Wednesday, August 18, 2010

PENGALAMAN MENGUBATI PENYAKIT DI MEKAH (2)

Dari bahagian 1 :

...."Ini adalah kerana keistimewaan dan kekeramatan ahlul-bait Rasulullah SAW adalah sebahagian dari anugerah Allah SWT atas mereka demi memberi kesinambungan pada kemuliaan dan ketinggian darjat baginda. Apatah lagi dengan selawat atas mereka yang dibaca berjuta umat islam dalam setiap waktu solat sejak zaman berzaman, menjadikan seolah-olah ‘berdaulatnya’ zat yang dimiliki mereka , sehingga terasa ‘berbadi’ dan ‘bisa’ jika dibandingkan dengan manusia lainnya. Sabda baginda : “Setiap sebab dan nasab terputus pada Hari Kiamat, kecuali sebab dan nasabku.”....



Mereka-mereka yang sakit dan yang pernah saya tolong rawat dan ubati semasa di Mekah :

i. Sang suami menolak kerusi roda semasa dari KLIA lagi yang diduduki oleh isteri tercinta. Isteri beliau mempunyai masalah di pergelangan kaki menyebabkan beliau tidak dapat berdiri dan berjalan. Memandangkan suaminya sebilik dengan saya dan isterinya tinggal sebilik dengan ibu dan kakaknya maka saya tanyakan kalau nak ikhtiar cara Islam. Selepas di rawat mengikut kaedah gelombang Nur Syifa disaksikan ibu dan kakaknya dengan di bacakan Surah Yaasin pada ubun-ubun mengalirkan gelombang pemusnah ke seluruh urat saraf memusnahkan apa sahaja yang menyekat perjalanan darah di seluruh urat saraf si pesakit ini. Dan seterusnya bacaan Surah Al Waqiah di bacakan dan di terapi di bahagian lutut dan kaki sehingga selesai, gelombang penghancur yang menghancurkan saki baki lemak ke, kolestrol ke, angin ke, virus, kuman atau apa saja yang boleh memudaratkan bahagian anggota badan tersebut. Pada keesokannya, saya melihat si isteri menolak kerusi rodanya sendiri menuju ke Masjidil Haram. Syukur Alhamdulillah.

ii. Abang Mad (nama panggilan) berpindah dari Hotel agak mewah ke hotel murah kami kerana tak upaya nak mendaki bukit tempat Hotel asalnya. Beliau berbadan besar dan menggunakan tongkat, juga menghadapi masalah sendi lutut bertahun lamanya. Rakan sebilik saya adalah rakan lamanya semasa menginap di Hotel di Madinah dan datang bertandang ke bilik kami untuk berbual-bual. Menceritakan kenapa beliau berpindah ke hotel kami menyebabkan saya menawarkan diri untuk merawat lututnya dan beliau tidak menolak dan berkata tidak salah untuk berikhtiar. Saya hanya meletakkan tapak tangan kiri dan berzikir sahaja kebahagian lutut Abang Mad dan proses rawatan selesai dengan mudah dan cepat. Selepas dari hari itu beliau merasakan suatu kekuatan dan tidak mempunyai masalah lagi untuk menaiki tangga hotel terutamanya dan semasa di Mina, beliau juga teruja dengan pertambahan kekuatan kakinya dan tidak perlu mengupah sesiapa untuk melaksanakan Ibadat Melontar untuknya.

iii. Guru Agama pembimbing kami menghadapi masalah sakit jantung yang kronik menurut cerita beliau dan beliau telah pun berusia 65 tahun namun kekuatan fizikalnya memang hebat. Apabila mendapat tahu saya merawat beberapa orang dari kalangan jemaahnya, beliau terus mencari saya untuk mendapatkan rawatan jantung dan rawatan ini berterusan sekembali kami dari Tanah Suci Mekah. Semasa di Mina beliau menghadapi masalah tapak kaki yang ketara sakitnya, mungkin akibat lama berjalan dan terlampau kerap kerana membawa jemaah Haji melontar Jamrah. Beliau meminta saya merawatnya, ubatan kimia tidak dapat membantu sedang 2 orang Doktor Pakar ( Pakar Bius dari USM Kelantan dan Pakar kanak-Kanak dari KL) turut memerhati. Sekembali dari membawa jemaah pergi Melontar, beliau dengan ceria melompat-lompat di hadapan saya dan mengatakan sakitnya hilang sama sekali. Satu keajaiban dengan disaksikan ramai jemaah kerana kami di Khemah di Mina tiada dinding penghalang dan saya gembira bila kaedah rawatan saya ini amat di hormati oleh Doktor Pakar kanak-kanak dari KL yang tinggal sekhemah dengan saya.

