Saturday, August 7, 2010

TANDA SESUATU AMALAN DAN ORANG YANG BERAMAL





TANDA SESUATU AMALAN DAN ORANG YANG BERAMAL BERADA DALAM SESAT AQIDAH, SYARIAT DAN AKHLAK DIATAS NAMA MURTAD, MUNAFIK, ZALIM, FASIK ITU IALAH ILMU DAN AMAL YANG :-

1. Ada perjanjian yg disertakan dgn sumpah bagi mewajibkan diri sesorang itu beramal dgn segala yg baik (wajib,sunat,harus) dan meninggalkan segala yg jahat (haram dan makruh)

a. Mereka memansuhkan sama sekali 3 hukum syarak dgn sengaja iaitu :
- Hukum sunat
- Hukum Makruh
- Hukum Harus

b. Memberatkan ke atas diri 2 hukum syarak dgn sengaja iaitu :
- Hukum Wajib
- Hukum Haram

c. Menaikkan taraf :
- Hukum sunat menjadi wajib
- Hukum harus yg hampir kepada sunat menjadi wajib
- Hukum makruh menjadi haram
- Hukum harus yg hampir kepada makruh menjadi haram.

d. Mubai`ah pula kepada orang yang fasik, munafik, zalim dalam ilmu dan amal.

e. Tidak mengikut kaedah mubai1ah yang betul dalam Qowaid Syar`iyah dalam bab syariat dan sufi (akhlak)

2. (a) Patuh pada perjanjian yg sama dgn hukum syarak (wajib, sunat, haram, makruh dan harus ) bagi mendapat sesuatu yg menyalahi adat.

(b) Patuh pd perjanjian yg harus pada hokum syarak bagi mendapat sesuatu yang menyalahi adat.

(c) Patuh pada perjanjian yg haram dalam hokum syarak.

*Mendatangkan hukum syarak syarak yg baru dgn memansuhkan hokum syarak yg asal kerana patuh , taat dan ikut telunjuk khadam yg menjadi sahabat dalam semua kerja buatnya (menukar ubudiahnya dalam ilmu dan amalnya daripada Ubudiah kepada Allah ke Ubudiah kepada khadam yg menjadi sahabatnya).

3. Jenis-jenis latihan yg ada sifat marah atau dimarahi bagi menzahirkan perkara-perkara yang menyalahi kebiasaan.

• Menzahirkan rupa Tanasikhul Arwah iaitu penjelmaan rohani daripada jin kedalam diri sama ada secara tersembunyi atau nyata yang disangka Nabi atau Wali atau Malaikat.

4. Mengiktiqad segala wirid, jampi dan doa boleh menghasilkan sesuatu yang dihajati (berada dalam syak, zhan dan waham). Terjebak dalam iktiqad Jabariah, Qadariah dan Muktazilah.

5. Tidak tahu asal usulnya, paling kurang sampai kepada ulama-ulama muktabar yang dipercayai ilmu dan amalnya. Mengambil ilmu dan amal dengan cara :

(a) Meniru ilmu dan amal tiada berguru.
(b) Mengambil daripada dalam mimpi.
(c) Mengambil daripada dalam buku.

6. Mengambil daripada mereka yang terputus salasilah dengan guru yang atasnya atau orang jahil, zalim, munafik, fasik atau daripada orang-orang kafir, paderi, rahib dan sami-sami.

Sekian, semuga menjadi panduan bagi mereka-mereka yg mempelajari ilmu kebatinan agar jangan tergelincir dalam kesesatan ini.

Wassalam.