BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM dan selawat srta salam untuk Junjungan Baginda Saw serta Ahlul Bait.
Alhamdulillah, bila merenung kata-kata bahawa Allah SWT sesungguhnya menilik seseorang pada hatinya dan bukan pada pakaiannya atau sijil-sijilnya dan sesungguhnya Dia berkuasa mengurniakan ilmu pada sesiapa yang Dia kehendaki maka hati ini merasa amat bersyukur dan merasa Allah sahaja tempat bergantung walau pelbagai kesyirikan terhidang di hadapan mata namun Allah jua yang ku pandang.
Suatu senja jam menunjukkan pukul 6.30 petang, saya mendapat panggilan dari seorang peniaga melayu di kawasan saya tinggal meminta saya untuk datang kerumahnya di Taman Mulia , sebuah kawasan perumahan di atas bukit. Beliau memanggil saya ‘Ustaz’ walau pun beliau tahu saya bukan belajar aliran agama kerana kebolehan saya mengubati menantunya yang kini menjadi Imam di salah sebuah Masjid di Shah Alam. Menantu nya seorang pelajar pengajian Al –Quran , al Hafiz dan ketika itu menyambung pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana di Universiti di Jordan.
Bila diberitahu bahawa menantunya yang baru sampai dari Jordan, balik ke Tanah Air dalam rangka cuti semester tiba-tiba di rasuk sebaik sahaja memasuki pintu rumah, hati saya tertanya-tanya, bagaimana seseorang yang sudah hafal 6,666 ayat al Quran di dadanya bisa di masuki makhluk halus? Mungkinkah kerana rumah mertuanya di atas bukit (Hulu Langat) atau mungkinkah beliau telah berbuat dosa-dosa besar?
Saya bergegas kesana dengan hanya berpakaian T-shirt dan jeans kerana merawat kerasukan ni adakalanya mengambil masa yang lama sedang waktu maghrib semakin menghampiri, apatah lagi pesakitnya adalah seorang al-hafiz , sudah tentu Jin yang merasuknya lebih aula dari segi ilmu dan pengalaman memperdayakan perawat-perawat Islam sebelumnya.
Pelajar itu terbaring di tengah halaman rumah dan lelaki di dalam rumah itu hanyalah bapa mertua dan anak lelaki nya yang masih bersekolah. Sudah keluarkah jin ini dari tubuh saudaraku ini bila melihat dia hanya terbaring seperti kesakitan ? Ini mengingatkan saya akan kisah guru saya yang mula di kenali di Sekolah Agama di mana dia bekerja semasa itu sebagai pemandu bas, akan kehebatannya dalam menghadapi kes-kes histeria. Seramai 10 pelajar perempuan yang dipilih oleh jin-jin tembaga ni merasuk mereka dan membentuk kumpulan seperti pesilat, bergerak dalam langkah silat yang sama dan kesemua mereka berambut panjang. Pelajar-pelajar lelaki tak mampu berbuat apa-apa , nasib baik mereka sempat membawa kesepuluh mereka ini ke Surau sekolah semasa di rasuk. Wardennya yang juga Guru Agama di sekolah itu tiada ketika itu. Mereka memanggil guru saya ‘Pakcik’, seorang pesara tentera dan panggilan itu kekal sebagai satu ‘panggilan hormat’ seorang guru sehingga kini.
Melangkah aje kaki ‘Pakcik’ memasuki surau dengan memberi salam terlebih dahulu, seorang demi seorang pelajar perempuan yang dirasuk bersilat tadi tumbang satu persatu.Jin-jin yang bermain silat di sarung tubuh pelajar perempuan melarikan diri secara tiba-tiba apabila grandmaster silat batin Sunan Kalijaga muncul di persada gelanggang. Apakah kelebihan grandmaster ini sehingga tidak perlu menggunakan ayat-ayat ruqyah pun, bukan seorang ‘ustaz’ mahu pun ‘al hafiz’ hanya pemandu bas sekolah. ‘Pakcik’ juga adalah guru kepada wakil yang telah mengijazahkan amalan ini kepada seorang perawat popular di TV yang mengaku tidak berguru. Perawat ini memang alim dan warak, walau tidak mengenali dan menemui guru sebagai adab berguru, namun ‘Pakcik’ membiarkan sahaja kerana beliau dapat membawa ilmu ini dengan baik malah saya juga telah mendapat ilham dari kaedah beliau beramal sehingga memperoleh amalan-amalan mustajab ini malah melebihi beliau sendiri. Berita muttakhir saya dapat tahu perawat ini telah datang menemui guru kerana ‘ijazah’nya telah di tarik balik kerana “kurang adab dan kurang ajar”.
