Wednesday, August 18, 2010

PENGALAMAN MENGUBATI PENYAKIT DI MEKAH (1)

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam untuk Junjungan Baginda dan ahli keluarganya.

Kali ini saya nak menceritakan pengalaman perjalanan mengerjakan fardhu haji pada tahun 2008 dan pengalaman mengubati saudara-saudara dalam jemaah yang bersama dengan saya. Alhamdulillah, kerana tanpa di duga Allah SWT telah menjemput saya untuk menziarahi Rumah Nya serta Masjid Kekasih Nya dalam rangka menunaikan Rukun Islam yang kelima iaitu Haji.

Sebenarnya niat untuk menunaikan fardhu haji memang ada namun keperluan dari segi belanjawan diri apalagi kalau bersama isteri belum mencukupi dan kami suami isteri merancang untuk menunaikannya pada usia saya 50 tahun selepas dapat mengeluarkan simpanan di Tabung Haji. Namun perancangan Allah SWT siapa yang tahu, kita hanya mampu merancang tapi penentuannya di tangan Ilahi jua. Bukan sedikit dari kalangan rakyat Malaysia mampu dan berkuasa untuk menunaikan ibadat haji namun kalau Allah SWT tidak menghendaki, tiada siapa mampu berbuat apa-apa .

Saya sebenarnya dikejutkan oleh pelawaan orang tua saya untuk pergi menunaikan fardhu Haji bersamanya. Ini adalah disebabkan keadaan ibu saya yang mengidap kegagalan buah pinggang selama 15 tahun yang tidak memungkinkannya untuk turut serta. Ayah saya menanggung pembiayaan keperluan Tabung Haji dan saya cuma perlu menyediakan wang belanja sahaja.

Pendaftaran dilakukan pada Januari 2007 dan surat rayuan di sertakan bersama namun kami tidak bernasib baik pada tahun itu. Sepanjang tahun 2007, saya telah bermimpi sebanyak 3 kali iaitu bermimpi telah membuat persediaan untuk berangkat ke Mekah namun perjalanan asyik tergendala. Mimpi yang benar telah mengisyaratkan bahawa saya tidak akan berangkat ke Mekah pada tahun itu. Walaubagaimanapun dengan rahmat Ilahi, di bulan Ramadhan di suatu malam yang penuh berkah saya bermimpi lagi, mimpi sebelum bangun untuk bersahur dan menunaikan solat sunat seadanya sebelum masuk waktu solat Subuh.

Pada malam sebelumnya, saya tidur agak awal iaitu dalam pukul 9.00 malam dengan niat untuk bangun Solat Tahajud pada tengahmalamnya. Alhamdulillah , terjaga dalam pukul 11.00 malam setelah dikejutkan isteri . Setelah selesai solat saya meneruskan dengan amalan zikrullah, amalan yang bersanad kepada Rasulullah melalui guru-guru mursyid yang Arifbillah. Tiba-tiba hati merasa begitu sayu sekali, kesedihan datang secara tiba-tiba, entah apa gerangan sehingga berlinang air mata. Biasanya saya akan menangis semasa bermunajat memohon keampunan kepada Ilahi atas dosa-dosa yang disengajakan atau tidak dalam rangka mensucikan dari dari sekian dosa-dosa kerana selagi hati tidak dibersihkan, cermin hati akan malap tidak akan dapat menerima pancaran Nur Ilahi dalam usaha meraih keredhaanNya . Bila dirujuk kepada kitab-kitab berkenaan mimpi di malam “Lailatul Qadar”, kesedihan dan kepiluan semasa berzikir itu adalah sebagai tanda tangan di jabat oleh Malaikat Jibril, ya Malaikat Jibril berjabat tangan dengan orang yang telah berjaya sampai ke Malam yang penuh berkah yang terlebih baik dari seribu bulan. Dan di dalam mimpi itu, saya didatangi satu wajah yang sungguh tampan dan bercahaya dan berkata kepada saya, “kamu amalkanlah 2 ayat ini”. Junjungan yang dikasihi Rasulullah SAW telah mengijazahkan saya dengan 2 ayat yang menjadi amalan para syeikh tariqat/kiyai/tok guru dan amalan para Nabi iaitu “Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi” dan “Ismullah Al A`dzham para Ariffin” sepertimana yang telah saya ketahui dan amalkannya.

Sebenarnya banyak berlaku rentetan peristiwa yang dikatakan keberkatan dalam hidup dan pengalaman kerohanian sehingga saya begitu yakin untuk mengasaskan PERUBATAN ISLAM NUR SYIFA setelah mendapat amanah dan keizinan serta IJAZAH dari Rasulullah sendiri.

i) Pada Januari 2007, saya dipanggil oleh guru perubatan tradisional Islam untuk diijazahkan ILMU PENYEMBUHAN TAPAK TANGAN yang juga dikenali sebagai ILMU TITIK SEMBILAN (angka 9 ditapak tangan dalam huruf arab) yang menjadi amalan ahli sufi Tariqat Naqshabandi. Menurut cerita , guru asal yang memperolehi amalan ini bermimpi di malam Lailatul Qadar dan dihujani dengan 7 warna pelangi dari Langit.

