Tuesday, August 3, 2010

PENGALAMAN MERAWAT PENYAKIT KRONIK (1)

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

Seseorang mendatangi saya dengan berkerusi roda. Kelihatan orangnya sihat namun ketidakupayaannya berjalan malah terpaksa di papah ke dalam rumah membingungkan saya. Katanya dia baru keluar dari hospital, penyakit gout tahap kronik.

Kedua kakinya membengkak sama besar seperti gajah. Katanya, Doktor nak “operate” nak sedut lemak tersebut. Bayangkan kaki yang membengkak di sedut lemak, apa jadi bila lemak tersebut sudah di buang, tentu kulitnya melondeh. Beliau menolak untuk di bedah dan membuat pilihan untuk berubat cara tradisional Islam, pasti ada cara katanya yang tidak memerlukan pembedahan.

Beliau membuat pilihan yang tepat datang menemui saya. Beliau merupakan seorang Imam di sebuah Taman Perumahan dan ketidakhadirannya ke di surau menimbulkan tandatanya ahli surau. Beliau telah di cadangkan untuk berjumpa saya setelah mendengar pengalaman teman dari surau akan kebolehan saya.

Rawatan yang saya lakukan berlangsung selama 3 hari. Terapi di mulakan di ubun-ubun dengan mengalirkan gelombang Ilahiah terus kesetiap urat saraf bagi memecahkan lemak yang terkumpul di dalam saluran darah. Kekuatan gelombang ini ibarat lampu gaselin zaman dulu-dulu yang boleh di tinggikan atau di kurangkan cahayanya. Bila saya alirkan kekuatan gelombang tambahan ini, secara tak langsung gelombang energy di dalam tubuh pesakit bertambah dan menjalar kesetiap urat saraf serta kedalam tubuh juga. Pengaruh gelombang Ilahiah ini meneutralkan kembali cairan darah di dalam urat saraf dengan memecahkan kepekatan darah serta membunuh kuman dan virus yang menurut ulama Tauhid adalah sekumpulan Jin yang mendiami di dalam saluran darah manusia.

Setelah cukup tempoh tangan kanan mengalirkan gelombang energy pemusnah, tangan kiri pula di GERAK kan untuk mencari bahagian kaki yang perlu di terapi menurut petunjuk Ilahi. Bahagian kedua tapak kaki menjadi sasaran setelah tapak tangan berhenti di situ. Terapi di teruskan selama beberapa minit untuk menghancurkan sisa-sisa penyakit yang ada.

Selama gelombang energy di alirkan melalui ubun-ubun, pesakit akan merasakan semacam arus elektrik yang amat halus rasanya mengalir di setiap urat saraf. Dan bahagian yang sakit pula, dengan aliran gelombang dari tangan kiri, pesakit akan merasa semacam kepanasan di bahagian itu. Seperti plug seterika di sambungkan kesoket, suis dibuka menyalurkan arus elektrik dan seterika tentu akan panas, tentu boleh menggosok baju dan pasti juga akan mebakar baju kalau diletakkan sekian lama. Hasilnya tapak tangan kiri mengalirkan gelombang yang akan membakar sisa-sisa penyakit dan penyakit akan hilang dan sembuh sepenuhnya.

Ini berbeza sekiranya memakan ubatan kimia yang merupakan “pain killer”, yang hanya menghilangkan rasa sakit.Penyakit tak berkurang malah semakin melarat. Ubat tradisional pula mengambil masa untuk serasi dengan tubuh dan bertindak seadanya mengikut khasiat yang telah Allah SWT jadikan ia.

Alhamdulillah, selepas 7 hari si Imam menelefon dan memberitahu yang kaki dia dah kembali normal yakni pengecutan berlaku dalam 7 hari. Hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa dan mampu menyembuhkan. Segala kekuatan saya sandar kepada Nya jua.

"Apa jua kehebatan yang dimiliki tetap tidak boleh memecahkan pintu takdir ALLAH"
(petikan kitab Hikam Syeikh Ibnu 'Athoillah).

Wassalam.