Saya memulakan rawatan kepada pelajar al hafiz ini dengan duduk di bahagian kepalanya, tangan kanan di ubun-ubun dan membacakan ruqyah awalan iaitu al fatihah, al baqarah, bacaan 3 Qul dan meneruskan membaca ayatul kursi berulang-ulang…………Jin Islam ini memang aula dari segi ilmu dan amalan kerana Jin ini adalah guru kepada pelajar ini sendiri, yang sentiasa membisikkan bacaan al quran kepada telinganya ketika ia lupa. Ini adalah perjanjian yang telah mereka meterai bersama namun pelajar ini telah melanggar janji sumpah iaitu tidak akan berkahwin selamanya.
Teringat saya akan pengajaran dari tuan guru mursyid Ustaz Hj.Ahmad Che Din dari Yayasan Angkatan Bina Jati Diri (ABJAD) dan telah dibukukan kedalam buku “Penghuraian Misteri Alam Melayu” dan diterbitkan oleh Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD (A) iaitu :
“Ulama boleh menjadi sesat sekiranya mereka berhubung dengan khadam-khadam tumpangan yang terdiri daripada rohani Jin Islam atau Jin Kafir alam rendah yang datang mengikut perjanjian penerimaan persahabatan, samada melalui mimpi atau jaga, melalui wirid, jampi, doa dan seumpamanya. Bermula dari situ ulama itu menjadi popular dan akan dikunjungi oleh orang ramai bagi meminta pertolongan seperti sembahyang hajat , mengubat penyakit, memberi kuliah agama dan sebagainya.
Dari satu segi perbuatan tersebut memang kelihatan baik dan tidak terdapat apa-apa kesalahan, tetapi yang menjadi kesalahan dan menyesatkan pula ialah cara ulama tersebut menerima amalan dan pertolongan tersebut. Mereka menerima pertolongan daripada khadam Jin dan mereka pula memberi pertolongan kepada orang lain melalui bantuan khadam-khadam mereka.
Ulama-ulama jenis ini berselindung disebalik keulamakan yang ada pada mereka, kerana kepentingan dan keegoaan diri serta mempunyai sikap yang buruk. Kadang-kala mereka menggunakan kedudukan mereka untuk cuba menyebarkan fahaman dan kaedah perubatan mereka itu, sedangkan mereka tidak sedar yang mereka telah di perbudak-budakkan oleh puak-puak jin yang pintar menipu manusia ini.”
Bila Tok Belagak dari DARUL SAKA mendedahkan bahawa Syeikh Wahid Abdul Salam Bali adalah Wahabi tegar………………
” Abdul Wahid Salim Bali yang terkenal dengan rawatan ruqyahnya adalah seorang Wahabi tegar. Den tidak gelar dia syeikh sebab DEN tak iktiraf dan tolak Wahabi. Mana mungkin DEN terima fahaman yang ingin memindahkan makam Rasulullah s.a.w yg cuba di pinta oleh Al-Bani Laknatullah yang mengaku pakar hadis itu. …………..
Sewajarnya mana2 perawat yang mengaku aliran Sunnah Wal Jamaah wajarlah berlaku jujur pada pesakit, mereka meruqyah dari Ijazah seorang Wahabi Orthodoks. Kenalah berlaku adil kepada pesakit yang datang kepada mereka mengharapkan keberkatan Ruqyah tetapi bukan dari Ruqyah yang di sanadkan kepada penumpah darah dan mereka yang telah membunuh beribu umat Islam di Mekah lantaran darah telah menjadi halal jika tidak mengikut fahaman mereka.
