Posted on June 23, 2010 by dr.izhamnayan.
Categories: Wacana Melayu.
Yahudi banyak pengaruhi sosioekonomi, politik dunia.
SEJARAH kezaliman rejim Zionis tidak pernah luntur daripada catatan. Ketika dunia bersuara menentang kekejaman dan kerakusan rejim Zionis, negara Arab yang berada beberapa kilometer dari Israel mendiamkan diri. Mereka bagai tidak ada apa-apa ketika Turki, Malaysia, Iran dan Venezuela mengutuk tindakan ganas dan mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertegas.
Aneh, negara Arab yang selama ini mendakwa sebagai paksi kekuatan Islam dan mempunyai sejarah akrab mengenai kelahiran nabi, rasul dan agama wahyu hanya mendiamkan diri.
Keadaan sama berlaku ketika penyembelihan di Sabra dan Shatila (Chatila) di Beirut, Lubnan pada September 1982. Tidak banyak negara Arab yang bertindak.
Dari segi angka, bangsa Yahudi hanya 14 juta di seluruh dunia, dengan tujuh juta di Amerika Syarikat, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap seorang Yahudi, ada 100 Muslim (1:100). Namun Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada umat Islam. Mengapa ini berlaku?
Tentunya penganalisis sejarah moden melihat kekuatan ilmu, perancangan dan kewangan sebagai sumber terunggul yang membantu Yahudi menguasai dunia. Malah, pemilihan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat juga dianggap sebagai kejayaan cemerlang pelobi Yahudi.
Beberapa keturunan Yahudi sudah dan sedang menguasai dunia dalam pelbagai bidang. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai ‘Manusia Abad ini’ ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud menerusi teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk pencipta vaksin polio pertama. Albert Sabin membangunkan vaksin polio hidup yang lebih baik. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis.
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi’s), Howard Schultz (Starbuck’s), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts). Jenama mereka menjadi buruan dunia dan bayangkan berapa bilion keuntungan disalurkan ke Tel Aviv setiap bulan?
Richard Levin, presiden universiti tersohor (Universiti Yale) ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (semua bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas Pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Ronald Reagan, George Bush, Bill Clinton dan George W Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshall (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia);
Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Russia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara Britain); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Mereka pemain utama politik dunia dan bayangkan betapa negara Islam dan Arab menjadi bidak percaturan mereka. Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times). Merekalah yang menguasai pandangan dunia dan mencorakkan pemikiran sejagat.
Dalam bidang seni pula, pelakon Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk berbangsa Yahudi. Maka tidak hairanlah Hollywood sendiri pun diwujudkan oleh Yahudi.
Antara pengarah dan penerbit tersohor Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling, (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo’s Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) dan Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya Yahudi. Merekalah yang turut mencorakkan pemikiran dan keseronokan di ruang tamu rumah kita.
Washington yang menjadi ibu negara Amerika Syarikat mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa dikenali Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan ‘membuat apa saja’ demi Israel.
William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik di dunia. Dia juga Yahudi. Dia juga yang banyak mendidik rejim Zionis bertindak seperti yang berlaku sekarang. Bayangkanlah betapa pemikiran Zionis banyak digerakkan oleh Yahudi dan sekutu mereka di seluruh dunia. Bayangkan, betapa hingga kini negara Arab tetap kalah di Asia Barat!