Tuesday, August 3, 2010

PENYAKIT DAN KAEDAH MERAWAT

KETERANGAN TENTANG PENYAKIT, KAEDAH MERAWAT PENYAKIT KRONIK DAN MISTERI

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarganya.

Adapun tujuan penulis mencoretkan pengalaman merawat penyakit kronik dan misteri ini bukan lah bertujuan untuk mendabik dada dan bermegah dengan kelebihan yang ada malah jauh sekali dari perasaan riak dan ujub akan diri. Penulis cuma bertujuan untuk menampakkan akan keberhasilan yakni kesan dari rawatan yang telah di lakukan.

Penulis sentiasa menyandarkan segala ilmu pengetahuan dan kekuatan kepada Allah Azzawajalla, penulis adalah hamba yang lemah lagi hina, daif lagi faqir, tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan dan ilmu Allah Subhanahu wa taala.

PENYAKIT FIZIKAL - KRONIK

KEBANYAKAN PENYAKIT BERPUNCA DARI KEROSAKAN SALUR DARAH

Badan manusia mempunyai berjuta-juta salur darah yang sentiasa membawa darah, gas oksigen, gas karbon dioksida, makanan, ubat-ubatan dan lain-lain. Salur-salur darah bermula sebagai satu salur besar yang kemudiannya berpecah kepada cabang-cabang dan berakhir sebagai unit-unit kecil yang dipanggil kapilari-kapilari.

Salur darah yang paling kecil atau kapilari bersentuh terus dengan organ badan yang sepatutnya menerima gas oksigen,makanan, air, ubat-ubatan dan lain-lain atau membawa keluar semua bahan yang tidak dikehendaki oleh badan yang disalurkan keluar melalui pelbagai sistem perkumuhan.

Ini dinamakan mikroperedaran (microcirculation)

*Setiap bahagian dalam tubuh badan kita dikelilingi oleh mikroperedaran (microcirculation).
*Setiap unit mikroperedaran itu mempunyai fungsi yang tertentu.
*Fungsi utama system mikroperedaran adalah untuk membolehkan pertukaran gas dan nutrisi berlaku.
*Mikroperedaran pada buah pinggang bertindak sebagai penapis darah.
*Mikroperedaran mengawal pengaliran darah keluar dan masuk dari jantung serta pengaliran darah kepada dan daripada semua organ manusia.
*Kerosakkan pada mana-mana unit mikroperedaran akan menyebabkan kekurangan darah ke organ-organ terbabit.
*Ini akan menyebabkan kekurangan bekalan oksigen pada organ terbabit.


MIKROPEREDARAN JUGA DIKENALI SEBAGAI JANTUNG KEDUA

Jika terdapat kekurangan oksigen di dalam mana-mana organ atau tisu badan, maka organ atau tisu badan tersebut tidak akan berfungsi dengan betul.

Jika ia tidak dipulihkan dengan segera maka organ atau tisu badan tersebut akan rosak untuk selama-lamanya. Ia juga boleh mengakibatkan kematian.

BAGAIMANA MIKROPEREDARAN BOLEH ROSAK.

Endothelial injury (untuk kebanyakan pesakit diabetis ), kadar kolesterol yang tinggi, penyakit yang berkaitan dengan salur darah, hepatits, penyakit hati yang kronik, penghisap rokok.


Kencing Manis

Salur darah ke ibu jari telah tersumbat, oleh itu darah beroksigen dan zat makanan tidak dapat disalurkan ke ibu kaki tersebut. Sel-sel sedikit demi sedikit akan mati.
Tanda: Kaki Selalu Kebas

Strok

Salur darah ke otak telah tersumbat.Tanda-tanda awal strok ialah:
1. Tidak dapat bertutur dengan lancar.
2. Sakit kepala yang mendadak dan berpanjangan
3. Kebas dan rasa tebal sebahagian muka.


Penyakit Buah Pinggang

Buah pinggang rosak kerana darah beroksigen tidak dapat di salurkan ke buah pinggang. Salur darah tersumbat.
Tanda: Kencing Tak Lawas


Sakit Jantung

Salur darah ke Jantung Telah Tersumbat. Oleh itu darah beroksigen dan zat makanan tidak dapat disalurkan ke Jantung. Sel-sel sedikit demi sedikt akan mati. Penyakit Jantung akan mudah serang kita.
Tanda: Sakit Dada Yang Amat Sangat.