Ada seorang ketua perawat mengatakan scan itu telek..sebab dia ada pendamping. Kalau Ilmu Scan di kembangkan..Pecahle rahsia dia mempunyai pendamping. Pendamping dia siap boleh hafal ayat2 Ruqyah..ha..ha...ha...Mati-matilah ingat jin pesakit yang mengulang setiap bacaan perawat..rupa-rupanya JIN sendiri...Jin asal dah KO kena teranjang Jin pendamping dan dia pula mengambil alih tubuh pesakit. Sekurang-kurangnya ada 2 perawat yg ada pusat rawat Islam menggunakan title Ustaz ada mempunyai pendamping. Tidak cukupkah Allah sebagai Wakil..Hasbunallah Wanikmal Wakil.
Kenapa nak jatuh hukum bila kaedah rawatan orang berbeza..sikit2 syirik dan kurafat je..Siapa2 yang belajar dengan DEN..ramai dah belajar cara ruqyah..mana ada DEN halang..Bahkan cara Ruqyah yang DEN belajar dulu lagi banyak..salah satu Qaf 100...sampai maleh budak2 nak amal..DEN tak pernah halang pun..ahkan masa sessi traning di pusat rawatan DEN pun DEN kata bacalah apa yang korang nak baca..nak baca set penuh Ruqyah ke..nak baca Fatihah aje ke...surah AL-ikhlas aje pun tak pa..sebab itu semua ALLAH s.w.t yang punya. bukan nya baca surah ini tuhan lain..baca surah ini lain tuhannya...Semua tu Milik Allah s.w.t. Ada yang suka guna zikir..den kata zikir le..No harm..yang penting Nawaitu tu...Pada SIAPA diletakan segala pengharapan...
Kalau mana2 Perawat Wahabi tak puas hati dan mendakwa Ruqyah boleh menyelesaikan semua masalah..Silakan..DEN sedia menerima dan memberi ujian dan tantangan...Niat DEN ialah nak menunjukan ilmu Allah Maha Luas..Jangan JUMUD cam WAHABI...Kita letak beberapa ekor Jin dan cuba buang ikut kaedah memasing. Den tak sempat nak hurai Ilmu pengubatan yang selalu di gunakan oleh ulama Sufi...Iaitu Mengubat Melalui kaedah Niat. ( Sure kena cop Khurafat nya, sedangkan dibawa oleh tarikat yang muktabar )
Kalau Allah tak kasi manusia Ilham..Al-Quran itu tinggallah ilmunya didalam 6,232 ayat itu sahaja...Tapi Saidina Ali r.a di beri ilham..mampu menghurai Fatihah sahaja sampai 40 ekor untuk membawa kitab tafsiran. SO begitulah Ilmu berkembang..Itu belum lagi Ilmu yg ulama terkemudian kembangkan dari huraian Saidina Ali r.a ..kata orang tidak secara direct dari Fatihah tetapi ilham yg bersumber dari buah Ilham yang dikurniakan kepada Saidina Ali r.a dalam mentafsir surah tersebut. Maka berkembang le ilmu...terima fahaman”
Di sini jelas sentiasa ada pertembungan pendapat yang bertentangan di antara ahli agama dari kalangan “Ulama Universiti” (gelaran Dr. atau Professor) dan “Ulama Pewaris Nabi” (Al faqir ilallah/ Syeikh Mursyid). Biasanya amalan dari kalangan “ulama pewaris nabi” selalu menjadi sasaran fitnah “ulama Universiti”, asal tiada dalam pengetahuan mereka dan tiada dinyatakan di dalam Al Quran dan Sunnah nabi maka amalan itu menjadi amalan sesat dan berdamping dengan Jin.
Begitu juga amalan saya kaedah mengubat menggunakan kaedah NIAT, penyerahan total kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa dan Maha Penyembuh , “tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan kekuatan dan izin Nya jua”.