ii) Di bulan Ramadhan pula, saya bermimpi didatangi Rasulullah dan diijazahkan 2 ayat yang menjadi amalan ahli sufi dari Tariqat Chistiyyah (Kunc I Pembuka….) dan amalan para Ariffin (Ismullah Al A`dzham) yang mana Nabi Allah Isa dan Nabi Muhammad sendiri pengamal utama amalan ini dalam penggunaan tapak tangan dalam penyembuhan.

iii) Pada hari-hari ganjil seterusnya pada 10 hari terakhir Ramadhan, saya di bukakan secara ilham rahsia kekuatan amalan Penyembuhan Tapak Tangan dan Rahsia amalan kebatinan Sunan Kalijaga sedang ketika asyik menelaah KITAB ASMA UL HUSNA.

iv) Pada hari yang ke 21 selepas malam lailatul Qadar, saya bermimpi lagi di datangi seseorang membawa dulang bertutup dengan kain. Selepas kain penutup di buka ternampak lah akan saya satu ayat yang mengandungi Nama-Nama Nya Yang Agung. Saya tahu berdasarkan kitab bahawa Ismullah AL A`dzham kali ini pernah di amalkan oleh Asif Barkhiya.

v) Susulan bertemu dengan malam yang penuh berkah, saya merujuk kepada mursyid saya yang berada di Sungkai, Perak. Beliau terus mengarahkan saya datang berseorangan. Mursyid yang Arifbillah lagi kasyaf tentu sahaja mengetahui secara mendalam pengalaman mimpi saya ini. Beliau menambah lagi amalan-amalan rahsia para Nabi dan para Wali untuk saya amalkan seperti ZIkir Nafas dan rahsia amalan Ayat Fardhu dan Ayat Makrifat serta amalan pembuka Ilham Laduni dan kasyaf dan ayat-ayat amalan untuk mendoakan “Air Penawar” menjadi ubat bagi 1001 macam penyakit dengan air yang turun di malam Jumaat. Kata guru lagi, dia hanya boleh mengijazahkan amalan ini hanya untuk 5 orang muridnya sahaja dan saya adalah yang keempat.

vi) Guru Mursyid saya juga memberi sekeping kertas lakaran berasaskan tulisannya sendiri yang berasaskan pengajian Tauhid Makrifatullah yang disuruh gantung didinding rumah. Dan baru-baru ini kertas itu kenalpasti oleh seorang guru tasauf yang mengesahkan bahawa pemiliknya telah sampai kepada pengajian Martabat 7.

Menurut guru, semasa mengijazahkan Ilmu Penyembuhan Tapak Tangan, beliau berkata ilmu ini adalah ILMU dalam kategori Al Maunnah kerana Mukjizat hanya untuk para Nabi dan Karomah untuk para Wali Nya sedang saya hanya insan yang lemah lagi hina yang cuma mengalir titisan darah Rasulullah dalam tubuh ini dan berpegang kuat kepada AL Quran dan Sunnah. TIADA KAEDAH ATAU SISTEM YANG BOLEH MENANDINGI DENGAN APA YANG TELAH DI TINGGALKAN OLEH RASULULLAH KEPADA UMATNYA .

Sepertimana sebuah hadis sahih riwayat Imam Ahmad bin Hambal menyebut :

“Kutinggalkan di tengah kalian 2 pusaka (peninggalan) : Kitabullah sebagai tali terentang antara langit dan bumi, dan keturunanku….Ahli baitku. Sungguhlah kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di Haudh (Telaga Nabi di Syurga).”

“Barangsiapa mencintai ku dan mencintai keduanya itu – yakni Al-Hassan dan Al-Hussein – serta mencintai ibu dan bapa mereka, yakni Fatimah Az-Zahra dan Sayyidina Ali – kemudian ia meninggal dunia sebagai pengikut sunnahku, ia bersamaku didalam syurga yang sedarjat.”

“Pada hari Kiamat aku akan menjadi syafi` (penolong) bagi empat golongan. Yang menghormati keturunanku; yang memenuhi keperluan mereka; yang berupaya membantu urusan mereka pada waktu diperlukan dan yang mencintai mereka sepenuh hati.”

Dalam sebuah hadis Al-Hakim berasal dari Zaid bin Arqam RA, Rasulullah Saw menegaskan antara lain; “…Mereka (ahlul-bait) adalah keturunanku, dicipta dari darah dagingku dan dikurniai pengertian serta pengetahuanku. Celakalah orang dari umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku melalui pemutusan hubungan dengan mereka. Kepada orang-orang seperti ini, Allah SWT tidak akan menurunkan syafaatku (pertolongan).”

Ada seorang pernah bertanya bagaimana saya dapat memperoleh begitu banyak keistimewaan ini yang jarang-jarang sekali diperoleh oleh sesiapa hatta ulama sekalipun. Ingatlah kisah Asif Barkhiya yang hanya cuma ahli kitab di sisi Nabi Sulaiman. Kisah ahli kitab di zaman Nabi Musa yang telah menyebabkan Nabi Musa tersesat di padang madyan selama 40 tahun kerana penyalah gunaan Ismullah Al A`dzham kurniaan Allah kepadanya. Kisah menteri Iskandar Zulkarnain sebelum diangkat menjadi Nabi (Khidir) dan Uwais U Qarni.

