Friday, August 6, 2010

PENGALAMAN MERAWAT PENYAKIT KRONIK & MISTERI (2)

BUANG SUSUK DAN STROKE

Bismillahirrahmanirrahim

Suatu hari saya didatangi seorang tua berusia 75 tahun dengan ditemani oleh anak-anaknya iaitu 3 lelaki dan 2 perempuan. 2 anak lelaki ini memapah bapanya dari kereta memasuki rumah. Anak perempuan bongsu lelaki tua ini adalah kenalan ku dan pernah bertanya adakah saya boleh membuang susuk. Kata saya, dengan Ilmu Titik Sembilan, tiada apa yang tidak mampu di tanganinya.

Orang tua ini begitu payah bergerak dan setiap kali di bantu oleh anak-anaknya. Setelah berbaring, saya bertanya pada anak-anaknya, apa lagi penyakit yang di hidapi oleh bapa mereka. Kata mereka , bapa mereka sudah 8 tahun lumpuh separuh badan dan ada juga menghidapi asma dan gout.Lalu saya mencadangkan agar penyakit fizikal bapanya ini di rawati dulu sebelum proses membuang susuk di mulakan dan di persetujui oleh mereka semua. Bapa mereka hanya terkebil-kebil memandang kami kerana tidak ada upaya untuk bercakap memandangkan sebelah kiri saraf mukanya juga ‘jammed”.

Terapi di mulakan dengan meletakkan tangan kanan di ubun-ubun, di mulakan dengan memohon pada Allah dengan menyebut nama Nya, minta perlindungan dan pertolonganNya,ber NIAT, datang GERAK dari Allah Azzawajalla dan MAKRIFAT kan sambil berdoa . Zikir di alunkan tanpa henti. Proses mengalirkan gelombang pemusnah tidak mengambil masa lama, lalu dengan Rahmat Nya tangan kiri terus di gerakkan untuk mencari sasaran bermasalah seterusnya.

Tempat pertama yang disinggahi tangan kiriku adalah pada bahagian pipi kirinya. Gelombang penghancur mengambil giliran mengalirkan auranya, tidak lama tiba-tiba orang tua ini bangun……dengan lajunya beliau bangun dari pembaringan…..anak perempuan bongsunya menjerit…..”muka abah dah elok, tak herot lagi”…..

Sudah tentu saya sendiri juga terkejut kehairanan.Apa lah daya ku Ya Allah, tanpa pertolongan Mu tiada keajaiban yang boleh berlaku. Orang tua ini saya minta supaya baring semula, begitu bersemangat nampaknya beliau setelah dapat merasakan gelombang penghancur ini telah memulihkan saraf mukanya sebelah kiri. GERAK datang lagi membawa tangan kiri saya ke dada kirinya untuk memulihkan jantungnya dan paru-parunya yang sekian lama tidak di masuki darah yang membawa energy, oksigen dan zat-zat pembina tubuh.

Seterusnya tangan kiri saya menuju ke bahagian kakinya dan berakhir di tapak kaki yakni untuk memulihkan saraf kaki dan menghancurkan sisa-sisa penyakit goutnya. GERAK dari Allah Azzawajalla adalah benar sekali pun pesakit mendakwa yang bahagian sakit adalah di tempat lain namun bila di terapi sakit pulih sepenuhnya. Bukan kah segala sesuatu di ciptakan Nya. Adakah segala ciptaan manusia yang berasaskan pemikiran akal semata-mata mampu menandingi kehebatan ciptaan Ilahi?

Sekali pun mereka yang jahil mendakwa, “jumpa doktor lah, mereka lagi tahu, semua penyakit mereka dah kaji”. Sedangkan Allah SWT telah menjelaskan bahawa setiap penyakit ada ubatnya . Maksudnya, ubat telah tersedia yakni alam ciptaan Nya melalui kaedah memakan madu, habbatussauda`, buah delima dan sebagainya atau kaedah berbekam dengan membuang darah kotor di bawah lapisan kulit sepertimana di pesan oleh Jibril di malam Isra` dan mikraj.

Kenapa mengagungkan kaedah perubatan yang bersandarkan akal semata-mata. Malah cukup takjub dengan ubatan kimia dan teknologi mesin yang amat bergantung kepada aliran tenaga elektrik di dalamnya. Tenaga elektrik di dalam tubuh kita cukup tinggi kuasa voltannya, malah kalau tidak di balut semasa melalui Alam Lahut, jabarut dan malakut, tubuh kasar dari tanah ini pasti hangus seperti di sambar petir.

Pada keesokan harinya, orang tua ini berjalan sendiri menggunakan bantuan tongkat. Walaupun nampak keras geraknya namun semangat orang tua ini cukup kental, menampakkan kewibawaannya semasa muda adalah seorang pendekar handalan. Beliau tidak semena-mena menunjukkan tangan kirinya yang sudah pulih, di buka dan di tutup genggaman tangannya dengan laju. Mulutnya juga sudah boleh mengeluarkan kata-kata walau tidak jelas kerana lidahnya belum lembut sepenuhnya untuk dapat kembali bercakap seperi biasa.

Orang tua ni berusia 75 tahun namun yang luarbiasanya kemampuannya memberikan zuriat. Anak nya yang paling kecil berumur beberapa bulan ketika itu. Ini adalah penangan pemakaian susuk gagah semasa muda, bukan sahaja “senjata” nya masih gagah bahkan nafsunya juga “gagah”. Susuk ini di namakan susuk peluru bukan di pakai di dalam tubuh tetapi di makan namun tidak hancur . Saya menelefon guru-guru dan kawan-kawan yang mengetahui berkenaan susuk ini namun tiada siapa yang pernah mendengar mengenainya.

Rawatan bermula sepertimana biasa, aliran gelombang pemusnah di ubun-ubun yang membinasakan segala yang negative di dalam saluran darah. Kemudian gelombang penghancur memancarkan auranya ketempat di mana kekuatan negative itu terkumpul. Pesakit memakai pampers kerana ketidakupayaannya, jadi walau sudah di asak keluar oleh gelombang penghancur namun saya tidak dapat memeriksanya. Tawakkal sahaja dengan Tuhan agar susuk peluru itu sudah keluar.

Besoknya, si anak bongsu mengatakan dalam perjalanan pulang si ayah mengajak mereka ke kedai makan, sudah lama tidak pekena the tarik katanya. Cerianya si ayah begitu ketara. Goutnya sudah baik, kakinya dapat memijak tanah dan dapat berjalan pula. Kini dia tak perlu risau mengenai tenaganya yang melampau, segalanya kembali normal sesuai dengan usianya.

Wassalam.