoh tokoh perubatan silam yang digelar pawang dan bomoh. Mempercayai mereka adalah karut dan syirik kepada Allah swt semata mata dan menjadi murtad kerananya. Saya menengahi perkara ini dengan tulisan yang sangat comot ini. Saya berharap kepada mereka di luar sana dapatlah kiranya menjenguk tulisan ini andai kata keterangan ini boleh membantu para pengamal perubatan tradisional dan para pengkritik pawang dan bomoh alhamdulillah. Tahukah ANDA siapa sebenarnya pawang , bomoh , dukun atau bidan , tabib dan ahli nujum, 'Kahen' bagi Yahudi..

Perkara ini sama dengan situasi pangkat dan gelaran individu yang terlibat dengan perubatan moden. Seperti doktor pakar, doktor gigi, doktor mata, doktor telinga, doktor bayi, doktor bedah, doktor sakit puan,doktor sakit kulit dan bermacam lagi gelaran doktor sehingga ke pangkat terendah dari mereka. Termasuk pegawai perubatan, jururawat dan kelindan.
Pawang adalah suatu istilah yang digelarkan kepada seorang paranormal yang sangat arif dan mahir dalam menguasai bidang perubatan herba tradisi dan mengetahui rahsia hubungan dua hala di antara alam ghaib terutama jin, bunian dan syaitan dengan alam nyata . Seseorang yang yang bergelar pawang jika tidak salah saya berasal dari daerah melayu siam terutama Perak, Kelantan , Kedah, Perlis dan Pattani (Negeri Islam). Gelaran pawang hanya dimiliki oleh seorang tokoh perubatan yang amat luar biasa keilmuannya dari kalangan orang orang yang beragama islam berketurunan melayu. Jarang sekali ada gelaran ini dipakai oleh orang jawa yang berada di Malaysia atau dari Indonesia.


POSTED BY: zack on 04/18/2010 02:39:15

Diantara pawang,bomoh dan dukun...pawang merupakan yg terkanan sekali dari segi ranking diikuti bomah dan last dukun. Perbezaan antara ketiga ini ialah dari segi peranan dan tugasan masing-masing dalam masyarakat. Pawang merupakan jawatan ketiga penting yg perlu ada dalam sesebuah kampung, pertama ketua kg,kedua imam kg dan ketiga pawang kg. Tugas pawang ni ialah menjaga keselamatan kg dari pada dicerobohi oleh musuh baik yg nyata atau yg ghaib serta dari binatang buas. Pawang juga mempunyai kebolehan merawat pesakit. Sebab itu dulu dulu kalau ada pawang,bomoh atau dukun luar yg masuk ke sesebuah kg, mereka perlu minta izin dari pawang kg berkenaan sebelum mengubat anak buah dia. Kalau tak mereka akan dikira penceroboh. Tu yg timbul istilah 'belaga pawang'. Pawang ni yg special nye ada sesetengah tu merupakan seorang bomoh atau dukun.

Bomoh agak khusus sikit tugas dia. Macam bomoh patah, bomoh hujan,bomoh susuk dsbnya. Bomoh ni walau macammana handal, dia tetap kena hormat tok pawang yg ada dalam kg dia. Orang dulu dulu masing masing faham tugas masing-masing jarang sekampung nak berlawan sesama sendiri.

Dukun pulak tugasan dia lebih kurang macam pembantu perubatan kat hospital. Kalau kes-kes yg ringan ringan boleh rujuk kat dukun. Bila dia dah tak sanggup nak mengubat dukun ni akan refer ke bomoh atau pawang. Biasanya dukun akan menggunakan kaedah yg dipanggil 'tetamas' (kalau tak silap) utk melihat dimana bomoh yg boleh dirujuk. Ada bermacam kaedah atau petua digunakan, antaranya spt memotong kunyit dan kemudian dilambung. Telingkup atau telentang kunyit tu ada maknanye dlm ilmu dukun.

Orang dulu dulu mereka tak sewenang-wenangnya menggunakan nama pawang,bomoh,dukun atau bidan kerana mereka tahu gelaran ni merupakan suatu tanggungjawab yg besar. Ia merupakan kepandaian dan kebolehan yg diberi oleh Allah kepada mereka supaya memberi perkhidmatan kepada masyarakat tanpa mengira waktu dan balasan Bukan seperti sekarang, baru pandai sikit dah mengaku diri pawang atau bomoh lepas tu ambil kesempatan utk kesenangan diri sendiri.