iv. Seorang Guru Agama dari Machang, tinggi lampai orangnya sesudah menunaikan Ibadah Melontar Jamrah terus pulang ke Mekah untuk menunaikan Ibadat tawaf Rukun. Sebenarnya waktu itu bukan waktu yang di jadualkan untuk jemaah Haji dari Nusantara untuk menunaikan Tawaf Rukun untuk mengelakkan kemalangan diantara jemaah yang berbeza saiz. Beliau menceritakan semasa sedang Tawaf, 2 gergasi dari Afghanistan mungkin setinggi 6’ 5” sedang beliau hanya 5’10”, memijak kakinya. Kedua-dua kakinya di pijak oleh Dkedua gergasi ini kiri dan kanan. Beliau kesakitan dan dengan segera menarik kedua kakinya dari terus terpijak oleh kedua gergasi ini. Sebaik selesai Tawaf dan keluar dari barisan tawaf bersama kumpulan, kaki beliau kekejangan. Nasib baik didalam kumpulan ini ada seorang lagi jemaah yang juga pakar dalam bidang rawatan tradisional urut. Dengan urutan yang sederhana beliau dapat menahan kesakitan dan bersama kumpulan pulang ke Mina. Di Khemah Mina, beliau duduk bersebelahan dengan saya dan terus aje meminta saya membuat terapi rawatan aura bagi menghilangkan terus kesakitan kerana masih ada 2 hari lagi untuk pergi melontar.
Alhamdulillah, tanpa urutan, tanpa melalui prosidur yang sulit, tanpa ubat dan tanpa bius, bekas kesakitan dan kekejangan hilang serta merta. Beliau berkata, agak was-was untuk meneruskan perjalanan pada malam itu waktu pergi melontar namun hasilnya beliau tidak lagi merasa sakit .

v. Selesai sudah kesemua Rukun Haji kami kerjakan, kami masih ada masa selama seminggu sementara menunggu jadual untuk pulang ke tanahair. Dimasa-masa ini baru kami luang-luangkan masa duduk di lobby hotel berbual-bual bersama-sama jemaah yang lain. Dari situ ada seorang makcik dari Kelantan asyik bercerita pasal sakit belakangnya (slip disk) dan dah pergi merata tempat berubat termasuk berjumpa bomoh siam. Dan ada pula seorang wanita dari KL juga menghidap penyakit kronik iaitu kanser payudara. Wanita ini pula terlalu taksub dengan perubatan moden hingga sanggup membuang sebelah payudaranya dan kini menanggung sakit akibat nya. Beliau berulangkali datang ke Tanah Suci untuk beribadah dan berdoa memohon kehadrat Ilahi untuk kesembuhan penyakitnya. Namun beliau tetap sakit jua.

Pada saya ketaksubannya pada kaedah rawatan yang di asaskan oleh Yahudi laknatullah menjadi punca tiada tertunai doanya walau berdoa berulangkali di hadapan Kaabah. Beliau menolak kaedah rawatan tradisional dan kaedah rawatan Islam kerana katanya Doktor lebih tahu sebab mereka mengkaji. Begitu lah manusia bila tidak mengenal Tuhannya. Dia kata berdoa kehadrat Tuhan, tuhan yang mana? Sains tidak mempercayai adanya Tuhan. Tuhan yang Esa yang layak di sembah adalah Maha Penyembuh. Tiada penyakit yang tiada ubat kerana DIA sudah menyediakannya. Tetapi wanita ini lebih mempercayai ubat ciptaan saintis yang tidak percaya akan Tuhan. Lebih percaya akan kaedah pembedahan yang di haramkan dalam Islam menurut Imam 4 Mazhab. Nak meminta pada Tuhan kena kenal Dia dahulu dan mesti mensucikan diri zahir dan batin agar cermin hati dapat menerima pancaran Nur dan doa menjadi makbul tanpa pengantara. Kalau hati belum bersih dan doa tidak makbul, maka cari lah pengantara yang makbul doanya yang menggunakan kaedah Islam yang syumul. Tawaran saya untuk mengubatinya tidak dihiraukan malah mendapat sindiran lagi.