Apakah Penyakit Yang Disebabkan Oleh Penyumbatan Salur Darah??

JANTUNG (Penyakit Jantung Koronari dan Serangan Jantung),
OTAK ( Strok dan Pendarah Otak),
GINJAL (Ginjal gagal berfungsi dengan baik dan Darah Tinggi),
MATA (Rabun),
KAKI (Komplikasi diabetes),
SARAF (Kebas dan Lumpuh),
MATI PUCUK (Lemah tenaga lelaki),
DAN LAIN-LAIN.



PENYAKIT BUKAN FIZIKAL - MISTERI

Tanda-Tanda Pada Waktu Tidur & Waktu Sedar

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR seperti:-

1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama
bersusah payah.
2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin
memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta,
ular, singa, serigala atau tikus.
6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8. Berperasaan sedih pada saat tidur. Berdiri serta berjalan ketika tidur
tanpa sedar.
9. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
10. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang
mengerikan.
11. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek
atau sangat hitam.
12. Bermimpi melihat hantu.

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA seperti:-

1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata,
telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak
sanggup mengubatinya.


Gangguan Jin

DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN seperti:-

1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin
perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau
menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab
tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat menganggu
manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut,
Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

MACAM-MACAM GANGGUAN JIN

1. Gangguan jin sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang
yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
2. Gangguan jin tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari
anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
3. Gangguan jin yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang
sehingga memakan waktu yang sangat lama.
4. Gangguan jin seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti
seseorang yang mengalami mimpi buruk.


Sebab-Sebab Masuknya Jin Ke Dalam Diri Manusia

SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA adalah kerana, kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama' yang membicarakannya.

Sebab-sebab masuknya jin ke dalam diri manusia juga disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.

Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.


Cara Jin Masuk Ke Dalam Tubuh Manusia

CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA, jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah :

Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 )

Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

Perlindungan Terhadap Gangguan

PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN JIN seperti:-

1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan
istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat
dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.
2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-

Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
Terjumpa sesuatu di atas tanah.
Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.

3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi,
petang ataupun pada waktu makan.
4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada
Allah agar ia keluar dari rumah.
5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan
menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu
seseorang.
6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan
wanita yang bukan muhrimnya.
7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di
kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan
solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah
senjata ampuh bagi syaitan.


PERBUATAN HARAM KETIKA MENGUSIR JIN ialah seperti:-

1. Mengadakan majlis bersuka ria di atas permintaan jin dan meminta berbagai
macam permintaan yang pelik-pelik seperti perhiasan emas, ayam, kambing atau
lembu. Dikatakan dengan majlis persembahkan ini dapat menghalau jin tersebut.
2. Mengabulkan segala permintaan jin yang masuk ke dalam diri seseorang.
Seperti meminta disembelihkan binatang dan sebagainya.
3. Memohon bantuan kepada jin suruhannya supaya mengeluarkan jin yang ada dalam
tubuh seseorang. Kerana jin pengganggu itu lebih kuat dari tukang sihir itu.
4. Bersumpah kepada jin penganggu itu atas nama tuannya dari bangsa jin, kerana
jin itu ada mempunyai banyak tuan dan pemimpin. Dengan menggunakan nama
pemimpin atau ketua, mereka akan merasa takut lalu keluar dari tubuh orang
yang dimasuki itu.
5. Memasukkan jin pengganggu ke dalam penjara - Cara mengadakan pendekatan
dengan pemimpin para jin, dipinta pemimpin jin itu untuk memasukkan jin
pengganggu ke dalam penjara tersebut sehingga dia tidak lagi menganggu orang
yang kerasukan jin itu.
6. Menyeksa dan membunuh jin pengganggu


MENGUSIR JIN dan bagaimana caranya untuk mengusir Jin yang jahat dan membangkang? Orang yang berusaha mengusir atau membunuh jin, tidak boleh tidak, haruslah orang yang betul-betul bertakwa kepada Allah, percaya akan pertolonganNya, selalu mematuhi ketentuanNya, dan selalu dalam keadaan berwudu'.