Ini adalah kerana keistimewaan dan kekeramatan ahlul-bait Rasulullah SAW adalah sebahagian dari anugerah Allah SWT atas mereka demi memberi kesinambungan pada kemuliaan dan ketinggian darjat baginda. Apatah lagi dengan selawat atas mereka yang dibaca berjuta umat islam dalam setiap waktu solat sejak zaman berzaman, menjadikan seolah-olah ‘berdaulatnya’ zat yang dimiliki mereka , sehingga terasa ‘berbadi’ dan ‘bisa’ jika dibandingkan dengan manusia lainnya. Sabda baginda : “Setiap sebab dan nasab terputus pada Hari Kiamat, kecuali sebab dan nasabku.”

Pada tahun 2008, kami membuat surat rayuan sekali lagi dan kali ini dengan tanpa diduga ada seorang hamba Allah menawarkan pertolongan dengan mengatakan bahawa beliau mempunyai orang dalam yang menawarkan kuota khas kepada sesiapa yang dipilihnya. Alhamdulillah, ternyata tawaran itu benar dan kami mendapat kelulusan untuk mengerjakan Ibadat haji pada tahun itu dengan kuota VIP.

Sebelum berangkat ke Tanah Suci, kali ini saya telah bermimpi sebanyak 2 kali berada dihadapan Baitullah, iaitu mimpi untuk mengerjakan tawaf . Mendalami kursus haji selama 2 tahun dan menjalani latihan praktikal sebanyak 2 kali iaitu di Masjid Ampang dan Putrajaya. Sement ara hati berdebar juga, walau cukup persediaan ilmu namun keadaan cuaca padang pasir dan bentuk mukabuminya tidak menjanjikan kesihatan yang baik pada pengunjung yang baru tiba.

Perjalanan dari KLIA mengambil masa selama 8 jam. Namun apa yang saya rasakan adalah perjalanan selama satu jam sahaja. Ini adalah kerana saya tidur sepanjang masa dan terjaga di waktu makan sahaja. Sampai sahaja ketempat kami menginap, saya terus bergegas ke luar hotel mencari soket untuk disambungkan dgn plug charger hp yang cuma menggunakan 2 lubang sahaja di Tanah Arab ni. Pertolongan dari Allah SWT memang sentiasa ada, ada penuntut di sana yang sedang mencari sesiapa yang mahu buat korban menolong saya dengan membawa kekedai dan meminjamkan hp nya untuk saya hubungi keluarga di Malaysia. Selesai tugas pertama, saya mengajak ayah saya menziarahi Maqam Nabi tanpa menunggu arahan atau gerakan kumpulan. Macam tau-tau aje……….baru pertama kali sampai tapi macam dah biasa tempat tu iaitu Masjid Nabawi. Masuk je kedalam Masjid dah gabra…..camna nak cari arah ke Raudhah ni…….muncul pula seorang hamba Allah dari Indonesia. Beliau dengan baik hati berpatah balik menunjuk jalan sekaligus mengajari bagaimana cara menziarahi dan memberi salam kepada Baginda Junjungan. Sepanjang di sana beribadat begitu khusyuk dan istiqamah sekali, minum air zam-zam sebanyaknya dan berdoa sepuasnya memohon ilmu dan keberkatan dalam hidup.
Perjalanan dari Madinah ke Mekah juga mengambil masa selama 8 jam. Saya sentiasa mengamalkan Doa Melipat Bumi namun saya tidak terbang dan tidak juga sampai sekelip mata. Saya tidur. Kat Tanah Air tercinta tak pulak terlena mcm tu dalam bas atau kapalterbang. Allah Maha Berkuasa menunaikan apa saja permintaan kita asal kita mencintai Nya dan juga kekasih Nya.

Sampai ke Mekah kami menduduki sebuah hotel lama yang duduknya di perkampungan Benggali, lebihkurang 2 km ke Masjidil Haram. Group yg share bilik 5 orang, yg duduk kurang dari tu jauh sikit sebab lebih selesa namun lokasinya menyukarkan iaitu duduknya hotel itu di tanah tinggi dan terpaksa turun naik bukit sentiasa. Ada 3 keluarga mohon berpindah ke hotel kami kerana tidak upaya menaikibukit sentiasa dan jaraknya juga agak jauh dari Masjidil Haram. Masalah timbul kerana peserta sudah uzur dan sakit kaki serta sendi-sendi dan juga pelbagai masalah kesishatan yang lain. Di sini saya mula memainkan peranan sebagai Tabib Islam tak bertauliah dan tak di terima oleh pihak Travel Agensi mahupun pihak Tabung haji sendiri.Begitu rendahnya martabat perubatan Islam di sini dan dikaca mata tunya punya travel agensi kami.

Bersambung ke bahagian 2