INI KENYATAAN DARI SAYA :

Datuk saya Syeikh Sayyid Thana`uddin /Sheikh Abdul Karim As Samman Al Madani/Syeikh Sayyid Pendita Adi Putra. Beliau adalah adik kepada Syeikh Hussein Jamadil Al Kubra (Maulana Hussein). Di antara anak muridnya yang terkenal tercatat di dalam buku sejarah adalah Laksamana Hang Tuah, Raja Sulu Buansa (Ewansa), Sunan Bonang dan Sunan Giri. Direkodkan juga Sunan Kalijaga dan Syeikh Sutabris pernah bertemu dengan beliau.

Beliau adalah pengasas perubatan tradisional Islam yang dipelopori oleh pawang-pawang yang ada masa dulu dan kini. Beliau juga guru kepada Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat yang juga merupakan menantunya.Beliau juga guru kepada Wali-wali Songo.

Alhamdulillah, kesemua keilmuan(agama/silat & perubatan) yang di asaskan oleh Datukku ini telah ku warisi serba sedikit. Silat gayung telah ku pelajari, Perubatan Tradisional dan Urut juga telah juga ku warisi dan kini ILMU TITIK SEMBILAN DAN SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA telah di wariskan kepada ku juga.

Petikan dari blog Dr.Izham Nayan "Tuah dan Jebat ghaib selepas itu tinggal bersama guru mereka Adi Putra dan selepas itu merantau hingga ke Petani membuka persantren di sana. Dengan identiti baru mereka berjaya melahirkan ramai pahlawan-pahlawan Melayu yang hebat dan terkenal memerangi penjajah."

Semasa menerima ILMU ini, saya tidak di ceritakan rahsianya. Saya mencari dan menyelidik dan ketahui bahawa ILMU TITIK SEMBILAN ni di amalkan oleh Tariqat Naqshabandi, Silat Batin Sunan Kalijaga (Gerak Faqir) dari Tariqat Syatariah dan Doa Kunci Pembuka Khazanah Langit Dan Bumi Ijazah Rasulullah SAW sendiri adalah amalan dari Tariqat Chishtiyyah dan Doa Ismullah Al A`dzham adalah amalan para Nabi-nabi dan Arifbillah.

Pada saya siapa sahaja yang menolak ajaran tasauf tariqat muktabar ini adalah para Wahabi Tegar. Datuk-datuk ku yang mengislamkan penduduk Nusantara ini dengan Ilmu Agama Islam Dan Tariqat Kesufian serta Ilmu-ilmu Kepahlawanan dan Perubatan dari Junjungan Yang Di Kasihi Rasulullah SAW.

Salasilah Datuk ku :

Salasilah beliau adalah Sayyid Thana`uddin /Sheikh Abdul Karim As Samman Al Madani bin Sayyid Ahmad Shah Jalal al-Khan bin Sayyid Abdullah Khan bin Sayyid Abdul Malik al-Azhamat Khan bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad Sahib al-Mirbat bin Sayyid Ali Khali’ Qasam bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Alawi bin Sayyid Ubaidillah bin Sayyid Ahmad al-Muhajir bin Sayyid Isa al-Rumi bin Sayyid Muhammad al-Naqib bin Sayyid Ali al-Uraidhi bin Imam Jaafar al-Sadiq bin Imam Muhammad al-Baqir bin Imam Ali Zainul Abidin bin Sayyidina Hussain bin Sayyidah Fatimah al-Zahra binti Sayyidina Muhammad Rasulullah. Ini adalah berdasarkan salsilah Tok Pulau Manis

Jadi berhati-hati dalam menyampaikan dakwah ni, jangan pula menjadi dakyah yang menyesatkan.Kalaulah para doktor dan ulama Wahabi ini tidak membuat fitnah terhadap para Bomoh, Dukun dan Pawang apalagi kepada Perawat yang bersandar kepada Al Quran dan Sunnah Nabi ini, saya pun tidak akan buat kerja sia-sia memerangi mereka ini.

Bersusah payah nenek moyang kita mempertahankan aqidah dan agama kita yang suci ini dari pencerobohan penjajah sehingga syahid, kamu pengikut Wahabi senang-senang memfitnah mereka dengan berbekalkan Ijazah, Masters dan Phd kamu yang di beli dari dalam dan luar negara untuk merebut dunia yang tidak kekal ini.