Sesungguhnya Dialah Tuhan yang menciptakan segala sesuatu dan segala sesuatu ada di tangannya. Wahai orang yang menuntut sesuatu dari selain Allah, sesungguhnya kamu tak berakal. Apakah ada sesuatu yang tak ada di gudang Allah? Firman Allah di surah AL Hijr, ayat 21, maksudnya :
“Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya; dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu.”
Ketahui lah hai orang-orang yang ingin dekat dengan Allah bahwa orang yang tidak mengambil tempat dalam ahad Allah (dirinya dan kelakuannya tidak bersambung kepada Allah). Ia mendengar terasa dengan pendengarannya sendiri; melihat dengan penglihatannya sendiri, bergerak dengan kekuatan sendiri, tidak terasa bahawa sifat-sifat tersebut turun dari Allah ke jasad kita sehingga kita , berhimpun dengan keindahan Allah. Seseorang yang memperlihatkan dirinya yang terasa berpisah dengan Allah dan terasa serba lain dari Allah berarti menampilkan ‘ananiyahnya’. Allah Taala ketika itu terhijab (terdinding) , seolah-olah Tuhan tidak ada. ORANG YANG SYIRIK ADALAH ORANG YANG MENGHUKUM DIRINYA KELUAR DARI AF`AL ALLAH , KELUAR DARI ISIM ALLAH , KELUAR DARI SIFAT ALLAH, DAN KELUAR DARI WUJUD ALLAH. Allah Taala hanya ada dalam ucapan lidahnya sahaja.
Bila bacaan ayatul kursi itu saya ulang-ulangkan, kelihatan badan pesakit menggeliat. Pesakit mula merengek kesakitan. Sepertimana biasa saya tidak akan melayan karenah atau rengekkan Jin dalam tubuh pesakit namun mertua pesakit yang sememangnya panas hati dengan keadaan menantunya ini mula bersuara,” kalau tak tahan sakit, keluar la buat apa menyusahkan orang”. Aura gelombang pemusnah sudah menjalar kesetiap urat saraf pesakit namun Jin ini masih mahu bertahan.
Kata orang roh ini bila memasuki tubuh berada di setiap saluran darah kerana darah datangnya dari jantung yang mengepamnya keluar masuk. Itu sebab orang yang dah mati tiada darah, pucat lesi. Darah ini juga yang diambil dari tempat orang yang mati kemalangan dan di puja rohnya untuk tujuan jahat. Jin dan syaitan pula menyelusup masuk kedalam tubuh manusia dan duduk di saluran darah, jisim halus. Ibarat perkakasan elektrik seperti komputer bila disambungkan tenaga elektrik kepadanya, maka barulah ia berfungsi, hidup. Maka terserlahlah kehebatan ciptaan teknologi perisian komputer yang dicipta oleh akal kurniaan Ilahi. Hidupnya komputer ini kerana adanya ROH (tenaga elektrik). Bila suis ditutup dan plug di cabut maka berhimpun lah segala komputer ciptaan Tuhan manusia ini dialam barzakh (stor) sebelum diputuskan untuk dilupuskan atau di gunasemula.
Bila kita sakit dan membuat pemeriksaan, darah akan diambil dan diperiksa kandungan darahnya. Maka akan terlihatlah di bawah mikroskop kandungan darah yang terdiri dari Jin dan syaitan yang berupa dalam bentuk kuman, virus dan bakteria pada pandangan mata kasar. Itu yang di ajar kepada pengamal perubatan moden (alopati) oleh Professor mereka dari kalangan orang-orang Barat yang menolak kewujudan Tuhan dan menurut mursyid ku Hj.Ahmad Che Din :
TANDA SESUATU AMALAN DAN ORANG YANG BERAMAL BERADA DALAM SESAT AQIDAH, SYARIAT DAN AKHLAK DIATAS NAMA MURTAD, MUNAFIK, ZALIM, FASIK ITU IALAH ILMU DAN AMAL YANG :-
1. (d) Mubai`ah pula kepada orang yang fasik, munafik, zalim dalam ilmu dan amal.