Makcik ini pula dengan senang hati menerima pelawaan saya untuk mengubatinya. Seperti biasa saya membacakan Surah Yaasin di kepalanya dan surah Waqiah di bahagian belakang badannya. Bersama menemaninya adalah 2 orang wanita seusianya. Seorang daripadanya memuji bacaan ayat-ayat Quran yang saya perdengarkan. Katanya cukup baik dan cukup segala syarat bacaannya dan beliau mengatakan beliau adalah guru Al-Quran dan merupakan anak murid kepada anak Waliullah Tok Kenali. Beliau meminta saya mengubati stroke di bahagian mukanya sahaja dan meminta untuk menjadi murid saya. Alhamdulillah, segalanya mudah, beliau dapat merasakan pengaliran arus di mukanya dan dapat merasakan kekenduran kulit mukanya. Sekonyong-konyong, bunyi bising di luar bilik dan jemaah yang tinggal di tingkat atas bergegas turun ke bawah. Rupa-rupanya bilik di tingkat 3 terbakar dan semua jemaah di arah turun dan keluar hotel.

Selepas selesai pihak berwajib memadamkan kebakaran, saya menemui makcik tadi dan dia berkata, bahawa semasa bergegas berlari turun dari tangga beliau langsung tidak merasa sakit lagi. Kesakitan belakangnya hilang begitu sahaja. Ini yang dikatakan doa yang makbul ( Doa Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi-bila diucap akan bergegar Arsy yang mulia dan malaikat menunggu arahan untuk turun membantu hamba Allah yang meminta pada Nya dan Ucapan Doa Ismullah Al A`dzham bilamana diucapkan oleh hamba Nya yang di kurniakan Nya Doa ini, pasti dia tunaikan, itu janji Nya, Kekasih Yang Agung).

vi. Saya diberitahu rakan sebilik bahawa saya kerapkali di cari oleh seorang lelaki untuk mengubatinya. Rupa-rupanya lelaki ini adalah kenalan ayah saya sebagai anggota polis di Kelantan dan beliau mengatakan ayah saya yang menasihati beliau berubat dengan kaedah yang saya amalkan (kerana ayah saya sendiri saya ubati berkali-kali berkenaan masalah jantungnya). Beliau dinasihatkan oleh Doktor Pakar Jantung di Mekah Al Mukarramah supaya menunda jadual pulang ke Malaysia dan menjalani rawatan pembedahan jantung di sana. Beliau sempat saya terapi sebanyak 2 kali dan Alhamdulillah sepanjang berada di sana dan kali terakhir berjumpa di KLIA sebelum berlepas pulang ke Kelantan bersama ayah saya, beliau kelihatan sihat, tiada tanda-tanda orang yang mengalami masalah jantung pun.

vii. Pesakit yang terakhir adalah pesakit buasir. Anda tahu macamana orang yang sakit buasir , selepas di terapi pada bahagian yang sakit sebanyak 2 kali, buasirnya kecut sama sekali.

Sepanjang berada di sana bersama anggota jemaah Travel Agency, saya pernah menawarkan kepada anggota syarikat ini sekiranya memerlukan bantuan segera megenai masalah penyakit jemaah haji boleh la meminta bantuan kepada saya. Namun jawapan yang saya terima adalah, Arab Saudi tidak mengiktiraf perubatan Islam, syirik menurut mereka ( atau pendapat peribadi individu ini sahaja). Namun guru agama kumpulan ini berbeza pendapat, beliau terus berubat dengan saya apabila mengetahui kebolehan saya. Berbanding tuanpunya syarikat dan terutama isterinya kelihatan seolah-olah menyindir kaedah perubatan Islam. Al maklum, golongan korporat lulusan dari Institusi yang di asaskan oleh yahudi laknatullah yang sememangnya anti Islam, sudah tentu menolak kaedah perubatan yang bukan dari Yahudi walau pun mereka sebenarnya membimbing jemaah haji untuk mendapatkan Haji yang mabrur. Kamu berada di Rumah Allah tetapi kamu menolak isi Kitabullah dan Sunnah nabi, di mana tauhid kamu? Kamu berada di Rumah Allah tetapi kamu sesat di dalamnya.

Saya berdoa di hadapan Kaabah agar Allah SWT menunjukkan kebenaran Nya dan meminta agar DIA menghinakan hamba Nya ini sepertimana dia menghina kaedah perubatan yang DIA amanahkan kepada ku ini.

i. Penghinaan dari Allah yang pertama, beliau di datangi oleh Pihak Berkuasa Tabung Haji untuk memeriksa bangunan hotel yang di duduki yang didakwa tidak selamat.

ii. Penghinaan yang kedua, bangunan hotel terbakar akibat struktur bangunan yang tidak selamat dan beliau turut mengalami kerugian kerana terpaksa membayar gantirugi kepada harta jemaah haji yang terlibat.