Menyingkirkan segala macam gambar atau patung dari tempat yang akan dijadikan tempat rawatan.Sebab, gambar-gambar dan patung-patung itu memiliki daya tarik yang kuat bagi jin. Jika si pesakit seorang wanita, maka hendaknya dia memintanya berwudu', lalu berbaring dengan kedua kakinya ditutupi selimut.



KAEDAH RAWATAN TEKNOLOGI GELOMBANG NUR SYIFA`

Wujud sejati Al-Qur’an itu adalah Nur atau Cahaya, didasarkan pada QS 4 : 175 yaitu:

“Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu tanda bukti dari Tuhan kamu,
dan telah Kami turunkan kepada kamu Cahaya Yang Terang”

Allah menurunkan kepada manusia satu Kitab yang didalamnya manusia akan menemukan ubat dan petunjuk serta rahmat, yaitu Al Qur’an.Berdasarkan QS 10 : 57 yaitu :

“Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu peringatan dari Tuhan kamu
dan ubat bagi apa yang ada dalam hati; dan petunjuk dan rahmat bagi kaum mukmin”


Teknologi Gelombang Nur Syifa digunakan untuk penyembuhan penyakit :

1.Fizikal (medic) => Penyakit jantung, kencing manis, kerosakan buahpinggang, gout,
lumpuh separuh badan(stroke) , kanser, tiroid dan sebagainya.

2.Bukan fizikal(non-medic) => gangguan sihir, saka, santau, bahana susuk dan
sebagainya.

Dengan kekuatan wudu` dan tapak tangan kanan (tertulis huruf arabic 18 bermaksud Al Fatah yakni Maha Pembuka), penulis akan menyalurkan gelombang Nur Syifa`melalui ubun-ubun pesakit bagi setiap jenis penyakit baik penyakit fizikal mahupun penyakit gangguan makhluk halus. Gelombang Ilahiah ini akan menerobos kesetiap urat saraf dari hujung kepala sampai ke hujung kaki sepertimana aliran arus elektrik yang melalui setiap wayar yang terpasang di dalam alatan elektronik.

Gelombang Ilahiah atau arus energi ini akan memecahkan setiap lapisan lemak dan kolestrol yang membuatkan aliran darah di dalam urat saraf terganggu dan yang menyebabkan pertukaran gas (oksigen) dan nutrisi tidak berlaku serta membunuh kuman dan virus penyakit. Manakala aliran gelombang energi ini turut juga menyiksa dan menghalau akan makhluk-makhluk halus yang duduk di saluran darah ini.

Dan tapak tangan kiri (tertulis huruf arabic 81 bermaksud Al Muntaqim yakni Maha Penyeksa), penulis akan menunggu Gerak dari Ilahi membawa tangan kiri menuju akan tempat-tempat yang perlu di salurkan energi @ gelombang Nur Syifa` ini.

Tangan kiri secara automatik akan di gerakkan oleh Nya (Yang Maha Mengetahui lagi Maha Penyembuh)ke bahagian badan yang sakit atau tempat di mana duduknya jin di dalam badan. GERAK ini adalah berdasarkan NIAT dan MAKRIFAT setelah zikir sudah menguasai diri di setiap keluar masuk nafas penulis.

Bahagian badan yang sakit atau berpenyakit ini setelah di alirkan gelombang pemusnah di dalam saluran darah di dalam urat saraf tadi, maka kini giliran gelombang penghancur dari tapak tangan kiri menyapu bersih akan saki baki dan sisa-sisa penyakit serta jin-jin yang masih degil yang masih cuba bertahan setelah dilemahkan oleh gelombang pemusnah tadi.

Biasanya pesakit yang mengalami gangguan jin akan sembuh serta merta dan pesakit yang menderita sakit kronik seperti sakit jantung, asma, slip disk, gout dan sebagainya akan merasa sakitnya berkurangan dan dalam masa seminggu atau yang lebih kronik atau telah lama sakit akan mengambil masa beberapa minggu, akan mendapati sakitnya sembuh 100%.

Tidak perlu lagi bergantung kepada ubatan kimia (pain killer) dan tidak perlu melalui prosidur yang rumit dan menyakitkan. Wang yang telah di sediakan untuk membayar kos perubatan yang berjumlah beribu-ribu ringgit ini boleh di sedekahkan ke mana-mana Rumah Anak Yatim atau Pusat Dakwah yang memerlukan sebagai tanda syukur di atas nikmat kesihatan yang tidak ternilai ini.