(e) Tidak mengikut kaedah mubai1ah yang betul dalam Qowaid Syar`iyah dalam bab
syariat dan sufi
akhlak)
2. (c) Patuh pada perjanjian yg haram dalam hukum syarak ( melakukan pembedahan &
pemindahan organ adalah HARAM mengikut pandangan Imam Mazhab.)
*Mendatangkan hukum syarak syarak yg baru dgn memansuhkan hukum syarak yg asal kerana patuh , taat dan ikut telunjuk khadam yg menjadi sahabat dalam semua kerja buatnya (menukar ubudiahnya dalam ilmu dan amalnya daripada Ubudiah kepada Allah ke Ubudiah kepada khadam yg menjadi sahabatnya).
3. Jenis-jenis latihan yg ada sifat marah atau dimarahi bagi menzahirkan perkara-
perkara yang menyalahi kebiasaan.
• Menzahirkan rupa Tanasikhul Arwah iaitu penjelmaan rohani daripada jin kedalam
diri sama ada secara tersembunyi atau nyata yang disangka Nabi atau Wali atau
Malaikat.
4. Mengiktiqad segala wirid, jampi dan doa boleh menghasilkan sesuatu yang dihajati
(berada dalam syak, zhan dan waham). Terjebak dalam iktiqad Jabariah, Qadariah dan
Muktazilah.
5. Tidak tahu asal usulnya, paling kurang sampai kepada ulama-ulama muktabar yang
dipercayai ilmu dan amalnya. Mengambil ilmu dan amal dengan cara :
(a) Meniru ilmu dan amal tiada berguru.
(b) Mengambil daripada dalam mimpi.
(c) Mengambil daripada dalam buku.
(d)Mengambil daripada mereka yang terputus salasilah dengan guru yang atasnya atau
orang jahil , zalim, munafik, fasik atau daripada orang-orang kafir , paderi,
rahib dan sami-sami. atau orang jah
Jin di dalam tubuh pesakit akhirnya bersuara, “ Tolong lah, tak baik buat aku macam ni, aku dah tua.” Saya membiarkan sahaja jin tersebut merengek-rengek kesakitan dan merayu-rayu supaya saya berhenti membacakan ayatul kursi. Hanya Ayatul Kursi dibaca berulang-ulang, itu pesan Iblis yang di tangkap oleh Abu Hurairah semasa menjaga hasil zakat dan di benarkan oleh Rasulullah, tiada ruqyah lain sehebatnya. Akhirnya selama 45 minit di alirkan arus gelombang pemusnah keseluruh tubuh pesakit dan Jin ini telah pun mengalami kecederaan yang teruk dan tak mampu lagi nak mempertahankan sumpahjanjinya , Jin ini mengalah dan meninggalkan terus tubuh pesakit.
Pesakit sedar dan bangun, memandang saya dan menangis keesakkan. Barulah isterinya muncul , berpurdah datang memujuk suaminya. Saya minta izin untuk solat maghrib dan sesudahnya dihidangkan minuman sambil berbual dengan mertuanya akan kisah menantunya ini. Menurut mertua pesakit, menantunya ini adalah pelajar terbaik di Universiti Jordan dan mendapat hadiah “Jubah’ Syeikhnya sendiri dan pernah seorang pelajar lain dimarahi oleh Syeikh ini kerana memakai ‘Jubah Khas ‘ yang di hadiahkan kepada pelajar kesayangannya.
Pesakit juga merupakan anak angkat kepada seorang Tuan Guru berpengaruh di Kelantan (ahli politik). Ini yang menghairankan saya, bukan calang-calang orang yang telah cuba mengubati pesakit ini namun tiada hasil positif, pesakit ini terus di rasuk terutamanya bila berada di samping isteri. Pada sebelah malamnya, sewaktu tidur pesakit menceritakan bahawa beliau di ganggu lagi dan di dalam mimpinya beliau menceritakan bahawa saya telah datang membantunya. Pesakit meminta mertuanya menemukan dengan saya dan meminta untuk berguru. Saya mengijazahkan beliau amalan yang mudah dimana 6,666 ayat al quran yang sudah di hafalnya terkandung di dalam amalan itu.