PERBINCANGAN & RAWATAN SAKIT MISTERI
DIkirim oleh karimon di 17 Mei 2010
-------------------------------------------------------------------------------------
Sejak kebelakangan ini ada beberapa pertanyaan tentang pelbagai jenis penyakit misteri didalam blog ini.Untuk memudahkan pengunjung blog ini maka saya wujudkan satu entri baru khusus bagi tujuan tersebut.Jika saudara mempunyai apa2 masaalah atau ingin bertanya mengenainya sila gunakan ruangan ini dan tidak mengunakan entri yang lain.Saudara Pendekar dan TS insyaallah dapat membantu saudara,saudara Waliqudus pun mungkin dapat mengunakan entri ini bagi menerangkan kegunaan dan menyatakan khasiat beberapa jenis teras kayu/kayu yang dapat digunakan bagi tujuan yang berkaitan ,kerana kita tidak dapat menafikan terdapat beberapa jenis teras kayu/kayu yang mempunyai fungsi bagi merawat penyakit misteri dan yang ada sangkut pautnya denganya.Setidaknya pengunjung blog ini mendapat info mengenai kegunaan/khasiat kayu tersebut.Seperti yang kita sedia maklum teras kemuning hitam dikatakan baik sebagai penolak sihir dan penakut makhluk halus tetapi applikasinya tidak dinyatakan.Mungkin entri ini berguna untuk menerangkan applikasinya,serta TS dan Pendekar dapat membantu menasihati serta memberi pandangan tentang beberapa jenis penyakit yang ada kaitan dengan gangguan makhluk halus seperti sihir dan lain lain.
Dikirim dalam Perbincangan & Rawatan Sakit Misteri | 157 Komen »
-------------------------------------------------------------------------------------
Tok Syeikh berkata
18 Ogos 2010 pada 11.55p08
Asalam mualaikum !!!.Malam ini sebentar tadi,ada di tayang kan di saluran Nasional Geografik satu Rencana mengenai Tioman dan Hutan Borneo.Pakar Orang Putih itu mengatakan “Lender yang terdapat di badan ikan Haruan bolih menghenti kan pendarahan setanding Morfin”.Dia juga beritahu,sebenar nya Dunia dah tahu,dan kita memang sudah lama tau !!!,semenjak saya kecil kecil lagi.Ikan Haruan adalah satu specis ikan yang Paling Baik dalam mengubati Luka dalam dan Luka Luar.Kita memang tau,sejak kita mula celik mata lagi,sejak nenek moyang kita lagi.Sebab itu lah ikan Haruan MAHAL harga nya,jika di Melaka..harga nya 1 kilo, RM 20.00.Sebenar nya dalam negara kita yang beriklim Tropika, memang Allah SWT,hidup kan bermacam macam kehidupan untuk perubatan.Ada ribuan pokok herba dan binatang untuk perubatan yang belum di kaji dan di Pasar kan.Contoh Herba…Pokok Dokong Anak,susu Nabi,Ketumpang Air,jarum mas,sireh,kaduk,Dan memacam ubatan herba,yang sangat berguna…yang kita lihat saja,kekadang kita sepak buang….tetapi herba itu lah yang paling baik untuk penyakit moden seperti Kencing manis,darah tinggi,bat karang dan lain lain penyakit lagi.
Satu pula masaalah nya,Orang Kita ni,..ubat ubat Tempatan,tidak bagus dan baik katanya !!!.
Saya ceritakan satu kisah yang di ceritakan olih anak ke 2 saya..Sayyid Syahrol Hisyam.Beliau bekerja di kilang Ubat,di Penindustrian Cheng.Beliau bekerja sebagai Pembancuh Ubat.Ubat untuk kegunaan Hospital Kerajaan dan Swasta,juga luar negara(Export).Ubat untuk kegunaan Hospital kita,terlalu tinggi KANDUNGAN DADAH NYA.Ubat seperti Darah Tinggi,Kencing Manis dan Ubat Batuk…paling tinggi Kandungan Dadah nya.TETAPI YANG HAIRAN BIN AJAIB NYA,Ubatan untuk Export ke Brunai dan Singapura TIADA DADAH,dan kalau ada pun sangat sedikit kandungan Dadah nya !!!.Jadi bagaimana lah bolih jadi Begitu ???.Adakah Pemerintah kita suroh kita menjadi Penagih Dadah,bib ???.Sedang kan Penagih Dadah di tangkap ????,habis cam noooo ???.Jadi ubatan yang di sepital itu bukan lah ubat,tapi RACUN !!!!.Jadi berhati hati lah bib.,jika kita kencing manis,makan ubat sepital…tak lama lagi akan dapat 2 lagi penyakit FREE iaitu lemah jantung dan buah pinggang !!!.Jadi kita sebagai Pengguna,FIKIR FIKIR KAN !!!.
karimon berkata
18 Ogos 2010 pada 11.55p08
Waalaikumusalam,memang benar TS inilah minda melayu yang telah dibaratkan oleh penjajah,segala yang berpunca dari alam kolot dan kuno tapi telan pil yang ada dadah orait saja tak kolot dan kuno.Seperti yang TS katakan yang menjadi masaalah besarnya Doktor Melayu sendiri asalnya dulu mungkin anak kampong tapi dah belajar tinggi maka lupa mak ayah datuk nenek dia banyak makan herba bukan ubat2 moden,minda mereka pun dijajah juga dalam pandai2 tu.Kebanyakan ubatan hanya menghentikan penyakit bukan memulihkan penyakit dan ianya akan berulang kembali.Saya ada mengenali seorang doktor melayu yang mindanya tidak dijajahbeliau berkata kalaulah boleh saya rekomen kacang panjang sebagai ubat untuk pening kepala saya akan buat demikian tapi orang kita ni payah nak terima itu semua.Hippocrates pernah berkata “Take food as medicine and medicine as food”terjemahannya lebih kurang ambil ubat sebagai makanan dan makanan sebagai ubat.ertinya apa yang kita makan dari sumber alam ini adalah ubat yang menjadi makanan kita.Ulam ulaman kita kaya dengan zat makanan dan didalamnya juga terkandung penawar penyakit.Kita banyak tertipu oleh pihak barat dulu mereka berkata minyak kelapa tak baik untuk kesihatan sebab nak melakukan minyak jagung dan minyak soya kitadan kita pun ikutlah propoganda mereka.Mereka kata buah oren banyak vitamin C maka kita pun belilah oren nak makan agar dapat vitamin C walhal buah cermai tu sebiji kandungan vitamin C nya 4 kali ganda dari oren.Sekali lagi kita tertipu dan kayakan mat saleh tu semua kita beli buah mereka.Bilalah minda kita ni nak kita bebaskan dari dijajah agaknya.